Monday 30 April 2012

Kenapa Ada Jurang Perbezaan Gaji? : NAJIB Tidak ADIL!!!

Najib telah mengumumkan gaji bulanan minimum bagi pekerja-pekerja swasta di PICC semalam pada perhimpunan khas dengan sector swasta. Najib tidak dapat merasakan denyut nadi rakyat Sabah, Sarawak dan Labuan sebagaimana yang didakwanya dalam ucapannya semalam.

Datuk Ronald Kiandee, Timbalan Speaker Dewan Rakyat (Parlimen) Malaysia telah timbulkan persoalan, kenapa penetapan gaji bulanan di Sabah, Sarawak dan Labuan rendah berbanding di Semenanjung Malaysia?.

Menurut kenyataan Ronald Kiandee yang dipetik dari laman social FB kumpulan beliau, Najib pada perhimpunan itu telah mengumumkan bahwa pekerja swasta akan mendapat gaji minima bulanan RM900 di Semenanjung Malaysia dan manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan hanya mendapat RM800 sahaja. Ia meliputi pekerja dalam semua sektor ekonomi kecuali pekerja yang berkhidmat dalam sektor perkhidmatan domestik, seperti pembantu rumah dan tukang kebun.

Dalam hal demikian juga, Ronald mendakwa bahwa MTUC telah setuju dengan quantum yang diumumkan oleh Najib. Maknanya MTUC juga setuju gaji minima Sabah, Sarawak dan Labuan mesti rendah dari Semenanjung Malaysia. MTUC seharusnya bela pekerja bukan majikan, katanya lagi.

SR setuju pada dasarnya pandangan Datuk Ronald, MTUC seharusnya mempertahankan kedudukan pekerja tersebut, tetapi Najib juga seharusnya memahami denyut nadi rakyat Sabah, Sarawak dan Labuan dan peka akan perkembangan semasa peningkatan harga barang dan kos sara hidup pada keseluruhan rakyat Malaysia yang tiada jurang perbezaan langsung.

Kenapa ada jurang perbezaan ini?, sedang harga barang di semenanjung Malaysia lebih murah berbanding dengan Sabah, Sarawak dan Labuan. Apa benarkah sepertimana dakwaan majority masyarakat di Sabah ini bahwa Kerajaan Persekutuan sekarang tidak berpegang pada prinsip ‘sama rata’ malah mengunakan perinsip ‘sapu rata’ mengikut kehendak dan kemahuan mereka sendiri. Maknanya slogan Najib ‘1Malaysia’ telah meleset jauh.

Sunday 29 April 2012

Setiausaha UMNO Bandar Tun Razak Dakwa Polis Menyamar Punca Huru Hara


Zaharin Mohd Yasin, Setiausaha UMNO Bandar Tun Razak dalam laman sosial facebooknya memberi kenyataan dengan mengesahkan bahawa anggota Polis telah menyamar sebagai peserta demo aman BERSIH bagi tujuan provokasi untuk menimbulkan huru-hara dalam Himpunan Aman Duduk BERSIH 3.0 di Ibu Negara. Apa kata Zaharin?.. 

Katanya, “Polis dah lebih cerdik dari dulu.. Dia bagikan anggotanya dua pasukan, satu pakai uniform, satu pasukan lagi pakai baju bersih tergelak saya jumpa seorang kawan yang masih polis, pegawai lagi dari Pahang, pakai baju kuning dan terpekik ayat reformasi. Saya tak tegur dia pun. Tapi bila tengok kat lengan dia ada getah warna kuning.. Dan saya jumpa banyak yang pakai getah yang sama.. Saya rasa terjaminlah dalam kumpulan pencacai yang tidak tahu apa benda ini..”..


Semacam inikah anggota Polis yang dimaksudkan oleh Zaharin, memakai baju kuning dengan getah warna kuning dilengan sambil memekik ayat reformasi?..


Zaharin berkata lagi, “Jika berapa pun dia kata.. Kena tolak tak kurang 2ribu adalah polis dalam kumpulan bersih. Yang menafikan mereka pun puak polis pakai t shirt bersih untuk rempoh sekatan polis, yang baling objek pun saya rasa polis, macam mereka buat latihan demontrasi kat polis depoh. Hehehe puak2 Pas bodoh ni ikut nyer..”..

