Wednesday 29 February 2012

KERJA SYAITAN : Halal Haram Tak Kelihatan, Bila Islam Diletakkan Di Kandang Salah - Mejar Haji Ramli


Nota Ringkas SR, 'Menjejaki Mentaliti Seorang Tokoh'


MEDIA ADALAH WADAH DAKWAH

Mejar (Bersara) Haji Ramli Abdul Rahim suatu ketika dahulu semasa di universiti pernah berpolemik dengan Profesornya tentang saluran maklumat media TEHRAN TIMES. Persoalan beliau, apakah wajah TEHRAN TIMES semasa zaman Shah Iran dan zaman Ayatullah Khomini?. Dan, apakah kerja TEHRAN TIMES pengampu Shah Iran itu mengampu Ayatullah Khomini apabila tampuk pemerintahan Iran bertukar?. Pada pandangan akademik yang tidak mewakili mana-mana pihak atau parti, persoalan sinis itu beliau bangkitkan untuk mengajak masyarakat menoleh ke Putrajaya.

S
aya Ready beranggapan dan sempat mencatatkan sedikit 'nota ringkas' beberapa pandangan dan pendapat Mejar Haji Ramli Abdul Rahim di sini bahwa, beliau adalah seorang tokoh pejuang. SR dapat menjejaki mentaliti tokoh ini sewaktu tengah bersembang di laman social facebook kumpulan terbuka ‘JOM BELASAH MEDIA LONGKANG’ (JBML). SR ada mengajukan satu pertanyaan terhadapnya, apakah beliau menyokong JBML dan, media longkang tu siapa?. Beliau tidak menghampakan SR yang menunggu jawaban, dengan katanya;

“Ini bukan sokong atau tentang!
Borneo Menggugat yang melahirkan JOM BELASAH MEDIA LONGKANG, punya nawaitu untuk menarik audienns, saya di sini untuk berdakwah, ijazah saya adalah dalam mass communication, ini domain saya. Saya berdakwah untuk merubah wajah pemberitaan kepada yang lebih Islamik. Malaikat ada di kiri kanan kita sentiasa mencatat apa yang kita tulis apa yang kita lakukan dan kita semua akan diberi buku catatan itu sama ada dari tangan kanan atau kiri di depan Allah Robbul Jalil di Yaumil Mahsyar”.

Pada Mejar Haji Ramli, bukan caranya untuk mengutuk mana-mana pemimpin di Negara ini seperti Dato Seri Najib Razak, Tok Guru Nik Abdul Aziz, Dato Seri Anwar Ibrahim dan sebagainya, dakwahnya adalah umum dan juga tidak menyerang mana-mana parti politik di Negara ini. Ditambah lagi dengan rumah beliau berhampiran dengan Masjid yang selalu berjumpa dengan sahabat-sahabatnya dari ABIM. Menurut Mejar, beliau masih apolitical bukan UMNO ataupun PAS. Beliau berjuang atas landasan Islam, kerana politik maki hamun Allah SWT tak ajar, Rasululah SAW pun tak ajar, katanya lagi.

Mejar Haji Ramli juga ada mengingatkan bahwa, lebih sepuluh tahun lalu tentang isu tiga ratu cantik yang pernah ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Allahyarham Mufti Selangor ketika itu dibelasah habis-habisan kerana mempertahankan tindakan JAIS. Mejar telah membangkitkan persoalan, siapakah yang jadi tukang belasah ketika itu dengan tindakan JAIS?. Beliau mendakwa. akhbar-akhbar tempatan ketika itu membela ratu-ratu cantik ini, ‘ITULAH AKHBAR LONGKANG YANG TAK KENAL HALAL DAN HARAM’. Bila Islam dikandang orang salah, halal haram tak nampak dan itulah juga kerja syaitan, tambahnya lagi.

Pendapat Mejar Haji Ramli, politik seharusnya kena ikut arus Islam dan di Islamkan, bukan Islam dipolitikkan. Pandangan beliau pula siapa yang akan ke Putrajaya selepas PRU Ke-13 nanti?. Mejar telah mengemukan jawaban surah Al-Imran [3:26], bahwa inilah jawaban beliau.

Allah telah berfirman - Al-Imran [3:26]

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاء وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاء وَتُعِزُّ مَن تَشَاء وَتُذِلُّ مَن تَشَاء بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu” - Ali Imran [3:26].

Mungkin ada ramai rakyat di Negara ini yang tidak mengenali Mejar Haji Ramli Abdul Rahim. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab membawa lebih 1,000 ahli kumpulan terbuka laman social facebook JBML. Menurut beliau, tujuannya sebenar menatang kumpulan terbuka berkenaan adalah untuk berdakwah. Semua akan mati, samaada tengah-tengah berseronok atau sedang berdukacita. Apabila sampai masa Malaikat Izrael datang menjalankan tugas, selamat tinggal duniaku, tambahnya lagi.

"Apabila mati anak Adam, putuslah amalannya, kecuali sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak yang soleh" – hadis

Mejar Haji Ramli Abdul Rahim (Bersara) A.M.N. adalah bekas Pegawai Perhubungan Akhbar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kementerian Pertahanan. Mendapat pendidikan di Armed Forces Apprenctice Trade School Port Dickson dari 1969 hingga 1971. Selepas itu beliau mengikuti program di Pre-Officers Cadet Training Unit (PREOCTU) di Kem Sebatang Karah, Port Dickson pada 1972 sebelum meneruskan latihan di Maktab Tentera Diraja Sg. Besi Kuala Lumpur dan ditauliahkan sebagai pegawai pada 20 April 1973.

Pada tahun 1974 beliau telah dihantar berkursus di Texas dan mendapat Diploma of American English daripada Defense Language Institute, San Antonio, Texas sebelum meneruskan kursus ketenteraan di Tyndall Air Force Base, Tampa, Florida, Amerika Syarikat. Semasa di dalam perkhidmatan, beliau telah dihantar untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara dalam bidang Komunikasi Massa dan di Universiti Malaya dalam bidang Kajian Strategik dan Pertahanan.

Selain daripada itu, beliau juga telah mengikuti kursus pegawai turus di Maktab Turus Angkatan Tentera di Haigate Kuala Lumpur. Semasa berkhdimat, Mejar Haji Ramli telah diberi kepercayaan untuk menjadi Editor Berita Udara (1981-1990), (1994-1995) dan (1997-1999). Beliau telah menjadi Editor Majalah Keselamatan TUDM (MKT) semasa ditugaskan di Inspektorat TUDM.

Mejar Haji Ramli pernah ditumpangkan kepada The New Straits Times Group pada 1993 untuk bertugas dengan akhbar The Malay Mail sebagai sebahagian daripada program internship. Beliau telah menulis buku yang berjodol ‘A Portrait of Military Aviation in Malaysia (1936-1990)” yang diterbitkan oleh Pustaka Cipta Sdn. Bhd. pada 1991.

Pada tahun 1998 buku beliau yang berjodol “Guarding the Sky” telah diterbitkan oleh Diwangsa Publications. Sajak-sajaknya telah diterbitkan bersama penyair Indonesia yang lain dalam antologi yang berjodol “Graffiti Gratitude” yang diterbitkan oleh Yayasan Media Sastra dengan kerjasama Penerbit ANGKASA Bandung, Indonesia pada 2001.

Mejar Haji Ramli adalah seorang penulis yang versatile, dan tulisan-tulisannya telah tersiar di dalam Berita Harian, Utusan Malaysia, Harian Metro, majalah Ummi, Kancil, Gila-Gila, Dewan Kosmik, Pahlawan, Tamadun, Perajurit, Aniqah dan sajak-sajaknya mendapat tempat di majalah Dewan Sastera, Mastika, Sarina, Variasari, Wanita, akhbar-akhbar Mingguan Malaysia, Utusan Zaman dan Watan.

