Monday 31 October 2011

Kemalangan Keretapi Di Sabah: Jadikan Iktibar



31 Oktober 2011: Utusan Borneo, sebuah akhbar tempatan melaporkan sembilan tercedera termasuk beberapa yang lain parah selepas kereta api yang dinaiki mereka bersama-sama 200 penumpang lain berlanggar dengan sebuah lori dengan muatan 27,000 liter minyak petrol di jalan Putatan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK).

Bedah siasat punca kemalangan masih lagi dijalankan. Laporan yang berpunca dari perlanggaran dengan lori tanki minyak petroleum itu tidak dapat lagi disahkan sepenuhnya, selagi tiada pengesahan sahih dari pihak berwajib yang menyiasat punca kejadian tersebut.

Tragedi kemalangan Keretapi yang berlaku itu munkin ada hubungkaitnya dengan artikel SR sebelum ini. Apa pun, semua peristiwa yang terjadi itu mesti ada hikmah disebaliknya, jadikanlah ia suatu iktibar. Kita bukan menyalahkan takdir, tetapi segala punca berlakunya kejadian itu mesti ada sebabnya.

SR telah pun membangkitkan isu berkenaan pada 27hb April 2011 yang lalu dalam laman sosial facebook Saya Ready (Bual Bicara Kedai Kopi: Pegawai dan Kakitangan Kerajaan Mula Berani Bersuara Ekoran Projek Mega Tergendala). Projek Menaik Taraf Landasan Keretapi daripada Tanjung Aru ke Tenom yang bernilai lebih kurang RM300 juta, ia adalah antara contoh projek tergendala yang terlewat daripada jadual. - Ulasan selanjutnya seperti berikut di bawah:-

Bual Bicara Kedai Kopi: Pegawai dan Kakitangan Kerajaan Mula Berani Bersuara Ekoran Projek Mega Tergendala.

Kepincangan dalam projek-projek mega yang dilaksanakan masa kini menjadi perbualan rakyat. Malah paling ketara sekali menjadi 'tajuk perbualan' dikalangan para kakitangan dan pegawai-pegawai kerajaan.

Kejadian malang yang berlaku kini ke atas projek-projek mega dari slogan 'pembangunan yang tidak pernah dilihat' itu kini menghantui kerajaan UMNO (BN) yang diterajui oleh Perdana Menteri Najib Razak.

Semakin banyak jumlah projek-projek yang tergendala, mengalami progres yang terlalu lambat, yang telah  rosak, punah dan runtuh; bukan sahaja meninggalkan kesan ke atas para pegawai namun menjadi 'tohmahan' kepada kerajaan pemerintah kini khususnya UMNO (BN).

Projek mega bernilai berbilion yang dibiayai sebahagiannya oleh wang royalti minyak hanya memberi keuntungan kepada pihak-pihak tertentu. Namun demikian masih banyak lagi yang tergendala. Kerajaan menyatakan sasaran siap pada tahun 2011 telah dianjak tarikhnya selama setahun kepada tahun 2012 lagi. Penangguhan demi penangguhan yang berterusan.

Namun begitu, ia mungkin tidak akan dapat digunakan pada tahun tersebut kerana pembinaanya masih tergendala sehingga kini.

Sehubungan itu, bukan hanya orang-orang kampung menjadikannya sebagai satu topik perbualan kedai kopi, tetapi turut menjadi bual bicara dikalangan para pegawai dan kakitangan kerajaan.Malah tanpa sembunyi dan tidak rasa takut sedikit pun dengan tindakan dan ancaman, mereka sentiasa mengkritik tindakan dan dasar kerajaan UMNO(BN) menyalahgunakan wang royalti minyak.

"Macamana tak tergendala, gunakan wang yang tidak 'berkat' untuk mengaut keuntungan daripada duit rakyat" ujar salah seorang pembual bicara kedai kopi yang menegaskan, sepatutnya wang tersebut digunakan untuk kebajikan dan kemajuan masa depan Negara. " Ini Tidak, demi tujuan kepentingan peribadi untuk mengharapkan keuntungan, akhirnya projek tersebut tergendala" tambahnya lagi.


Antara contoh projek tergendala ialah Projek Menaik taraf Landasan Keretapi daripada Tanjung Aru Ke Tenom yang bernilai lebih kurang RM300 juta adalah antara projek yg terlewat daripada jadual dan dikhuatiri berlaku rasuah.

Projek itu diserahkan kepada dua syarikat kontraktor sejak 2005 namun belum juga siap kerana beberapa masalah. Pelbagai alasan diberikan seperti utiliti membabitkan tiang elektrik, laluan telefon dan air, dan kemungkinan berpunca daripada isu peruntukkan.

Sedangkan sistem Keretapi di Sabah amat penting sebagai laluan pengangkutan kedua kerana, selain memberi perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar, ia juga berupaya merancakkan ekonomi terutama sektor pelancongan.

Bual bicara kedai kopi banyak memberi impak besar kepada UMNO(BN). Ia adalah maklumat terus dari pemberi maklumat yang sahih iaitu pegawai dan kakitangan kerajaan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung mengetahui perkara ini..

SEJARAH RINGKAS PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)


 Sejarah PAS
Jabatan Arkib PAS Pusat

Kejayaan cemerlang PAS dalam pilihan raya umum ke-12 pada 2008 telah meletakkan PAS sebagai sebuah parti pembangkang utama yang dilihat oleh rakyat berupaya mengambil alih pemerintahan negara. Semenjak 1990, PAS telah melangkah maju daripada sebuah parti pembangkang yang dianggap 'ekstrem' menjadi sebuah parti pemerintah yang moderat dalam melaksanakan cita-cita Islamnya bermula di Kelantan semenjak 1990, kemudian ke Terengganu pada 1999 hingga 2004, dan kini PAS mendapat kepercayaan rakyat di Kedah, Perak dan Selangor. Di Parlimen juga, PAS telah bangkit dan menguasai 10 peratus daripada kerusi Parlimen atau 25 peratus daripada keseluruhan kerusi pembangkang. Perkembangan ini meletakkan PAS dalam perhatian peminat politik, pengkaji dan juga penyelidik.

Sebenarnya, kemunculan PAS dalam sejarah politik tanah air telah bermula semenjak 23 Ogos 1951 apabila para ulamak yang bersidang di Kuala Lumpur bersetuju menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Ulamak Se-Malaya. Nama persatuan ini kemudiannya diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951, dalam satu persidangan ulamak Malaya di Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Prai. Itulah sekelumit permulaan sejarah PAS yang diasaskan oleh para ulamak yang kemudiannya berkembang menjadi sebuah pertubuhan politico-dakwah yang penting di negara ini. Penglibatan dan sumbangan PAS dala politik negara bermula sebaik sahaja ia ditubuhkan walaupun ramai pengkaji mengatakan PAS hanya menyertai politik menjelang pilihan raya 1955.

Kemunculan PAS ini dikatakan hasil daripada silang pengaruh yang berlaku antara beberapa gerakan Islam yang lebih awal seperti Ikhwanul Muslimun di Mesir, Masyumi di Indonesia dan Jamaat Islami di Pakistan. Ketiga-tiga pengaruh ini telah menyerap masuk ke Tanah Melayu melalui para ulamak yang belajar di Mesir, Mekah, India dan Indonesia. Ksedaran yang awal ialah para ulamak atau umat Islam memerlukan sebuah pertubuhan atau badan yang boleh mewakili mereka dalam semua aspek kehidupan terutama dalam keadaan Tanah Melayu sedang dijajah oleh British ketika itu. Longgokan ksedaran ini kemudiannya menghasilkan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada 1947 diikuti oleh Hizbul Muslimin pada 1948 kesan daripada usaha gigih Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Walau bagaimanapun, gerakan Islam yang berpusat di Gunung Semanggol ini terkubur ekoran penguatkuasaan Ordinan Darurat pada Jun 1948.

Para ulamak mengambil beberapa sikap selepas tragedi darurat ini. Ada yang 'tawakuf' daripada politik kepartian tetapi menggerakkan kesedaran rakyat melalui institusi pendidikan atau media massa. Dalam fraksi yang lain, para ulamak telah mengambil sikap untuk menyertai parti nasionalis Umno bagi membolehkan isu-isu umat Islam diperkatakan. Beberapa tokoh Hizbul Muslimin seperti Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang lepasan Maahad Il Ihya Assyariff, Gunung Semanggol telah menyertai Umno pada 1950 dan dilantik mengetuai Bahagian Agama dan Pelajaran Umno. Bahagian ini kemudiannya mengaturkan beberapa persidangan untuk membolehkan ulamak menubuhkan persatuan. Dalam tulisannya, "Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan", Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan. Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap Umno yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, pengajuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain. Dalam satu persidangan ulamak yang dipimpin oleh Sheikh Abdullah Fahim, Mufti Pulau Pinang di Seberang Perai pada 1951, mereka telah mengeluarkan fatwa mengharamkan judi loteri anjuran Umno.

Dalam konflik pelbagai yang dihadapi oleh para ulamak dan situasi politik semasa yang masih tidak menuju kepada jalan Allah itu, maka para ulamak membuat pendirian untuk menubuhkan PAS. Haji Ahmad Badawi, seorang ulamak di Seberang Perai telah mengeluarkan satu manifesto yang dinamakan 'Manifesto al-Badawi' dengan tema "Ulamak ke Jalan Allah" bagi menyambut persidangan untuk menubuhkan PAS pada 24 November 1951. Mereka memutuskan supaya PAS menjadi sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan melalui landasan demokrasi ke arah membentuk sebuah negara yang diredhai Allah. Para ulamak menolak bentukbentuk perjuangan yang diasaskan berdasarkan ideologi ciptaan manusia yang dibawa masuk oleh penjajah.