Tu dia!! Zaharin kata puak-puak PAS tu bodoh.. Zaharin tidak sedar bahawa dialah bodoh tahap gaban yang buka pekong Polis.. Nah!!! Siapa ganas sebenarnya sekarang ini?..

Tuesday 24 April 2012

SARAWAK REPORT DEDAHKAN AKAUN MUSA AMAN DI SWISS SEJUMLAH US$90 JUTA

Musa Aman dan konco-konconya kini konon mengatur beberapa strategi penafian dalam pembabitan Ketua Menteri Sabah itu dalam penyiasatan kes yang melibatkan wang sogokan kegiatan pembalakan bernilai US$90 juta dengan menuduh Sarawak Report sebagai mereka-reka laporan serta mengada-ngadakan bukti palsu dan menunjukkan dokumen-dokumen yang telah disunting.

Sarawak Report tidak menafikan dakwaan ini, malah mengakui bahwa mereka telah bekerjasama dengan pihak berkuasa Hong Kong yang menyiasat kes ini, di mana sogokkan itu disalurkan dari syarikat-syarikat membabitkan lesen-lesen pembalakan di Sabah ke dalam akaun bank UBS Zurich di atas nama Musa Aman.

Sebuah akhbar mingguan Sonntagszeitung yang berpusat di Zurich sedang mengikuti laporan Sarawak Report. Kenyataan mengenai siasatan ini menjadikan kesukaran bagi Musa Aman untuk terus menafikan pembabitannya dengan Michael Chia dan Richard Christopher Barnes, yang pada awalnya telah didakwanya sebagai sesuatu yang direka-reka.

Pada mulanya akhbar Sonntagszeitung telah mencabar kesahihan bank UBS Swiss yang dituduh menguruskan segala transaksi menerusi jaringan akaun-akaun bank yang kompleks. Akaun-akaun ini dikendalikan oleh dua orang rakan Ketua Menteri Sabah itu, iaitu peniaga kayu balak Michael Chia dan peguam Richard Christopher Barnes. Sehingga kini bank berkenaan belum lagi memberikan sebarang komen.

Menurut Sarawak Report, pejabat Peguam Negara Swiss yang diterbitkan pada 22 April 2012 dalam akhbar kebangsaannya, telah menambah dan memperkuatkan lagi bukti seperti yang didakwa oleh Sarawak Report  bahawa Ketua Menteri Sabah, Musa Aman telah dibabitkan dalam penyiasatan yang melibatkan wang sogokan kegiatan pembalakan bernilai US$90 juta itu.

Namun, akhbar berkenaan telah menerima pengesahan ke atas siasatan itu dari agensi penguatkuasa perundangan Swiss, iaitu Pejabat Peguam Negaranya. Para pemberita telah mengemukakan suatu soalan, dengan menyebut secara tertib nama Musa Aman dengan menyentuh kedudukannya serta wang bernilai US$90 juta yang mana pihak berkuasa Hong Kong dipercayai telah menjalankan siasatan mereka juga.

Akhbar berkenaan bertanya sama ada pihak-pihak berkuasa Swiss telah didatangi oleh ICAC Hong Kong bagi membantu dengan memberikan maklumat berkenaan kes berkenaan dengan beberapa soalan; “Seorang ahli politik Malaysia, Musa Aman, seorang menteri yang menerajui kerajaan Sabah kini, merupakan orang yang terlibat dalam kes rasuah di Malaysia dan juga di Hong Kong. Pihak anti rasuah Hong Kong telah memfailkan laporan berkenaan. Difahamkan bahawa menerusi wakil-wakilnya, Musa Aman telah menerima sejumlah US$90 juta wang sogokan daripada syarikat-syarikat pembalakan sebagai wang sogokan mereka untuk mendapatkan lesen-lesen pembalakan. Adalah disyaki bahawa wang itu telah disalurkan menerusi suatu jaringan syarikat-syarikat dan didepositkan ke dalam akaun bank UBS di Hong Kong dan Zurich atas namanya. Peguam Richard Christopher Barnes dan peniaga Chia Tien Foh disebutkan sebagai wakil-wakil kepada Musa Aman itu. Kejadian ini berlaku antara tahun-tahun 2006 hingga 2008”.