Semenjak bersara pada tahun 2004, kerjaya Mejar Haji Ramli Abdul Rahim sekarang ialah, antaranya; sedang menulis sejarah militer di Siasah, mengajar Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab, Pensyarah Tamu Asia E-University dalam subjek kepimpinan.

Difahamkan, Mejar Haji Ramli memiliki tiga orang cahayamata, seorang belajar hafiz di Al-Azhar, masih di Madinah dan seorang lagi di UIA sebagai penasihat undang-undang SUK Selangor, manakala yang bongsu semester akhir di UUM Sintok.

Kalam terakhir Mejar Haji Ramli yang dapat SR kongsi di sini ialah, “Islam tidak memperjuangkan bangsa, dalam kubur malaikat Mungkar Nangkir tak Tanya, APA BANGSA KAMU?. Proses dakwah dan tarbiyyah adalah berkesinambungan”.


SUMBER :
KLIK JBML


TIMBULKAN PERSOALAN PADA DIRI ANDA, BERAPA ORANGKAH YANG BERDAKWAH MENGGUNAKAN SUMBER MEDIA DI NEGARA INI?. MARILAH KITA LIHAT SUMBER MEDIA MUTAKHIR INI, TEPUK DADA TANYA IMAN..

Monday 27 February 2012

Najib Kantoi!!.. UMNO/BN Tak Perlu Tunggu Majoriti 2/3 PRU13 Jika Ikhlas Banteras Rasuah : Tuan Ibrahim Tuan Man

Perdana Menteri, DS Najib Razak menyatakan semalam akan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan Anti Rasuah (SPRM), seperti yang dicadangkan oleh lembaga penasihat SPRM. Suruhanjaya ini ditubuhkan untuk membolehkan badan pemantau anti-rasuah itu mempunyai kawalan penuh ke atas pegawai-pegawainya, termasuk kuasa untuk melantik dan memecat mereka. Namun demikian, beliau menyatakan bahawa isu ini perlu pindaan perlembagaan.

Ekoran daripada kenyataan itu, PAS akan mengemukakan usul penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Anti Rasuah seperti yang dicadangkan oleh Najib Razak pada sesi parlimen terdekat supaya UMNO/BN tidak perlu menanti mendapat 2/3 majoriti parlimen dalam pilihanraya akan datang untuk melaksanakannya, kerana rakyat akan menilai sejauhmana kerajaan mendokong usaha membanteras rasuah dengan menilai sokongan UMNO/BN, menurut kenyataan reaksi balas Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Jika PM ikhlas dalam membanteras rasuah, beliau tidak perlu mengambil usul ini sebagai satu lagi janji berbentuk ‘you help me, I help you’ untuk mendapatkan undi rakyat, kerana pihak PAS dan Pakatan Rakyat sudah tentunya akan menyokong usul tersebut asalkan ia memberi manfaat kepada negara dan rakyat,” tegas Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sepatutnya, kata Tuan Ibrahim, bukan sahaja kuasa pemantauan diberikan kepada kakitangan SPRM, bahkan kuasa pendakwaan juga sepatutnya diberikan kepada SPRM, dan bukan lagi tertakluk kepada budi bicara Peguam Negara sebagaimana kini. “Apa yang penting bagi SPRM bukan semata-mata siasatan, tetapi turut mempunyai kuasa pendakwaan. Rakyat masih bertanya kemana pendakwaan kes berprofile tinggi yang pernah dinyatakan oleh Datuk Seri Rais Yatim, demikian juga isu besar NFC dan sebagainya,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu.

Mengenai komitmen UMNO/BN untuk membanteras rasuah, Tuan Ibrahim mengingatkan rakyat mengenai wayang ‘anti-rasuah’ yang dimainkan ketika zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi yang melibatkan pendakwaan terhadap Tan Sri Kasitah Gaddam dan Tan Sri Eric Chia, di mana kedua-duanya akhirnya didapati tidak bersalah.

Friday 24 February 2012

Saluran Media Arus Perdana Pro UMNO/BN Bukan Lagi Pilihan Rakyat Dapatkan Maklumat

Mutakhir ini, sesetengah rakyat di Malaysia menyatakan rasa kebencian mereka terhadap media arus perdana pro kerajaan UMNO/BN, contohnya media elektronik seperti saluran RTM dan Media Prima serta suratkhabar umpamanya Utusan Malaysia, Berita Hairan dan sebagainya. Mereka lebih suka melihat dan membaca berita dari pelbagai sumber di cyber seperti Tranungkite V11, Malaysiakini, Tukar Tiub, Harakah Online, Metro Online, Sinar Harian, majalah-majalah hiburan dan mana-mana sumber alternatif lain yang mereka boleh perolehi.

Pengamal media Mohamed Idris Saman, telah menyatakan keterbukaannya terhadap polimek media di akhir-akhir ini, dengan katanya; "Saya sudah lama berhijrah ke Sinar Harian, kerana ingin membantu memajukan akhbar harian mereka. Sudah lama lari dari Utusan Malaysia dan Berita Harian. Duit saya ni berapa sen sangatlah kepada mereka!". Kenyataan ini, SR rujuk di lamam sosial FCB kumpulan terbuka Jom Belasah Media Longkang(KLIK)

Kenapa ini berlaku?. Apakah benar dakwaan sesetengah pihak itu bahwa, media arus perdana UMNO/BN kini hanyalah sekadar melontarkan tohmahan dan cercaan terhadap pemimpin-pemimpin pembangkang seperti DS Anwar Ibrahim, tetapi pada masa yang sama mereka membodek pemimpin-pemimpin UMNO/BN. Hasrat untuk menyatakan kebenaran itu jauh sekali dilubuk hati mereka.

Terbaru, DS Najib Razak memberikan arahan kepada media perdana seperti RTM, TV3, Bernama dan mana-mana media pro kerajaan UMNO/BN yang lain supaya mengurangkan berita-berita yang terlalu memburukkan pihak pembangkang. Kononnya, isu yang keterlaluan bukan menambah sokongan kepada UMNO/ BN, malahan memualkan rakyat dan simpati atau sokongan akan bertambah kepada pihak pembangkang. Sebaliknya arahan terbaru Najib ialah, media-media ini seharusnya menyiarkan lebih banyak berita mengenai kebaikan kerajaan Barisan Nasional.

Dakwaan lain juga menyatakan bahwa, berita-berita yang dilapurkan itu hanya sekadar menambahkan sensasi sedangkan berita tersebut boleh melahirkan kebencian kepada pembaca dan pendengar. Seharusnya media mengambil kira berita yang disampaikan untuk menarik dengan mengkaji sedalam-dalamnya minat pembaca, pendengar dan penonton.

Menurut kajian pembaca dan pendengar ini, membaca sebenarnya menggerakkan dua minda, minda khayalan dan minda nyata. Bila membaca, kedua-duanya akan berinteraksi. Khayalan banyak menggunakan interpretasi dan logik, manakala yang nyata akan mengikut apa yang dilapurkan. Bila digabungkan kedua-duanya, baru berita disimpan dalam minda. Maka itu, kotak minda akan memprosesnya dan akan menyimpan data itu jika perlu. Data yang dianggap virus akan dibuang ke dalam longkang. 

Isu Keganasaan di Syria, PR Pertikaikan Tindakan Kerajaan Malaysia Berdiam Diri

Apakah Kerajaan Malaysia menyokong keganasan di Syria?