Semenjak itulah, PAS muncul sebagai sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan negara, kemudian menyertai pilihan raya demi pilihan raya. PAS juga menggunakan pelbagai saluran untuk menyampaikan mesej dakwahnya termasuk membentuk beberapa kerjasama politik dengan orang bukan Islam semenjak 1953. Di bawah kepemimpin Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dan Dr Haji Abbas Alias, PAS bercakap soal kemerdekaan yang boleh ditegakkan hukum Islam. PAS menolak kerakyatan jus soli yang merugikan peribumi dan PAS mendesak supaya Islam dijadikan dasar negara yang merdeka. Apabila Dr Burhanuddin al-Helmy mengambil alih kepemimpinan PAS pada akhir 1956, PAS mula memperincikan sikapnya terhadap kemerdekaan yang hendak dicapai yang dianggap ’masih kosong’ dari matlamat sebenar kerana mengabaikan kebangsaan Melayu dan ketuanan Islam1. Hal ini tergambar daripada hasrat Dr Burhanuddin,

"Dalam perjuangan kita (PAS) bagi mencapai kemerdekaan, kita telah dan terusmenerus memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi negara Tanah Melayu ini dengan bertapak di atas asas ideologi Islam yang maha suci"

Penyertaan PAS dalam pilihan raya 1959 telah memberikan kejayaan besar apabila Terengganu dan Kelantan berjaya dikuasai. PAS membentuk kerajaan yang dipimpin oleh Mohd Daud Abdul Samad di Terengganu dan Ustaz Ishak Lotfi Omar di Kelantan sebagai Menteri Besar. PAS memulakan langkah sebagai kerajaan di dua negeri Pantai Timur untuk menterjemahkan ideology perjuangannya yang berasaskan al-Quran dan Sunnah. Namun begitu, kerajaan PAS di Terengganu telah dijatuhkan pada Oktober 1961 hasil permainan politik kotor Perikatan. Di Kelantan, PAS berjaya bertahan sehingga BN mendaruratkan Kelantan pada akhir 1977. Dalam konteks ini, PAS-lah satu-satunya pembangkang yang diberikan kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah kerajaan negeri di negara ini.

Selepas kejatuhan Terengganu pada hujung 1961, PAS mulai menerima tekanan-tekanan politik seperti penyalahgunaan ISA, penahanan Dr Burhanuddin al-Helmy diikuti oleh sekatan politik, keganasan Pemuda Tahan Lasak Umno dan beberapa siri pembunuhan politik. Perjuangan PAS untuk memartabatkan kebangsaan Melayu Raya berasaskan Islam telah dijadikan kambing hitam dalam Konfrantasi Indonesia pada 1963. PAS menolak pembentukan Malaysia kerana mahukan sebuah negara Melayu yang lebih besar meliputi seluruh alam Melayu dibentuk. Dalam masa yang sama Umno mencanangkan isu-isu perkauman yang akhirnya membawa kepada beberapa siri perbalahan kaum di Pulau Pinang, Perak dan Singapura antara 1964 hingga 1969, dan kemuncaknnya tercetus Tragedi 13 Mei 1969 yang mengubah landskap politik negara. Selepas tragedi ini, Datuk Mohd Asri Muda yang memangku jawatan Yang Dipertua Agung PAS semenjak 1965 telah dilantik sebagai Yang Dipertua Agung PAS pada 1971.

PAS memasuki era baru dalam politik negara apabila PAS mula meneroka kerjasama dengan Umno bagi menjamin kestabilan politik negara, mengekalkan ketuanan Melayu dan menyerapkan Islam dalam pemerintahan. PAS menyertai beberapa parti lain telah membentuk Kerajaan Campuran PAS-Perikatan pada 1973, kemudian sama-sama mengasaskan Barisan Nasional (BN) pada 1974. BN mencapai kejayaan besar dalam pilihan raya 1974 dan PAS sendiri telah berjaya menembusi ruang-ruang yang baru sehingga membolehkan Islam di sampaikan ke corong telinga rakyat dengan lebih berkesan. Walau bagaimanapun, keterbukaan PAS dalam membentuk kestabilan politik negara telah disalahgunakan oleh musuh-musuh politiknya dengan melaga-lagakan pimpinan PAS sehingga terjadi krisis politik Kelantan pada 1977. Akibatnya, PAS telah menolak Akta Darurat (Kelantan) 1977 yang menyebabkan PAS bukan sahaja disingkirkan dari BN, tetapi turut kehilangan Kelantan.

Setelah melalui tempoh yang mencabar antara 1978 hingga 1982 di mana PAS terpaksa berhadapan dengan perpecahan, kehilangan kuasa pemerintahan, tekanan ISA dan krisis kepemimpinan, akhirnya PAS telah mengasaskan kepemimpinan ulamak pada Oktober 1982. Tuan Haji Yusof Rawa telah diangkat untuk memimpin PAS bagi menggantikan Datuk Mohd Asri yang meletakkan jawatan. Permulaan era kepemimpinan ulamak memperlihatkan PAS kembali kepada asas perjuangannya untuk mendaulatkan Islam dan memberikan penekanan terhadap kwajipan tersebut. Gerakan dakwah PAS berkembang dengan lebih tersusun melalui pendekatan haraki dan dalam masa yang sama PAS terus membina jambatan dakwah dengan non-Muslim sehingga terbentuk Majlis Perundingan Cina (CCC). Di sudut yang lain, pendekatan PAS telah disambut oleh kerajaan dengan melaksanakan juzuk tertentu daripada Islam seperti Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam, Dasar Bersih, Cekap dan Amanah serta penubuhan Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa dan lain-lain.

Paling mencabar pada era kepemimpinan ulamak ialah beberapa siri penyalahgunaan ISA yang berlaku pada 1984, 1987 dan 1989, ketimbang dengan desakan PAS untuk diadakan Debat Terbuka PAS-Umno pada 1984. Dalam kemelut ini, tercetus pula tragedi Memali pada November 1985 yang mengorbankan 14 orang ahli PAS. Tetapi, pada 1987, Umno pula menghadapi krisis kepemimpinan sehingga parti tersebut diharamkan. Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor memanfaatkan kesempatan ini dengan mewujudkan kerjasama politik dengan serpihan Umno, Semangat 46 yang membolehkan PAS berkuasa semula di Kelantan. Ketua Dewan Ulamak PAS (kemudian Mursyidul Am PAS), Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat diberikan kepercayaan untuk memimpin kerajaan Kelantan semenjak 1990. Dengan dasar ’Membangun Bersama Islam’, PAS berjaya melaksanakan tanggungjawabnya untuk menegakkan hukum Allah yang berada dalam bidang kuasana.

Pada 1996, PAS mula berkrisis dengan Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) yang menyebabkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang dibentuk pada 1989 berpecah. Dua tahun kemudian, Umno sekali lagi menghadapi perpecahan ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebabkan wujudnya gerakan Reformasi. PAS telah memimpin Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) bagi menuntut keadilan kepada rakyat, kemudian menubuhkan Barisan Alternatif (BA) pada 1999. Melalui BA, PAS berjaya merampas semula Terengganu. Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang diamanahkan untuk mengetuai kerajaan Terengganu sehingga 2004. Selepas pencapaian lemah PAS pada 2004 kerana momentum Perdana Menteri baru, PAS bangkit semula pada 2008 dengan mengetuai tiga kerajaan negeri dan turut serta dalam kerajaan di Selangor. Kini, PAS dilihat sebagai pencabar utama Umno dalam menguasai politik orang Melayu Islam.

Sepanjang tempoh 1951-2008 ini, PAS telah dipimpin oleh tujuh orang Yang Dipertua Agung/Presiden iaitu Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan (1951-1953), Dr Haji Abbas Alias (1953-1956), Profesor Dr Burhanuddin al-Helmy (1956-1969), Datuk Mohd Asri Muda (1969-1982), Tuan Haji Yusof Rawa (1982-1988), Dato’ Fadzil Mohd Noor (1988-2002) dan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (2002 hingga sekarang). Para pengkaji yang menganalisis perkembangan PAS ini mengatakan PAS telah mengalami empat jenis kepemimpinan iaitu kepemimpinan ulamak tradisi (1951-1956), kepemimpinan nasionalis kiri(1956-1969), kepemimpinan nasionalis kanan (1969-1982) dan kepemimpinan ulamak haraki (1982-sekarang)3. Dalam pada itu juga, mereka mengatakan PAS telah melalui empat tahap perkembangan iaitu tahap kemunculan (1951-1959), tahap kebangkitan (1959-1973), tahap kemuncak (1973-1977), tahap kejatuhan (1977-1990) dan tahap kebangkitan semula (1990-sekarang)4. Dari sudut pembinaan ideologi perjuangan PAS, dikatakan berlaku tiga fasa iaitu fasa penubuhan dan pembentukan ideologi (1951-1958), fasa pencernaan ideologi (1958-1982) dan fasa pengukuhan idelogi (1982-1995)5.

Rujukan:
  • Burhanuddin al-Helmy (1957), Panduan Jiwa Pergerakan, dlm. Suara Islam, Thn. 2, Bil. 1, Disember.
  • Burhanuddin al-Helmy (1960), Sambutan Kemerdekaan Kali Ketiga, Utusan Melayu, 31 Ogos.
  • Mohd Fadli Ghani (2003), Dewan Pemuda PAS: Suatu Kajian Terhadap Tahap-tahap Perkembangan Organisasi Dalam Era Bertindak, 1975-2003, Tesis Sarjana Sastera, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi UKM, h. 27.
  • Wan Abdul Rahman Latif (1992), Parti-parti Politik di Malaysia: Asas Perjuangan dan Penerimaan Masyarakat, dlm. Dunia Islam, Feb., h. 35.
  • Zambry Abd Kadir (1995), Religion and Politics: The Search for Political Legitimacy of The Pan-Islamic Party of Malaysia, Tesis PhD..

