Wednesday 30 May 2012

Siri II : Konsep Pesefahaman Bendung Polarisasi Kaum

Konsep persefahaman adalah merupakan satu konsep yang begitu penting dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Ia sangat penting sekali untuk menyatu padukan masyarakat Malaysia yang majmuk, iaitu mempunyai agama, budaya, aspirasi dan amalan yang berbeda-beda.

Kekurangan tentang kesedaran pentingnya konsep persefahaman di antara etnik dan amalan dalam diri setiap rakyat Malaysia boleh menyebabkan berlakunya masalah polarisasi kaum. Di situ akan berlakunya pembentukan pendirian yang bertentangan antara kaum.

Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 menyaksikan kepada kita pertelingkahan sengit di antara orang-orang Melayu dan Cina. Pada masa itu rusuhan antara kaum Melayu dan Cina berlaku sehingga parlimen terpaksa dibubarkan selama dua puluh bulan dan kerajaan diperintah oleh Majlis Gerakan Negara.

Ketika itu, Cina merasa kurang puas hati dengan isu-isu yang berkaitan kewarganegaraan, bahasa rasmi, dasar pendidikan Negara yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar dan keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu. 13 Mei 1969 adalah kemuncak tragedi ngeri itu yang mana tiada seorang pun rakyat di Negara ini berkehendakannya.

Sintimen itu bertiup kencang semula mutakhir ini, bila mana ada yang sanggup mendakwa akan berlaku tunggang-menunggang sekiranya pihak lain mendapat mandat mentadbir Negara ini. Kita sering membelakangkan sejarah sebagai pengajaran, sehinggakan kita sanggup memainkan isu perkauman dan sintimen agama kepada masyarakat kita sendiri.

Apatah lagi dengan perkembangan politik tanah air yang amat cergas berkembang kini. Perkembangan politik terutamanya kepada generasi muda juga akhir-akhir ini banyak mewarnai politik dan aspirasi Negara. Fenomena ini secara langsung dapat menggerakkan minda mereka ketahap pencapaian yang memberangsangkan. Sebelum ini juga, generasi muda tidak diberikan peranan kerana dianggap agak pasif dan lambat memahami perkembangan politik berbanding dengan golongan yang melewati usia tahap belia.

Pusat-pusat gedung menimba ilmu perlulah memainkan peranan bagi membentuk generasi ini untuk ajak mereka memahami konsep persefahaman. Sekolah-sekolah dan pusat-pusat pengajian tinggi adalah satu-satunya tempat majoritinya generasi yang berbilang kaum ini bergaul dan berinteraksi. 

Namun demikian, kita kena akui bahwa segala sintimen dan prejudis tentang kaum-kaum lain yang diperolehi daripada keluarga dan masyarakat akan dibawa ke tempat-tempat di mana mereka itu dihimpunkan. Dalam hal ini, tenaga pendidik seharusnya memainkan peranan penting bagi mengurangkan perasaan negatif di antara mereka dan seterusnya merapatkan hubungan generasi tersebut.

Justeru itu, segala pertuturan atau tindak tanduk pendidik juga tidak seharusnya mempamerkan sikap dan perasaan yang menimbulkan perasaan perkauman yang boleh mempengaruhi mereka. Sekiranya pihak pendidik atau pemimpin itu melahirkan dan memperlihatkan sikap anti kaum mereka kepada generasi ini, akhirnya perasaan perkauman akan bertambah dan menjadi-jadi. Maka oleh hal yang demikian, setiap langkah yang diambil untuk membendung gejalah ini amatlah sukar sekali sekiranya polarisasi kaum semakin diserapkan kepada minda mereka.

Begitu juga dalam situasi politik, sekiranya parti-parti politik di Negara ini memainkan peranan meniupkan api sintimen kaum maka akan berlakulah seperti peristiwa berdarah rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Bagi menggelakkan fenomena ini supaya ianya tidak berulang kembali, kepekaan dan ketauladanan peristiwa itu seharusnya dijadikan sebagai kayu ukur atau titik tolak agar rakyat di Negara ini dapat menjalankan kehidupan harian di dalam keadaan aman dan sejahtera. 

Masalah polarisasi kaum adalah tanggungjawab bersama, setiap rakyat Malaysia itu bertanggungjawab untuk mencapai integrasi nasional. Hanya dengan cara ini sahaja masalah polarisasi dapat diminimakan. Setiap rakyat sewajarnya peka dan memahami latar belakang setiap masyarakat serta sedaya upaya menjalinkan hubungan baik dengan kaum-kaum lain.