Persoalan akhbar seterusnya; “Sudahkah Pejabat Peguam Negara mengetuai siasatan ke atas penyelewengan kewangan yang disyaki itu mahupun kes-kes jenayah yang berkaitan dalam konteks ini?” [Terjemahan soalan-soalan ini telah dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara Switzerland, oleh akhbar mingguan Swiss yang beribu-pejabat di Zurich, Sonntagszeitung, 20hb April 2012]

Berikut adalah merupakan jawapan Pejabat Peguam Negara Switzerland yang mengesahkan bahawa siasatan ke atas kes yang melibatkan wang sogokan Musa Aman:

Kenyataan; “Pejabat Peguam Negara (Switzerland) dalam konteks ini telah memberikan kerjasama di segi perundangan. Hasil penguatkuasaan undang-undang telahpun dikemukakan ke Pejabat Persekutuan Kehakiman pada 29hb Mac 2012 untuk dikemukakan kepada pihak-pihak berkuasa Hong Kong yang telah memohonnya. Pejabat Peguam Negara tidak memaklumkan isi kandungan ataupun maklumat lengkap berkaitan bantuan perundangan yang dipohon itu”. [Terjemahan jawapan oleh Jacgueline Buhlmann, jurucakap untuk Pejabat Peguam Negara 20hb April 2012]

Mereka telah tegas dengan pendirian mereka, walaupun pihak UBS atau ICAC Hong Kong mahupun Malaysia bersedia untuk mengambil langkah-langkah untuk menafikan bahan-bahan yang kami kemukakan, yang sepatutnya diperlakukan sedemikian jika bahan-bahan kami itu sememangnya palsu.

Kini Musa Aman diwajibkan untuk membuat kenyataan selanjutnya untuk menjelaskan kedudukannya berkaitan perkembangan terkini. Adakah dia akan mengatakan bahawa pihak pendakwaraya Switzerland juga berbohong? Atau adakah dia akan mengatakan bahawa Akhbar Kebangsaan Switzerland itu mengada-ngadakan cerita bohong yang dikemukakan oleh pihak pendakwaraya mereka?.

Musa Aman akan berdepan kesukaran untuk mengelak, kerana kenyataan yang berasingan yang diberikan kepada pihak Sonntagszeitung oleh Pejabat Kehakiman Swiss juga mengesahkan bahawa ianya membantu dalam pemindahan antarabangsa dokumen-dokumen yang dilakukan oleh Pejabat Peguam Negara ke Hong Kong:

Kenyataan: “Dapat saya tambahkan di sini bahawa pada 31hb Mac 2012, Pejabat Persekutuan Kehakiman telah memindahkan fail-fail bagi membantu siasatan, sebagaimana diperlukan oleh Pejabat Peguam Negara, kepada pihak berkuasa Hong Kong yang memohonnya.” [Terjemahan kenyataan oleh Folco Galli, Ketua Pejabat Penerangan di Jabatan Kehakiman Swiss, 20hb April 2012]

Dalam responsnya terhadap perkembangan-perkembangan ini pihak NGO Swiss, Bruno Manser Fund kini telah mengeluarkan cabarannya kepada pihak Hong Kong untuk mendedahkan butiran lanjut dalam siasatan mereka.

Pihak BMF juga telah memohon dari ICAC Hong Kong untuk mengeluarkan laporan yang lengkap pada kenyataan akhbar mereka.

Dan pihak NGO berkenaan juga telah memberikan isyarat bahawa siasatan seterusnya perlu dijalankan ke atas peranan bank UBS Switzerland berkaitan skandal ini:

“Bruno Manser Fund telah meminta pihak-pihak berkuasa Hong Kong untuk memberikan butir-butir hasil siasatan mereka, kerana ini merupakan persoalan peringkat antarabangsa. Bruno Manser Fund mengutuk UBS kerana membenarkan kemasukan wang sogokan ke dalam simpanannya dan mempersoalkan sama ada bank itu ada menguatkuasakan undang-undang Swiss ke atas kegiatan itu” [Kenyataan akhbar BMF, 20hb April 2012]

Menurut Sarawak Report, mereka sekarang tengah merancang untuk meneruskan laporan dan pendedahan dengan apa jua bentuk dokumen-dokumen sebagai bukti yang didepositkan mengenai kes ini.