MEMORI SEORANG PEJUANG: Ustaz Dato' Haji Fadzil Noor


AL-FATIHAH
الحمد لله ربّ العالمين

Al-hamdu lillahi rabbil 'alamin



Almarhum Dato' Haji Fadzil bin Noor telah menghembuskan nafas terakhir beliau pada 23 Jun 2002, akibat masalah jantung. Pusara Allahyarham Ustaz Fadzil disemadikan di Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah.

Lautan manusia memenuhi jalan daripada Pokok Sena ke Kuala Nerang. Begitu ramai orang yang menghadiri majlis pengkebumian Ustaz Dato' Haji Fadzil Noor. Sembahyang jenazah diimamkan oleh Mursidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Jama'ah bergilir-gilir kerana terlalu ramai yang bersembahyang. Orang ramai berpusu-pusu berebut mengusung keranda Allahyarham. Allah s.w.t. telah tunjukkan segala kebenaran dan kebesaranya, kebenaran tetap berpihak kepada yang benar. Begitulah hebatnya seorang pejuang Islam yang bernama Ustaz Dato' Haji Fadzil Noor. Mujahid Terulung!! Pemergian beliau amatlah dirasai..



Latar Belakang Al-Marhum Dato' Haji Fadzil Noor

Dengan merdekanya Tanah Melayu pada tahun 1957, pentas siasah negara ini menyaksikan pertarungan ideologi yang pelbagai samada kebangsaan Melayu, sosialisme, Islam dan sebagainya. Pelbagai tokoh muncul dalam menyuarakan aspirasi perjuangan yang diperjuangkan, sebahagiannya mampu bertahan di pentas siasah dan ada yang tersungkur ditelan waktu. Salah seorang insan yang telah melakar nama dalam sejarah politik Islam negara ini ialah Dato' Haji Fadzil Mohd Noor.

Dato' Haji Fadzil Mohd Noor atau dengan gelaran yang sangat melekat dalam jiwa ummat Islam sehingga kini "Ustaz Fadzil’ merupakan seorang pemimpin dan tokoh politik yang dihormati dan disegani oleh semua lapisan masyarakat tempatan mahupun antarabangsa, ekoran daripada penampilan negarawan yang dimiliki oleh beliau. Dengan sosok yang kurus, berbusana kemas dengan kancingan baju Melayu yang lengkap, dengan sorotan mata yang hening menggambarkan ketajaman berfikir, beliau memang dilahirkan sebagai pemimpin ummah.

Berbekalkan ilmu pengetahuan yang tinggi terutamanya ilmu-ilmu agama yang diperolehi ketika bertamu di bumi Mesir, beliau dipakejkan dengan pelbagai ilmu lain seperti sosial sains, ditambah dengan kuat membaca dan menelaah. Ilmu-ilmu yang dikutip di universiti kehidupan ini meluaskan ufuk ilmu tokoh ulama’ ini. Perwatakan yang sederhana serta sentiasa berdamping dengan masyarakat, beliau adalah sebutir mutiara yang sangat berharga yang pernah dilahirkan oleh PAS dalam sejarahnya di pentas politik dakwah negara ini. Musuh politik PAS sendiri meletakkan almarhum dengan markah yang tinggi bahkan masyarakat bukan Melayu turut mengkagumi sosok tubuh dengan postur yang sederhana ini. Almarhum menyeruak kehidupan masyarakat tanapa mengira penat lelah dan suka ‘mendengar’ masalah rakyat menyebabkan Ustaz Fadzil sentiasa dikenang dalam sisi putih.

Pakej kepimpinan yang ada pada beliau ini ditempa dalam proses pergulatan hidup yang panjang selain daripada anugerah ilahi kepada umat Islam negara ini, almarhum membesar dengan semangat cinta kepada ilmu, seterusnya meminati bidang dakwah dan politik semasa belajar di bangku menengah lagi.

Latar belakang keluarga

Dato' Haji Fadzil @ Ali bin Mohd Noor atau lebih mesra dengan panggilan Ustaz Fadzil dilahirkan hasil perkongsian hidup antara Mohd Noor Abdul Hamid dan Hindun Haji Abdul Rahman. Beliau dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, kira-kira tiga kilometer dari bandar Alor Star, Kedah, beliau merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik.

Takdir ilahi telah mencatatkan bahawa insan ini diuji dengan kehilangan ibubapa tercinta, kedua-dua ibu bapa meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil lagi. Latar belakang keluarga sebelah ibu bapanya adalah dari kalangan keluarga yang berpegang teguh kepada ajaran Islam. Moyang beliau iaitu Tuan Guru Haji Idris Al-Jarumi merupakan salah seorang ulama’ yang disegani berasal dari Wilayah Patani, Thailand dan seorang yang terkenal di Kedah. Wilayah yang sarat dengan pemukiman ilmu ini memunculkan ratusan pondok yang subur merendang dengan ilmu Islam.

Darah ulama’ pejuang telah mengalir dalam urat sendi darah Ustaz Fadzil, sehingga beliau adalah pemimpin yang tidak gentar dengan ugutan dan ancaman musuh dalam menyampaikan agama Allah.

Pendidikan

Memimpin masyarakat bukan sekadar menjadi insan yang mesra rakyat yang sekadar memenuhi jemputan kenduri kahwin tetapi mestilah dipakejkan dengan ilmu formal dan tidak formal. Almarhum merupakan seorang tokoh yang konsisten dalam menuntut ilmu, sentiasa menimba ilmu bagi menjadi pemimpin yang kredibel.

Sejarah awal pendidikan Ustaz Fadzil bermula sekitar tahun 1946. Waktu itu beliau mengikuti pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga, Alor Star sehingga tahun 1949. Kemudian menyambung pelajaran peringkat menengah di sebuah sekolah yang berpengaruh di Kedah yang telah melahirkan ribuan alim ulama’ iaitu Maktab Mahmud sehingga tahun 1958 sebelum meneruskan pengajian tinggi di tempat yang sama sehingga tahun 1962.

Anak muda ini berjiwa besar dan sentiasa kehausan ilmu, beliau bercita-cita besar untuk belajar jauh dari tanahair iaitu di Timur Tengah. Pada tahun 1963 beliau menyambung pelajaran ke seberang laut dengan mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar di Mesir (sebuah institusi pendidikan yang paling berpotensi dan berprestij dalam dunia Islam) dengan mendapat biasiswa kerajaan negeri Kedah. Di Universiti Al-Azhar, beliau mengambil jurusan Perundangan Islam (Syariah) dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1967 dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam lapangan tersebut. Beliau bukan sahaja mendapatkan ilmu daripada dewan kuliah di Al-Azhar tetapi juga menggali mutiara ilmu daripada ulama’-ulama’ Mesir untuk memantapkan ilmu beliau sebagai bekalan dakwah untuk pulang menabur kebaktian di tanahair.

Perkahwinan

Ustaz Fadzil mendirikan rumah tangga dengan sepupunya Siti Khadijah Ibrahim pada tahun 1963. Isteri beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Farbish Bakar, Alor Star, Kedah. Kemudian setelah berkahwin, menemankan almarhum belajar di Al-Azhar. Perkahwinan mereka yang sangat bahagia dalam kesibukan belajar dan berjuang telah membuahkan kurniaan lapan orang anak iaitu Huda, Ammar, Aiman, Muna’izzah, Muhammad Faiz, Salwa, Ahmad Fauwaz dan Ahmad Anas. Beliau bukan sahaja berjaya sebagai ahli politik malah merupakan ketua keluarga yang mithali dalam mendidik anak-anaknya dengan penuh kasih sayang dan bertanggungjawab. Sebahagian anak-anaknya juga terlibat dalam perjuangan Islam seperti Muna’izzah dan menantu beliau Sabki Yusuf.

Bakat Kepimpinan

Potret kehidupan yang digores selama kehidupan telah menyaksikan bakat kepimpinan yang tinggi teradun dalam diri almarhum. Bakat kepimpinan beliau mulai terserlah sejak di bangku sekolah terutamanya di Maktab Mahmud, di mana beliau memiliki kebolehan berpidato dan mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan dan bahas. Keistimewaan yang ada pada beliau boleh berhujah secara spontan dan berkemahiran tinggi dalam ilmu mantiq. Pada tahun 1967, sewaktu di Al-Azhar, beliau pernah memegang jawatan Setiausaha dan Timbalan Presiden dalam Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

Berada di Mesir ketika negara itu diterkam hebat oleh Isreal dalam perang Arab Israel pada tahun 1967, di zaman Gamal Naseer. Beliau juga menjadi saksi bagaimana zalimnya regim Mesir terhadap pejuang-pejuang Islam di negara tersebut. Universiti al Azhar pula tidak sunyi daripada kegiatan Islam yang memberikan pengalaman yang sangat berharga kepada ustaz Fadhil. (Universiti tersebut masih mempunyai kebebasan kala itu).

Perkhidmatan

Tahun 1967 beliau pulang ke tanah air dan ditawarkan berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Maktab Mahmud, ‘alma mater’ beliau sebelum ke Mesir. Pada 1973 ditawarkan berkhidmat sebagai pensyarah Bahagian Pendidikan Islam di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sehingga tahun 1978.