Di dalam mendepani arus politik dunia pada hari ini, dalam gerakan Islam perlulah bijak mengambil manfaat daripada ruang dan peluang yang ada. Orang Islam mestilah mengambil iktibar daripada hakikat ini. Islam yang diperjuangkan tidak cukup dengan hanya indah dari segi falsafah dan teorinya sahaja. Walaupun Islam itu memang indah sekalipun baru diperkatakan secara teori, namun praktik Islam itu jauh lebih indah. Falsafah Islam yang indah itu hanya merupakan tarikan awal untuk membinanya secara realiti.

Para pemikir dan cendekiawan Islam tidak boleh mengecewakan manusia dengan menyebabkan mereka tertunggu-tunggu untuk merasai keindahan Islam yang telah mereka baca dan fikir. Jika tidak, manusia akan menganggap bahawa Islam juga akan mengecewakan mereka seperti kapitalis, komunis, sosialis atau demokrasi. Sedangkan, keindahan Islam bukan satu utopia.

Masa berfalsafah hampir sudah berakhir. Satu model kehidupan Islam yang dapat dirasa mesti dibina segera. Telah banyak diperkatakan tentang keindahannya. Kini manusia menunggu-nunggu bila lagi mereka boleh menikmati keindahan Islam? Islam tidak sekali-kali pernah menganjurkan penghinaan kaum atau agama lain.

Tahaluf siyasi perlulah dilakukan dalam keadaan gerakan Islam bagi mendapatkan keuntungan yang maksimum dalam usaha untuk menegakkan agama Allah SWT. Bagaimanapun, perlulah diingatkan agar penerangan demi penerangan hendaklah dilakukan dari masa ke semasa khususnya kepada masyarakat awam agar tidak keliru dengan langkah yang diambil.

Sesungguhnya Islam itu sudah lengkap melengkapi di dalam membentuk kehidupan yang selamat dan menyelamatkan. Dengan kembali kepada fitrah Islam secara kaffah dan meninggalkan segala ideologi buatan manusia sahajalah, manusia dan dunia ini terselamat dari kemusnahan peradaban kemanusiaan dan kebendaannya.

Friday 25 May 2012

Masyarakat Malaysia Masih Amalkan Polarisasi Warisan Peninggalan Penjajah

Polarisasi bermaksud sikap perkauman, yang menjadi asas masalah utama perpaduan antara kaum atau etnik berbilang bangsa di nagara ini. Unsur-unsur perkauman ini lebih ketara apabila dibandingkan dengan kesanggupan bagi mencapai integrasi nasional. Sintimen ini telah ditanam kukuh oleh penjajah Inggeris pada setiap jajahannya dengan acuan atau adunan mereka iaitu ‘pecah dan perintah’.

Menjadi sikap Penjajah Inggeris yang hanya menumpukan kepada perkembangan ekonomi. Dalam hal social, Inggeris berpegang kepada dasar campur tangan yang minimum. Masyarakat Melayu ketika itu telah digambarkan oleh J.S Furnivall seperti berikut;

‘… mereka bercampur gaul tetapi tidak bersatu padu. Setiap kumpulan ada agama, budaya dan bahasa, ideology dan haluan sendiri. Mereka tinggal sebelah menyebelah tetapi terdapat perpisahan dalam unit yang sama …’ :  J.S Furnivall. Colonial Policy and Practice, Cambridge University Press, London.

Kenapa Polarisasi Berlaku?

Masalah polarisasi telah wujud sejak zaman penjajahan British lagi. Pemerintahan mereka pada masa itu mempunyai dasar yang mengekalkan struktur kelas dan sosioekonomi kaum-kaum tertentu. Pihak British tidak menyediakan satu system persekolahan yang bersepadu. Sebaliknya mereka membiarkan kewujudan system pendidikan yang berbagai-bagai aliran termasuk aliran Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil. Tujuannya ialah untuk memenuhi keperluan sector tertentu dalam ekonomi zaman berkenaan.

Meskipun akhirnya bilangan penuntut meningkat dengan pengetahuan berorentasikan pendidikan Inggeris sehingga ke hari ini, namun peluang-peluang  menggunakan kelayakan tersebut sebagai mobility ke atas tidak terbuka kepada golongan rendah. Oleh itu, perbezaan kelas terus kekal.

Sebagai contoh, sejak perkembangan perusahan getah dari permulaan abad ke 20, pihak British memerlukan tenaga kerja yang tetap. Jadi sejak 1905, sekolah-sekolah Tamil disediakan di estet-estet agar tenaga buruh bagi estet getah terjamin.

