There was an error in this gadget

Sunday, 29 January 2012

Musa Aman 'Seperti Kacang Lupakan Kulit'

Datuk Ainal Haji Fattah
Pengamal undang-undang Datuk Ainal Haji Fattah, yang pernah menjadi penasihat undang-undang Jabatan Hutan dahulu, telah membuat kenyatakan di laman sosial pemuka facebook Datuk Ghapur Salleh yang mendakwa bahwa, pada tahun 2002 En. Musli Oli telah memohon injuksi di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu untuk menghalang Tan Sri Chong Kah Kiat mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah.
Pada 2003, berakhirlah episod penggiliran jawatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ainal melihat ini sebahagian daripada hasil perjuangan murni. Maka itu, YAB Datuk Seri Musa Haji Aman kekal sebagai Ketua Menteri sehingga kini, tambahnya lagi.

Musa yang didakwa oleh para pengkritik politik di negeri ini, mengandaikan sebagai salah seorang Ketua Menteri gergaji dua mata 'surung makan, tarik pun makan' dan cukup berkuasa, malahan terus mengukuhkan empayar kuasanya. 

Ada juga dakwaan kononnya semua projek-projek mega yang dilaksanakan di negeri ini telah dimonopoli oleh kroni-kroni Musa. Buat pembangunan untuk rakyat, namun semuanya melibatkan dan kepentingan kroni beliau.

Jika semua dakwaan ini benar, maka itu Musa bolehlah dikategorikan sebagai 'seperti kacang lupakan kulit'. Musa yang dulu dilihat sebagai musuh politik mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Salleh Said, kini mereka telah membentuk sebuah rangkaian politik pengukuhan di Sabah yang menafikan jasa-jasa tokoh pejuang seperti saudara Musli Oli.

Kenapa Musli Keluar UMNO, dan menyertai PKR?. Apakah tuntutan beliau tidak dipenuhi oleh kepimpinan Musa Aman?. Jawaban SR, YA!

Sebabnya, Musli Oli berkehendakkan perkara 20 dapat diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO (Barisan Nasional) Sabah di bawah pimpinan Musa Aman yang hanya dilihat sebagai pak angguk dan pak turut sahaja, ikut telunjuk kuasa kerajaan pusat (persekutuan).

Suara-suara pemimpin UMNO/BN Sabah telah kaku, malahan menafikan hak Sabah contonhnya; kenaikkan royalti minyak petroleum dari 5% kepada 20% yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat kepada rakyat Sabah. Pemimpin-pemimpin UMNO/BN makin menidakkan perkara ini, malah menuduh PR hanya pandai menabur janji.

Apakah janji-janji UMNO/BN di sabah ini sudah tertunai?..  Jawaban ada pada diri anda sebagai rakyat negeri Sabah..

Saturday, 28 January 2012

Apa Kata Rakyat? : Tentang 4 Pemimpin Di Kota Belud


Saya Ready pernah diajukan soalan dalam laman sosial facebook kumpulan TMX - GAGASAN POLITIK SABAH;  Soalanya; Apa pandangan SR tentang 4 pemimpin di Kota Belud?. Jawaban SR mudah saja, bagi peluang dengan orang baru. Alasan, simple; Pengundi sekarang rata-rata pengundi (majority) adalah orang muda.

Leel Areel ba ni kali lah... apa pandangan ko tentang 4 pemimpin di KB tu bro... kita ubah tajuk sikit...



Saya Ready pendpt saya secara jujur tntng 4 pemimpin itu, DARD lebih menyerlah.. DARD lebih berani mengutarakan kehendak rakyat, wlupun ada ubi disebalik batas.. tapi saya x suka dia sbb, dia pemimpin BN.. lain la nnti klu dia PR.. ehmmm.. apa pun pembangunan seimbang adalah keutamaan pd rakyat.. bg saya D.Salleh dan Tan Sri, rehat dulu.. bg peluang pd org baru..

Namun demikian, ada seorang sahabat sebagai penyokong dan pendokong UMNO Kota Belud bagi respond serta pandangan dengan menghantar SMS kepada SR; katanya;-

Ada 4 pemimpin berpengaruh sekarang ini di Kota Belud, katanya 3 daripadanya Wakil Rakyat (YB), 1 lagi menjawat jawatan taraf menteri di Sabah dan Speaker  DUN. Sahabat ini bagi alasan dan pandangan yang ringkas tapi menarik, antaranya;

Datuk Salleh – Pemimpin ini paling lama berkuasa atas nama bangsa Bajau, dulu PSBB sekarang ini USBO. Banyak jawatan sudah diduduki, termasuk Ketua Menteri Sabah. Namun katanya, kemampuan dan kebolehan ada pada pemimpin ini, tetapi nawaitu atau niat beliau bukan untuk bangsa Bajau dan masyarakat Kota Belud. Ada tersirat dari yang tersurat dalam agenda beliau, tambahnya lagi.

Datuk Musbah – Masih keliru hingga kini walau sudah 2 penggal menjadi Wakil Rakyat sekarang ini. Bila sembang dengan rakyat, bukan cerita atau tanya apa masalah rakyat. Asyik-asyik cerita kekayaannya dan bagaimana beliau berjaya dalam perniagaan. Sebagai Wakil Rakyat, boleh beliau berniaga? Itu persoalan yang sahabat ini timbulkan.

Datu Japlin – Niatnya besar untuk menaiktaraf kehidupan rakyat dan ingin memartabatkan bangsanya, tetapi kemampuan beliau terbatas. Akhirnya dia saja yang kaya raya.

Datuk Rahman – Sahabat ini kata, peduli apa pemimpin ini dengan bangsanya di Kota Belud, dia orang Tuaran. Lagi pun pemimpin ini konon telah mendakwa bahwa kemenangannya bukan sokongan Iranun dan Bajau, kalau bukan orang bukit yang bagi sokongan, tentu beliau sudah kalah pada PRU12 yang lalu.

Kenyataan ini hanyalah semata-mata pandangan atau pendapat dari persoalan yang ditimbulkan. Suara rakyat itu penting untuk mengubah dan merubah keadaan yang mereka fikir perlu diperbaiki. Terima kasih.

PELIK TAPI BENAR : Pelajar Jual 'Baucar Buku 1Malaysia' Boleh Dihukum Penjara dan Sebat

Mari kita perhatikan betul-betul, bila jerung terlanggar pukat jerut, bilis-bilis juga yang jadi mangsa. Ada orang mendakwa peristiwa ini, 'PELIK TAPI BENAR'. 

Hukuman yang dikenakan oleh kerajaan kepada pelajar Universiti yang menjual 'Baucar Buku 1Malaysia' bernilai RM200 yang diberikan secara 'IKHLAS' baru-baru ini boleh dikenakan hukuman 'SEBAT' dan 'PENJARA TIDAK LEBIH 5 TAHUN'.

Sedangkan seorang bekas menteri yang disabitkan dengan rasuah sehingga berjuta-juta ringgit bukan tiga posen, katanya. Hanya dikenakan hukuman penjara tidak lebih 12 bulan sahaja.

Kita perhatikan kronologi di bawah ini:-










WAHHH!!! Hebatkan?.. Bukan itu saja, portal 'Organisasi Kerajaan' ini juga tidak menafikan malahan, penjara, denda dan sebat adalah hukuman yang paling sesuai kepada pelajar yang menjual 'Baucar Buku 1Malaysia' itu. Tahap gaban punya hukuman yerrrr??..



Jabatan Penerangan Malaysia Takkan nak bagi hukuman sampai macam tu? Penjara, denda dan sebat kira sesuai la tu.
Semalam pada pukul 3.03 ptg ·

    Pasal hukuman itu berat sangat?. Sedangkan 'Organisasi Kerajaan' ini kata, terpulang kepada pelajar sama ada membeli buku atau sebaliknya. Pilihan di tangan masing-masing, sebaik-baiknya manfaatkan pemberian baucar tersebut. 