Semasa berkhidmat di UTM, beliau telah dipecat oleh pihak pentadbir UTM ekoran tindakan beliau bertanding dalam pilihanraya pada tahun 1977 di Kawasan Dewan Undangan (DUN) Alor Merah dan Parlimen Kuala Kedah. Beliau dilihat tokoh yang berpotensi oleh Perhubungan PAS Kedah sebagai pemimpin masa depan.

Sebagai orang yang celik undang-undang, Ustaz Fadzil menfailkan saman ke mahkamah atas tindakan angkuh pihak pentadbiran UTM tanpa mengikut prosedur dan ternyata beliau di pihak yang benar. Pemecatan beliau oleh pihak pentadbiran UTM tidak sah di sisi undang-undang dan mahkamah telah mengarahkan pihak pentadbir UTM membayar ganti rugi. Setelah isu tersebut selesai, beliau kembali sebagai pensyarah dan beberapa bulan kemudian beliau meletakkan jawatan kerana menceburkan diri sepenuh masa dalam perjuangan PAS.

PAS di penghujung dekad 70an dilihat tidak bermaya selepas kekalahan dalam pilihanraya tahun 1978. Terlepas negeri yang menjadi pangkalan politiknya semenjak 1959 iaitu Kelantan. Seorang tokoh besar dakwah dari Indonesia, Dr Mohd Natsir pernah menasihatkan tokoh-tokoh dalam belia Islam di Malaysia supaya segera menguatkan PAS, kerana PAS adalah wadah untuk perjuangan Islam di Malaysia. PAS wajar ‘disuntik darah muda’ supaya kembali bertenaga, ditengah samudera juang yang memerlukan bahtera yang ampuh.

Aktiviti Kemasyarakatan

Selain aktif dalam politik Islam dan kerja dakwah, beliau juga pemimpin masyarakat yang bergiat cergas dalam kerja-kerja sosial. Beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) cawangan Negeri Kedah.

Beliau pernah menganggotai Angkatan Beliau Islam Malaysia (ABIM), sebuah wadah belia dan pemuda Islam di negara ini yang ditubuhkan pada tahun 1971. ABIM telah mengisi ruang kepada tuntutan Islam yang tegas akibat daripada penyertaan PAS ke dalam kerajaan campuran akibat tragedi 13 Mei 1969. ABIM seumpama simbiosis kepada Dewan Pemuda PAS dimana 8000 ahli PAS ialah ahli ABIM dalam dekad 70an, gerakan belia Islam ini sangat diminati kerana berusaha memurnikan perjuangan Islam terutama pendekatan yang dibawa oleh Ikhwanul Muslimin. Penerbitan ABIM juga aktif menyebarkan pemikiran tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin dan Jamiat Islami.

Fadzil Nor telah memegang jawatan setiausaha penerangan pertubuhan itu dari tahun 1973 hingga 1974. Beliau pernah memangku jawatan Presiden ABIM apabila Presidennya ketika itu, Anwar Ibrahim ditahan di bawah ISA (Anwar ditahan di bawah ISA akibat demonstrasi Baling yang menjadi mercu tanda kepada kebangkitan pelajar di negara ini. Beliau telah dibebaskan pada tahun 1976). ABIM yang ditubuhkan pada tahun 1971 telah mengisi kelompangan dunia ‘anti establishment’ akibat PAS yang menyertai kerajaan campuran. Almarhum ialah orang penting ABIM selain daripada Ustaz Wahab Zakaria, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman, beliau disifatkan oleh Anwar Ibrahim sebagai orang yang banyak dirujuk oleh Anwar dalam menggerakkan ABIM sebagai gerakan sosio dakwah yang penting dalam dekad 70an. Jaringan kader ABIM di seluruh negara ini juga akhirnya telah ramai menyertai PAS pada awal tahun 80an terutama selepas Anwar menyertai UMNO.

Sepanjang penglibatan dalam ABIM sebagai sosok utama perjuangan, beliau turut terlibat dalam demontrasi menentang isu kemiskinan di Baling, Kedah tahun 1974. Beliau juga terkenal sebagai penggiat tarbiah dalaman ABIM. Beliau banyak bergerak mengisi program usrah, tamrin dan seminar perkaderan di pelbagai tempat. Gerakan belia Islam ini juga banyak menerbitkan buku-buku fikrah dan harakah yang dituang oleh tokoh-tokoh seperti Hasan Al Banna, Sayyid Qutb, Maududi, apatah lagi ABIM menjadi gerakan fenomenal di kampus pada dekad 70an.

Ustaz Fadhil sangat memerhatikan gerakan membina anak-anak muda dalam gerakan dakwah, beliau tokoh pembina yang penting di negara ini: kata beliau:

"Kedatangan Islam yang di bawa oleh Rasullullah s.a.w itu mendapat sambutan dari kalangan muda". Rasullullah menyebut dalam hadisnya:

"Golongan mudalah yang menbantu perjuangan dakwah"

Itulah antara sebab kaum Quraisy tidak senang, mereka mahu golongan muda mereka hidup berpoya-poya, mereka mahu golongan muda mereka menghabiskan masa dengan hiburan ,mereka mahu golongan muda mereka tenggelam dalam kesesatan.

Inilah cita-citakaum Quraisy, dalam kebingugan golongan muda, dalam kesesatan golongan muda dalam kemungkaran yang dilakukan oleh golongan muda mereka boleh meneruskan kezaliman dan kejahatan.

Tetapi apabila mereka melihat golongan muda menyahut panggilan Allah, menyahut panggilan Rasul, menyahut panggilan islam inilah yang menyebabkan mereka tidur tidak lena, makan tak lalu. Yang menyebabkan mereka tidak senang dengan Islam dan kebangkitannya di akhir abad ke 14 dan di awal abad ke15 ini, ialah keran Islam mendapat sambutan golongan muda.

Inilah menyebabkan Amerika tidak senang, Rusia tidak senang, Yahudi tidak senang dan Khadam-khadam mereka pun tidak senang. Bila Tuan mereka tidak senang maka khadam ikut tidak senang juga. Menjadi satu perkara biasa khadam ini ikut tuan. Kadang-kadang ia berlagak lebih dari tuan.

Rusia sedang dalam ketakutan sekarang untuk menghadapi mujahidin Afghanistan walaupun ia kuasa besar kerana ia melihat Mujahidin Afghanistan itu sendiri dari golongan ummat Islam Afghanistan, dari mereka yang berumur 15 tahun hingga ke 70 tahun. Inilah golongan yang menyertai gerakan mujahidin di Afghanistan."

Ustaz Fadzil juga merupakan Setiausaha Agung Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) tahun 1974, sebuah NGO yang penting di negara ini yang telah mewadahkan ulama’-ulama’ untuk mengerakkan kesedaran Islam kepada masyarakat dan kerap kali juga dilihat bertelagah dengan kerajaan BN dalam banyak isu yang bersangkutan dengan syariat dan akidah. Beberapa tokoh PUM juga kini menjadi tonggak penting kepada PAS seperti Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin.

Ustaz Fadzil menyedari ulama mempunyai kekuatannya yang tersendiri dalam masyarakat, mereka kelompok yang mewarisi amanah ilmu daripada nabi SAW. Ulama disepanjang zaman menjadi benteng pertahanan Islam diseluruh belahan dunia Islam, berdadad dengan kezaliman pemerintahan seperti Imam Ahmad Ibnu Hambal, Imam Nawawi, Imam Ibnu Taimiyyah dan sebagainya.

"Peranan ulama seperti yang diterangkan oleh sumber-sumber itu ialah menyampaikan Islam, melaksanakan Islam dan memperjuangkan Islam. Peranan 'ulama' dalam kehidupan ialah memikul tanggungjawab dakwah Islamiyyah dengan menyeru manusia kepada Islam. Mereka juga wajib menerangkan hukum Allah bagi semua persoalan hidup yang dihadapi oleh masyarakat dalam semua peristiwa yang berbangkit dan diantara kewajipan dan peranan ‘ulama’ juga ia menjelaskan kepada pemerintah, menegur dan mengkritik pemerintah dan melaksanakan Al-Amru Bil-Makruf dan Nahyu Anil-Munkar.

Tanggunjawab Ulama, seperti menegur, mengkritik pemerintah dan memberi penjelasan kepada pemerintah merupakan "kerja politik" yang mesti dipikul dan disedari ‘ulama’. Oleh yang demikian tidak boleh sama sekali membiarkan adanya ‘Ulama’ (juhhal) yang sanggup menyatakan bahawa Islam tidak boleh dicampur adukan dengan politik atau politik tidak ada kene mengena dengan Islam."

Beliau sangat rapat hubungannya dengan masyarakat dengan menghadiri majlis-majlis keraian, kenduri kendara, menziarahi orang sakit dan kematian. Jika tidak hadir beliau akan memaklumkan atau hadir ke majlis lebih awal daripada masa yang dijadualkan, pendek kata almarhum tidak akan mengecewakan undangan yang diterima. Beliau bergegas pulang dari sidang Parlimen semata-mata untuk meraikan sesuatu majlis yang diadakan oleh penduduk, sikap cakna dan mengambil berat kepada undangan masyarakat menyebabkan beliau sangat disayangi

Penglibatan dalam Politik

Beliau melibatkan diri dalam politik khususnya dengan perjuangan PAS sejak tahun 1959 sewaktu menuntut di Maktab Mahmud. Kecenderungan politik beliau telah dikesan oleh guru-guru dan juga ahli keluarganya. Kedah ialah pangkalan politik Ustaz Fadzil walaupun pernah ditawarkan untuk bertanding di negeri lain yang lebih selamat seperti di negeri Kelantan (Kelantan semenjak pilihanraya 1959 sentiasa membuka pintu untuk calon PAS dari luar Kelantan). Jelapang padi ini kaya dengan sekolah-sekolah agama dan penyokongnya yang setia sehingga telah mencetuskan beberapa insiden berdarah seperti peristiwa Memali dan peristiwa Lubuk Merbau (1985).