Sarawak Report juga akan terus bertanya, kenapa Peguam Negara Malaysia, Abdul Gani Patail dan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak bersekongkol menghalang pendakwaan ke atas kes ini dengan menentang rakan politik mereka, iaitu Ketua Menteri Sabah.

Pihak-pihak berkuasa Switzerland telah pun memberikan kerjasama dalam penyiasatan ini, maka bilakah pihak berkuasa Malaysia berbuat demikian?, satu persoalan yang ditimbulkan oleh Sarawak Report lagi.

Thursday 19 April 2012

Ditikam Dari Belakang : Sejarah Bermulanya Kejatuhan Tun Mustapha


Pada 23 April 1975, menyingkap sejarah kejatuhan USNO suatu ketika dahulu yang retak menanti belah. Pada tarikh tersebutlah perjumpaan Jawatankuasa Tertinggi USNO, di mana Tun Mustapha telah membentangkan satu kertaskerja yang bertajuk ‘Kedudukan dan Masa Depan Sabah Dalam Malaysia’ yang dirangka oleh ahli-ahli USNO sendiri sebelum BERJAYA dilahirkan di Sabah dengan rasminya.

Tindakan Tun Mustapha itu telah mencemaskan pemimpin-pemimpin Kuala Lumpur. Dan, malang bagi Tun kerana beliau terlalu percaya dan yakin dengan orang-orang bawahannya sehingga menyerahkan banyak hal perkara sulit, sehinggakan beliau sendiri akhirnya menerima padah.

Datuk Harris Salleh, orang kesayangan Tun Mustapha ketika itu dapat merasakan dan tahu siapakah orang-orang yang membantu Tun merangka kertaskerja berkenaan ‘Kedudukan dan Masa Depan Sabah Dalam Malaysia’ yang amat kontroversi masa itu.

Kemuncak kejatuhan USNO di bawah Tun Mustapha ialah apabila Kuala Lumpur memberikan sokongan kepada BERJAYA. Tun berpendapat kekalahan USNO pada pilihanraya 1976 dengan BERJAYA waktu itu adalah berpunca dari pemberian cek bernilai Lima Ratus Ribu dari Ibu Pejabat UMNO Kuala Lumpur kepada BERJAYA.

Menurut buku S.H Alattas bertajuk ‘Sarawak Kepada Siapa Hendak Diserahkan’, konon ada beberapa pihak yang telah mendakwa bahwa Tun Mustapha digulingkan selaku Ketua Menteri Sabah ketika itu adalah kerana hasratnya ingin membawa Sabah keluar dari Malaysia. Tetapi, tiada siapa yang dapat mengesahkan dan tahu sejauh mana kebenaran dakwaan itu.

Ada juga dikalangan pemimpin-pemimpin ketika itu menyebut, Tun Mustapha dijatuhkan adalah kerana sedang dalam saat mengislamkan rakyat Sabah. Pengembangan agama Kristian ketika itu juga semakin memuncak di Filipina, Sabah dan Sarawak.

Menyedari hakikat ini di mana ramai anak pribumi telah memeluk agama Kristian masa itu, Tun pun telah berusaha untuk meluaskan empire Islam di Sabah. Namun demikian, ada juga golongan luar yang sedang berusaha menjatuhkan beliau. Sekiranya Tun Mustapha dapat digulingkan, maka pengembangan empire Islam di Sabah dapat dihindarkan.

Isu perselisihan faham di antara Tun Mustapha dan Tun Razak juga diperbesar-besarkan. Golongan pro komunis sedang mengatur agendanya, banyak kata-kata mereka termakan oleh Tun Razak. Golongan pro komunis ini telah menyedari bahwa sekiranya Tun Mustapha tidak dijatuhkan dengan segera, maka pakatan atau agenda mereka itu akan terbongkar akhirnya.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Abdul Rahman Yaakub juga adalah antara pemimpin yang dikaitkan bersengkongkol menjatuhkan Tun Mustapha. Datuk Abdul Rahman Yaakub dikatakan banyak terhutang budi kepada Tun Mustapha kerana membantu menaikkan beliau menjadi Ketua Menteri Sarawak ketika itu.