    Kalau pemberian itu 'IKHLAS', kenapa di hukum?. Kata terpulang kepada pelajar nak buat apa.. Apa ni?



    Jabatan Penerangan Malaysia Kerajaan sudah memberi.. terpulang kepada mereka sendiri sama ada membeli buku yang berfaedah atau sebaliknya. Pilihan di tangan masing2. Sebaik2nya, manfaatkan pemberian baucar tersebut. 
    Semalam pada pukul 3.15 ptg ·

    Aduh! Aduh! Aduh!.. Rupa-rupanya baucar ini hanya laku di kedai-kedai tertentu pulak, kedai siapa?. Mesti ada udang disebalik mee goreng mamak 'Restoran1Malaysia'..



    Jabatan Penerangan Malaysia baucar ini hanya laku di kedai2 yang menyertai perlaksanaan inisiatif ini.
    Semalam pada pukul 3.30 ptg · 1
     
     
    Apa sudah jadi dengan negara kita sekarang ini. Kategori mana kita letakkan kerajaan UMNO (Barisan Nasional) ini. Bukan saja 'Gila Kuasa', malahan bertambah-tambah penyakit 'Gila Babi' mereka. 
     
    Kalau nak link dan bukti, klik saja Jabatan Penerangan Malaysia, kecuali mereka remove.
     

    Friday, 27 January 2012

    MUSLI OLI BIDAS DAKWAAN NOH OMAR PROJEK NFC TIDAK GAGAL

    Memetik kenyataan YDP Perkasa Sabah, En Musli Oli dari laman sosial FB beliau yang membidas dakwaan Menteri Pertanian Industri dan Asas Tani, Noh Omar yang mengatakan projek NFC tidak gagal. 
    Musli mendakwa sebagai seorang menteri, beliau seharusnya sedar dan memahami moralnya isu ini dan bukan bermakna projek lembu itu gagal atau tidak!. Persoalannya di sini, kenapa projek yang rakyat biasa boleh jalankan, keluarga menteri juga yang nak sapu?. Jika sekiranya projek itu di bawah kemampuan rakyat, maka amatlah wajar sekali para menteri campur tangan. 
    Di Kota Belud contohnya menurut Musli, suatu ketika dahulu di zaman British terdapat ladang lembu terbesar di Sorob. Sekarang ini, untuk memulakan ternakan lembu perlu tanah dan modal yang besar. Tapi malangnya juga, tanah-tanah kerajaan ratusan ekar di ambil oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang menggunakan syarikat-syarikat nominee. Ditambah lagi dengan modal yang sukar diperolehi, tetapi jika keluarga menteri yang memohon ia terlalu mudah untuk diluluskan oleh kerajaan. Pengalaman saya, tidak perlu ada RM250 juta, hanya RM5 juta sudah boleh buat dan jalankan projek ternakan lembu peringkat Daerah, katanya lagi.
    Tambah beliau lagi, saya sudah letak jawatan dari penganjuran lumba Basikal Tour Of Borneo kerana tidak mahu ada 'conflict of interest' bagi mengelakkan propaganda politik yang tidak sihat.
    Seorang pengiat facebook iaitu Mohd Saidi Lampoh, yang turut memberi respon baik terhadap kenyataan Musli, dengan katanya; Pepatah Melayu, "Menegakkan Benang Yang Basah", sampai bila pun, benang basah itu tak boleh tegak. Itulah kerja Noh Omar, sudah pun Ketua Audit Negara kata, pengurusan NFC 'in a mess' lagi-lagi beliau kata syarikat itu 'berjaya! berjaya! berjaya'. Jutaan ringgit diselewengkan dengan membeli tanah, beli kondo, beli kereta mewah dan laksanakan umrah guna duit yang dikhaskan untuk bela lembu, masih juga Noh Omar 'menegakkan benang basah'. Nyawa dah sampai di khalkum, telur dah di ujung tanduk, katanya lagi.

    Tuesday, 24 January 2012

    MAS HIDANGKAN 'NASI LEMAK BASI' KEPADA DATUK RONALD KIANDEE

    25 januari 2012 : Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee melahirkan ketidakpuasan hatinya tentang perkhidmatan MAS bila beliau dihidangan 'Nasi Lemak Basi' semasa dalam penerbangan di MH2603 BKI ke KUL pagi ini. Beliau mendakwa lagi, tentu makanan itu yang tidak habis semasa Tahun Baru Cina. Kecewa dengan MAS, katanya.

    Sebelum ini MAS yang didakwa kerugian berbilion Ringgit Malaysia, ditambah lagi perkhidmatan yang tidak memuaskan amat memalukan sistem penerbangan Malaysia. Ia tentu sekali menjejaskan industri pelancongan negara. Kerajaan atau pengurusan MAS seharusnya memandang hal ini suatu perkara yang serius.

    Kenyataan ini dipetik dari laman sosial facebook kumpulan terbuka Datuk 'Ronald Kiandee' yang ditubuhkan sendiri oleh beliau. Ada yang turut rasa kesal dengan cara MAS menghidangkan makanan kepada penumpang VVIP ini malah mendakwa sudahlah tambang mahal, mahu lagi kasih makan orang benda begini. Apa punya MAS??

    Inilah 'NASI LEMAK BASI' yang dikatakan oleh Datuk Ronald Kiandee itu!

    Friday, 20 January 2012

    Terima Kasih Saiful : Kerana Tindakan Anda! Rakyat Bertambah Benci Dengan UMNO.

    Pada 9 Januari 2012 yang lalu, jutaan rakyat di Negara telah menanti dengan penuh debaran keputusan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakimannya yang mendapati tidak ada bukti yang menyokong keterangan Saiful mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat terhadapnya.

    Hari ini, pejabat Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Ketua Pembangkang itu daripada pertuduhan tersebut. Rayuan itu difailkan pada jam 4.30 petang tadi di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

    Saiful menerusi portal blognya “mohdsaifulbukhari.blogspot.com” mendakwa telah menghantar surat rasmi kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail meminta beliau memfailkan notis rayuannya. Surat itu dihantar melalui peguamnya Tetuan Zamri Idrus & Co. Menurut Saiful, dia hanya menuntut haknya sebagai warganegara Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan "di mana setiap aduan itu berhak didengar dan diadili sehingga ke peringkat Mahkamah Tertinggi”.

    Dari sebutan kes sehinggalah berakhirnya keputusan ‘Sodomi II’ 9 Januari lalu, majority rakyat di Negara ini meragui dakwan Saiful itu terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setelah diketahui umum bahwa Datuk Seri Anwar tidak terbabit dengan kes tersebut oleh Mahkamah Tinggi, ada yang menzahirkan bahwa dakwaan Saiful itu hanyalah fitnah semata-mata yang dirancang dan terancang.

    Media-media pro kerajaan (UMNO/BN) juga telah mangakui akan ketelusan badan kehakiman di Negara ini setelah mendengar keputusan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakimannya. Fikiran rakyat semakin hari semakin matang untuk membuat penilaian.  

    Bila rakyat sudah matang berfikir, apakah rayuan Saiful ini dilihat boleh menjatuhkan imej Ketua Pembangkang itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim?. Bagi pandangan SR dan beberapa dakwaan penganalisis politik, akan berlaku lagi satu lonjakkan sokongan rakyat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat khususnya.

    Walaupun sebutan kes berlaku di Mahkamah Rayuan, rakyat sudah lali dengan lakonan pengarah dan pelakon disebalik tabir filem ‘Sodomi II’. ‘Sodomi I’ telah membuktikan yang Datuk Seri Anwar tidak bersalah, orang percaya. Dan, keputusan ‘Sodomi II’ oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah juga didapati Datuk Seri Anwar tidak bersalah, jutaan rakyat di Negara ini menyambut dengan nada gembira dan bersyukur beliau terlepas dari fitnah yang dirancang dan terancang itu.