Beliau telah dilantik menjadi Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Kedah dan Ahli Perhubungan PAS Negeri Kedah. Kemudian beliau menganggotai jawatankuasa PAS Kedah. Penonjolan daya kepimpinannya semakin cemerlang telah menyakinkan anggota parti untuk melantik beliau sebagai Naib Yang Dipertua PAS Pusat sepenuh masa tahun 1981 hingga 1983.

PAS telah menghadapi transformasi kepimpinan pada tahun 1982 apabila Dewan Pemuda Pusat mengusulkan kepimpinan ulama’. Ustaz Fadzil adalah barisan ulama’ muda yang diberikan ruang untuk memimpin pergerakan Islam kontemporari paling tua di Malaysia.

Bintang beliau seumpama kejora di dada langit malam, pada tahun 1983 beliau telah dilantik menjadi Timbalan Yang Dipertua PAS sebelum diberikan kepercayaan penuh oleh seluruh ahli PAS untuk menjadi Yang Dipertua PAS pada tahun 1989.Beliau menghadapi saat-saat sukar dalam penglibatannya sebagai pimpinan iaitu peristiwa Memali, ustaz merupakan Pesuruhjaya PAS negeri Kedah dimana dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan kes ini.

Pembabitan awal Ustaz Fadzil di dalam kancah politik pilihan raya bermula tahun 1978, di mana PAS telah memberi mandat kepada beliau untuk bertanding di negeri Kedah dalam pilihan raya umum iaitu di kawasan Parlimen Kuala Kedah dan DUN Alor Merah. Bakat dan potensi beliau sejak awal telah dihidu oleh pimpinan PAS Kedah seperti Dato’ Abu Bakar Umar yang mempelawa Ustaz Fadzil untuk membantu PAS di Kedah. Beliau dilihat anak muda yang akan mengisi barisan hadapan parti itu di Kedah apatah lagi dengan pengalamannya yang memimpin ABIM dan organisasi mahasiswa semasa menuntut di Mesir. Dalam pilihanraya tahun 1978 beliau kalah kepada Senu Abdul Rahman, namun pilihanraya itu telah memperkenalkan almarhum kepada pengundi kawasan itu.

Pada tahun 1980, beliau sekali lagi bertanding dalam pilihan raya kecil di kawasan DUN Bukit Raya berikutan kematian ahli DUN tersebut. Tahun 1982 beliau sekali lagi bertanding di kawasan DUN Bukit Raya dan seterusnya berjaya mempertahankan kerusi di kawasan itu selama empat penggal berturut-turut sehingga Pilihan Raya Umum 1995.

Pada 1982 beliau menang dengan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Haji Safirol Haji Hasim dan calon bebas Mohd Mokhtar Abdullah dengan Majoriti 346 undi, 1986 menang dengan majoriti 2,215 undi mengalahkan calon BN Ahmad Zakuan Haji Ahmad, 1990 mengalahkan calon BN Dato’ Syed Mansor Barakbah dengan majoriti 1,829 dan pada Pilihan Raya Umum 1995 mengalahkan calon BN juga iaitu Fadzil Hanafi dengan majoriti 2,414.

Pada Pada Pilihan Raya Umum 1999, Ustaz Fadzil mencatat dua kejayaan. Dalam Pilihan Raya Parlimen, beliau menewaskan bekas Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Othman Abdul (calon BN) di Pendang. Allahyarham mendapat 22,413 undi berbanding 19,474 undi oleh Othman. Kejayaan ini sangat manis kepada PAS kerana inilah sejarah PAS menang paling besar dalam merebut kerusi parlimen (menang 27 kerusi parlimen).

Di DUN Anak Bukit, Allahyarham mendapat 8,480 undi menewaskan calon BN, Dato’ Abdullah Hasnan Kamaruddin yang mendapat 6,640 undi. Kemenangan ini cukup manis kerana DUN ini adalah berada di pinggir bandar yang menandakan golongan kelas menengah menyokong perjuangan Islam termasuk orang bukan Islam. DUN anak Bukit adalah DUN baru yang dipecahkan melalui persempadanan semula kawasan pilihanraya dan tuah telah menyebelahi Ustaz Fadzil manakala Mohamad Sabu telah memenangi Parlimen Kuala Kedah. (Perlu diingat bahawa Mohd Sabu hanya menang kurang daripada seribu undi) maknanya Ustaz Fadzil telah mendapat banyak undi peribadi daripada luar kelompok PAS.

Allahyarham juga berusaha keras agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang zalim dimansuhkan , akta tanpa bicara itu telah memberangus lebih 4000 orang mangsa sejak diperkenalkan pada tahun 1960, almarhum cukup dekat dengan kesengsaraan mangsa-mangsa tahanan ISA tanpa mengira latarbelakang mereka, samada daripada kalangan ahli PAS atau pun tidak. Beliau sangat konsisten dalam menentang akta ini kerana akta ini telah menjaring ramai ahli-ahli PAS dan juga aktivis ABIM sebelumnya.

Ustaz menunjukkan keprihatinan yang mendalam terhadap mangsa kezaliman ISA, beliau semasa memimpin PAS sentiasa peduli kepada keluarga mangsa ISA, tidak lokek menghulurkan bantuan kewangan dan menyuarakan isu ini disemua peringkat. Beliau turun naik ke Bukit Aman merudingkan pembebasan mangsa ISA, terrmasuk meminta pihak berkuasa membatalkan waran tangkap terhadap ustaz Ibrahim Libya. Semasa menjadi ketua Pembangkang di Parlimen, ustaz Fadzil menyokong kuat Gerakan Mansuhkan ISA.

Beliau juga sangat prihatin dengan isu antarabangsa yang menimpa umat Islam, dengan latarbelakang sebagai pimpinan pelajar, pimpinan belia Islam, ustaz sentiasa bersama dengan penderitaan umat Islam sedunia. Beliau tidak kekok untuk turun berdemonstrasi bersama anak muda, disiram dengan pancutan air kimia yang menyengat kulit, dibom gas pemedih mata. Di perhimpunan aman seperti di lebuhraya KESAS, dihadapan kedutaan asing, beliau dengan lantang menyemangati anak-anak muda dan peserta bantahan, kadang tanpa segan sebagai pemimpin ummah untuk membakar bendera Israel atau Amerika.

Almarhum bukan sekadar galak membakar perasaan para demonstran tetapi juga melibatkan diri secara langsung dalam situasi antarabangsa. Apabila tentera Russia meninggalkan Afghanistan , beliau bersama tokoh gerakan Islam antarabngsa yang lain seperti Sheikh Mustapha Masyhur qazi Hussain terus bergegas ke Afghanistan untuk mendamaikan kumpulan yang bertelingkah.Begitu juga , apabila berlaku reformasi di Indonesia, parti-parti Islam seperti ‘cendawan tumbuh selepas hujan’. Ustaz Fadzil bersama pimpinan PAS hadir ke Jakarta, mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh Islam yang diketuai oleh Hamzah Haz. Nasihat beliau kepada teman-teman di Jakarta supaya tidak memperbanyakkan parti Islam, kukuhkan saf untuk berhadapan dengan musuh yang bersatu.

Segala kenangan dengan lelaki berhati emas ini sangat mengesankan , beliau mampu mengingati nama-nama anak buah dengan baik, bertanya khabar, mengambil berat, seolah ayah kepada sebuah keluarga besar.

Perjalanan akhir yang memilukan

Sang murabbi ini telah mewakafkan hidupnya untuk perjuangan Islam, semenjan zaman muda yang tidak pernah lelah. Kehadirannya dalam masyarakat disedari oleh ummat, beliau mengharungi zaman payah perjuangan , melepaskan jawatan sebagai penjawat awam untuk meranduk medan juang yang penuh getir, terjahan fitnah menerkam bertubi-tubi namun beliau terus mara tanpa menghiraukan penistaan . Ustaz sentiasa mengambil berat dan peduli maka wajarlah disayangi oleh ummat,didoakan selepas meninggalkan alam yang fana ini.

Pada kira-kira jam 10.30 pagi 23 Jun 2002, Ustaz Fadzil menghembuskan nafas terakhir untuk menghadap Maha Pencipta, Allah SWT. Berbondong-bondong manusia ramai menyerbu Hospital HUKM Kuala Lumpur, menyolati jenazahnya di Madrasah Mustaqimah bandar Tun Razak malah ratusan ribu yang lain telah berhimpun di Kedah untuk menghantar mujahid ulung ini, pemimpin yang akan terus tersemat ingatan tentangnya dihati setiap manusia yang berada dipelantar zamannya. Beliau mewasiatkan untuk disemadikan di tanah Muasassah Darul Ulum yang telah dibangunkan oleh almarhum untuk merealisasikan kompleks pendidikan PAS Kedah.

Manusia telah bertali arus mendatangi Muasasah Darul Ulum untuk menziarahi makam beliau yang sangat sederhana, tanpa binaan megah melainkan sentiasa didatangi pengunjung untuk menitip doa kepada mujahid yang telah mewakafkan kehidupannya untuk perjuangan Islam. Semasa saat-saat akhir untuk urusan pengebumian, langit tenang seolah turut berduka, ribuan mata mengalir air mata kesedihan dengan tazkirah ringkas daripada Tuan Guru Mursyidul Am, sarat dengan makna yang mendalam seumpama tazkirah Saidina Abu Bakar di hari kewafatan Rasulullah. Kematian adalah kepastian kepada sebuah perjalanan hidup, tinggal lagi bagaimana kita akan memberi makna kepada kehidupan itu.[sumber]

Sunday 30 October 2011

PENDEKAR CHAHAYA BERKATA: Si Katak Kecil Lebih Lincah dan Nyaring Dari Si Katak Besar.