Tun Mustapha menyokong penuh perlantikkan Datuk Abdul Rahman Yaakub sebagai Ketua Menteri Sarawak walaupun ketika itu Tun Razak masih lagi tercari-cari seorang pemimpin yang benar-benar layak dan selaras dengan kehendak orang-orang ‘federal’.

Tun Mustapha terlalu percaya Datuk Abdul Rahman Yaakub, dan ditambah lagi dengan hubungan baik sebagai rakan sejawat negara jiran. Maka itu pada 23 April 1975, Tun telah mengundang beliau bersama-sama Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj untuk membincangkan kertaskerja ‘Kedudukan dan Masa Depan Sabah Dalam Malaysia’ yang amat penting, sulit dan penuh tragic itu.

Tatapi, kemudian terdengar pula konon Datuk Abdul Rahman Yaakub bersama Ghaffar Baba dan seorang penasihat kepercayaan Tun Razak ketika itu telah membantu membentuk BERJAYA sebelum kekuasaan Tun Mustapha dapat dikuburkan.

Buku S.H Alattas ini juga mengulas majalah ‘Far Eastern Economic Review’ keluaran 26 Oktober 1976 yang menyebut bahwa Tun Razak dan Tengku Razaleigh telah menghantar cek Lima Ratus Ribu kepada BERJAYA, manakala Datuk Abdul Rahman Yaakub menyediakan pekerja-pekerja UMNO dari Semenanjung Malaysia dan pegawai Saberkas ke Sabah untuk menarik undi orang Islam kepada BERJAYA.

Pada 15 Mac 1977 menurut S.H Alattas, majalah ini sekali lagi memberikan komentar dengan menghuraikan panjang lebar krisis di antara Tun Mustapha dan Datuk Abdul Rahman Yaakub. Semasa dalam krisis di antara dua tokoh kontroversi ini, pertemuan telah diusahakan yang mana secara tidak langsung Tunku Abdul Rahman telah memainkan peranan untuk menemukan kedua-duanya semasa konvensyen USIA di Kota Kinabalu pada 25 – 26 February 1977.

Dalam pertemuan  penuh bersejarah itu, Tun Mustapha dan Datuk Abdul Rahman dilaporkan berbual panjang lebar tentang politik dan dakwah. Difahamkan juga masing-masing kadangkala tersenyum dan bergurau senda.

Krisis peribadi berlakunya di antara Tun Mustapha dengan Datuk Abdul Rahman Yaakub bermula sejak pembentukkan BERJAYA. Menurut majalah ‘Far Eastern Economic Review’ ini lagi, Tun pernah berkata, “ada pihak dari Kuching dan Kuala Lumpur yang menikam saya dari belakang”.

Seseorang pemimpin itu jatuh bukan kerana kealpaan atau kebodohannya semata, tetapi juga disebabkan oleh terlalu mempercayai orang lain yang sedang merencana agenda atau mempermainkan kepimpinan pemimpin tersebut.

Dalam buku ini juga telah menyatakan bahwa, kejatuhan Tun Mustapha adalah kerana satu rencana halus diatur oleh Datuk Harris Salleh, Tun Ghaffar Baba dan Tun Razak. Pada awalnya, Tun Mustapha ketika itu sedang ‘grooming’ Datuk Harris dengan penuh yakin dan kepercayaan. Namun demikian, Datuk Harris akhirnya berpaling tadah dan menikam Tun Mustapha dari belakang.

Mengapa Datuk Harris Salleh tergamak sekali menjatuhkan Tun Mustapha?. Pada perkiraan penganalisis politik bijak pandai, Datuk Harris sebenarnya tidak mempunyai agenda atau dendam kesumat sehingga sanggup menjatuhkan Tun Mustapha. Kononnya, ada golongan lain yang memperalatkan Datuk Harris sehinggakan menentang dan menikam Tun dari belakang.