Justeru itu, pihak British mendapat tenaga kerja yang tetap dan murah. Oleh kerana sekolah Tamil pada masa itu serba kekurangan dari pelbagai segi kemudahan dan tenaga pengajar, peluang bagi kaum India yang berkerja di estet untuk mendapat pekerjaan lain amat terbatas.

Pendidikan Cina juga dikuasai oleh pihak penjajah bagi tujuan memenuhi keperluan tenaga kerja mereka. Dengan perkembangan ekonomi colonial di Semenanjung Malaysia pada awal kurun ke 20, sekolah-sekolah Cina juga turut berkembang. Sekolah-sekolah Cina dipengaruhi oleh fahaman Cina yang mengagung-agungkan pendidikan dan budaya Cina tradisional.

Dengan ini, pihak pemerintah British pada masa itu telah berjaya memisahkan rakyat mengikut kaum atau etnik masing-masing. Jelas bahwa pengenalan kaum dengan peranan ekonomi yang merupakan masalah besar di Malaysia kini adalah akibat system sosioekonomi penjajah.

Pertentangan pendapat tentang hak-hak kerakyatan timbul perselisihan di antara kaum sehingga kini. Perkara berkenaan telah bermula sejak dulu lagi sebelum merdeka. Perasaan ini diapi-apikan lagi oleh pihak-pihak tertentu demi untuk mencapai matlamat dan kepentingan peribadi..

Sambungan KLIK => Siri II : Konsep Pesefahaman Bendung Polarisasi Kaum

Rafizi Ramli Watak Sebenar Generasi Masa Kini

Siapa sebenarnya Rafizi Ramli..?

Sdr Rafizi Ramli adalah seorang anak muda yang berani dan merupakan wajah sebenar generasi muda yang memiliki daya intelektual. Beliau telah menunjukkan kepincangan serta sikap sebenar pemimpin UMNO/BN. Lihatlah bagaimana anak muda ini menelanjangkan sikap kerajaan BN terhadap PTPTN.

Keberanian beliau ini merupakan wajah sebenar generasi muda masa kini. Tahniah kepada YB Khairy Jamaluddin yang sanggup berdebat dengan Sdr Rafizi walaupun YB Khairy nampak amat menggelabah ketika mengutarakan hujah-hujahnya untuk menangkis beberapa persoalan Sdr Rafizi. Kita amati dan perhatikan biodata anak muda ini;

Lahir:14 September 1977

Tempat Lahir: Besut, Terengganu, 
Membesar di Kemaman dan Kuala Kangsar

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Pendidikan Awal Sekolah Rendah Sultan Ismail, Kemaman (1984 – 1989)

Kolej Melayu Kuala Kangsar (1990 – 1994)

Anugerah Carey / Bolkiah sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan

Pingat Emas Presiden Kesatuan Pelajar
Anugerah Pelajar Terbaik SPM 1994 (Fizik, Bahasa Melayu)
Anugerah Pelajar Terbaik SRP 1992
Johan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh
Pembahas terbaik Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh
Johan Pertandingan Bahas Piala Sri Paduka Sultan Perak 1993
Presiden, Badan Revolusi Agama
Presiden, Pancaragam Tentera
Presiden, Persatuan Bahasa Melayu
Ketua Pengarang, The Malay College Magazine
Dianugerahkan biasiswa PETRONAS (Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik) dan ESSO (Geology) sebelum keputusan SPM diumumkan
Morrison’s Academy, Scotland (1995 – 1996)

Anugerah AD Kippen, Pelajar Terbaik Fizik A-Levels 1996
Anugerah John Knox, Pelajar Terbaik Kimia A-Levels 1996

Pengawas
Orkestra Morrison’s Academy
Leeds University (1996 – 1999)

Anugerah Arthur Crabtree 1997, Pelajar Terbaik Tahun Pertama Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik
Ijazah Kelas Pertama (Tahun Pertama dan Kedua)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik

LATAR BELAKANG DAN KERJAYA

Jeffreys Henry Chartered Accountants, London (1999 – 2003). Lulus semua peperiksaan akauntan bertauliah dengan Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW) dalam masa 2 tahun sebagai ahli ICAEW pada 2003, selepas tamat tempoh minima latihan di firma perakaunan. Dan diterima sebagai ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA) pada 2003 apabila pulang ke Malaysia

PETRONAS/MTBE Malaysia Sdn Bhd (2003 – 2005)