PENDEKAR CHAHAYA terfikir bahawa suara yang kedengaran nyaring/bising itu tidak semestinya dicetuskan/berasal dari badan yang bersaiz besar atau bilangan yang ramai. 

Sesungguhnya PENDEKAR CHAHAYA juga percaya bahawa sebesar-besar suara yang dicetuskan oleh badan yang kecil, lebih besar suara yang dicetuskan oleh badan yang besar.

Makanya maksud madah tuturan PENDEKAR CHAHAYA, kecil-kecil cili api, pedasnya bukan alang kepalang. Ku sangka hujan sampai ke petang, rupanya panas terik di tengahari.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri saya. Adalah lebih baik di negeri saya Pak Malau..'Kajang Pak Malau kajang berlipat, kajang saya mengkuang layu, dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang saya musafir lalu'.. Selamat tinggal Pak Malau..


 

PENDEKAR CHAHAYA: SPESIS KATAK KECIL YANG BERSUARA NYARING

1. Baru-baru ini penyelidik (Indraneil Das dan Alexander Haas, Universiti Hamburg) menemui sejenis katak di Taman Nasional Kubah Sarawak yang terkecil di Asia, Africa dan Europa. Saiz katak - berwarna merah-dan-oren - ini cuma sebesar biji kacang Pis (Peas). Lihat di sini (klik) dan lihat di sini (klik) - info yang baik dan menarik.

2. Katak ini ditemui bukan kerana mereka ternampak badannya dahulu tetapi terdengar suaranya yang unik berbanding dengan suara katak-katak yang lain yang terdapat di persekitaran kawasan tersebut.

3. Dalam konteks penemuan ini, "suara" nya yang nyaring [ jika dibandingkan dengan badannya yang amat kecil ] telah menyebabkan katak yang terkecil ini ditemui dan dikenal pasti spesisnya ( Microhylid ) yang kini diberikan nama Microhaylanepethicola.

4. Sehubungan dengan penemuan baru ini, PENDEKAR CHAHAYA terfikir bahawa suara yang kedengaran nyaring/bising itu tidak semestinya dicetuskan/berasal dari badan yang bersaiz besar atau bilangan yang ramai.

5. Sesungguhnya PENDEKAR CHAHAYA juga percaya bahawa sebesar-besar suara yang dicetuskan oleh badan yang kecil, lebih besar suara yang dicetuskan oleh badan yang besar.

Siapa Pejuang ISA: Najib bukan pejuang, terpaksa ikut desakan rakyat.


Mutakhir ini, suara-suara sumbang mula kedengaran, konon Najib adalah pejuang mansuhkan ISA. Alasannya, akta itu tidak lagi relevan di kala ini. Tapi, ada juga yang kata ia masih relevan lagi, alahaiii.. Silap-silap nanti, tersalah lagi tulis sejarah. Lembu punya susu, sapi punya nama. Jika ikhlas, Alhamdulillah dan terima kasih banyak-banyaklah kepada Najib. Jika ada udang di sebalik mee goreng itu, Allah s.w.t. sahaja yang mengetahui segala-galanya.. 

Pelbagai isu telah, sedang dan akan dikumandangkan dalam politik Negara. Justeru itu, masyarakat kini mempunyai garapan dan penguasaan yang maksimum terhadap sesuatu isu yang timbul. Kezaliman ISA, penyelewengan wang rakyat, kenyataan mempersenda Islam, kezaliman terhadap orang Melayu dan sebagainya adalah merupakan isu yang sudah dikuasai oleh rakyat.

Rakyat kini celik dengan berbagai maklumat. Pembacaan yang banyak, pelayaran laman alternative di internet, ceramah, diskusi dan sebagainya adalah momentum utama rakyat peka maklumat. Rakyat sekarang berhadapan dengan penguasa mutlak media massa Negara. Lantas itu rakyat berusaha sendiri untuk mendapatkan maklumat tepat dan menambah informasi, tanpa prejudis menjadi ‘pak angguk’ kepada berita-berita TV dan akhbar perdana Negara.

“Jika kerajaan tidak mahu dengar tuntutan rakyat, mereka akan terkubur bersama-sama ISA”. Ungkapan seorang aktivis hak asasi manusia, Irene  Xaxier yang menjadi mangsa ISA.

“Kebangkitan rakyat kali ini adalah titik bermulanya hari-hari akhir kerajaan” katanya lagi memetik satu artikel sepuluh tahun yang lalu dari media PURNAMA bertarikh 1 Mei 2001.

30 April 2001 adalah tarikh keramat pelancarkan ‘Gerakan Mansuhkan ISA’ yang dianggap sebagai alternative paling serius pernah dijalankan di Negara ini dalam usaha perjuangan menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Barisan Alternatif ketika itu dan sekarang ini dipanggil sebagai ‘Pakatan Rakyat’, bersama-sama pembabitan penyertaan 76 badan bukan kerajaan (NGO) telah menubuhkan 'Gerakan' tersebut. Ianya telah dilancarkan sendiri oleh Dato' Fadhil Noor selaku Pengerusi. Gerakan ini juga adalah salah satu manifestasi rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai agama, bangsa, latar belakang, usia dan pekerjaan.

Perjuangan menentang akta ini bermula sejak mula dikuatkuasakan lagi pada tahun 1960. Akta penggubalan penjajah Inggeris itu disifatkan ramai sebagai akta zalim yang mencabuli hak asasi manusia.

Namun penentangan itu tersekat-sekat dan ‘berjaya’ dibendung kemaraannya oleh pihak berkuasa. Pun begitu ia tidak pernah mati. Desakan demi desakan, akhirnya kerajaan di bawah pentadbiran Najib Razak telah berjanji akan memansuhkan akta ini. 16 Sept 2011 yang lalu sempena sambutan Hari Malaysia, DS Najib Razak telah mengumumkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Buang Negeri 1959 akan dimansuhkan terus.

Jika dimansuhkan terus, adakah tahanan ISA sekarang ini telah dibebaskan?, itu persoalannya. Untuk mencegah keganasan dan jenayah, dua undang-undang akan digubal untuk mengantikan akta ISA. Satu lagi tanda tanya yang timbul di dalam benak pemikiran rakyat, apakah bentuk dua undang-undang yang akan digubal nanti?.

Namun janji yang dibuat masih tidak boleh dipegang. Kerbau boleh dipegang dengan talinya, manusia dipengang dengan janjinya. Kerbau boleh ditambat di mana-mana, manusia memang payah dipegang selagi janji itu tidak tertunai. Jika janji dipegang, maka amanahlah ia dengan janjinya. Jika tidak berpegang dengan janjinya, maka ia tergolong dari golongan munafik.

Isu Dato' Seri Anuar Ibrahim, banyak mencetuskan gelombang kebangkitan rakyat menuntut keadilan dan memerangi segala bentuk penyalahgunaan kuasa, termasuklah penentangan terhadap ISA. Gelombang kebangkitan rakyat tercetus dengan penahanan golongan yang ada hubung kait dengan mantan Timbalan Perdana Menteri itu.

Turut diadakan kempen menyedarkan rakyat tentang kezaliman akta ini juga menerusi media dan internet. Dalam ucapan pelancaran, Dato' Fadhil Noor ‘meminta’ isteri Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri supaya ‘membayangkan’ bagaimana jika mereka dipisahkan secara paksa dengan suami masing-masing.

Dato Fadhil Noor pernah menasihati pemimpin-pemimpin kerajaan ketika itu agar membuka mata dan telinga kepada desakan dan tuntutan rakyat sambil melaungkan “INI ADALAH SUARA RAKYAT”. Inilah nada laungan seorang pejuang. 


Seluruh rakyat Malaysia kenal akan Al-Marhum Ustaz Dato' Fadhil Noor. Jenazah dipayungi awan tebal yang sejuk dalam keadaan dunia tenang dan nyaman, menurut seorang pilot yang membawa jenazah pejuang ini. Di sepanjang penerbangan tersebut awan memayungi pesawat, sedangkan tempat lain dalam keadaan panas terik. Kejadian ini juga disaksikan oleh krew pernerbangan tersebut. Melihat kepada kejadian aneh itu, pilot tersebut mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam. Inilah hikmahnya.. Subhanallah..

Bila berjuang dengan keihklasan, balasan akan Allah tunjukkan dengan jelas kepada kita. Ia adalah sebagai pemangkin semangat kita untuk terus memperjuangkan agama Allah. Kehebatan dan keikhlasan Al-Marhum berdakwah dan berjuang demi agama di dunia lagi Allah telah tunjukkan kebenarannya. Al-Fatihah buat pejuang pembela rakyat ini, Tuan Guru Dato' Fadhil Noor.

Friday 28 October 2011

SPR dan ROS Bersandiwara: Siapa Pengarahnya?

SPR tanya PR, PR pula bagi soalan yang sama pada Cik ROS.. Apa jawab Cik ROS?..

Fenomena ini, SPR seolah tidak menyedari bahawa hakikatnya Pakatan Pembangkang telah pun didaftarkan dan hanya menunggu keputusan. Adakah SPR sengaja tidak mahu tahu atau langsung tidak tahu perkara tersebut?. Namun, rakyat majoritinya telah pun menyedari bahawa percaturan ini adalah game halus politikus yang berlegar-legar diruang angkasa sekarang bak seperti layang-layang melayang di udara, manakala talinya dipegang oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan. Kenapa perkara ini berlaku?. Munkin atas sebab kerisauan mereka ianya menjadi satu ancaman yang paling besar atau persaingan sengit terhadap kuasa politik UMNO (Barisan Nasional).

