Monday 5 December 2011

Shahrizat Kebal Dalam Kabinet Najib, Ada Pemimpin UMNO Yang Tidak Sedar : Kenapa?


Sebelum ini Bung Moktar Radin mencabar Shahrizat untuk letak jawatan. Terbaru, Seorang lagi pemimpin UMNO mendesak supaya Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat supaya melepaskan jawatan berhubung isu kontroversi projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan keluarganya.

Memetik laporan akhbar Sinar Harian hari ini, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabsee berkata Shahrizat tidak perlu menunggu lampu hijau untuk berundur. “Adakah Shahrizat suka orang lain buat keputusan bagi dirinya? Jika tidak, berundurlah cara terhormat,” katanya sambil menambah Ketua Wanita Umno itu tidak perlu mengheret kerajaan dan pemimpin lain untuk memperbetulkan keadaan.

Pemimpin-pemimpin UMNO/BN ini sebenarnya tidak sedar akan kekebalan Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil. Siapakah beliau?. Beliau adalah calon yang ditolak oleh rakyat dan di bawa dari luar untuk masuk semula oleh Perdana Menteri untuk menjawat jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tanpa persetujuan rakyat. Betulkan?.

Shahrizat adalah calon UMNO yang kalah di PRU12 yang lalu, tetapi Najib lebih suka dan percayakan Ketua Wanita UMNO ini berbanding calon-calon UMNO yang lain. Calon pilihan rakyat tidak dipilih, kenapa?. Contohnya, Ketua sayap kanan UMNO Khairy Jamaluddin yang tiada langsung jawatan dalam Kabinet Najib. Apakah tiada yang layak selain daripada Shahrizat?. Alahaiii.. Kesiannnn..

Betullah anggapan Tun Dr Mahathir selama ini, orang Melayu sudah kritikal terhadap UMNO dengan katanya. “Ini adalah soal impression bahawa UMNO dipimpin oleh orang yang korup dan orang yang berkelayakan tidak dibenarkan masuk untuk memegang jawatan. Ini adalah benar, malah kita hendak mencari pemimpin dalam UMNO sekarang pun susah. Di Selangor begitu ramai orang Melayu tapi hendak cari pemimpin cukup susah”.

Dalam wawancara  Mahathir di Mingguan Malaysia, Ahad lalu. Mahathir berpendapat, akan tercetus rasa tidak puas hati dikalangan ramai pemimpin dan aktivisnya. Persiapan UMNO menjelang PRU13 nanti, tentu sekali timbul banyak masalah yang harus ditangani selain menangkis serangan pembangkang (Pakatan Rakyat). Apa yang Tun katakan itu hampir-hampir menjadi kenyataan. 

Untuk pengetahuan pemimpin-pemimpin UMNO semua, yang banyak kata Shahrizat adalah liability UMNO. Ketahuilah wahai pemimpin-pemimpin UMNO! selagi Najib tak kata Shahrizat undur maka, Ketua Wanita kebal itu tak akan berundur. Anda Nampak tak masa dia selak baju dalam perhimpunan UMNO baru-baru ini. Selak baju itu ditujukan konon kepada Ketua wanita PKR, Zuraida Kamaruddin kerana mencabar beliau meletakkan jawatan berhubung kontroversi projek lembu fidlot yang diusahakan oleh keluarganya.  

Nah!!! Anda faham sudahkah?. Siapa yang cabar Shahrizat lagi untuk letak jawatan.. Siaplah dengan selak Shahrizat.. UMNO lepas PAU, jadi kueh pau.. Bukan dapat merawat penyakit barah dalaman UMNO, malah makin tenat dan bertambah parah..   

No comments:

Post a Comment