Ketika itu juga adalah era Tun Razak, dan siapakah penasihat beliau ketika itu?. Dalam buku S.H Alattas ini ‘Sarawak Kepada Siapa Hendak Diserahkan’, ada jawabannya. Penasihat ini merupakan seorang penasihat peribadi Tun Razak dalam semua bidang, kecuali melibatkan hal-hal rumahtangga.

Penasihat ini dikatakan adalah orang kepercayaan sangat Tun Razak sehinggakan suatu ketika, semua kakitangan di Ibu Pejabat UMNO sangat takut akan kekuasaan beliau. Orang yang diberikan kepercayaan oleh Tun Razak ini pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana bersubahat dengan kegiatan Komunis.

Menurut K. Das dalam majalah ‘Far Eastern Economic Review’ pada keluaran 18 February 1977, penasihat Tun Razak itu mempunyai hubungan rapat dengan Tengku Razaleigh Hamzah dan Ghaffar Baba. Secara umumnya, Dr. Mahathir Mohamad juga difahamkan kurang bersetuju dengan penangkapan penasihat tersebut kerana penglibatan dalam Komunis. Seorang lagi yang dikatakan menentang dengan keras penangkapan itu ialah Ketua Menteri Sarawak, Datuk Abdul Rahman Yaakub.

Selagi pemimpin itu tidak sedar ada para pengampu atau pembodek dan political oportunis disekelilingnya, maka itu juga pemimpin tersebut tentu mudah terjerumus ke dalam lembah kejatuhan seperti yang berlaku kepada Tun Mustapha bin Datuk Harun.

Bersambung.. ‘UMNO ke Sabah, lenyapnya USNO dalam arena politik Negara?’..

Tuesday 10 April 2012

Kronologi Pembentukkan Malaysia Di Antara Malaya, Sabah dan Sarawak

S.H. Alatas adalah salah seorang penulis buku yang memang dikenali di Sabah sejak awal tahun 70an lagi. Buku beliau bertajuk ‘Sarawak Kepada Siapa Hendak Diserahkan’ yang ditulis pada sekitar 70an itu telah menarik perhatian SR untuk dikongsikan bersama dalam blog Saya Ready. Dalam kandungan buku ini juga, beliau telah menyelitkan sedikit fakta secara ringkas sejarah bagaimana terbentuknya persekutuan Malaysia.

Dalam buku S.H Alatas ‘Sarawak Kepada Siapa Hendak Diserahkan’, beliau telah menyatakan bahwa pada tahun 1961, Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj difahamkan telah melahirkan hasrat untuk membentuk Persekutuan Malaysia. Oleh kerana kurangnya kesedaran politik dan factor kemunduran masa itu, Sabah dan Sarawak telah bersetuju dengan rancangan pembentukan Malaysia tanpa memikirkan kesan dan faedahnya bagi masa hadapan serta akibatnya dua Negara ini dalam masa jangka panjang.

Sir Alexander Waddell sebagai  Gabenor  Sarawak ketika itu berpendapat bahawa Sarawak menghadapi masalah yang sama dengan Sabah. Menurutnya, cadangan pembentukkan Malaysia adalah satu idea baru yang mengambil masa sebelum rakyat dua Negara ini dapat memahaminya.

Rancangan pembentukan Malaysia ini telah mendapat restu kerajaan British, ketika itu Harold Macmillan adalah Perdana Menterinya. Dalam bulan Julai 1961, Persidangan Persatuan Parlimen Komanwel (CPA) yang kelapan telah diadakan di Singapura bagi merintis kejayaan pembentukkan pesekutuan Malaysia. Pemimpin-pemimpin tanah jajahan British di Borneo ketika itu telah di arah menyertai persidangan tersebut.

Sidang CPA telah memberikan kesempatan kepada pemimpin-pemimpin Malaya dan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew untuk memberikan kesedaran kepada pemimpin-pemimpin Sabah, Sarawak dan Brunei ketika itu tentang rancangan Tunku Abdul Rahman. Persidangan ini telah berjaya mencapai matlamatnya sehingga terbentuknya Malaysia.

Langkah pertama persidangan ialah menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia (JPPM), dan tujuh bulan kemudian Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan bagi menyiasat hasrat rakyat di ketiga-tiga Negara Borneo ini tentang hal penggabungan dalam Malaysia disamping menjelaskan kepada mereka maksud persekutuan tersebut.

