Monday 7 April 2014

Bendera Israel Berkibar di Malaysia : Apa Hubungan Malaysia - Israel?


Hubungan Malaysia - Israel adalah merupakan isu yang sensitif bagi umat Islam di Malaysia. Malaysia dan kebanyakan negara Islam tidak mengiktiraf negara Israel dan tidak mengadakan hubungan dengan Israel.

Negara Israel ditubuhkan pada 1947 sedangkan Malaysia ditubuhkan pada 1963. Kedua-dua negara ini adalah bekas tanah jajahan British. British menguasai Mesir (1914), Terusan Suez dan Baitul Maqdis pada 11 Disember 1917.

Jabatan Imigresen Malaysia telah menetapkan negara Israel haram dilawati oleh rakyat Malaysia. Ini kerana Malaysia tidak mengiktiraf negara terbabit.

Sebelum ini, negara-negara lain seperti China juga dilarang untuk dilawati kerana China menyokong perjuangan Parti Komunis Malaya. Korea Utara dan Afrika Selatan juga termasuk 92 negara yang dilarang. tetapi kini hanya tinggal Israel sahaja.

Tekanan ketenteraan dan politik dikenakan kepada negara Islam yang kuat seperti Iraq, Iran, Arab Saudi, Mesir, Jordan, Indonesia, Pakistan, Bangladesh, Malaysia dan lain-lain. Israel bagaikan wilayah Amerika Syarikat itu sendiri atau proksi Amerika di Asia Barat.

Negara-negara Islam melalui OIC dan PBB mengemukakan pelbagai usul berhubung Israel dan Palestin tetapi sentiasa ditangguhkan atau diveto oleh Amerika Syarikat. Kebanyakan negara Islam yang kuat mengambil sikap pro Amerika dan bertelagah sesama sendiri dalam OIC.

Pada 10 September 1982, dalam Perhimpunan Agung UMNO ke-33, Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau dan setiausaha politiknya menjadi ahli dan penyokong gerakan sulit Yahudi/Israel iaitu Freemason. Freemason adalah kelab elit rahsia di banyak negara bagi menentukan kelangsungan dan kewujudan negara Israel. Ada dakwaan mengatakan ahli Freemason menjadi pekerja sukarela pilihan raya UMNO sejak 1974 lagi. Freemason mula didaftarkan di Malaysia di bawah Akta Pertubuhan 1966. Pada tahun 1977 Freemason mempunyai 55 lodges (komuniti) dan 2984 ahli.

Pada 25 Oktober 1978 di Dewan Rakyat, Perdana Menteri Malaysia, Hussein Onn menjelaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak berhasrat mengharamkan pertubuhan Freemason. Walaupun mengakui Freemason bercanggah dengan aqidah Islam dan ramai golongan elit berpengaruh menyertainya. Jawapan ini diberikan berikutan soalan daripada Nik Abdul Aziz Nik Mat, wakil parti PAS dari Pengkalan Chepa, Kelantan.

Pada Mei 1994, Parlimen Malaysia meluluskan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel dan Afrika Selatan.

Tahun 1967, import Israel dari Malaysia meningkat lebih sekali ganda dari 272,000 dolar US dalam tahun 1966 kepada 565,000 dolar US tahun 1967. Dalam waktu yang sama eksport Israel ke Malaysia bertambah dari 1.1 juta dolar US kepada 1.7 juta dolar US.

Pada 21 Februari 2012, Datuk Mukhriz Mahathir selaku Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, menjelaskan bahawa kerajaan tidak melarang perdagangan antara syarikat swasta negara ini dengan ahli-ahli perniagaan Israel. Kapal-kapal yang dimiliki oleh Israel juga dibenarkan berlabuh di pelabuhan di Malaysia untuk tujuan perdagangan tetapi dengan syarat bahawa anak kapal yang memegang pasport Israel dilarang daripada mendarat.

Saham 31 % Pantai Holding Berhad telah dijual kepada Parkways Holdings Limited iaitu syarikat milik pelobi Zionis bernama Richard C Blum. Pantai mempunyai 6 buah hospital swasta di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Cheras, Klang, Ipoh, Pulau Pinang dan Batu Pahat.

Syarikat MITV milik Israel di Singapura memenangi lesen penyediaan 3G di Malaysia. MITV mengalahkan syarikat lain yang lebih layak seperti DiGi. 5 % saham Telekom Malaysia dijual kepada Temasek Holdings. Sistem keselamatan dan ketenteraan Singapura adalah kembar Siam dengan ketenteraan Israel.

Konvoi Malaysia turut terlibat dalam Viva Palestina pergi ke Gaza pada 2009. Datin Seri Rosmah Mansur telah menghubungi Susan Mubarak di Mesir bagi membebaskan peserta Viva Palestin dari Malaysia.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mahfuz Omar mempertikaikan kewajaran Datuk Seri Najib Tun Razak melantik firma konsultan komunikasi APCO Worldwide untuk mempromosikan nama dan jenama Malaysia. Anwar mahu Najib menjelaskan kaitan antara 1Malaysia dengan One Israel. Tuduhan Anwar itu boleh menyebabkan Anwar digantung selama setahun kerana memfitnah.

Pada 1 Mac 2012, Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Luar Malaysia telah menyiarkan surat yang ditulis oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada tiga Perdana Menteri Israel iaitu Yitzhak Rabin pada tahun 1993; Benjamin Netanyahu pada tahun 1997; dan Ehud Barak pada tahun 1999. Kandungan surat boleh dirujuk di laman arkib berita Utusan Malaysia. (Sumber lain : Konspirasi Dr. Mahathir - Yahudi)..

Semua sumber ini dipetik dari Wikipedia

 

Semalam kita telah dikejutkan dengan satu paparan di media sosial facebook.. Bendera Israel berkibar disebuah pusat pelancungan (RAINTREE BEACH RESORT) di Tuaran, Sabah. Namun, atas desakan dan kecaman PAS negeri Sabah, bendera itu berjaya diturunkan.. Kita mengandaikan bahwa ada warga Israel yang menjadi pelabur di resort berkenaan.. Bendera berjaya diturunkan.. Sahamnya bagaimana?..

Selama ini kita dihidangan dengan berbagai maklumat tentang agen Yahudi.. Masing-masing menuding jari, SIAPA AGEN YAHUDI?.. Rupanya kita telah lalai dan alpa.. Bermungkinan negara kita ini juga adalah penyumbang kepada kekuatan ekonomi Yahudi..

Munkin kita lalai dan alpa seketika, tapi adakah kita mahu lalai dan alpa selama-lamanya?.. Mohon kepada pihak penguasa, bertindaklah sebelum nasi menjadi bubur.. Atau, sudah jadi bubur punnnnnnn.. huhuhu

Sdr Hamid Ismail, Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Sabah