Saturday 31 December 2011

Hadiah Rejim UMNO Kepada Mahasiswa di Ambang 2012

Presiden PMIUM, Safwan Anang dan Amar Rasyidi yang cedera parah dibelasah oleh anggota Polis berserta 17 sahabat lain telah ditahan di Balai Polis Tg Malim semasa perhimpunan aman di UPSI semalam adalah antara hadiah rejim UMNO kepada mahasiswa di ambang 2012. UMNO/BN semangkin sukar dalam kepayahan menyusur arus deras gelombang besar tsunami kebangkitan rakyat.

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebelum ini telah menulis sebuah warkah buat anggota Polis di Raja Malaysia (PDRM) pada 26 Julai 2011 yang laluagar melaksanakan tanggungjawab dengan penuh beramanah, jujur dan beretika. Warkah ini amat bertepatan sekali dengan tindakan anggota Polis terhadap golongan mahasiswa yang membuat perhimpunan aman di UPSI pada hujung tahun 2011 yang mana menghabiskan sisa-sisa usianya untuk melangkah ke tahun baru 2012. 

Antara petikan dalam warkah itu yang SR boleh kongsi di sini ialah, rakyat awam bukan sahaja mahukan keadilan yang ditafsirkan oleh pihak anggota Polis, tetapi keadilan yang dapat difahami oleh semua pihak. Bukan sahaja adil dari segi bicaranya, tetapi hendaklah kelihatannya juga adil dalam tindakan. Semoga Allah merahmati anggota Polis dengan tugas yang dijalankan. Diberikan rezeki yang halal. Bebas dari kezaliman dan rasuah. Kami akan bersama menyanjungi saudara! Selamat bertugas!. 

Seterusnya KLIK => Warkah Buat Saudaraku Anggota Polis : Minda Tajdid

Allah telah berfirman dengan maksudnya:
“Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang ketika itu terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar), mereka terburu-buru (menyahut panggilan) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata yang tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas)”. (Surah Ibrahim 42-43). 


No comments:

Post a Comment