Pada 10 February 2012 yang lalu, Pakatan Rakyat telah menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan Syria mendesak agar menghentikan segera keganasan serta menyeru Presiden Bashar meletak jawatan. Malaysia adalah salah sebuah negara yang turut berada dalam gabungan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), sewajarnya membuat desakan itu agar diadakan persidangan khas bagi membincangkan keganasan tersebut.

Namun demikian, Kerajaan UMNO/BN menyatakan pendirian bahwa kerajaan Malaysia berhubung isu yang berlaku di Syiria adalah tanggungjawab rakyat Syiria sendiri dalam memastikan kesejahteraan dan kestabilan negara mereka. Kenyataan ini disuarakan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn pada 22 Februari 2012 lalu kepada Duta Syria, Dr. Mohamad Khafif semasa dalam kunjungan hormatnya ke Malaysia.

Justeru itu, Syria mengangumi pendirian UMNO sebagai sebuah parti politik yang mantap dalam menyatakan pendirian menolak sebarang campurtangan luar dan tidak menerima hakikat berkaitan unsur-unsur luar dalam usaha memporak-perandakan sesebuah negara. Apakah peranan Malaysia sebagai anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)?.

Wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa juga turut sama menjadi mangsa dalam isu keganasan yang melanda negara Syria ketika ini. Pandang dan rasailah dengan panca indera, serta hayati dengan seadil-adilnya dunia akhir zaman yang mana manusia itu melihat dunia ini sebagai syurga bagi mereka yang tamak.


Sumber : harakahdaily dan umno-onlineumno-online

Tuesday 21 February 2012

Rahman Dahlan Pertikaikan Penjualan Tanah di Bayan Mutiara, Pulau Pinang : Isu Tanah di Sabah Bagaimana?

Setiausaha Perhubungan Barisan Nasional Sabah juga MP Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman telah mendakwa bahawa penjualan tanah seluas 41.6 hektar di Bayan Mutiara di Pulau Pinang dengan harga RM1.1 bilion tidak dilakukan secara tender terbuka berjaya ditunaikan berdasarkan daripada maklumat laman web pemilik tanah berkenaan, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), tarikh tutup tender adalah 31 Disember 2010.

Antara dakwaan Abdul Rahman Dahlan dan Zainal Abidin Osman ialah kononnya, tiada tender terbuka; harga penjualan dijual kepada pemaju swasta adalah 50 peratus lebih rendah daripada harga pasaran iaitu RM420 kaki persegi; dan kerajaan negeri Pulau Pinang telah memandang rendah kepada rakyat tempatan dengan melantik HDB Singapura sebagai pakar perunding untuk projek perumahan mampu milik Kerajaan Negeri di Batu Kawan.

Ekoran daripada dakwaan tersebut, lantas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah mencabar Zainal Abidin dan Datuk Abdul Rahman Dahlan agar berundur dari politik jika gagal membuktikan penjualan tanah di Bayan Mutiara tidak dilakukan secara tender terbuka. Beliau juga sedia untuk berundur diri daripada area politik sekiranya bukti-bukti tersebut dapat dikemukakan.

Pada 18 February 2012 lalu, syarikat Ivory Properties Group Bhd (IPGB) telah mengeluarkan satu kenyataan yang menafikan dan menjelaskan bahawa ia telah memperolehi tanah 41.5 hektar di Bayan Mutiara, Pulau Pinang melalui sistem tender terbuka yang diamalkan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Kerajaan negeri Pulau Pinang kesal dengan tindakan UMNO yang cuba memainkan isu perkauman dalam perkara ini dengan menyoal mengapa rakyat tempatan tidak boleh melakukan kerja tersebut sebaliknya memilih Singapura. UMNO memainkan sentimen anti-Singapura bukan sahaja provokasi perkauman tetapi juga double-standards kerana apabila Singapura datang ke Iskandar, Johor tiada masalah, tetapi tidak boleh pula di Pulau Pinang.

Guan Eng mendakwa bahwa, taktik ekstrem sedemikian oleh UMNO tidak berkesan di Pulau Pinang kerana rakyat Pulau Pinang menyokong usaha ikhlas Kerajaan Pakatan Rakyat untuk menyediakan rumah mampu milik terbaik untuk golongan miskin di Malaysia, ujarnya lagi.

Apa yang pelik bin ajaib di sini bagi SR ialah, kenapa Rahman Dahlan beria-ia sangat mempertahankan penjualan tanah seluas 41.6 hektar di Bayan Mutiara, Pulau Pinang. Apakah beliau tidak sedar dengan pejualan pulau-pulau di Sabah dan pengambilan tanah komunal masyarakat kampung yang melanda rakyat Sabah masa kini, yang kian dibaham oleh syarikat-syarikat kroni pemimpin-pemimpin UMNO Barisan Nasional?.

Info dari Anak Sungai Derhaka KLIK DI SINI

Monday 20 February 2012

Politik TS Pandikar Bagai Teka Silang Kata

Ada yang berpendapat bahwa, dalam Malaysia adalah sukar untuk mencari pengalaman politik seperti tokoh Tan Sri Pandikar yang lahir ditengah-tengah masyarakat atau etnik Iranun. Beliau telah terdedah dengan berbagai jawatan politik baik peringkat nasional mahupun tempatan. 

Pada ingatan pengamal undang-undang, Datuk Ainal Haji Fattah, hanya jawatan Ketua Menteri saja beliau belum pernah sandang. Untuk membina pemimpin baru setanding dengan pemimpin yang dimaksudkan akan memakan waktu yang panjang, seandainya ditakdirkan beliau diperlukan kembali digelanggang politik jangan halang kerana merugikan kita semua bukan sekadar sukunya, katanya lagi.

Dalam hal percaturan politik yang kian meruncing dalam UMNO/BN mutakhir ini, fenomena kepimpinan sudah tentu tidak dapat lari dari kerangka protes atau kritikan pro dan kontra. Ditambah lagi dengan polimek tentangan hebat pembangkang Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh salah seorang manusia berpengaruh dan berpengalaman dalam dunia politik di negara ini yang pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malayisa suatu ketika dahulu, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dan, sekarang ini telah menawan dibeberapa buah negeri di Semenanjuang Malaysia. Berbagai-bagai protes dan kajian diutarakan oleh penganalisis politik, terutamanya bagi mereka yang ingin merasakan sesuatu perubahan dan pembaharuan.

Apa yang SR bangkitkan di sini ialah, tentang isu politik Tan Sri Pandikar yang dikritik hebat oleh orang-orang dikalangan sukunya sendiri, pada suatu ketika dahulu mereka ini pernah memberikan sokongan terhadap beliau. Antaranya ialah Mohd Salleh Lamsin seorang peguam dan pengamal undang-undang, Razak Rakunman bekas DFO (Pegawai Perhutanan Daerah) Tambunan juga pernah menentang TS Pandikar di PRU11 yang lalu, dan salah seorang blogger Iranun yang kian menempah nama sekarang ini dipersada dunia cyber sebagai pengkritik politik tanahair, iaitu Kelapa Mawar.

Perhatikan petikan di bawah ini kenyataan-kenyataan atau kritikan mereka yang SR bawa untuk dikongsikan bersama dari laman sosial facebook status Rosmin Min mantan PKR (Pemimpin Kemajuan Rakyat) Usukan, Kota Belud yang telah mewar-warkan khabar angin konon "Dengar khabar TS Pandikar pilihan utama calon parlimen Kota Belud PRU13". Seolah-olah bagai teka silang kata, SR fikirkan amat positif sekali untuk diberikan perhatian oleh para pemimpin senior dan pemimpin-pemimpin pelapis akan datang.