    Apa pun! terima kasihlah kepada Mohd Saiful kerana tindakannya membuatkan rakyat makin bertambah benci dan menjauhkan diri dari UMNO. Pakatan Rakyat makin menghampiri Putera Jaya, menjayakan agendanya membersihkan pemimpin-pemimpin yang selama ini bergelombang dengan rasuah dan salah guna kuasa. Selamat Maju Jaya Saiful..

    Tuesday, 17 January 2012

    Lawak!!! Muhiyiddin Tiru Gaya Macam Nik Aziz

    Ada yang mendakwa, inilah pemimpin dari rakyat kepada rakyat. Yang konon sanggup ketepikan protocol hanya semata-mata menyelami denyut nadi rakyat. Tindakan atau perilaku pemimpin ini sudah pastinya telah menolak beberapa andaian dan cakap-cakap sinis kononnya UMNO ini hanya untuk golongan elit dan bangsawan.

    Betulkah dakwaan pendokong, penyokong dan pemimpin-pemimpin UMNO ini, yang konon Tan Sri Muhiyiddin Yassin buat itu dari rakyat kepada rakyat?. Jika anda lihat, betul juga. Cuba anda perhatikan bagaimana beliau makan beralaskan tapau bersama Ketua Menteri Sabah, Musa Aman dengan beberapa pengawal peribadi di belakang mereka semasa lawatan beliau baru-baru ini di Pantai Timur Sabah, Semporna.

    Perhatikan gambar-gambar dibawah ini. Tentu sekali anda dapat menilai, mana satu kaca dan mana satu permata.
    Rumah kediaman Tan Sri Muhiyiddin Yassin

    **********************************************************************
    Siapakah orang di bawah ini? 
    Yang diwar-warkan Muhiyiddin tiru.. hahaha..
     Kediaman TG Nik Aziz lebih 20 thn memerintah Kelantan

    **********************************************************************
    Rumah orang miskin ditengah-tengah negara kaya membangun, dimamah usia dalam negara merdeka

    Dengan mewahnya pemimpin kita menjamu selera

    Bagaimana anda lihat, cara seorang ketua pemimpin?

    Inikah pemimpin warisan kepimpinan sandaran rakyat?

    BANGUNLAH WAHAI ANAK BANGSAKU!!
    KATAKANLAH KEPADA MEREKA!!

    AKU BENCI UMNO!!!

    Gara-Gara Lembu, Shahrizat Semua Sapu

    Kumpulan NGO Jingga 13 telah mendedahkan lagi penyelewengan dana National Feedlot Corporation milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang membiayai kad kredit milik mereka berjumlah hampir RM600,000.

    Penyelaras Jingga 13, Fariz Musa mendesak keluarga Shahrizat mendedahkan kepada umum penyata kad kredit milik keluarganya. Jika Shahrizat engan dedahkan, semua penyelewengan akan terus didedahkan dari semasa ke semasa, kerana dana NFC itu adalah wang rakyat, tambah beliau lagi.

    Monday, 16 January 2012

    Kunjungan Muhyiddin Yassin Ke Sabah Hanya Sekadar Serah BR1M

    Memetik kenyataan BERNAMA 16 Jan yang lalu, Kunjungan TPM, TS Muhyiddin Yassin serta Naib Presiden UMNO, DS Hishammuddin dan DS Mohd. Shafie Apdal sekadar menyerahkan BR1M RM500.00 kepada rakyat Sabah. 

    Muhyidin yang diiringi KM Sabah, DS Musa Aman dan Speaker DUN, DS Salleh Said  telah menghadiri majlis makan malam tertutup sebelum mesyuarat itu bermula di Bilik Persidangan, Bangunan Perhubungan UMNO Negeri Sabah. Kunjungan TPM ke Sabah ini juga seolah sekadar lawatan perbincangan menghadapi PRU13 untuk menentukan siapa calon yang bertanding bagi kemenangan UMNO di Sabah.

    Tiada pun tanda-tanda perubahan sistem akan dilakukan oleh kerajaan BN di Sabah  sepertimana tuntutan majoriti rakyat negeri ini ke atas kerajaan persekutuan supaya royalti minyak petroleum dinaikkan dari 5% kepada 20%.

    Sabah adalah sebuah negeri yang kaya dengan khazanah alamnya, tentu sekali UMNO tidak akan lepaskan ia begitu saja. Segala hasil negeri dan hak rakyat ini akan diratah oleh mereka-mereka yang rakus untuk mengutip kesenangan dan kekayaan masing-masing.
     

    KOTA KINABALU 16 Jan. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadiri mesyuarat tertutup bersama Badan Perhubungan UMNO Sabah dan Jawatankuasa Barisan Nasional (BN) Negeri malam ini.

    Muhyiddin yang tiba kira-kira pukul 7 malam, diiringi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak untuk menghadiri majlis makan malam tertutup sebelum mesyuarat itu bermula di Bilik Persidangan, Bangunan Perhubungan UMNO Negeri Sabah.

    Beliau turut dijangka menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada mereka yang layak. - BERNAMA

    Sunday, 15 January 2012

    PEMBUNUHAN ALTANTUYA - WAJARKAH RAKYAT MENUTUP KES INI? : DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

    Sebelum ini, SR ada war-warkan 'AMANAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM' yang lalu. Dalam amanat itu akhir kalamnya, beliau timbulkan persoalan; "Saya ingin bertanya, apakah anda sebagai rakyat Malaysia sanggup membiarkan orang yang paling bermotif membunuh, menjadi PM? Jika anda sangsi dengan dakwaan saya bahwa mereka, pemimpin-pemimpin BN terpaksa bersekongkol dengan perancang utama satu plot pembunuhan hanya kerana ‘survival’ politik mereka, cuba perhatikan fakta-fakta dan bukti-bukti yang dikemukakan".

    Datuk Seri Anwar menghantar mesej ini hanya sekadar renungan untuk dihayati bersama, agar rakyat dapat berfikir secara rasional.

    PEMBUNUHAN ALTANTUYA - WAJARKAH RAKYAT MENUTUP KES INI?. 

    Firman Allah Surah An Nisaa' (105): Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang (orang-orang yang tidak bersalah), kerana membela orang-orang yang khianat (lagi berdusta).

    Fakta Individu-individu yang terbabit secara langsung dan tidak langsung dalam kes Pembunuhan Altantuya:
    • Altantuya Sharibuu @ Aminah bt. Abdullah adalah penterjemah Bahasa Perancis bagi urusan pembelian kapal selam oleh Kementerian Pertahanan Malaysia melalui 'Perimekar' milik Penganalisis Strategi Ketenteraan Malaysia yang juga merupakan teman baik Dato Seri Mohd Najib. 
    • Dato Seri Mohd Najib - Menteri Pertahanan Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. 
    • Abdul Razak Baginda - Penganalisis Pertahanan kepada Kementerian Pertahanan Malaysia / pemilik 'Perimekar'. 
    • Ketua Inspektor Hazilah Hadri - (UTK) yang berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib. 
    • Koperal Sirul Azhar Umar - (UTK) juga berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib. 
    • Aziz Buyong - Kolonel Tentera / Pakar bom C4. 
    • Abdullah Ahmad Badawi - Perdana Menteri Malaysia / Menerima Kertas Siasatan dari Penyiasat Polis Tentera Malaysia (MP). 
    • Khairy Jamaludin - Menantu Perdana Menteri Malaysia / Menyimpan Kertas Siasatan berkenaan bagi tujuan survival politiknya setelah ketiadaan Pak Lah nanti. 
    • Rosmah Mansor - Isteri Dato Seri Mohd Najib / Berada di tempat mayat diletupkan dengan C4. 
    • Norhayati - Isteri Kolonel Aziz Buyong / Pembantu Khas Rosmah yang turut berada di tempat kejadian letupan bom C4.
    Fakta-Fakta lain dalam kes Pembunuhan Kejam Altantuya:

    Bom C4 milik Angkatan Tentera Malaysia.
    • Dua anggota UTK - Suspek utama pembunuhan adalah body guard di pejabat Dato Seri Mohd Najib. 
    • Rekod Imigresen kemasukan Altantuya dan sepupunya ke Malaysia di'lenyap'kan oleh seseorang dari Jabatan Imigresen Malaysia dengan arahan orang-orang tertentu bagi menutup konspirasi ini.
    • Zahid Hamidi ketika mengambilalih tugas Menteri Pertahanan Malaysia akhirnya terpaksa membuat kenyataan 'konon'nya Angkatan Tentera Malaysia tidak memiliki Bom jenis C4 dan itu adalah amat bercanggah dengan kenyataan sepanjang kes perbicaraan Pembunuhan Altantuya di mahkamah. Atas arahan siapakah beliau 'berbohong' dan untuk survival siapa?
    Keterangan-keterangan ringkas dan jelas:
    • Ketua Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari Unit Tindakan Khas, yang juga merupakan ‘body guard’ Dato Seri Mohd Najib tidak pernah mengenali Altantuya sebelum kejadian 'bunuh' itu dan tidak langsung mempunyai 'motif' untuk membunuh model berkenaan tetapi mereka berdua mungkin telah diarah oleh sesorang 'yang berkuasa' untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan dalam konspirasi pembunuhan ini. Mereka berdua akhirnya didapati bersalah oleh mahkamah kerana membunuh dengan niat dan dijatuhi hukuman mati oleh hakim mahkamah. Mereka ini jelas telah 'dikambing hitamkan' oleh pihak tertentu dalam usaha menutupi pekung 'pengarah sebenar konspirasi' pembunuhan Altantuya.
    • Abdul Razak Baginda memang mempunyai motif untuk membunuh Altantuya kerana beliau dilaporkan 'kononnya' adalah pasangan kekasih kepada model ini dan kedatangan Altantuya dengan sepupunya Burmaa Oyunchimeg adalah 'kononnya' untuk mengambil komisyen berjumlah US500 ribu yang dijanjikan kepadanya seandainya pembelian kapal selam itu terlaksana. Adalah difahamkan bahwa Syarikat milik Abdul Razak Baginda 'Perimekar' menerima komisyen jualan sebanyak RM4.7 billion dari kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pertahanan Malaysia, hasil dari kejayaan dalam urusan pembelian 3 buah kapal selam dari Perancis untuk kegunaan Tentera Laut Malaysia.
    • Anehnya Abdul Razak Baginda kemudiannya didapati tidak bersalah dan dia dibebaskan sepenuhnya dari pertuduhan membunuh kerana dilihat tiada mempunyai kuasa untuk 'mengarah' suspek utama kes, yakni Ketua Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari UTK untuk melakukan pembunuhan mangsa (Altantuya). Jadi siapakah yang mempunyai kuasa ketika itu? Jika diamati serta diperhalusi, 'orang yang tak berapa nak cerdik' pun boleh menilai fakta ini dengan baik. Cuba lihat rantaian fakta ini bagi mengaitkan siapa jua yang bermain di minda anda sebagai 'suspek sebenar' yang bertindak sebagai 'pengarah operasi' permbersihan nama baik seorang PEMBESAR dalam kes pembunuhan ini.
    • Siapakah PALING BERMOTIF untuk membunuh Altantuya selain Abdul Razak Baginda? Dan fakta yang paling penting untuk kita perhalusi adalah siapakah yang berkuasa atau mempunyai kuasa untuk mengarah dua orang UTK (Pengawal peribadi Dato Seri Mohd Najib - Hazilah dan Sirul) serta Pakar Bom C4 tentera (Kolonel Aziz Buyong)? Siapakah pula yang berkemungkinan mempunyai pengaruh dalam 'melenyapkan' rekod kemasukan Altantuya ke Malaysia? Sudah tentulah ia melibatkan sesuatu yang AMAT BESAR sehingga perlu dihapuskan wanita 'berbahaya' ini. Siapakah pengarah sebenar dalam konspirasi pembunuhan ini? Apakah motif sebenar nya? Apa jua jawapan yang bermain di'minda fikiran' anda, simpan dahulu untuk telahan fakta berikutnya.
    • Dato Seri Mohd Najib kemudiannya bersumpah bahwa beliau tidak pernah mengenali dan tiada kaitan samada secara langsung atau tidak dengan Altantuya. Sedangkan umum akhirnya mengetahui bahwa Altantuya rupanya adalah 'Perterjemah Bahasa Perancis' yang diguna pakai ketika berlangsungnya urusan pembelian kapal selam berkenaan. Ini menyebabkan Dato Seri Mohd Najib 'terpaksa' juga mengenalinya walaupun dia ingin sangat agar rakyat tahu 'konon'nya dia tidak pernah mengenali Altantuya. Fakta ini bukan omong kosong. Ia turut dinyatakan di mahkamah dalam sebutan kes yang berlangsung di Paris, Perancis berhubung penipuan yang berlaku dalam skandal penjualan dan pembelian kapal selam itu.
    • Menambah buruk persepsi itu adalah apabila sepupu Altantuya, Burmaa Oyunchimeg mengemukakan bukti bergambar di mahkamah ketika diminta memberi keterangan. Bukti itu adalah gambar Abdul Razak Baginda, Dato Seri Najib dan Altantuya sedang menjamu selera di sebuah restoran eksklusif. Ya lah! Takan hanya kerana keluar makan bersama sahaja terus hendak dikaitkan beliau sebagai pembunuh, itu tidak adil dan zalim namanya. Cuma yang jelas di sini adalah Dato Seri Mohd Najib telah bersumpah 'bohong'. Dia sebenarnya memang mengenali Altantuya. Kenapa ia seakan hendak di’sembunyi’kan dari rakyat Malaysia? Pasti ada sebab BESAR disebalik semua itu.
    • Baiklah, sekarang amati pula dari sudut berbeza, Abdul Razak Baginda hanya perlu melunaskan US500 ribu atau hanya kira-kira RM1.6 Juta sahaja berupa komisyen kepada Altantuya. Dan jika mengambil kira jumlah komisyen yang dimilikinya iaitu RM4.7 billion (Ringgit Malaysia Empat Ribu Tujuh Ratus Juta), jumlah RM1.5 juta itu amatlah kecil dan boleh dilunaskannya pada bila-bila masa sahaja. Sekali lagi, Abdul Razak Baginda dilihat tiada sebab atau motif kukuh untuk membunuh 'kekasih gelap'nya itu (Altantuya), dan lebih meyakinkan adalah beliau juga dilaporkan tidak berupaya atau tidak mempunyai kuasa bagi mengarah suspek-suspek yang terdiri dari Ketua Inspektor Hazilah, Koperal Sirul dan Kolonel Aziz untuk melaksanakan tugas-tugas 'pembersihan' itu.
    • C4 adalah bom milik Angkatan Tentera Malaysia, dan harus diingat Dato Seri Mohd Najib Razak adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Malaysia yang berkuasa penuh terhadap apa jua aktiviti Angkatan Tentera Malaysia. Dari semua fakta ringkas di atas, anda pasti sudah boleh mengagak serta mengetahui siapakah KETUA sebenar dalam 'KONSPIRASI PEMBUNUHAN KEJAM' ini. Demi survival politik dan survival parti, 'orang yang zalim' ini terpaksa dilindungi oleh orang-orang besar parti yang lainnya.
    • Apakah anda mengandaikan semua barisan kepimpinan BN itu 'bodoh', 'buta' dan tidak mengetahui tentang hal sebenar ini? Tidak, mereka semua bukanlah orang-orang yang bodoh, malah mereka bijak berpolitik dan tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku. Jika begitu, jika benar mereka semua tahu, mengapa pula mereka beria-ia menyembunyikan fakta sebenar dan sekaligus mempertahankan 'orang yang zalim' ini?
    • Nyatanya, semua ketumbukan kepimpinan BN sebenarnya amat sedar dan tahu akan kebenaran ini, namun mereka jauh menyedari serta tahu bahwa menyelamatkan 'orang zalim ini' adalah sama seperti menyelamatkan kedudukan mereka sendiri. Mereka sedar seandainya jatuh 'orang yang zalim' ini, maka hancur berkecailah keseluruhan empayar yang telah mereka bina selama ini. Justeru itu, mereka tiada pilihan lain kecuali berusaha mempertahankan juga 'orang yang zalim' ini sekalipun terpaksa 'membohongi' rakyat jelata. Tidak mungkin mereka mahu melihat Pakatan Rakyat menguasai PUTRAJAYA hanya kerana kesilapan yang dilakukan oleh 'orang yang zalim' ini.
    • Mereka 'terpaksa' jua mengangkat 'orang yang zalim' ini sebagai pemimpin mereka, walaupun hati mereka jelas menolaknya. Sayang sekali mereka semua terlupa pada Tuhan. Mereka terlupa bahwa Tuhan Maha Mengetahui apa sahaja yang mereka nyatakan atau sembunyikan dalam hati mereka. Mereka lupa bahwa mereka kelak akan tetap didatangi oleh Malaikat Maut. Mereka berusaha dan cuba untuk melupakan semua kemelut itu demi kehidupan dunia yang fana ini. Ada di antara mereka yang telah menerima 'hukum' Allah yakni mati, namun yang masih hidup terus leka dan lalai dengan segala macam imbuhan duniawi yang diterima mereka dari 'orang yang zalim' itu.
    • Kehidupan dunia ini adalah segalanya bagi mereka-mereka ini. Mereka tahu ada akhirat menanti tetapi mereka berasa 'yakin' kononnya mereka berada di pihak yang benar dan akan 'terselamat' dari api neraka. Mereka bersangka baik terhadap harapan palsu yang dijanjikan syaitan buat mereka dan penyokong-penyokong mereka. Sedang mereka dan penyokong mereka bersekongkol dengan 'orang yang zalim' itu, Allah juga mempunyai rancangan-Nya. Dan sudah tentulah perancangan Allah jauh lebih baik dari ciptaan-Nya.
    • Apa boleh buat saudara, kita terpaksa menunggu sehingga ke hari pembalasan, yakni akhirat, bagi melunaskan semua yang kita persangkakan. Takan kita semua mahu turut serta bersama mereka dalam menyokong 'orang yang zalim' itu. Mereka sendiri pun sebenarnya 'terpaksa' menyokongnya demi survival politik sempit mereka. Ayuh rakyat Malaysia, berfikir dan bertindaklah dalam Pilihanraya Umum nanti. Mari kita tegakkan kebenaran dan keadilan buat semua. Kita tunjukkan bahwa rakyatlah yang paling berkuasa, dan bukan mereka para pemimpin yang jahat itu.