Kita difahamkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) adalah di bawah naungan Kementerian Dalam Negeri yang ditubuhkan sejak 1 September 1949. Siapa Menteri Dalam Negeri? Tentu ia tahu dan peka akan hal demikian, maka itu anjakan demi anjakan waktu berlalu begitu sahaja tanpa mengetahui status masa kelulusan dan keputusan pendaftaran.

Pendaftaran Pakatan Rakyat sebagai satu entiti telah tertangguh sejak tahun lalu. Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution berkata dalam sidang media, parti-parti komponen bersetuju atas logo bersama untuk gagasan itu namun kesal dengan tindakan Pendaftar ROS yang terus melengahkan kelulusan. Kes seumpama ini juga berlaku bila mana sebuah parti tempatan di Sabah telah didaftarkan iaitu USNO (Baru) juga turut menerima nasib yang sama.

Setelah menerokai Portal Rasmi Jabatan ini, apa yang dilihat ialah satu Piagam Pelanggan. Timbul satu persoalan lagi, betul ke piagam itu?. Alahaiii.. Sandiwara oh sandiwara.. Adegan lapukkk, macam filem si Bujang Lapuk..

Piagam Pelanggan ROS

  
KAMI BERJANJI AKAN:


Menyelesaikan semua permohonan urusan pertubuhan yang lengkap dan teratur dalam tempoh berikut:

a)  Permohonan pendaftaran pertubuhan induk dalam tempoh 1 Minggu
b)  Permohonan penubuhan cawangan dalam tempoh 1 Minggu.
Menyiasat semua aduan dalam tempoh tidak melebihi 1 bulan dari tarikh terima aduan.
Memberi khidmat nasihat, pandangan dan ulasan mengenai perkara-perkara berkaitan undang-undang tubuh pertubuhan dan Akta Pertubuhan, 1966 secara profesional dengan segera.


Memetik kenyataan media Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar Dalam Portal Berita Harian online Oleh Haspaizi Mohd Zain. Beliau (Wan Ahmad) menasihatkan parti pembangkang supaya mendaftar sebagai sebuah pakatan yang sah jika berhasrat untuk bertanding atas satu lambang pada PRU akan datang selain ia akan turut memudahkan kerja SPR.

28 Okt 2011 - KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima pendaftaran 265,000 pemilih baru pada suku ketiga tahun ini iaitu meningkat sebanyak 175,000 orang berbanding suku kedua, dipercayai disebabkan spekulasi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 awal tahun depan.

Daftar pemilih suku tahun ketiga itu serta pertukaran alamat membabitkan 52,000 pengundi dan senarai nama pemilih 42,000 pengundi yang meragukan mula dipamerkan kepada awam bermula hari ini dan berakhir 2 November nanti bagi tujuan pengesahan.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata bagaimanapun jumlah itu dijangka terus meningkat menjelang suku tahun keempat berdasarkan kepada kesungguhan parti politik mendaftar pengundi baru.

Beliau berkata, bagi pihak Barisan Nasional (BN), UMNO dilihat lebih agresif mendaftar pengundi baru berbanding rakan komponennya, dan pakatan pembangkang pula menyaksikan DAP lebih bersungguh-sungguh melakukan perkara itu.

“Berdasarkan pengalaman sebelum ini bila hampir pilihan raya, jumlah pendaftaran pengundi baru akan meningkat sehingga mencecah setengah juta.

“Peningkatan ini didorong oleh ramalan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membubar Parlimen awal tahun depan. Bagaimanapun 23 peratus ataupun 3.7 juta mereka berusia 21 tahun ke atas yang layak mengundi masih belum berbuat demikian.


“Pendaftaran pengundi BN dengan pakatan seimbang dan hanya dibezakan sekitar tiga ataupun empat ribu pengundi saja. UMNO sehingga kini lebih banyak membuat pendaftaran pengundi berbanding parti lain, manakala DAP mendaftar 18,000 pengundi baru,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Spekulasi PRU ke-13 akan diadakan awal tahun depan ekoran gerak kerja agresif dilakukan Perdana Menteri bagi memenangi hati rakyat termasuk dengan mengadakan lawatan ke seluruh negara.

Ditanya sama ada pendaftaran pengundi baru itu boleh digunakan pada PRU ke-13 nanti, Wan Ahmad berkata ia bergantung kepada tarikh pembubaran Parlimen dan pihaknya memerlukan masa sekurang-kurangnya dua bulan bagi mengesahkan pendaftaran pemilih berkenaan. 


Sementara itu beliau menasihatkan parti pembangkang supaya mendaftar sebagai sebuah pakatan yang sah jika berhasrat untuk bertanding atas satu lambang pada PRU akan datang selain ia akan turut memudahkan kerja SPR.

“Saya nasihatkan parti di bawah gabungan pakatan yang sebenarnya tidak rasmi supaya berusaha untuk mendaftarkan pakatan mereka sebagai sebuah parti pakatan sah, mereka berbincang mengenai pengagihan kerusi, tetapi bertanding atas logo berasingan,” katanya.

Manakala di pihak Pertubuhan Pendaftar Syarikat (ROS) pulak masih lagi berdiam diri dalam isu Pendaftaran Pakatan Rakyat menurut sumber kenyataan akhbar pada hujung tahun lalu 11 Dis 2010. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa bahawa,  Pendaftar ROS hanya mengadakan satu perjumpaan dengan gagasan Pakatan Rakyat dan kemudian tidak memberikan sebarang maklum balas mengenai perkara itu.

PETALING JAYA 11 Dis 2010 : Pertubuhan Pendaftar Syarikat (ROS) masih berdiam mengenai status penubuhan Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti politik walaupun permohonan itu dibuat lebih setahun lalu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,  Pendaftar ROS hanya mengadakan satu perjumpaan dengan gagasan itu dan kemudian tidak memberikan sebarang maklum balas mengenai perkara itu.

"Pendaftar hanya jumpa hanya sekali lepas itu dia tak layan langsung, tak peduli,  jadi kita akan ambil tindakan susulan," ujar Anwar.

Pendaftaran Pakatan Rakyat sebagai satu entiti telah tertangguh sejak tahun lalu. Bulan lalu Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution bahawa Pakatan Rakyat akan membincangkan logo baru bagi gabungan itu. Beliau berkata parti-parti komponen bersetuju atas logo bersama untuk gagasan itu namun kesal dengan tindakan Pendaftar ROS yang terus melengahkan kelulusan.

"Ia tidak berbangkit sekarang sebab kita dah terima tiga-tiga parti ini. Kalau ada cadangan lain kita boleh anjurkan tapi setakat ini logo seperti di dada saya ini,"katanya lagi.

Sementara itu Anwar menyatakan bahawa Pakatan Rakyat masih memperlengkapkan senarai calon dan pengagihan kerusi untuk pilihanraya umum akan datang yang dijangka diadakan pada suku pertama tahun depan.

"Pengarah pilihan raya dah jumpa dari segi kerangka kerja tentang memperinci pemberian kerusi itu mengambil masa," tambahnya lagi.


Monday 24 October 2011

Punca Kehancuran Adalah Kelemahan Umat.

Umat Islam adalah umat petunjuk dan pemimpin, yang dipilih Allah SWT untuk menjalankan risalahNya yang kudus, yang diturunkan kepada NabiNya kitab yang suci, berupa cahaya yang terang dan sebutan yang hakim (bijaksana). Kepadanya diturunkan Rasul yang termulia, nabi yang terbaik dan tersuci di antara para nabi dan orang-orang suci. Nabi yang dimaksudkan tidak lain lagi selain dari Nabi agung yg kita sanjung, Muhammad bin Abdullah SAW.

Dengan demikian maka jelaslah bagi kita bahawa umat Islam adalah umat syahadah (umat yg tampil menjadi saksi) kelak di hadapan Tuhan: Agar kamu menjadi saksi atas manusia, dan Rasul menjadi saksi pula atas kamu”.

Allah SWT memilih umat ini. Lalu umat ini pun memikul amanah dengan jujur, menyampaikan dakwah dengan azam yang jitu, berjihad di jalan Allah SWT dengan sebenar-benar jihad, menyerahkan jiwa dan raganya. Kerana itu, maka Allah SWT memuliakannya dan setelah itu menjadikannya sebaik-baik umat dikalangan manusia, membukakan apa-apa yang menutupi hati sebagaimana terbukanya di hadapannya tempat keluar dan tempat bertahan.

Setiap tempat yang ia masuki bermaksud untuk memakmurkan, bukan meruntuhkan; membangunkan bukan untuk menghancurkan; bersaudara dan tolong-menolong bukan hendak menipu dan menjajah di tangan umat Islamlah perintis kemakmuran lebih daripada tiga abad lamanya.

Tetapi kemudian lemahlah kekuasaan itu apabila hilang pusat kekuatannya, iaitu kekhalifahannya dengan mudah ia dimasuki oleh negara-negara kafir  lalu membahagi-bahagikannya menjadi beberapa umat, walaupun sebelumnya mereka adalah satu umat. “Inilah umat kamu yg satu, dan Aku adalah Tuhan kamu, maka hendaklah kamu menyembah Aku”.

Negeri mereka dipecah-pecahkan oleh negara-negara kafir menjadi banyak pemerintahan, walaupun sebelumnya mereka adalah sebuah Negara yang bersatu padu, diperintah oleh satu pemimpin, mempunyai satu ilmu, yakni ilmu tauhid dan kesatuan.