Mohd Salleh Lamsin Buat apa TSP mau jadi MP? Menteri Federal sdh pernah. Klu dilantik TPM lain lah cerita barangkali. Negeri? Sdh pernah jadi Menteri Negeri. Hampir semua jawatan sdh pernah disandang kecuali jawatan yg paling dalam Kabinet Negeri iaitu Ketua Menteri.
hari Ahad, pada pukul 11.26 ptg

Razak Rakunman Saya setuju dengan saudara Mohd Salleh Lamsin. Buat apa TSP mahu jadi MP. Jawatan yang ada adalah no 3 tertinggi di Malaysia kata Kelapa Mawar. Kalau jadi TPM boleh juga tapi ikut logik tidak mungkin kerana beliau bukan Tim. Presiden UMNO. Saya masih dengan pendapat saya supaya beliau terus kekal sebagai Speaker. Kemana negara beliau melawat pasti dihormati sebagai Speaker Malaysia. Bukan senang dapat jawatan ini kerana hanya satu di Malaysia. Kalau calon MP, belum tentu menang.
Semalam pada pukul 12.21 pagi

Kelapa Mawar Biarpun hebatnya perjalanan politik TSP, namun ramai cendikawan dan pemikir dalam suku Iranun 'melontarkan' kritikan kepada tokoh politik Iranun ini lantaran kerana pengkritik ini mahukan yang lebih baik dan tersusun dalam kerangka politik suku minoriti di Sabah itu. TSP yang dijadikan ikon,seharusnya mempersiapkan prosedur kepimpinan muda dalam suku tersebut. Ini antara kritrikan pedas yang dibebelkan oleh ramai penggiat politik dan pemikir Iranun di kalangan anak-anak muda yang berpendidikan. TSP pula dituntut supaya lebih terbuka menyediakan pelapis kepimpinan Iranun.Walaupun begitu jasa dan aspirasi pemimpin agung Iranun ini tetap dihargai dan disanjung tinggi.
hari Ahad, pada pukul 8.50 ptg

Razak Rakunman Bagi peluang orang muda bah. Beliau ni dah lama dalam politik sejak 1982. 30 tahun sudah. Elok kekal sebagai Speaker Parlimen. Tak perlu susah-susah reda sawah ladang temui pengundi. Peratus kemenangan memang tinggi tapi % kekalahan tetap ada.
hari Ahad, pada pukul 8.29 ptg · 4

Razak Rakunman Saudara Tadzul Radim, Roslan Haji Manshor, Roslan Akik ada nama dalam UMNO. Datuk Almudin Kaida ada nama dalam PBS. Mereka semua dalam BN. Saya berpendapat sudah tiba masanya TSP ajar dan beri dokongan kepada mereka bukan menjadi pengganti tetapi pelapis. Kini TSP sudah berjawatan no 3 di negara ini antara jawatan tertinggi selepas PM dan TPM. Sayang kalau beliau lepaskan dan mencari jawatan baru yang belum pasti. Jangan yang dikandung berciciran dan yang di kejar bertaburan. Alangkah baiknya ada TSP di atas sana dan adapula menteri atau pembantu menteri baru Iranun. Namanya bertambah bukan berkurang.
19 jam yang lalu

Kelapa Mawar sdr Razak Rakunman saya juga berpendapat yg sama...carilah yang baru tapi yang lama jangan dilupa, jadikan MENTOR supaya ygt baru boleh menjejaki kegemilangan yang lama..
18 jam yang lalu


Thursday 16 February 2012

MP Kota Belud, Rahman Dahlan Jadi Tukang Karut Najib Razak Dalam Isu Royalti Sabah

Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan sebelum ini telah membidas Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan akan menaikkan royalti minyak Sabah daripada 5% kepada 20% sekiranya Pakatan Rakyat menerajui Putrajaya, dan pemimpin pembangkang lain seperti Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang menjanjikan 50%.

Dalam hal ini sebenarnya,
Rahman tidak mempunyai alasan untuk menolak cadangan itu kerana Anwar mahu memberi lebih banyak dana buat Sabah. Namun pada masa yang sama, beliau timbulkan persoalan dibenak fikirannya sendiri, benarkah Anwar boleh buat begitu?

Rahman mendakwa bahwa kononnya DS Anwar tidak telus dengan cadangan berkenaan, untuk menambah royalti minyak negeri Sabah. Ketika dalam persidangan Dewan Rakyat tahun lalu katanya, saya bertanya jika Anwar menambah royalti minyak Sabah kepada 20%, apakah beliau boleh menjamin untuk tidak mengurangkan peratusan peruntukan kepada Sabah menerusi Belanjawan 2013 atau Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) jika pembangkang menawan Putrajaya?

Rahman mengingatkan pembangkang bahawa Sabah menerima peruntukan terbesar Kerajaan Pusat menerusi Rancangan Malaysia dan Belanjawan tahunan secara konsisten. Di mana Sabah menerima RM20.3 bilion sepanjang pelaksanaan RMKe-9 daripada peruntukan keseluruhan RM230 bilion, selain mendapat RM10.7 bilion daripada RM98.5 bilion menerusi Pelan Pusingan Pertama RMKe-10. Kedua-duanya adalah peratusan tinggi buat Sabah.


Berbagai persoalan timbul di sini pada sesetengah penganalisis politik Sabah yang SR dapati. Antaranya, peruntukkan itu adalah hasil royalti minyak Sabah yang diberikan oleh persekutuan. Apa yang kita sedia diketahui selama ini, semua peruntukkan atau projek mega yang di bawa masuk oleh kerajaan persekutuan ke Sabah akan dilakukan atau diproses dahulu di Kuala Lumpur. Contohnya; tender-tender projek jabatan persekutuan, itu duit siapa?. Kenapa peruntukkan itu diurus tadbir oleh persekutuan, sedangkan itu adalah hasil negeri Sabah? Apakah pemimpin-pemimpin Sabah tidak mampu mengagih-agihkan atau langsung tidak tahu mengurus tadbir duit rakyatnya sendiri?.

Rahman melahirkan kebimbangan sekiranya Anwar mahu menaikkan royalti minyak, kononnya tiada jaminan peruntukan Sabah tidak akan dikurangkan, baik menerusi Belanjawan 2013 mahu pun RMKe-11 nanti. Menurut beliau, dana Sabah tidak akan berubah atau berkemungkinan menjadi lebih teruk jika Anwar mengurangkan peruntukan tahunan Kerajaan Pusat kepada Sabah.

Kenyataan Rahman ini amat tidak bertanggungjawab sebagai MP Kota Belud khususnya, dan pemimpin Sabah amnya. Malah, beliau rasa bangga dengan hujahnya yang mengatakan t
iada seorang pun Ahli Parlimen pembangkang bangun untuk menjawab persoalan yang dia bangkitkan di dewan rakyat. Apakah Rahman sedar ketika itu bahwa beliau adalah mewakili Sabah, dan berapa orang pemimpin pembangkang Sabah ketika itu berdiri dihadapannya di Parlimen?.

Rahman juga tidak menafikan, besar kemungkinan nanti Sabah akan menikmati royalti minyak lebih besar tetapi di akhirnya, ia juga mungkin mendapat peruntukan lebih sedikit daripada Kerajaan Pusat di bawah pemerintahan Anwar sebagai Perdana Menteri. Perlu diingat bahawa Anwar sebagai Perdana Menteri mempunyai kuasa mutlak menentukan berapa dan siapa yang akan dapat lebih atau kurang peruntukan Kerajaan Pusat.