    Important link to the case: http://Murder_of_Shaariibuugiin_Altantuyaa

    Harus diberi perhatian serius bahwa Allah dan Rasul-Nya telah acap kali mengingatkan dan memberi amaran kepada kita agar berwaspada terhadap suatu zaman di mana pemimpin yang dusta itulah yang akan 'dipercayai' dan diberi kuasa. Ia sedang berlaku sekarang dan kita 'yang diberi hidayah Allah' mudah membezakan antara penyokong yang melakukan kebaikan (amal makruf) dengan mereka yang melakukan kebathilan (Mungkar)


    Firman Allah surah Al Maa-idah (51): Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani (yakni orang yang suka berdusta) sebagai pemimpin-pemimpin (mu), sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka sebagai pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.


    Hadis Rasulullah Saw pula menegaskan bahwa: Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung/menyokong) tindakan mereka yang berbuat aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga)”.- Hadis Riwayat Tirmizi, Nasae’i dan Hakim.


    Sudah jelas bahwa Allah dan Rasul-Nya melaknati orang-orang yang berdusta dan berbuat aniaya. Malah penyokong-penyokong yang mendukung aspirasi pemimpin-pemimpin jahat itu juga nantinya akan turut sama terpelosok di kancah neraka jahannam. Pasti akan ada kelompok ini yang bertanya: "Bagaimana pula dengan ustaz-ustaz dan ulama UMNO?. Apakah mereka ini turut bernasib malang dan terpaksa menghuni neraka jahannam?".


    Jawapan saya 'itu semua, keputusan ke mana mereka akan dikembalikan kelak, kita serah bulat-bulat kepada Allah Azzawajalla sahaja'. Bukan kita yang berhak menentukan ke mana kembalinya mereka nanti. Namun, di sebalik penyerahan tawakal kepada Allah, kita harus faham bahwa Rasulullah Saw diutus bagi menyempurnakan akhlak kita semua. Dalam sirah nabi banyak sekali dipaparkan kisah-kisah bagaimana Rasulullah Saw bukan sahaja bijak dalam ilmu agama, malah Baginda amat arif menilai akhlak orang-orang di sekelilingnya. Baginda mengajar semua khalifah dan umat ketika itu bagaimana dapat mereka mengenali samada orang itu berakhlak terpuji atau sebaliknya. Ini bermakna, mereka para ustaz dan ulama bukan sahaja perlu menilai pemimpin dari sudut agamanya sahaja, akhlak pemimpin itu turut menjadi faktor utama dalam penilaian mereka sebelum seseorang pemimpin itu wajar disokong.


    Seharusnya itulah yang menjadi panduan ustaz-ustaz dan Ulama UMNO di dalam menentukan sokongan mereka. Menyokong membabi buta akan menyebabkan mereka terdedah untuk menerima nasib yang sama dengan kelompok ini kelak. Rasulullah Saw telah bersabda dalam banyak hadis yang saya rangkumkan peringatannya, antara lainnya untuk mengenali akhlak seseorang yang baik itu ada beberapa ciri utama:-

    1. Pertama lihat suaminya samada dia bersolat fardhu di masjid atau tidak?
    2. Kemudian lihat isterinya, apakah dia menutup aurat atau tidak?
    3. Kemudian lihat pula anak-anak gadisnya, apakah mereka menutup aurat atau tidak?
    4. Lihat bagaimana mereka sekeluarga berbelanja, apakah mereka boros atau tidak?

    Terima kasih, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Friday, 13 January 2012

    Datuk Salleh Mengharapkan PRU13 Diadakan Lebih Awal - Najib Kata, Tidak!

    Bernama - Timbalan Ketua Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, UMNO Sabah akan berhempas pulas memberi kemenangan bagi membolehkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memperoleh mandat jelas dalam pilihan raya akan datang untuk terus mentadbir negara.

    UMNO Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, sudah bersedia menghadapi pilihan raya umum walaupun jika diadakan secara mengejut, katanya.

    Salleh terlalu yakin akan kemenangan UMNO/BN di Sabah, atau beliau terlalu yakin akan dicalonkan oleh Najib dan Musa di mana-mana DUN atau MP di Kota Belud. Bagaimana kalau Salleh tidak dicalonkan, apakah beliau akan pastikan juga kemenangan itu milik UMNO/BN di Kota Belud?.

    Salleh, semasa mengulas laporan agensi berita AFP semalam yang memetik Najib sebagai berkata bahawa beliau berharap untuk mengadakan pilihan raya tidak lama lagi.
    Bagaimanapun, Najib juga dipetik dalam temu ramahnya dengan Dow Jones Newswires bahawa beliau tidak akan mengadakan pilihan raya umum sehinggalah dapat menunaikan janji yang dibuat baru-baru ini untuk memperkenalkan pembaharuan demokratik.

