Tuesday 13 December 2011

3M (Mahathir, Marina, Mukhriz) : Berbeza Watak

Sikap Marina Mahathir, anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap golongan gay yang dizahirkan ekoran tentangan terhadap Seksualiti Merdeka baru-baru ini bukan sesuatu yang mengejutkan. 

Malah, pernyataan sikap Marina menjelaskan satu realiti elit Melayu yang terbina hasil dominasi politik parti etnonasionalis UMNO. Aktivis liberal yang juga pengulas sosio-politik ini dalam penulisannya telah memperlihatkan pandangan yang jauh lebih liberal sejak awal lagi, ketika aktivis liberal lain masih berhati-hati.

Beliau menerbitkan buku himpunan tulisannya In Liberal Doses pada 1998, sekitar masa bermula perjuangan golongan liberal dengan lebih terbuka dan agresif. Sebagai anak pemimpin yang berpengaruh, Marina dengan berani mengutarakan pelbagai pandangan yang jelas sifat liberalnya, termasuk yang menyasarkan parti UMNO terutama sekali pemerintahan Najib berhubung satu skandal pemimpinnya. 

Perbezaan sikap dan pandangan dunia Marina dengan parti bapanya telah kelihatan sejak awal. Mahathir agresif melahirkan sikap anti-Barat, meliputi isu politik hingga kepada perang budaya, tetapi Marina yang berpendirian liberal dan mesra dengan Barat menunjukkan sikap berbeza. Marina, hasil kedudukannya dalam elit kuasa yang dibina dari parti konservatif UMNO, kini dapat menjalani kehidupannya seperti dilihat kini.

Marina memperjuangkan agenda liberal termasuk kebebasan gay dan memperlihatkan sokongan kepada agenda reformasi pilihan raya Bersih 2.0, yang kewujudannya sebahagian besar dapat dikaitkan dengan amalan pemerintah sejak pemerintahan bapanya. 

Watak-watak yang berbeza, Mahathir lebih kepada perwatakan berani dengan membidas kepimpinan dalaman UMNO. Anaknya Marina, membawa watak yang liberal dengan lebih terbuka dan agresif. Manakala Mukhriz anak lelaki Mahathir lebih suka ambil sikap berdiam diri. 

Bagaimana masyarakat melihat imej Tun Mahathir di kala ini, yang sering menjadi rujukan sebahagian dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO. Bolehkah UMNO diselamatkan dari gelombang tsunami? sedang Mahathir di singgahsana tengah syok bersandiwara dengan lakonnya, manakala anaknya Mukhriz adalah pelakon tambahan sebagai pembantu hero filem bertajuk 'UMNO', Najib Razak. Kalau bapa borek, anak mesti rintik.. macam filem hindi ba ini.. hehehe..

No comments:

Post a Comment