Untuk itu tambahnya lagi, beberapa negeri lain di Semenanjung Malaysia mesti mengorbankan bahagian mereka dalam Belanjawan Pusat. Malah, saya jangkakan sesetengah projek di Semenanjung terpaksa dibatalkan. Soalnya siapa dan apa yang perlu dikorbankan?. Jawaban SR, Selangor, Johor dan lainnya yang dahulunya lebih kaya dari Sabah akan terkorban. Dan, Sabah akan membangun serta kemiskinan di negeri ini akan menjadi seimbang serta pembangunan juga akan berjalan dengan sehala bersama-sama negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, selama ini perkara itu tidak berlaku.


Pada pendapat saya, kata Rahman; "Anwar mempunyai dua pilihan. Yang pertama, beliau akan mengurangkan peruntukan bagi negeri bukan pengeluar minyak (Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan Wilayah Persekutuan)". Inilah perjuangan Rahman Dahlan yang harus dan perlu kita ketahui, bermain api dalam sekam yang membolehkan Sabah dijajah semula.

Kata MP Kota Belud Abdul Rahman Dahlan, lagi. "Sesungguhnya, saya tidak mahu orang Sabah terjebak hanya kerana Anwar menjanjikan bulan dan bintang".

Rahman Dahlan tidak ubah sebagai tukang karut Najib Razak. Cuba perhatikan kenyataan beliau dengan kenyataan Najib pada petikan media di bawah ini, serupa bukan?. Tanya Rahman Dahlan, milik siapakah semua konsesi projek mega yang dilaksanakan di Sabah?. Siapa dibelakang tabir projek berkenaan?. Ada syarikat orang Sabah yang terlibat, ada pun mungkin proksi atau kroni CM.. Siapa CM Sabah?.. Tepuk dada, tarik nafas. Tepuk dahi, semua dia kebas..



Dalam laman sosial FCB, antara masyarakat Sabah yang memberi respond terhadap kenyataan MP Kota Belud ini iaitu, Datuk Abdul Rahman Dahman. 

Mustalim Mus itu pendapat saja..tidak salah mengeluarkan pendapat untuk dikongsi bersama..Apa pun yang kita belum cuba kita tidak tau..tidak seperti "sekilas ikan di laut tau jantan betinanya"..ia salah satu anjakan paradigma negeri sabah..

Simpang Mengayau ‎20% lebih baik dari 5%.. itu sudah pasti.. tinggal lagi sekarang yg memerintah bn bukan pr...esok esok andai kata pr menang kita tuntut lah janji tu...

Elvonson Manjuil dengan 5% pun boleh juga kita sikit2 membangun... bayangkan kalau kita dapat 20% tu.. SABAH ni mcm KUARI semananjung... kalau sudah habis batunya... na... merana la kita... tingal lubang sana lubang sini..

Denny Tan klu Sabah susah sikit sebab banyak pemimpin kita menghambakan diri kepada pemimpin Malaya... semua yes man... kalau suda memerintah sendiri? ntah laaaaaaa..

Dennis R. Raji Data minyak ini tidak jelas? berapa setahun pendapatan minyak kita? peruntukkan yng dicerita pula pasal RMK. Perlu diingat 1 RMK = 5 Tahun. Kalau mau tuntut minyak, tuntut nilai yang swajarnya.Jangan fikir negatif kalau rasa rakyat Sabah, menuntut hak adalah kewajipang..

Roslan Gimba kalau ikut data tidak rasmi sabah menghasilkan tidak kurang 920 000 barel minyak sehari @ bersamaan RM19 bilion setahun. Kalau 20% = 4 bilion setahun........= 20 bilion dalam 1 RMK. sekarang kerajaan hanya bagi dlm 800 juta setahun = 4 bilion dalam 1 RMK + bajet khas pembangunan dalam 2.3 bilion.

Manajoki Tan Mariappan ‎100% mustahil sebab petronas yang gali minyak ni...bagi sabah 49% saja, sabah terkaya di Asean kedua Brunei, ketiga singapore....ini tak maluka pairin musa aman no 2 termiskin di malaysia dan no 4 termiskin di Asia...bodoh..

Denny Tan ini komen dari member sebelah : Terlalu banyak yang rakyat sabah tidak puas hati terhadap pusat,pembangunan kurang tapi semua hasil sabah kena hisap ke persekutuan, selain minyak dan gas,bayaran cukai,sekarang ini tanpa di sedari harga miny...ak kareta sudah naik cuma kerajaan tidak heboh kepada rakyat,saya isi motorsikal dulu rm3 dikira okeylah sekarang rm3 macam sebotol minuman tuak..urusan hutang piutang,master card semua di KL yg luluskan dan KL yg telepon menagih hutang,pengambilan pekerja JPA dari semananjung yang beri temuduga sedangkan semua ini boleh di kendali rakyat sabah...tidakhairanlah semua jawatan kerja diisi orang semananjung k . rakyat sabah jadi pemerhati...

Pada pandangan Saya Ready pulak, jangan perhambakan diri pada orang lain demi kepentingan peribadi. Bersedialah jadi pemimpin untuk memperhambakan diri pada rakyat. Kerana, kalau bukan rakyat! siapa kamu sebagai pemimpin?..

Sunday 12 February 2012

DSP Salleh Said Nahkoda Kapal Dagang Yang Hampir Karam : Musli Oli


United Sabah Bajau Organisation (USBO) : Menurut portal USBO, organisasi ini pada hakikatnya telapun wujud sejak 43 tahun yang lalu. Pada mulanya sebagai Persatuan Sabah Bajau Bersatu (PSBB) dan Persatuan Seni Budaya Bajau (PSBB). USBO diluluskan pendaftarannya dan perubahan namanya pada 10 Ogos, 2006.

AHLI MAJLIS TERTINGGI USBO 2008-2010

Penasihat : YB. Datuk Shafie Haji Afdal
Presiden : Datuk Seri Panglima Mohd. Salleh Tun Said.
Timbalan Presiden I : Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia
Timbalan Presiden II : Datuk Amir Kahar Tun Mustapha
Timbalan Presiden III : Pn. Chandramata Haji Sinteh
Naib Presiden I : Haji Norzain Haji Tawi
Naib Presiden II : Haji Mohamad Said Hinayat
Naib Presiden III : Abdul Rashid Alan
Naib Presiden IV : Datuk Haji Yusof Amat Jamli
Setiausaha Agung : Dr. Haji Liddy Salun
Bendahari Agung : Haji Mohd. Akhir Tikok
Ketua Penerangan : Kibin Haji Samad
Tim Setiausaha Agung : Jemil Haji Sidah

Ahli Majlis Tertinggi:
Engineer Ajin Gagah @ Hazin, Mohamad Amir Haji Awid, Marali Haji Adim, Mohd Salim Gabot, Haji Abdul Hamid Kalling, Ramzah Haji Ahmad, Mohd Hasnan Haji Abd. Ghani, Norshima Simon, Haji Juragan Samamin, Dr. Mohd. Sharif, Mohd. Yunin Atin, Awang Rablah, Musli Haji Oli,
 **********************************************************************************************************

Dalam isu ini, Salleh Said sebagai presiden USBO dicabar oleh Ahli Majlis Tertingginya sendiri untuk berdialog dalam soal-soal kepimpinan bangsa, yang sebelum ini beliau dianggap sebagai pemimpin bangsa Bajau. Siapakah dia yang begitu lantang sekali mencabar Salleh berdailog dalam hal-hal halatuju organisasi rumpun Bajau ini?.