Selain itu juga, antara alasan Tunku yang menarik perhatian pemimpin-pemimpin Borneo ke arah kejayaan terbentuknya Malaysia sekarang ini ialah ancaman komunis kepada Sarawak sebagai alasan yang amat membimbangkan di kepulauan Borneo.

Pada 3 Februari 1962 di Singapura, JPPM telah menyiapkan laporan ‘Memorandum Untuk Malaysia’ dan menyerahkan kepada Suruhanjaya Cobbold untuk perhatian dan pertimbangan. JPPM ketika itu yang dipengerusikan oleh Tun Fuad Stephens.

Manakala ahli-ahlinya atau perwakilannya adalah terdiri daripada seperti berikut:-

Perwakilan Sarawak – Yeo Cheng Hoe (Ketua), Tan Sri Ong Kee Hui, Tan Sri Temenggung Jugah anak Barieng, Pengarah Montegrai anak Tugang, Tun Abang Haji Openg, Datuk Leng Beng Sew, Datuk James Wong, dan Remeigius Durin anak Nganau.

Perwakilan Sabah – Tun Datu Mustapha bin Datu Harun (Ketua), Datuk Pang Tet Tsung, OKKGS Sundang, dan Lai En Kong.

Perwakilan Brunei (Pemerhati) – Datuk Pengiran Ali bin Pengiran Haji Mohd Daud (Ketua). Manakala lain-lain ahli terdiri daripada Datuk Setia Pengiran Haji Mohd Yusuf, Haji Jamil bin P.U.K  Awang Haji Umar, Datuk Temenggung Lim Cheng Choo dan Datuk Abdul Aziz bin Haji Mohd Zain.

Perwakilan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) – Mohamed Khir Johari (Ketua), Mohamed Ismail bin Mohd Yusof, Tan Sri V. Manickavasagam, Dr Burhanuddin bin Mohd Noor, Tan Sri Lee Siok Yew, Syed Esa bin Alwee dan Abdul Ghani Ishak.

Perwakilan Singapura – Lee Kuan Yew (Ketua), Ahmad bin Ibrahim, S. Rajaratnam dan Datuk Abdul Hamid bin Haji Jumat.

Manakala Suruhanjaya Lord Cobbold sebagai pengerusi pesidangan diwakili oleh Sir Anthony Abell, Sir David Watherston, Tan Sri Wong Pow Nee dan Tan Sri Muhammad Ghazali bin Shafie.

Akhirnya kata kesepakatan tercapai membentuk sebuah persekutuan yang dinamakan Malaysia, dan perjanjian berhubung dengan persekutuan ini (Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak) dengan kerajaan British yang dibuat di London pada 9 Julai 1963. Persekutuan ini telah terbentuk pada 31 Ogos 1963 dan pengisytiharan pula dibuat pada tarikh 16 September 1963.

Justeru itu, Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj telah digelar sebagai ‘Bapa Malaysia’ dan ‘Bapa Kemerdekaan Malaya’.

KLIK DI SINI => Perjanjian 20 Perkara Sabah, antara kandungan perjanjian pembentukkan persekutuan Malaysia.


INFO LAIN SILA LAYARI YOU TUBE DI BAWAH INI

Monday 9 April 2012

Pairin dan Dompok adalah pihak bertanggungjawab memusnahkan kesatuan KDM yang menjadikan kawasan Penampang kubu kuat UMNO.

SR tidak mahu ulas tapi ada edit beberapa bab tanpa mengubah makna kenyataan penganalisis politik dan penggiat laman social ini, Birispunya Biris. Cumanya SR ingin mengajak kalian melihat sama-sama dan baca sendiri apa yang berlaku terhadap KDM sepertimana kata beliau di bawah ini:- 
 
Kenapa PBS, UPKO dan PBRS berdiam diri dalam isu penubuhan KDM di Malaysia?

KDM Malaysia ialah satu persatuan yang lahir ke dunia secara mengejut yang penuh dengan kontroversi dalam masyarakt KDM. Penubuhannya tidak mendapat restu dari Istana kayangan Nunukragang, tidak mendapat restu dari presiden KDCA atau pun dari mana-mana parti KDM, antaranya ialah PBS, UPKO dan PBRS.