Pengurus, Propane Dehydrogenation Plant

Pengurus termuda semasa dilantik, PETRONAS/Pejabat Naib Presiden, Urusniaga Petrokimia (2005 – 2007)

Pengurus Kanan termuda semasa dilantik (Perancangan Perniagaan, Operasi dan Teknologi Urusniaga Petrokimia)
Bertanggungjawab menguruskan kumpulan urusniaga petrokimia PETRONAS dengan aset melebihi RM30 bilion

PETRONAS/Petronas Carigali Sdn Bhd (2007 – 2009)

Pengurus Kanan (Perakaunan, Belanjawan dan Percukaian Antarabangsa)
Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kewangan 51 anak-anak syarikat PETRONAS Carigali yang terlibat dengan operasi huluan di peringkat antarabangsa, membabitkan belanjawan tahunan melebihi RM20 bilion, 

Pengurus Besar, Pharmaniaga Berhad (2009).

Ketua Eksekutif, Penasihat Ekonomi Selangor (2009 – )



Tuesday 8 May 2012

Salam TG Nik Aziz Kepada Majlis Fatwa Kebangsaan

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir Mohamad ketika berucap pada program Bicara Negarawan bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad bertajuk “Cabaran Umat Islam Masakini: Persepsi dan Realiti” di Terangganu khamis lalu berkata, “Rakyat di Negara ini perlu lebih rasional agar tidak terus diperbodohkan dan diperalatkan oleh pemimpin pembangkang yang tergamak menghalalkan demonstrasi ganas demi kepentingan dan cita-cita mereka untuk merebut kuasa”.

Katanya lagi, jika rakyat terus menerus terpedaya dengan usaha pembangkang itu, beliau menjelaskan mereka (rakyat) sebenarnya turut sama bersubahat kerana perbuatan sedemikian bercanggah dengan ajaran agama. “saya harap rakyat tidak mudah diperalatkan oleh orang lain,” tambahnya dan menekankan perbuatan keji seperti rusuhan bercanggah dengan ajaran agama.

Sebaik kenyataan itu, Majlis Fatwa Kebangsaan telah memfatwakan bahwa BERSIH 3.0 adalah HARAM kerana dengan niat ingin menumbangkan kerajaan yang sah melalui himpunan. Sedangkan BERSIH hanya menyenaraikan tuntutan pilihanraya bersih dan adil. Sedangkan menuntut pilihanraya yang bersih dan adil itu adalah wajib.

Lalu Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang didakwa kapir oleh sesetengah pihak telah memberi salam hormatnya kepada Majlis Fatwa Kebangsaan dengan katanya, “Jangan berjalan sebelah kaki, nanti pincang mengatur langkah”.

“Andai himpunan di Gua Musang dan RTC, Kota Baharu ketika kedatangan Perdana Menteri baru-baru ini ke Kelantan dihalang dan disembur dengan air, tidak mustahil ia turut menjadi huru-hara”, kata TG Nik Aziz lagi.

Menteri Besar Kelantan itu juga mendakwa, sekiranya BERSIH berhimpun dianggap haram, apa pulak hukum perhimpunan Presiden UMNO di Gua Musang dan RTC baru-baru ini yang jelas bertujuan mengajak rakyat menukar atau menumbangkan kerajaan Kelantan?.

Najib Razak yang meraung bagai singa kelaparan ketika itu di Gua Musang juga berkata bahawa himpunan BERSIH 3.0 itu adalah bertujuan ingin menumbangkan kerajaan UMNO Barisan Nasional. Najib seolah seperti seekor salmon yang menongkah arus deras menuju kehabitatnya. Beliau tidak mampu mengikut arus, kerana takut akan hanyut ke muara di bawa arus dan akhirnya lemas sendiri.

Ekoran daripada himpunan BERSIH 3.0 itu, berbagai-bagai imej keaiban pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dipaparkan oleh manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab. Antaranya Anwar dan Azmin Ali, terutama sekali Ambiga termasuk TG Nik Aziz yang terkena percikan tohmahan.  

Jika benar Azmin derhaka dengan ibunya, bagaimana pula kita lihat Marina Mahathir yang jelas bersekongkol dengan Ambiga kepala BERSIH yang di fatwakan haram, menurut Majlis Fatwa Kebangsaan?.

Apakah Marina tidak derhaka dengan kedua orang tuanya kerana ingkar dengan arahan bapanya yang jelas-jelas melibatkan diri dalam himpunan haram. Justeru itu, apa pula kata Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah terhadap anak mereka bernama Marina binti Mahathir?.