Tidak lain dan tidak bukan lagi iaitu, En Musli Haji Oli yang memiliki sejarah tersendiri di mana pada tahun 2002 telah memohon injuksi di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu untuk menghalang Tan Sri Chong Kah Kiat mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah.

Pada 2003, berakhirlah episod penggiliran jawatan Ketua Menteri Sabah. Ada yang melihat ini adalah sebahagian daripada hasil perjuangan murni Musli. Maka itu, YAB Datuk Seri Musa Haji Aman kekal sebagai Ketua Menteri sehingga sekarang.

Menurut En Musli, setelah Salleh Said tersingkir menjadi calon di PRU12 pada tahun 2008 lalu, beliau telah berjaya menubuhkan USBO dengan sokongan Tan Sri Pandikar dan Datuk Seri Shafie Apdal untuk memperluaskan kepimpinan itu meliputi masyarakat dalam rumpun Bajau iaitu 'USBO'.

Musli dengan beraninya mencabar Salleh berdailog dengan katanya, "Saya ingin cabar SSK berdialog soal halatuju rumpun USBO. Ke mana kaum ini di bawa atau dijual?"

Musli menambah lagi, "Apakah agenda Salleh dengan USBO? saya adalah AMT pertubuhan itu sewaktu SSK tiada jawatan dalam kerajaan. Tapi selepas dia jadi Penasihat Sains dan kemudiannya sebagai Speaker, SSK tidak lagi perlu khidmat kami termasuk sdr Kibin Hj Samad. Dia memilih dikalangan YES MAN".

Pada pengamatan SR, tindakan Musli mengajak Salleh berdailog adalah satu langkah yang baik untuk menentukan halatuju pertubuhan NGO ini tanpa mengira fahaman politik. Tidak semestinya, berlainan ideologi politik itu tidak boleh bersatu fahaman di dalam NGO yang ditubuhkan bagi tujuan memartabatkan rumpun bangsa 'Bajau' di Sabah.

Di bawah ini, antara beberapa kenyataan-kenyataan Musli dengan rakan-rakan lain yang SR petik dari laman sosial FCB beliau untuk dikongsi bersama anda.

Musli Oli Asalnya sebuah BAHTERA PERJUANGAN.. Kerana kepentingan diri diubah-suai menjadi KAPAL DAGANG.. Kerana perasaan tamak, kapal menjadi senget. Bila semakin bertambah haloba dan hilang pedoman.. Kapal menunggu masa untuk karam!!!

Kelapa Mawar Ada dua yg bermain di fikiran saya ketika membaca kenyataan sdr Musli Oli ini, satu, MUNGKIN parti UMNO, kedua MUNGKIN juga USBO, kerana kedua-duanya bagi saya lebih kurang membawa makna yg sama w/pun USBO bkn parti politik..

Musli Oli KM memang seorang pemerhati yg tajam: hanya dua organisasi ini yg menjaja bangsa utk kepentingan seseorang atau puak2 mereka!! Bravo Kelapa Mawar!!

Musli Oli KM: Saya berucap di Kg Bengkahak dan Kg keguraan Kota Belud, saya mengingatkan para pemimpin yang mewakili bangsa dan suku masing-masing agar jangan mengikuti JEJAK seorang pemimpin yang sanggup jual bangsanya untuk dapat kedudukan dan berada dalam sistem..

Atats Samsul Belayar diair yg cetek apa lgi habis kipas kena batu karang.. akhirnya tersadai disitu juga,... Aduhaiii..

Maskan Rasta saya teringat kisah tragis kapal titanic karam terlanggar bongkah ais.siapakah terfikir kapal tersebut akan karam kerana ais..

Narawi Ahmad Kapal yg sudah tua tentu banyak masaalah dan akan tenggalam tidak lama lagi.

UMNO Terpesong Jauh Dari Landasan Sebenar, Memiliki Penyakit Yang Keji dan Jijik : TS Kadir

Bekas Menteri Penerangan Dan Pelancongan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mengingatkan ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO, bahawa zaman sekarang ini rakyat sudah pandai menilai dan tidak boleh diperbodoh-bodohkan lagi.

TS Kadir telah menimbulkan beberapa persoalan, antaranya; Apakah ‘penyakit’ yang perlu diubah dalam politik UMNO, yang begitu jelas dimarahi oleh rakyat? Siapakah yang perlu berubah! adakah hanya ahli-ahli UMNO sahaja, atau termasuk pemimpin-pemimpinnya sekali juga?
TS Kadir adalah seorang ahli UMNO yang mula memegang jawatan dalam parti sejak tahun 1956, sebelum Negara mencapai kemerdekaan dan seterusnya sehingga sekarang. Beliau berjuang selama 55 tahun dalam parti UMNO termasuk sekitar 30 tahun memegang jawatan selaku setiausaha politik, setiausaha parlimen, timbalan menteri dan menteri.
TS Kadir mahu kongsikan sedikit pengalamannya bersama-sama dengan ahli UMNO lain. Sebagai seorang ahli UMNO, beliau ada hak untuk memberikan pandangan. Beliau telah menyarankan, kajilah pandangannya itu untuk kebaikkan semua pihak.
Antara cadangan dan pandangan TS Kadir adalah seperti berikut:- 
1.   Hapuskan perbuatan keji dan jijik dalaman UMNO, iaitu rasuah yang berbagai-bagai. Antara yang menjijikkan adalah rasuah politik di mana pemimpin dan ahli perlu membayar wang kepada rakan-rakan seperjuangan sendiri untuk mendapat tempat-tempat dalam parti termasuk jawatan-jawatan tertinggi dalam parti, yang kena beli dan bayar dengan duit.

2.   Hentikan pemberian rasuah oleh kerajaan BN dan juga parti UMNO secara langsung atau tidak langsung kepada rakyat untuk menjadi popular serta mendapat undi sewaktu pilihanraya. Ada cara lain atau kaedah yang lebih berkesan, berkekalan dan berpanjangan untuk mencapai objektif tersebut, sekiranya ingin popular dan menang dalam pilihanraya yang lebih halal dan lebih baik lagi.

TS Kadir berkata lagi, ‘Percayalah, bukan sahaja rakyat dalam negeri ini tetapi masyarakat antarabangsa juga sedang memerhatikan kita. Perbuatan seperti ini adalah hodoh dan ketinggalan zaman, pengedaran wang tunai kepada rakyat seperti ini akan merosakan nilai-nilai murni dan cara hidup rakyat. Adakah ini yang kita hendak wariskan kepada generasi yang akan datang?’ soalnya lagi.
Kadir hanya mengingatkan bahawa kuasa sebenarnya di Negara ini sejak merdeka adalah di tangan pemimpin-pemimpin bumiputera. Oleh itu janganlah pemimpin-pemimpin dan penyokong UMNO persalahkan orang cina atau parti-parti politik yang berasaskan orang cina, di atas kegagalan pemimpin UMNO itu sendiri untuk meletakkan kedudukkan sosio ekonomi bumiputera di tempat yang seadilnya dan sepatutnya. Kita telah diberi masa lebih 50 tahun untuk melaksanakan tanggungjawab ini, tambahnya lagi.
Sebagai seorang yang melalui jalan yang panjang dalam perjuangan, beliau cadangkan beberapa perkara untuk perbetulkan keadaan ini agar dapat dilaksanakan. Setelah Kadir buat kenyataan media memprotes kepimpinan dalaman UMNO, macam-macam rombongan datang menemui beliau supaya jangan buat itu dan buat ini.
TS Kadir jawab, “Saya buat apa? Kalau benda macam ini pun saya tak boleh bagi pandangan, apa da jadi dengan UMNO ini, kalau sikit pun saya tak boleh beri pandangan”.