    Salleh mengharapkan pilihanraya akan diadakan lebih awal, tetapi Najib kata tidak selagi janji-janji belum tertunai. Apakah janji-janji yang belum tertunai itu yang dimaksudkan oleh Najib?. Atau, Salleh sengaja tidak mahu tahu, atau Salleh tidak tahu langsung bahwa UMNO/BN ini dalam keadaan tenat sekarang. TPM, Tan Sri Muhyiddin pernah mendakwa bahwa, PRU13 'INI KALI LA' pilihanraya yang benar-benar mencabar kewibawaan UMNO/BN.

    Thursday, 12 January 2012

    Wujudkan Jawatan Dua Timbalan Perdana Menteri : Satu Untuk Sabah dan Sarawak

    Setiap dasar atau perlembagaan adalah diakui, terlalu sukar untuk diubah. Ia memerlukan kuasa majority dalam dewan dan perkenan ke bawah Duli Yang di Pertuan Agong. Tetapi, sesuatu dasar dan peraturan kerajaan melibatkan hal-hal kepimpinan dan pentadbiran itu boleh diubah dengan kuasa yang ada pada ketua jika ia difikirkan tidak relevan lagi. Contohnya; penggiliran Ketua Menteri Sabah suatu ketika dahulu, pernah terjadi tanpa satu pun perlembagaan atau peraturan digubal, hanya beberapa syarat yang diletakkan dengan kuasa Perdana Menteri.

    Di sini SR ingin mengupas sedikit beberapa perkara dan persoalan yang perlu rakyat dan pemimpin fikirkan. Sekiranya Menteri Kewangan Malaysia, atau Ketua Menteri Sabah contohnya; Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan boleh melantik Timbalan Menteri Kewangan lebih daripada satu. Begitu juga Ketua Menteri Sabah yang merangkap Menteri Kewangan Sabah boleh melantik lebih dari satu Timbalan Ketua menteri.

    Persoalan yang SR timbulkan di sini ialah, apakah di Kepulauan Borneo (Sabah dan Sarawak) tidak layak diletakkan seorang Timbalan Perdana Menteri?. SR tidak mempertikaikan mana-mana system atau perlembagaan yang ada wujud sekarang ini, namun kewajaran pentadbiran sesebuah Negara itu perlu ada keseimbangannya.

    Memang semua faham dan tahu akan perjanjian pembentukkan Negara Malasia, hasil daripada gabungan tiga wilayah Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Pembentukkan itu adalah atas dasar kerjasama dan kongsi kuasa di bawah pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO (United Malays National Organisation) ketika itu. Rakyat Sabah dan Sarawak tidak menafikan atau mempertikaikan jawatan Perdana Menteri yang diletakkan pada bahu di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO sebagai 'leadership' parti di Negara ini. 

    Apa yang menjadi persoalan di sini ialah, kenapa jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak boleh diwujudkan dua jawatan; Timbalan Perdana Menteri I dan Timbalan Perdana Menteri II?. Satu daripada jawatan itu disandang oleh pemimpin pribumi yang lahir di Kepulauan Borneo (Sabah/Sarawak). Soal perebutan kuasa antara pemimpin Sabah dan Sarawak bagi SR tidak akan timbul di sini, sebabnya setiap penggal (5 tahun) Timbalan Perdana Menteri ini di buat secara bergilir-gilir yang mana kuasa melantik itu di bawah kuasa Perdana Menteri Malaysia di kalangan ‘leadership’ parti.

    Tentu juga di peringkat negeri akan timbul persoalan dikalangan pemikir siapakah Timbalan Perdana Menteri dan siapa Ketua Menteri Sabah/Sarawak ketika itu. SR merasakan, perkara ini amat adil pada semua pihak, apatah lagi di dua negeri ini yang mempunyai berbagai kaum dan anutan agama. 

    Jawaban SR ialah; sebagai negeri yang mengamalkan tolenrasi kaum dan agama, Timbalan Perdana Menteri digiliran pada setiap penggal (5 tahun) di dua buah negeri ini. Manakala Ketua Menteri, pada setiap negeri juga di gilirkan pada setiap penggal. Sekiranya Timbalan Perdana Menteri di kalangan non muslim, maka Ketua Menteri wajar diberikan kepada pemimpin yang beragama Islam, dan begitulah sebaliknya. 

    Sebagai penganalisis politik kakilima, SR bukanlah ingin membangkitkan semangat kenegerian atau mempertikaikan mana-mana system atau perlembagaan yang ada sekarang ini. SR berfikiran begitu, adalah berpandukan kepada kajian rambang yang SR buat dari peringkat awal pembentukkan Negara Malaysia hinggalah sekarang ini. 

    Antaranya kajian-kajian dan soal selidik yang SR dapati ialah; Ketelusan pemimpin pilihan rakyat yang diamanahkan oleh rakyat untuk memegang sebuah tanggungjawab yang harus mereka laksanakan dengan cara yang jujur, ikhlas, bersih, cekap dan amanah. Apa yang kita lihat di sini, kebanyakan di kalangan pemimpin-pemimpin yang ada telah diselubungi gejalah korupsi, kronisme, dan berbagai lagi andaian buruk masyarakat setempat di dua buah negeri ini.

    Kedua; Kepulauan Borneo memiliki bentuk muka bumi yang luas, dengan dikelilingi gunung ganang dan bukit bukau. Adalah terlalu payah sekali Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri yang ada sekarang ini menjelajah setiap pelusuk dan ceruk untuk mengetahui masalah-masalah dalaman dua negeri ini. 

    Ketiga dan terakhir; Sabah dan Sarawak adalah penyumbang kemenangan PRU (Parlimen) sekiranya dua buah negeri ini menyertai mana-mana peneraju gabungan untuk membentuk sebuah kerajaan. Seandainya dua buah negeri ini bersatu untuk menumbangkan sesebuah pemerintahan Negara itu adalah amat mudah sekali, contohnya di PRU12 yang lalu. Jika semua MP Sabah/Sarawak menyertai gabungan Pakatan Rakyat, sudah tentu kerajaan Barisan Nasional sudah lama terkubur.

    Siapa yang mampu mengawal emosinya, mengendalikan akalnya dan menimbang segalanya dengan adil dan benar, maka ia akan mudah melihat keadilan dan kebenaran, mengetahui petunjuk dan memutuskan sesuatu dengan adil dan benar.

    Di pagi hari mamat makan satay, Andai tersilap maafkan Saya Ready, Terima kasihlah daun keladi, Di hari lain kita berjumpa lagi..

    Pemimpin dan Pegawai Pentadbir Kerajaan Kota Belud Perlu Jawab : Kenapa Rezab Padang Ragut Pintasan, Kota Belud Diubah Statusnya?


    Dalam keriuhan dan kehangatan suasana menghadapi PRU 13 ini, berbagai sumber-sumber dipaparkan dan diwar-warkan. Mutakhir ini, sikap dan tindaktanduk pemimpin dan pegawai pentadbir kerajaan mula dipertikaikan. Terbaru, isu rezab padang ragut Pintasan, Kota Belud yang didakwa telah diubah statusnya.

    Seorang pengiat FCB dalam 'Ruangan Forum Perbahasan Calon' telah memaparkan fenomena mengenai
    pelan tanah rezab Pintasan yang digubal pada tahun 1995 telah diubah statusnya tahun 2002. Selepas itu, tidak lama kemudian diubah lagi pada tahun 2010. Dimaklumkan pada dua hari yang lepas, Pegawai Jabatan Tanah Daerah Kota Belud tidak dapat menjawab persoalan tersebut malah membisu seolah-olah menyembunyikan sesuatu fakta yang ada.

    Kawasan rezab kampung
    'Tanah Guna Sama' ini juga konon akan dibangunkan satu projek oleh sebuah syarikat. Dua orang pemimpin dikaitkan terlibat sama iaitu Datuk Musbah, ADUN Tempasuk dan Datuk Abdul Rahman Dahlan, MP Kota Belud yang didakwa memiliki kepentingan pada syarikat berkenaan. Tetapi, syarikat yang konon ingin membangunkan projek di tanah tersebut sehingga kini tiada sedikit pun tanda-tanda untuk dibangunkan.

    Menurut sumber ini lagi, kita tidak menolak sebarang pembangunan yang diwujudkan di kawasan tersebut, cuma katanya yang menghairankan kenapa? 'Tanah Guna Sama' yang didakwa rezab Kampung Wakap ini tidak diusahakan atau dibangunkan seperti yang dimaklumkan. Hanya lalang dan pondok-pondok usang yang berada di situ, dan sekarang ini pagar-pagar mula dipasang sebagai tanda. 

    Apa yang mendukacitakan, di kawasan tersebut juga ada beberapa orang penduduk tinggal berpuluh tahun lamanya di situ yang mengusahakan tanah berkenaan dengan tanaman dan telah mendirikan rumah kediaman keluarga mereka, tiba-tiba diberi notis keluar serta merta oleh pihak kontraktor (syarikat), katanya lagi. 

    Apa yang difahamkan dengan SR, ini adalah fakta yang tidak boleh disembunyikan kesahihannya lagi dan sekarang, penduduk terbabit bercadang untuk melaporkan perkara ini ke pihak atasan seperti SPRM dan Media Prima TV3 serta berhubung terus kepada Ketua Menteri Sabah.

    SR hanya ingin berkongsi maklumat kepada sesiapa sahaja demi keutuhan perpaduan kaum, bangsa dan agama di Daerah ini khususnya negeri Sabah. Yang pasti, rakyat hanya mahukan tanggungjawab dan keprihatinan seorang pemimpin itu benar-benar terlaksana dengan penuh telus, ikhlas, bersih, cekap dan amanah. Rakyat semua tahu akan kedudukkan hiraki peralihan kepimpinan
    pada tahun 1995, 2002 dan 2010 yang rakyat pilih dan letakkan amanah dibahu mereka sebagai seorang pemimpin ketika itu.

    Wednesday, 11 January 2012

    Akaun E-Mail Laman Sosial Digondam : Datuk Ronald Kiandee Buat Laporan Polis

    Datuk Ronald Kiandee, MP Beluran Sabah merangkap Timbalan Speaker Dewan Rakyat Malaysia mendakwa akaun e-mail laman sosialnya telah digondam dengan menyebarkan berita yang tidak betul malah memburuk-burukkan imej beliau.
     

    Datuk Ronald banyak menerima panggilan dan SMS dari rakan-rakannya semalam bertanyakan berita yang tersebar luas di internet itu. Beliau telah membuat aduan Polis sebagai pilihan terbaik sepertimana kenyataan beliau di laman sosial terbuka Facebook 'Ronald Kiandee', dengan katanya;

    "Thanks all. I received many calls and SMSes yesterday asking me about that story. I have no choice but to make a police report and highlight it in sabah times today. Hope no one became a victim of that scam. Thanks again for elerting me. Really appreciate it".



    Kandungan berita yang yang di dakwa tersebar luas dihantar dari akaun e-mail Datuk Ronald - [rkiandee@yahoo.com]

    Hi,

    I'm writing this with tears in my eyes,i came down here to London, UK. for a short vacation to visit a resort and got mugged at gun point last night at the park of the hotel where i lodged.All cash,credit cards and cell were stolen off me.I've been to the embassy and the Police here but they're not helping issues at all,my flight leaves today and I'm having problems settling the hotel bills.


    The hotel manager won't let me leave until i settle the hotel bills which is 1,500Pounds or anything you can afford now am freaked out.Please reply back and let me know if you will be able to loan me the cash so that i can give you the necessary details you will need to get the cash to me via western union money transfer, i promise to pay you back as soon as i get home.


    Kiandee

    Tuesday, 10 January 2012

    Rahman Dahlan Bias : Kerajaan Sabah Tidak Adil Cara Tangani Krisis Projek Empangan Tambatuon Dengan Tanah NCR Rampayan, Kota Belud

    Siapa yang mampu mengawal emosinya, mengendalikan akalnya dan menimbang segalanya dengan adil dan benar, maka ia akan mudah melihat keadilan dan kebenaran, mengetahui petunjuk dan memutuskan sesuatu dengan adil dan benar.

    SR tidak mahu ulas banyak-banyak, hanya ambil point-point yang penting-penting sahaja dengan menimbulkan berbagai persoalan untuk mengajak seluruh masyarakat Kota Belud khasnya dan seluruh rakyat Sabah amnya berfikir secara rasional dipandu oleh kotak minda akal yang sempurna.

    Sebelum ini Speaker Dewan Rakyat Malaysia, Tan Sri Pandikar Amin pernah menasihati jawatankuasa Tuntutan Tanah Warisan Rampayan (TTWR) supaya berhenti mempolimekkan tanah NHR Rampayan dan akhirnya sunyi sehingga kini. Dengan alasan semua langkah dan tindakan telah diambil mengikut prosedur dan undang-undang Malaysia. Mustahil Najib tidak tahu?

    Speaker DUN Sabah pula, Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said merangkap Ketua Bahagian UMNO Kota Belud membisu seribu bahasa seolah-olah tanggungjawab itu bukan beban dia sebagai seorang pemimpin Kota Belud yang membiarkan suku sakat sahabatnya dalam USBO Tan Sri Pandikar yang sedang dilanda krisis pengambilan tanah (NHR) di Kampung Rampayan Ulu/Laut seperti yang di dakwa oleh jawatankuasa TTWR diluluskan kepada syarikat terbabit. Mustahil Musa Aman juga tidak tahu?

    Manakala ADUN Tempasuk, Datuk Musbah Jamli dan ADUN Usukan, Datuk Japlin macam mulut tersumbat tidak boleh berkata-kata. Apa mereka ini bukan wakil rakyat atau tidak tahu apa itu tanggungjawab wakil rakyat?

    Nah!!! Apa pula kelibat lipas kudung atau ayam tambatan Kota Belud ini, Datuk Abdul Rahman Dahlan. Beliau pandai sepandai tupai, berani tapi berani membuta tuli tidak tahu apa yang beliau nyatakan. Kita lihat kenyataan Rahman bagaimana beliau menangani dua krisis yang melanda Kg. Tambatuon dan Kg Rampayan.

    SR hanya timbulkan beberapa persoalan kenyataan-kenyataan dalam portal blog Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan yang juga Setiausaha Barisan Nasional Sabah.
      
    Bagaimana kerajaan Negeri Sabah menangani krisis Isu Projek Empangan Tambatuon dan Pengambilan Tanah Warisan Rampayan oleh syarikat swasta (Kinsa Mewah Sdn Bhd)?

    **********************************************************************************************************

    DARD : Projek Empangan Tambatuon di kampung itu tidak akan dibina selagi penduduk di kampung  berkenaan tidak memberi persetujuan.
    • Bagaimana Rahman melihat Tanah Hak Adat (NCR) di Kampung Rampayan yang membantah sehingga SUHAKAM terlibat tanda tiada persetujuan penduduk sekitar Rampayan?.
    DARD : Abdul Rahman memohon kerjasama orang-orang kampung terutamanya pemimpin-pemimpin Jawatankuasa Bertindak yang membantah rancangan pembinaan projek empangan tersebut untuk membuka minda dan berbincang dengan pihak kerajaan.
    • Adakah Rahman Dahlan juga memohon kerjasama penduduk kampung Rampayan terutamanya Jawatankuasa bertindak TTWR (Tuntutan Tanah Warisan Rampayan) yang membantah untuk membuka minda dan berbincang dengan pihak kerajaan?
    DARD : Kenapa empangan itu dicadangkan adalah kerana desakan daripada pihak pembangkang di dalam parlimen pada tahun 2008 bila Malaysia berdepan dengan krisis makanan terutamanya beras yang begitu teruk sekali harga meningkat tiga kali ganda.
    • Kenapa tanah (NCR) Rampayan diperingkat LUC Daerah diluluskan kepada sebuah syarikat. Apakah atas desakan syarikat tersebut untuk membuat hotel lima bintang atau desakan orang-orang tertentu yang berkepentingan terhadap tanah berkenaan?
    DARD : Jika cadangan pembinaan empangan ini ditolak bermakna pihak pembangkang hipokrit, pada masa yang sama mengkritik pihak kerajaan tetapi pada masa yang sama juga mengkritik kerajaan apabila kita membuat sesuatu.
    • Apakah kerajaan juga tidak hipokrit menangani isu tanah (NHR) Rampayan, apabila dikritik tidak diambil tindakan dan bagi keputusan kepada penduduk Rampayan seperti kes projek Tambatuon?
    DARD : Di mana juga jelapang padi akan dibina perlu ada empangan sebagai contoh di  Kada ada empangan, di Mada ada empangan maka di daerah ini juga memerlukan empangan.
    • Projek Tambatuon adalah satu tuntutan yang memberi manfaat kepada seluruh masyarakat Kota Belud, maka wajarlah diberi perhatian. Tapi, kenapa kerajaan boleh buat terhadap penduduk sekitar Tambatuon bahwa Projek Empangan Tambatuon di kampung itu tidak akan dibina selagi penduduk di kampung  berkenaan tidak memberi persetujuan. Tanah (NHR) Rampayan bagaimana kerajaan lihat?
    DARD : Seramai 250 orang penduduk kampung hadir pada majlis itu termasuklah semua pemimpin-pemimpin tempatan dan Jawankuasa Bertindak.
    • Apa Rahman tidak ingat berapa orang penduduk yang membantah pengambilan tanah (NHR) Rampayan oleh syarikat tersebut?
    DARD : Rahman berharap kenyataan beliau di media ini tidak akan diputar belitkan oleh pihak pembangkang.
    • Apa Rahman mewakili kerajaan tidak putar belit krisis cara menangani isu tanah (NHR) Rampayan dan projek Tambatuon?
    DARD : Jelasnya, antara lain kenapa empangan itu dicadangkan adalah kerana desakan daripada pihak pembangkang di dalam parlimen pada tahun 2008 bila Malaysia.
    • Kelulusan tanah (NHR) Rampayan kepada syarikat Kinsa Mewah Sdn Bhd, atas desakan siapa pula?
    DARD : Jika pihak kerajaan ingin berbincang dengan penduduk kampung  mengenai  isu itu maka perlulah mereka berbincang dengan sebaik mungkin, tetapi kita pastikan bahawa empangan itu tidak akan dibina selagi mereka tidak memberi persetujuan.
    • Adakah penduduk Rampayan pernah berbincang sebaik mungkin dengan kerajaan sebelum ini. Jika pernah, bolehkah kelulusan itu dibatalkan?
      ***********************************************************************************************************

      APA-APA PUN YANG BERLAKU!!! Menurut salah seorang ahli jawatankuasa bertindak Tuntutan Tanah Warisan Rampayan (TTWR), mereka sentiasa bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan termasuk menggunakan SPRM ataupun kuasa Mahkamah dalam mempertahankan hak mereka.

      Musa Aman Nafikan Kenyataan Rahman Dahlan Isu Tanah (NCR) Di Rampayan

      Isu tanah tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) Kampung Rampayan Ulu/Laut seluas 480 hektar (lebih kurang 1,200 ekar) tiada kesudahannya. Penduduk Rampayan janganlah mengharapkan sesuatu yang sudah tentu bukan hak kamu. Maafkan SR sekiranya kenyataan ini agak keterlaluan.

      Apa alasan SR berkata demikian? Cuba lihat kenyataan-kenyataan dua orang pemimpin Sabah ini yang berdolak-dalih menuding jari di antara satu sama lain;

      Setiausaha Barisan Nasional Negeri Sabah, Abdul Rahman Dahlan mendakwa ada syarikat pada awalnya ingin melaksanakan projek membina hotel bertaraf lima bintang di Tuaran, berikutan jaraknya yang lebih hampir dengan Kota Kinabalu.

      Bagaimanapun kata Rahman, kerajaan negeri Sabah mengarahkan pembangunan itu dilaksanakan di Kota Belud sebagai usaha melonjakkan ekonomi daerah tersebut, beliau tidak mengetahui mengenai perancangan itu sehingga dimaklumkan oleh Ketua Menteri, YAB Datuk Musa Hj Aman.

      Manakala Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Musa Aman pula telah menafikan dakwaan Rahman Dahlan itu bahwa konon ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan menipu malah menuduh kerajaan 'mengadai' 480 hektar tanah NCR kepada syarikat swasta (Kinsa Mewah Sdn Bhd), kenyataan ini semasa beliau ditanya mengenai isu-isu yang dijangka akan dimainkan oleh pembangkang pada PRU13, beliau berkata;

      "Antaranya mungkin soal royalti minyak di Sabah dan isu tanah Hak Adat Bumiputera (NCR). Pernah pegawai negeri di Sabah didakwa kononnya terbabit dalam perebutan tanah adat di Kampung Rampayan Ulu, Kota Belud. Dikatakan ada pihak tidak bertanggungjawab telah menuduh pihak kerajaan ‘menggadai’ 480 hektar tanah NCR kepada syarikat swasta bagi perancangan membina hotel bertaraf lima bintang. Yang jelas mereka (pembangkang) mahu menipu" [Rencana Utusan Online] - Rujukan : Petikan dalam Blog MIK atau, KLIK DI SINI


      Mana yang betul ini? Yang betulnya, rakyat dibutakan dengan maklumat seperti mana paparan ini. Lihat dan teliti baik-baik siapa yang tipu siapa ini. Pembohongan demi pembohongan berterusan.

      Mari kita lihat pula bagaimana kenyataan Ahli Parlimen Kota Belud, Abdul Rahman Dahlan merangkap Setiausaha Barisan Nasional Negeri Sabah dalam portal blognya mpkotabelud.blogspot bertarikh 9 Ogos 2011 yang menyangkal dakwaan Musa Aman itu semata-mata menipu rakyat.

      Tiada Rampasan Tanah di Kota Belud, kata Ahli Parlimen Kota Belud
      PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kota Belud, Abdul Rahman Dahlan, menyangkal dakwaan kononnya beliau terbabit dalam perebutan tanah adat di kawasannya.
       
      Ada penduduk Kampung Rampayan Ulu menuduh Rahman "menggadai" 1,200 ekar tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) kepada syarikat swasta selepas berjanji membantu mereka menyelesaikan isu berkenaan.

      Tanah berkenaan merangkumi kawasan pantai yang akan menjadi lokasi perancangan membina hotel bertaraf lima bintang syarikat terbabit sebagai sebahagian daripada projek pelancongan.

      Menurut Rahman, awalnya syarikat itu mahu melaksanakan projek terbabit di Tuaran, berikutan jaraknya yang lebih hampir dengan Kota Kinabalu.

      Bagaimanapun, kerajaan negeri Sabah mengarahkan pembangunan itu dilaksanakan di Kota Belud sebagai usaha melonjakkan ekonomi daerah tersebut.


      Rahman berkata, beliau tidak mengetahui mengenai perancangan itu sehingga dimaklumkan oleh Ketua Menteri, YAB Datuk Musa Hj Aman.


      Episod yang akan menyusul, 'Isu Perbezaan Antara Projek Empangan Tambatuon Dengan Pengambilan Tanah Warisan Rampayan - Cara Kerajaan Menanganinya'.