Inilah musibah-musibah yang tidak pernah berhenti menimpa kaum Muslimin; cubaan, bala dan malapetaka datang bersilih ganti seolah-olah tidak ada negeri lain yang didatanginya kecuali negeri dan tempat tinggal kaum Muslimin. Mengapa kita yang lebih banyak menerima keburukan berbanding umat lain.

Peranan kita dalam politik, pemikiran, akhlak, sosial dan banyak lagi unsur lain tidak bersinar di negeri umat Islam, seolah-olah kita tidak pernah memperolehi kemuliaan dan juga kita bukan anak-anak orang yang pernah mempunyai kemegahan dan kewibawaan.

Kita adalah keturunan mereka yang telah meninggikan ilmu jihad, mereka yang telah menakluki banyak Negara, mereka yang telah menempatkan manusia ke tempat yang aman dan selamat, yakni Islam.

Umat Islam dahulu merupakan pemimpin yang didengar kata-katanya dan dipatuhi perintahnya; kekuasaan politik sekian lama berada ditangan kita, laungan kita disambut dan seruan kita dijawab oleh seluruh penghuni dunia, kerana mereka yakin akan kejujuran kita.

Lalu, apakah yang mencampakkan kita sehingga membalikkan sejarah kemegahan itu?. Kita berpecah-pecah kerana tingkah laku kita seperti Saba’. Arah dan usaha kita ditentukan oleh umat yang lain, kerana suara mereka di telinga kita lebih menakutkan daripada ngauman serigala?.

Kelemahan kitalah menyebabkan orang lain berani menguasai kita, akhirnya kita diperalat sesuka hati oleh orang-orang jahat, kita diperintah oleh orang-orang yang berdosa. Kita memang sudah lemah di mata manusia dan Tuhan, bahkan kita lemah di mata keluarga dan diri kita sendiri.

Bukankah Allah SWT telah memilih kita sebagai umat yg terbaik. Renungkanlah diri kita. Kita berada di mana di sisi Allah.. Wallahualam..

Ketirisan - Dasar Melahirkan Jutawan 'Mee segera': MARA Beli Barang 100 Kali Ganda Dari Harga Pasaran.



Menurut portal Malaysia Kini, laporan Audit Negara 2010 mendedahkan bahawa Majilis Amanah Rakyat (MARA) membelanjakan dana yang diperolehinya secara keterlaluan untuk mendapatkan beberapa peralatan tertentu. Mengikut laporan itu yang dibentangkan di dewan rakyat, peruntukan 54 juta ringgit yang dimiliki agensi itu telah digunakan untuk membeli peralatan 100% lebih tinggi berbanding harga pasaran. Jumlah itu merupakan dana yang disediakan di bawah program Rancangan Ekonomi Kedua untuk membantu golongan miskin bagi meningkatkan pendapatan mereka.

Berikut adalah beberapa barang yang dilaporkan dalam laporan berkenaan:-

  • Ketuhar - Harga Belian RM1,200.00 berbanding Harga Pasaran RM419.00
  • Katil - Harga Belian RM500.00 berbanding Harga Pasaran RM100.00
  • Dapur Gas (Dua Pembakar) - Harga Belian RM200.00 berbanding Harga Pasaran RM59.90
  • Mesin gunting Rambut - Harga Belian RM250.00 berbanding Harga Pasaran RM79.00
  • Pengisar - Harga Belian RM140.00 berbanding Harga Pasaran RM60.00

Ketuhar yang dimaksudkan itu digunakan untuk membuat roti dan pastri bagi kursus di Kelantan, manakala katil berlipat juga digunakan untuk kursus urutan secara tradisional bagi ibu selepas bersalin dan mesin gunting rambut digunakan untuk kursus mengunting rambut.

Laporan tersebut mencatatkan bahawa sebahagian besar pembelian dibuat melalui rundingan terus tidak melalui tender terbuka, dan tanpa kelulusan daripada Kementerian Kewangan.

Dalam hal demikian, Indeks Persepsi Rasuah (CPI), star rating, laporan Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA), laporan Ketua Audit Negara, aduan/maklum balas daripada orang awam dan Sistem Pengurusan Akauntabiliti dan Integriti Sektor Awam (SPAI) telah diwujudkan sebagai salah satu usaha memastikan keberkesanan gerakan akauntabiliti dan integriti dalam memantapkan perkhidmatan Kerajaan kepada orang awam. Prinsip akauntabiliti dan integriti dalam pengurusan kewangan perlu ditekankan untuk dapat memastikan wang awam dibelanjakan dengan cekap dan teratur, serta mematuhi undang-undang, prosedur dan arahan yang berkuat kuasa.

Kerajaan UMNO/BN dilihat telah banyak melakukan tindakan yang terburu-buru dan tidak konsisten dengan keputusan yang diambil. Kerajaan seolah-olah membuat eksperimen atau ujikaji makmal kepada banyak perkara yang akhirnya merugikan. Salah satu contoh ialah perkara di atas dan dasar penswastaan yang dianggap sebagai dasar melahirkan jutawan “mee segera”..

Menjawab Tomahan Ustaz Kazim Alias Terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik...

Sunday 23 October 2011

AMANAH dan KHIANAT: MAHMUDAH vs MAZMUMAH



AMANAH

Amanah yang tersemi kukuh dalam diri akan membuahkan akhlak yang terpuji. Orang yang ada dalam hatinya sifat Mahmudah ini tidak memerlukan banyak kawalan dalam melaksanakan sebarang tugasan kerana individu itu sendiri mampu mengawal dirinya.

Amanah ialah sesuatu tanggungjawab yang diserahkan untuk dipelihara dan dijaga sama ada berupa harta benda, kehormatan diri, hak manusia dan paling utama sekali memelihara agamanya yakni Islam.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)” – (Surah al-Nisa’ 4:58). Kriteria inilah yang menyebabkan Rasulullah digelar “al-Amin” oleh kaum Quraisy.

Amanah pernah ditawarkan kepada langit, bumi dan gunung-ganang, namun semua menolaknya kerana bimbang tidak dapat memikulnya. Namun ketika itu manusia menerimanya berdasarkan firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya” – (Surah al-Ahzab 33:72).

Dalam riwayat al-Tabrani menyatakan bahawa, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak tidak diterima sembahyang orang yang tidak bersuci dan tidak sempurna agama, orang yang tidak diterima sembahyangnya”.

Bagaimana menjadi orang yang beramanah?.

Untuk menjadi seorang yang amanah, pastikan diri menyempurnakan semua skop amanah seperti berikut:
  • Berpegang teguh dan bersungguh-sungguh melaksanakan syariat Islam.
  • Menjaga anggota badan daripada melakukan maksiat kepada Allah s.w.t.
  • Menjaga hak orang lain sebaiknya dan memulangkan kembali kepada tuan empunya apabila dihajati.
  • Tekun dalam sebarang pekerjaan.
  • Teguh dalam menjaga rahsia insan lain.
Jika merasa diri tidak mampu menunaikan amanah, beritahu awal-awal. Jangan mengatakan ‘YA’ kepada sesuatu yang anda sendiri tahu tidak mampu dan dapat melaksanakannya.

KHIANAT

Khianat adalah salah satu sifat daripada Mazmumah yang boleh menyebabkan darjat seseorang insan itu turun kepada munafik. Khianat bermaksud segala perbuatan jahat yang bertujuan manganiayai atau mendatangkan kecelakaan kepada orang lain, menipu, membelot atau tidak memegang amanah (setia).

Daripada Abu Hurairah r.a. sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang maksudnya: “Tanda-tanda orang munafik ada tiga perkara iaitu, bila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia engkari dan bila diberi amanah dia khianati” – (Riwayat al-Bukhari, Muslim, al-Tirmizi, al-Nasa’i dan Ahmad Ibn Hanbal).

Huzaifah bin Yaman juga ada meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. memberikan satu kiasan tentang sifat khianat pada akhir zaman. Baginda mengambil beberapa biji batu yang kecil, kemudian memijaknya. Baginda kemudian bersabda yang bermaksud: “Akan tiba suatu masa, manusia akan berjual beli. Namun pada masa itu, tiada seorang pun yang bersifat amanah. Sehingga disebut, ‘Terdapat seorang daripada ahli si fulan itu seorang yang amanah’. Orang ramai memujinya, ‘Wah, orang itu rajin dan bijak’. Sedangkan dalam hati orang itu langsung tidak ada iman walau sebesar biji sawi sekalipun”. – (Muttafaq ‘alaih). 

Siapa Pengkhianat?
  • Syaitan.
  • Munafik.
  • Orang yang terlibat dengan rasuah.
  • Orang yang mengambil hak orang lain dengan cara yang batil.
  • Orang yang tidak memulangkan hak individu lain.
  • Orang yang tidak amanah dalam menyempurnakan tanggungjawabnya.
  • Orang yang sentiasa bertangguh dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
  • Orang yang berjanji dia engkari dan bila diberi amanah dia khianati, serta berbohong dengan bangsa dan agamanya sendiri untuk mendapatkan sesuatu keuntungan diri, keluarga dan kroni.
Fikirkan akibat buruk sifat khianat kepada diri, keluarga, kerjaya, dan institusi yang diterokai. Sanggupkah anda menerima kesannya dalam masa jangka panjang dikatakan sebagai pengkhianat?. Iaitu anda disenaraihitamkan sebagai orang yang tidak boleh dipercayai.

Harimau mati meninggalkan belang, Manusia mati meninggalkan nama. Beza manusia dengan binatang adalah akal. Maka itu, fikirlah seluas-luasnya dan sedalam-dalamnya..