Friday 10 February 2012

Najib Terlajak Lakukan Perbuatan Syirik : Mufti Perak Tan Sri Harussani

Mufti Perak Tan Sri Harussani, dalam satu kenyataannya di The Malaysian Insider hari ini melahirkan rasa terkilan dengan sikap Najib Razak yang “menggadai akidah” apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.

Harussani berpendapat, sepatutnya Najib wakilkan sahaja menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya, kerana umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain. Harussani rasa heran, mengapa boleh jadi macam ini sehinggakan Najib terlajak melakukan perbuatan syirik.

Menurut sumber ini lagi Harussani juga dengan tegas berkata, walaupun sudah banyak kali ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah. Perkara ini serius kerana ianya masalah akidah, dan terpulang kepada Najib kalau tidak mahu mendengarnya. Harussani menambah, tiada halangan sekiranya menghadiri majlis rumah terbuka tetapi bukan upacara keagamaan.

The Malaysian Insider dalam laporannya, Najib pada 7 Februari lalu telah menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves selain turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM2 juta untuk membina pusat kebudayaan di kawasan itu.

Najib yang lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda ditemani isterinya Rosmah Mansor, mengakui gembira untuk turut sama memeriahkan Hari Thaipusam dan ini merupakan kali ketiga beliau mengunjungi Batu Caves sempena perayaan itu sejak 2010.

Sekiranya kenyataan dan teguran Mufti Perak Tan Sri Harussani ini benar-benar berlaku, seperti yang dilaporkan oleh TMI. Maka itu, SR bolehlah mengandaikan bahwa perbuatan Najib dan isterinya Rosmah Mansor itu telah melanggar nilai dan ciri-ciri seorang pemimpin Islam yang berdiri di atas tiket bangsa Melayu.

SR rasakan, teguran Harussani ini adalah ikhlas. Beliau tidak mahu melihat Perdana Menteri Malaysia yang beragama Islam berbangsa Melayu sanggup menggadaikan akidahnya, demi kepentingan politik untuk meraih sokongan masyarakat India..

Wednesday 8 February 2012

Salleh Said Cemburu Dengan Ronald Kiandee Anjur 'Dailog Telupid 2.0'

Beluran, Sandakan : Majlis 'Dailog Telupid 2.0' anjuran Pejabat Parlimen dan Pejabat Daerah Beluran di Dewan Serbaguna Beluran yang berlangsung hari ini, telah pun sempurna dirasmikan pagi tadi oleh Speaker DUN Sabah DSP Salleh Tun Said.

Menurut sumber yang SR terima, Salleh Tun Said dalam ucapan perasmiannya merasa cemburu dengan dailog yang di anjurkan oleh Datuk Ronald Kiandee. Beliau juga akan buat program seumpama ini di kawasannya Kota Belud, sebagai langkah menangani protes rakyat terhadap pemimpin dan jabatan-jabatan kerajaan sebagai sasaran utama.

Ronald Kiandee rasa kecewa terhadap pengarah dan wakil jabatan tanah yang amat diharapkan, tidak hadir dalam dialog ini. Namun demikian, saya setuju dengan cadangan DSP Salleh Tun Said bahawa perlu diusahakan satu dialog khas antara orang Beluran dengan jabatan tanah, katanya lagi.
 
Dialog Telupid 2.0 ini terbit daripada dialog bersama rakan FB. Keluhan anak-anak muda Telupid telah cetuskan idea kepada saya untuk mengadakan dialog ini. Sebab itu walau diadakan di Beluran namanya masih 'Dialog Telupid', tambah Ronald lagi.

Menurut Ronald lagi, 'Dialog Telupid 2.0' ini berbeza dengan dialog-dailog yang lain. Saya buat ianya seperti debat di parlimen dengan katanya, "Wakil soal jabatan jawab dan kalau tidak puas hati dengaan jawaban wakil boleh minta penjelasan ke atas jawaban yang di beri. Betul macam parlimen. Semua soalan dan jawaban akan di rekod dalam bentuk transkrip bukan minit. Pejabat saya akan buat follow up terhadap soalan-soalan dan jawaban yang dibuat oleh jabatan berkenaan. Saya percaya tiada kawasan parlimen lain buat macam ni".

Perkembangan dailog ini telah SR ikuti secara langsung di live radio http://labuk.org/portal/. Satu langkah yang perlu diberikan pujian kepada Datuk Ronald Kiande.


Ronald Kiandee Pengarah dan wakil jabatan tanah tidak hadir dlm dialog ini. Saya setuju dengan cadangan dsp salleh tun said bahawa perlu diusahakan satu dialog khas antara org beluran dengan jabatan tanah. Akan diusahakan.
2 jam yang lalu melalui mudah alih · · 1 

Saya Ready dsp salleh said bg cadangan utk usahakan antara org beluran dgn jab tanah.. apa pulak ceritanya dgn org kota belud.. tlg nnti bisik2kn d telinganya datuk..
2 jam yang lalu ·

Roslan Gimba Tahniah di atas cadangan tersebut DRK!!!. inilah yg terbaik..........
2 jam yang lalu ·


Mary May Duncan Saya Ready: Jgn ko susah. DSP ada ckp jg... Katanya dia cemburu dgn dialog yg DRK buat. dan kata dia pun akn buat spt itu d Kota Belud jg, hebatkn?? :)
2 jam yang lalu melalui mudah alih ·

Saya Ready betul ke ni, mary? klu betul, tq la..
lebih kurang sejam yang lalu ·


Mary May Duncan SR: KALAU yg sy dgr INI salah, maka x btullah itu ttp sy dgr dgr jelas, DSP Salleh kata dia pun akn buat nt.. Dia btul2 buat nt kah x, itu siapa yg d KB la susuli... Bknkh, SR?? Yg pntg dia sdh ckp, rasanya klu msykt mdesak mau sessi dialog jg, blh ba itu...,hehehe..
lebih kurang sejam yang lalu melalui mudah alih ·

Monday 6 February 2012

DSP Salleh Said Rasmikan Program 'DIALOG TELUPID 2.0' - Kota Belud Bila Buat?

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee telah menjemput seramai 36 Pengarah dan Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Sabah untuk menjawab berbagai persoalan dalam sesi 'DAILOG TELUPID 2.0' bersama masyarakat Beluran.

Program 'DAILOG TELUPID 2.0' ini adalah atas inisiatif Pejabat Parlimen dan Pejabat Daerah Beluran yang dijadualkan berlangsung pada 9 February 2012 bermula dari jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Serbaguna Beluran yang akan dirasmikan oleh Speaker DUN Sabah, DSP Salleh Tun Said. SR puji tindakan Datuk Ronald Kiandee yang berani berhadapan dengan rakyatnya.

Program seumpama ini bila pulak Datuk Salleh dan YB-YB Kota Belud nak buat di tempat mereka?. Dailog secara terbuka bersama rakyat amatlah baik sekali, sekurang-kurangnya pemimpin dapat menyelami hati dan masalah yang di tanggung oleh rakyat selama ini. Tapi, bukan hanya setakat dekat-dekat PRU baru nak buat, biarlah program ini berterusan.

Di Kota Belud, antara isu yang perlu diselesaikan ialah masalah lembu ternakan berkeliaran di sekitar Pekan Kota Belud yang menjejaskan imej baik dalam eko pelancungan. Terbaru, isu hangat diperkatakan seperti yang telah dipaparkan dalam media massa surat khabar baru-baru ini iaitu ribuan tahi burung layang-layang yang bersarang di Pasar Besar Kota Belud. Apakah hal-hal kecil seumpama itu dipandang remeh-temeh oleh Pemimpin dan Pegawai Pentadbir di daerah ini?.