Persatuan ini sekurang-kurangnya dan sepatutnya mendapat blessing dari orang KDM Penampang atau YB bagi P174 Penampang. Tapi ini tidak berlaku, malahan orang yang menubuhkannya pun sudahlah tidak dikenali, langsung tidak ada taraf dalam masyarakat Penampang atau pun kedudukan dalam masyarakat KDM Sabah. Tiada kredibiliti dalam apa jua bentuk, tiada jasa kepada rakyat, dan bukan activist ataupun politikus yang berkualiti atau tulin.


Kita bertanya, apakah motif tersembunyi sebenarnya manusia yang membentuk persatuan ini? Kita bertanya, apakah bangsa KDM di Sabah atau di Penampang tidak dipelihara dengan baik oleh KDCA atau UPKO sehingga masih memerlukan satu persatuan lagi untuk mencapai objektif yang sama?


Adakah presiden persatuan KDM Malaysia ini lebih bijak dan pandai, atau lebih bermaruah daripada Huguon Siou atau YB P174 Penampang? Parti-parti KDM berpendapat, motif disebalik penubuhan persatuan ini ialah untuk meningkatkan keahlian UMNO dikalangan bangsa KDM di Penampang, dan seterusnya menjadikan kawasan Penampang satu kubu kuat UMNO pada masa hadapan.


Presidennya, John Ambrose dan timbalannya Peter Anthony menyangkal dakwaan itu dan menjelaskan tujuan persatuan itu hanyalah meningkatkan keberkesanan UMNO membantu masyarakat KDM di Penampang dan seluruh masyarakat Sabah tanpa ada motif untuk merebut kawasan P174 Penampang dari tangan UPKO.


Penjelasan Peter Anthony dan John Ambrose memang tidak masuk akal kerana secara logiknya tidak ada keperluan sekarang ini untuk menambah saluran menyampaikan bantuan kepada bangsa KDM di mana-mana jua kawasan di Sabah ini.


Jelas, kelahiran persatuan KDM Malaysia ini dianggap oleh rakyat KDM sebagai satu ancaman dan satu usaha cubaan untuk memecahbelahkan perpaduan, kesatuan atau solidarity bangsa KDM terutamanya dalam politik. Peter dan Anthony juga dianggap pengkhianat bangsa KDM tetapi lebih jauh dari itu, UMNO juga dianggap sedang melaksanakan dasarnya iaitu ‘Pecah dan Perintah’ ke atas bangsa KDM pada masa ini.


Biris berkata, usaha UMNO menerusi pengkhianat-pengkhianat bangsa ini perlu dihentikan dan dihalang oleh setiap orang yang berbangsa KDM. Pinjam kata-kata UBF, “KALAU BUKAN KDM SIAPA LAGI, KALAU BUKAN SEKARANG, BILA LAGI.”


Dalam isu ini, pihak yang paling bertanggungjawab dan akauntabliti memusnahkan hasrat dan menghancurkan usaha Peter Anthony dan John Ambrose ini ialah tidak lain tidak bukan, Pairin dan Dompok selaku presiden PBS dan UPKO merangkap guardian kepentingan bangsa KDM itu sendiri.


Biris bertanya, mana sudah Pairin, mana sudah Dompok? Selesaikan masalah ini dengan segera sebelum terlambat, dan sebelum Peter dan Ambrose menjadi sel-sel kanser dalam tubuh KDM.


Adakah Pairin dan Dompok sanggup bersikap tolerant, atau self-compromising kepada UMNO semata-mata ingin menjaga relationship politik yang baik? Jalan terbaik ialah mempamerkan sikap assertiveness yang matang dan professional untuk menghadapi situasi seperti ini tanpa menggadai relationship dengan BN.


“Tindakan PBS, PBRS dan UPKO yang lebih concrete, rasmi dan bermaruah dalam situasi ini sedang ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat KDM Sabah”, kata
Birispunya Biris lagi.

Atau, inikah cara dan strategi UMNO untuk menguasai negeri Sabah keseluruhannya?. Sama-sama kita rakyat Sabah fikirkan..