Monday 5 December 2011

Tindakan Musli Oli Menyertai PKR, Membuka Mata dan Minda Masyarakat Kota Belud.


Ambil langkah pertama dalam perjuangan. Anda tidak harus melihat seluruh tangga, ambil saja langkah pertama. - Dr. Martin Luther King Jr.

Dr. Martin berpandangan bahawa, banyak manusia yang terhenti langkahnya atau tidak mengambil tindakan kerana mereka sering bertanya pada diri “Apa yang berlaku seterusnya?” Jika manusia tidak melihat langkah-langkah selanjutnya, mereka tidak mahu bertindak. Tentu ada sebabnya?.

Sebabnya mungkin mereka takut. Ketakutan itulah mereka tidak mampu melangkah lagi setelah langkah pertama diambil. Banyak membuat perhitungan kerana takut tindakannya itu satu tindakan yang sia-sia, akhirnya tidak mengambil tindakan.

Persoalan yang SR bangkitkan di sini ialah, tindakan Saudara Musli Oli yang keluar UMNO dan menyertai PKR. Isu ini banyak menimbulkan seribu persoalan dibenak pemikiran penganalisis politik tanahair terutamanya masyarakat Kota Belud.

Ada bidasan-bidasan nakal dikalangan pengkritik beliau, ada yang pro dan ada juga yang kontra. Bagi SR kritikan itu adalah positif, sebagai manusia biasa beliau tidak boleh lari asam garam kehidupan. Sekurang-kurangnya tindakan saudara Musli itu, ada sedikit membuka mata dan minda khususnya masyarakat Kota Belud, bahawa politik di negara ini mengamalkan demokrasi. Kita sering diwar-warkan, tiada pembangunan selain kerajaan Barisan Nasional. Bantuan-bantuan am akan ditarik balik sekiranya ada yang didapati menyokong Pakatan Rakyat, ini yang tidak demokratik. Allah s.w.t. telah menjadikan manusia di dunia ini dengan berbagai-bagai akal pemikiran, tabi’e, rupa bentuk serta sifat dan sikap. 

Sesetengah pihak mengatakan, saudara Musli menyertai PKR adalah hanya sebagai utusan Datuk Salleh Tun Said. Kritikan nakal seumpama inilah yang harus dikikis dari hati dan perasaan kita. Kotak pemikiran atau minda masyarakat kita seharusnya dibuka seluas-luasnya, tanpa melihat sedikit titik hitam. Bagaimana kita melihat ruang-ruang lain yang luas lagi itu?.

Baik! SR setujulah, jika saudara Musli itu utusan Datuk Salleh, apakah ia menjejaskan keutuhan dan kekuatan PKR atau Pakatan Rakyat?. Jawabannya tentu sekali tidak sebab SR memikirkan, ramai juga pemimpin yang keluar dari Pakatan Rakyat atau PKR sebelum ini, seperti Zaid Ibrahim contohnya, bila keluar PKR terus memimpin parti KITA. Sekarang! Di mana Zaid Ibrahim?. Banyak lagi contoh pemimpin yang keluar dari Pakatan Rakyat yang SR boleh paparkan di sini, yang itu pun kira cukup sudah.

Itu yang pertama, yang kedua. Jika benar jugalah saudara Musli Oli itu rangkaian Datuk Salleh, apakah beliau selama dalam UMNO mendapat keistimewaan daripada Datuk Salleh?. Contohnya; memegang sebarang jawatan dalam parti UMNO Bahagian Kota Belud pimpinan Datuk Salleh. Siapa yang tidak kenal dengan Datuk Salleh, semua tahu kelibat ayam tambatan Kota Belud ini. Ada yang kata, kalau beliau sembelih ayam tak berdarah.. hehe.. jangan ada yang marah pulak yerrr..

Anda percaya atau tidak, itu lain punya hal. Lihat saja kepimpinan UMNO Bahagian sekarang ini, dari AJK dan sayap-sayapnya. Semuanya ikut telunjuk Datuk Salleh, hanya segelintir sahaja yang berani mengkritik Datuk Salleh, seperti saudara Roslan Haji Mansur umpamanya. Tapi, setakat mana kritikan beliau?.

Sebagai rakan seperjuangan saudara Musli sekarang ini, tanggungjawab SR untuk memperjelaskan ini kepada umum. Islam itu merupakan agama yang mencakupi semua aspek kehidupan, Islam tidak melupakan atau meninggalkan permasalahan politik, yang dikenal dengan istilah ‘siyasah’. 

Biasanya jika sebut saja politik, ia berkaitan dengan pemimpin dan pemerintahan. Maka itu, pemimpin yang memerintah, wajar sekali mengendalikan rakyatnya. Menurut terminologi bahasa siyasah dengan membawa maksud menyusun atur, memperbaiki dan mendidik. Bukanlah SR ini mengaku pandai, tapi itulah hakikat dan realitinya. 

Andai sekiranya benar apa yang dikatakan oleh Dr Martin Luther King Jr. itu, jika sudah tahu langkah pertama, maka ambilah langkah pertama tersebut sambil bertawakal kepada Allah s.w.t. agar kita diberi petunjuk kelak.

Setiap rencana itu memang penting. Namun, saat kita belum boleh membuat rencana secara detail, yang dianalogikan sebagai tangga keseluruhan, maka kita boleh membuat rencana besar. Ini adalah anak tangga pertama kita. Ertinya, selalu ada langkah pertama yang boleh kita ambil, setidak-tidaknya “bertanya dan bertindak”. Jangan jadi katak di bawah tempurung. Cakap saja pandai, bertindak langsung kosong. Hehehe.. maafkan Saya Ready..

Bila sudah ada rencana, maka langkah selanjutnya adalah bertindak. Sekecil apa pun rencana kita, implementasikanlah. Buat apa punya rencana hebat tetapi tidak dilaksanakan? Bukan masalah kecil atau besarnya sebuah rencana, tetapi tindakan pertama sangat bererti untuk keberhasilan. Ingat kekuatan langkah pertama! Apakah rencana saudara Musli itu dilihat suatu yang dibuat-buat begitu sahaja tanpa beliau memikirkan apa yang berlaku seterusnya. Anda! Bila lagi nak buat rencana?. ehmmm..

Begitu juga dalam situasi berubah. Jika Anda ingin menjadi seseorang yang lebih baik, mulalah berubah. Langkah demi langkah, jangan berfikir sekaligus. Saat kita berfikir bahawa kita harus berubah sekaligus, meski mulut tidak berkata-kata, fikiran bawah sedar kita akan mengatakan itu mustahil. Apa akibatnya? Dia tidak mengambil langkah untuk berubah.

Lakukanlah perubahan itu, meski pun kecil, sebab tidak ada yang kecil jika kita melakukan secara terus menerus, langkah demi langkah. Jangan pandang remeh sikap dan tindakan seseorang itu tanpa melihat peubahan yang dia lakukan terlebih dahulu.

Transformasi ke arah menjadi masyarakat maju bukan sahaja diasaskan kepada kemajuan ekonomi dan teknologi, tetapi juga kemajuan dalam pembangunan sosial, budaya, intelek dan rohani. Fokus terpenting bagi pembangunan sedemikian ialah peningkatan dan pemantapan etika dan integriti yang perlu menjadi budaya masyarakat. Hanya dengan demikian, barulah kejayaan yang dicapai dapat dilestarikan, kesejahteraan rakyat dapat dipelihara dan ditingkatkan. 

Pada masa yang sama, kesedaran rakyat semakin meningkat. Rakyat atau masyarakat mutakhir ini mengenali erti prinsip etika dan integriti seperti rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa dan ketidak cekapan dalam pentadbiran. Rakyat menuntut integriti dipertahan dan dipertingkatkan dalam semua urusan agar Negara lebih efektif dan produktif.

Rasulullah s.a.w, dengan indah bersabda:Amalan-amalan yang paling disukai Allah ialah tindakan yang ada kesinambungan meskipun sedikit” – HR. Bukhari

No comments:

Post a Comment