Pemimpin-Pemimpin dan Pegawai-Pegawai Pentadbir Kota Belud seharusnya ada sifat rasa malu dan perihatin dalam isu-isu remeh yang boleh menjelaskan imej atau nama baik kawasan tadbiran mereka. Bukan sahaja masyarakat daerah ini yang melihat polemik itu malahan, masyarakat luar juga tidak terkecuai memandang perkara ini bila mereka melawat atau mengunjungi Kota Belud.



SUMBER : 07 February 2012 - Laman Sosial Kumpulan Terbuka Facebook Datuk Ronald Kiandee.

Ronald Kiandee DIALOG TELUPID 2.0 anjuran pejabat parlimen dan pejabat daerah beluran di dewan serbaguna beluran 9 feb jam 8.00 pagi. Saya telah menjemput seramai 36 pegarah dan ketua pejabat negeri dan persekutuan sabah utk menjawab persoalan beluran. Speaker DUN sabah DSP Salleh Tun Said akan rasmi program ini. Mari suarakan masalah beluran 

Komen · Berhenti Ikut · 45 minit yang lalu berhampiran Sentul, Wilayah Persekutuan  
Bahrudin Bin Sogon, Denny Tan dan 25 yang lain sukakan ini. 10 minit yang lalu


  • Saya Ready hai Datuk RK, Datuk Salleh Said jg pilihan kamu sana?.. tlg sampaikan hasrat kami rakyat Kota Belud juga, bila beliau nak buat spt yg Datuk anjurkan itu?.. bnyk taik lembu ba di pekan kota belud ni, Datuk..


    44 minit yang lalu ·

    Jakiy Tayan JaTa SR dgn dialog yg ada, penduduk boleh menyuarakan sesuatu untuk diambil perhatian oleh yg berwajib. Suara akar umbi yg benar2 merasakan setiap maslah yg adadi tempat masing2.

    40 minit yang lalu · · 1 

    Saya Ready betul tu bro Jakiy.. kamu ada miliki pemimpin yg peka mslh rakyat.. kota belud?.. ada juga la.. tapi?.. tu sbb saya mintak tlg sama DRK utk sampaikan pesanan ringkas ini sama Datuk Salleh..

    37 minit yang lalu Datuk ·

    Roslan Gimba Tahniah DTRK !!! usaha yang sangat baik. Tapi pada pandangan saya, menjemput semua dalam satu sesi dialog tidak sesuai. ini bukan dialog tapi sesi beramah mesra kerana tidak mungkin masa mencukupi utk menjawab persoalan2 penduduk kampung. Cukup jemput Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur dan saya sangat bersedia untuk datang bertanyakan beliau. ini jelas menunjukkan taktik pilihanraya dan bukannya membantu rakyat....
    28 minit yang lalu · · 2

Friday 3 February 2012

Pinjaman RM5000 SARA 1Malaysia!! Mana Satu Yang betul?

Menurut sumber atau keterangan seorang pegawai Bank (BSN) Kota Belud bila dihubungi, peminjam Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) sebanyak RM5000.00 akan dikenakan bayaran balik pinjaman sejumlah RM84 sebulan. Peminjam hanya mendapat faedah (bunga) pinjaman sejumlah RM50 setelah tempoh matang. Maka itu, peminjam akan dikenakan tambahan bayaran balik pinjaman sebanyak RM34 sebulan. Dia tidak nyatakan peminjam dapat faedah pelaburan sebanyak RM134 sebulan.

Katanya lagi, pinjaman ini amat berisiko tinggi dan sekiranya peminjam gagal membayar balik pinjaman, peminjam akan dikenakan tindakan. Syarat-syarat pinjaman sekurang-kurangnya ada penyata akaun bank atau slip gaji 3 bulan berturut-turut yang tidak kurang ada RM500 sebulan dalam transaksi akaun peminjam.

Cuba anda fikirkan! ada tak orang miskin memiliki penyata akaun bank yang berpendapatan tidak kurang RM500 sebulan, yang hanya kerjanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang?

Menurut pegawai bank itu lagi, saham ini akan diurusniagakan di bawah Bursa Amanah Saham Nasional Berhad. Sekiranya saham ini jatuh, peminjam hanya dapat sedikit daripada pelaburan. Tidak seperti yang diwar-warkan sebelum ini, di mana pelabur akan memperolehi tidak kurang RM13,000 dalam jangka masa 5 tahun. 

Bukan itu saja! menurut pelapur (peminjam) yang langsung tak tahu apa-apa itu, untuk dapatkan borang pinjaman pun, beliau telah di arah membeli di kedai fotostat yang berhampiran dengan harga RM1 Malaysia.. hahaha.. pelik bin ajaib, borang pun dijual.. kalau 5 juta borang dijual, 5 juta jugalah masuk poket si penjual borang..

Apa Najib kata : "Pinjaman RM5000 SARA 1M, rakyat goyang kaki satu sen pun tak payah bayar. Peminjam (pelabur) SARA 1M akan dapat pulangan sebanyak RM134 sebulan, dan bila ditolak bayaran balik pinjaman RM84 sebulan, rakyat akan dapat RM50 sebulan bersih".. Nah!!! mana satu yg betul ini, Najib ker atau pegawai bank berkenaan?..

Apa susah-susah sangat pegawai bank itu jelaskan saja seperti yang Najib ini nyatakan, sampai orang yang tak tahu apa-apa pun bingung kebingungan dan keliru bercelaru otaknya sehinggakan takut nak buat pinjaman. Dalam syarat-syarat pinjaman, tak ada pun dinyatakan penyata akaun bank 3 bulan berturut-turut.. Alahaiiii.. macam-macam hal dunia ini..

Menurut sumber lagi yang SR terima, SARA 1M adalah terhad kepada 100,000 orang pelabur sahaja pada setiap isi rumah di seluruh Malaysia. Bayangkan penduduk negara ini berapa puluh juta. Ertinya, setiap negeri hanya diperuntukkan tidak lebih daripada 10,000 pelabur jika diagihkan sama rata. Ahli UMNO saja berapa juta?

Cerita dulu-dulu! sekiranya anda membuat pinjaman di TEKUN, dan anda ada kad ahli atau sijil ahli UMNO.. Anda confirm dapat.. Hehehe.. ahli UMNO berapa juta yer?..


***********************************************************************************************************

Apakah Skim SARA 1Malaysia ?

Skim SARA 1Malaysia ini adalah bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah dibawah RM3000 untuk membuat pelaburan dan mendapat pulangan yang tetap pada setiap bulan.

Bagaimana cara memohon Skim Sara 1Malaysia?
  1. Dapatkan borang permohonan Sara 1Malaysia di salah satu cawangan bank-bank terlibat iaitu Maybank, RHB, CIMB dan BSN mulai 30 Januari 2012.
  2. Borang-borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen yang berkenaan hendaklah diserahkan kepada pihak bank untuk disemak dan dipertimbangkan.
  3. Jika anda berjaya, pihak akan menghubungi sendiri anda
Syarat Kelayakan Permohonan Sara 1Malaysia
  1. Permohonan Skim Sara 1Malaysia ini terbuka warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun
  2. Pendapatan kasar isi rumah pemohon mesti berada dilingkungan antara RM500 hingga RM3,000.
  3. Pemohon tidak pernah muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman
  4. Pemohon dan/atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000
  5. Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB seperti Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), ASB Sejahtera dan ASW 2020 Bandar
  6. Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman
  7. Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja