Sunday 18 December 2011

Politik Adu Domba, Politik Bangkrap UMNO : Abdullah Sani

18 Disember 2011, Kota Belud: MP PKR Kuala Langat, YB Abdullah Sani dalam ucapannya pada ceramah umum Pakatan Rakyat semalam di Restoran Rasa Sayang Kota Belud, mengingatkan rakyat Sabah agar berhati-hati dengan api sintimen kaum dan agama yang ditiup kencang oleh pemimpin-pemimpin UMNO/BN.

UMNO/BN sudah ketandusan isu melainkan menjerat pemikiran rakyat dengan mainan politik kotor adu domba mereka, sana sini sintimen ditiup dengan kencang tanpa melihat apa akibat yang terjadi nanti tentang keharmonian dan kejahteraan kaum, katanya.

Bila berdepan orang cina, hudud dimainkan untuk menakut-nakutkan mereka bahawa PAS akan menzalimi orang-orang Cina di Negara ini. Dan, bila berhadapan dengan orang Melayu pula, sekiranya Pakatan Rakyat memerintah, hak orang Melayu akan hilang kerana DAP lebih berkuasa daripada PAS dan PKR dalam Pakatan Rakyat, katanya lagi.

Abdullah Sani melabelkan UMNO adalah parti rasis dan sudah bangkrap isu, sanggup berbuat apa sahaja demi survival politik mereka. Keharmonian dan perpaduan kaum dirobek hingga berlakunya perpecahan kaum dan berlakunya penghinaan agama di Negara ini agar kebencian akan lahir pada minda rakyat majmuk di Negara ini.

Turut sama memberi ceramah ialah Naib Presiden PAS, Haji Mahfuz Omar, Sallahuddin Ayub, Aminuddin Aling, Ustaz hj Awang Laiman, Ansari Abdullah dan Saudara Musli Oli yang popular dengan slogannya ‘Ni Kali La!!’.

Manakala, Sallahuddin Ayub telah memberi harapan dan janji kepada rakyat Sabah. Sekiranya Pakatan Rakyat menerajui pemerintahan Putera Jaya, dalam masa 100 hari, rakyat Sabah akan mendapat hak dengan kenaikkan royalty minyak dari 5% kepada 20%. Sabah juga akan diurus tadbir oleh pemimpin-pemimpin pribumi Sabah sendiri, katanya.

Dato’ Haji Mahfuz Omar juga menasihatkan rakyat di negeri ini supaya tidak terpengaruh dengan politik kotor UMNO/BN dengan menggunakan umpan bajet 2012. Sekarang ini UMNO/BN sibuk mengagihkan duit rakyat BR1M RM500. Jangan sampai rakyat termakan umpan yang di dalamnya ada tersembunyi sebiji kail yang membolehkan rakyat merana seumur hidup jika tertelan sekali. Rakyat hanya mendapat hak dengan nilai RM500 setahun, tapi pemimpin-pemimpin UMNO/BN menelan duit rakyat dengan nilai yang berjuta-juta, tambahnya lagi.

YB Dato' Hj Mahfuz Hj Omar juga telah merasmian Pejabat PAS Kawasan Kota Belud Pada jam 2 petang di Pekan Kota Belud, sambil menyerahkan dana PR kepada YDP PAS Kota Belud, Ustaz Mustakim Aling sambil disaksikan oleh Setiausaha Agung PAS Negeri, Ustaz Hj Awang Laiman Hj Ikin.

No comments:

Post a Comment