Wednesday 30 November 2011

Lisa Suriani Sertai UMNO : Bloger UMNO/BN Buat Lawak


Bloger pro UMNO/BN mewar-warkan kononnya Pakatan Rakyat amat kecewa dengan pendirian artis kesayangan mereka Lisa Suriani memilih dan menyokong parti keramat hampir tamat ajalnya itu, tidak lain tidak bukan iaitu UMNO yang semakin layu memperjuangkan Melayu. Hahaha.. Lawak sungguh..

Di dalam perhimpunan Puteri UMNO kali ini, Lisa Surihani telah menerima Anugerah Pencapaian Khas Puteri UMNO. Lawak sungguh bila bloger ini menyatakan ‘Habislah kecewa dan hampa peminat-peminat Lisa Surihani yang berlindung di bawah Pakatan Haram, termasuklah Milo Suam’. KLIK DI SINI

Sebelum ini pun segelintir artis tanah air banyak dibidas oleh golongan agamawan di Negara ini yang sering mendedahkan aurat dan melakukan perkara mungkar sehingga ada artis yang mempersendakan agama Islam dan hukum Allah, malah mereka sanggup menghina Rasulullah s.a.w.

Matlamat ‘Himpun Sejuta Umat - Selamatkan Akidah Umat Islam’ yang diadakan baru-baru ini diharapkan para artis kesayangan UMNO ini dapat menyelamatkan akidah umat Islam. Itu doa kami, moga mereka diberi hidayah oleh Allah s.w.t. Aminnn...

Yang pelik bin ajaibnya di sini.. Kenapa, kalau artis menyertai Pakatan Rakyat terutamanya PAS.. Pemimpin, Pendokong dan Penyokong tegar dikalangan UMNO sering kali saja mengherdik dan berbagai lagi tohmahan dilemparkan kepada artis berkenaan bila mereka berbicara tentang kesyumulan agama Islam?.

Bila pula artis ini menyertai UMNO, apa pendapat anda wahai pencacai UMNO?
Kita tunggu yerrr, apa kata ulamak dan umarak UMNO tentang artis tanah air di negara tercinta 'Malaysia' mutakhir ini..

UMNO Umpama Kedai Mamak, Golongan Muda Miliki Sifat Memberontak : Rosnah Abdul Rashid Shirlin


Pergerakan Puteri UMNO Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menyifatkan apa yang berlaku pada generasi alaf baru hari ini lain dari yang lain. Generasi muda dulu dan kini berbeza, kerana pada masa ini golongan itu kaya dengan pandangan dan persepsi serta mempunyai sifat eksplorasi yang tinggi sehingga menjadikan mereka kadangkala sukar difahami.

Rosnah umpamakan UMNO serupa kedai mamak, katanya "Umpamanya jika ke kedai mamak, generasi pasca awal kemerdekaan yang memesan teh panas tetapi diberikan kopi panas akan tetap tersenyum dan minum rezeki yang ada di depan mata”.

"Bagi generasi pertengahan yang banyak didorong oleh sifat memberontak pembangkang lain pula lagaknya. Kalau yang diterima tidak sama seperti apa yang dipesan, maka dimaki-hamunnya si mamak itu, silap haribulan terbalik meja,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Puteri UMNO 2011 di hadapan 934 perwakilan, hari ini.

Beliau berpendapat bahawa, “Mereka tidak meminumnya, tidak juga memaki tetapi dengan senyap dan perlahan mereka berpindah ke kedai mamak sebelah dan itulah yang kita alami pada tsunami pilihan raya yang lalu”, ujarnya lagi - Bernama.

Rosnah tidak seharusnya menyifatkan golongan muda memiliki sifat memberontak, seolah-olah golongan ini mempunyai sifat samseng. Faktanya, buat pesanan teh tarik maka teh tarik jugalah kena bagi. Apa hal pula bagi kopi panas, siapa pun tidak puas hati. Yang Rosnah suruh minum itu, apa hal?.     

Ketua Puteri itu sewajarnya sedar akan perubahan masa, teknologi maklumat dan golongan berpendidikkan golongan muda sekarang adalah punca sebenar peralihan sokongan terhadap UMNO/BN kepada pihak lain. Sebelum ini, golongan muda dimomok-momokkan dengan paparan maklumat yang tidak tepat dan telus, apa yang berlaku sebenarnya tidak dipaparkan kepada umum dan rakyat khususnya. 

Golongan muda memiliki daya fikir yang luar biasa, jika benarlah dakwaan Ketua Puteri UMNO itu, bahawa golongan ini memliki sifat memberontak. Apakah tidak wajar tindakan golongan ini jika yang dipesan dan dijanjikan tidak menepati selera mereka?. Lain yang dipesan, lain pula yang dihidangkan. Golongan ini bukannya lembu yang tiada otak. Lainlah kalau yang berotak lembu itu.. YES BOS SAJA!!!

Wajarkah mereka ikut kehendak si Mamak (pembuat kopi), sedang itu bukan minuman kegemaran mereka?. Kalau yang ada gastric itu tentu sekali memilih minuman, kenalah sesuaikan selera dan citarasa supaya kemudaratan tidak berlaku terhadap dirinya.       

Kalau nak buat perbandingan itu, kenalah rasional supaya apa yang dikatakan itu orang lain tidak perlekehkan.

Tuesday 29 November 2011

Dr Mahathir Umpama Menyalak Bukit


Mahathir sebelum ini membidas pemimpin-pemimpin UMNO di bawah pentadbiran Pak Lah dan Najib, "Di kalangan pemimpin UMNO tidak banyak yang berkalibar, mereka dikaitkan dengan rasuah seperti (semasa) bertanding untuk Ahli Majlis Tertinggi," katanya.

Dr Mahathir beranggapan orang Melayu sudah kritikal terhadap UMNO, ini adalah soal impression bahawa UMNO dipimpin oleh orang yang korup dan orang yang berkelayakan tidak dibenarkan masuk untuk memegang jawatan. Ini adalah benar, malah kita hendak mencari pemimpin dalam UUMNO sekarang pun susah. Di Selangor begitu ramai orang Melayu tapi hendak cari pemimpin cukup susah.

Sebelum ini, Mahathir melihat segala kekalutan dalaman yang berlaku terhadap UMNO adalah berpunca daripada kelemahan pengantinya Abdullah Ahmad Badawi. "UMNO sudah menjadi rosak teruk apabila Abdullah mengambil alih. Ini kerana beliau mengutamakan keluarganya dan macam-macam lagi pertuduhan rasuah. Lepas itu orang tahu tentang penglibatan menantunya" katanya lagi.

Era Najib Tun Razak pula, Mahathir turut menyindir Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO sekarang ini dengan berkata, "UMNO memerlukan banyak masa supaya ia boleh diperkuatkan. Tapi beliau (Najib) pun sibuk dan tidak mempunyai masa yang cukup. Pemimpin-pemimpin UMNO yang lain pula belum ada kredibiliti dan masih baru".

Pandangan sinis Mahathir itu sebenarnya, beliau tidak senang dengan kegemaran Najib yang sering kali melancong keluar negara. Mahathir dilihat lebih mempercayai Muhyiddin Yassin daripada Najib Tun Razak. Mahathir terus memperlekeh kemampuan pemimpin-pemimpin UMNO, termasuk para Menteri dan Ketua Bahagian, yang disifatkannya gagal menjawab serangan pembangkang khususnya mengenai rasuah dan kronisme. 

Terbaru isu Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Abdul Jalil (NFC) yang gagal dijawab oleh pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO selain Khairy Jamaluddin sahaja yang mempertahankannya. Apa pula kaitan Khairy dengan NFC?.

Terkini, Mahathir mengeluarkan pula kenyataan yang diwar-warkan oleh media massa pro UMNO/BN bahawa Najib sekarang berada dilandasan yang betul untuk mengembalikan sokongan rakyat khususnya orang Melayu terhadap UMNO dan Barisan Nasional. Sebenarnya kenyataan Mahathir itu lain daripada yang lain, apa yang tersirat tidak seperti yang tersurat. 

Bagaimana anda mentafsirkan wawancara  Mahathir di Mingguan Malaysia, Ahad lalu, sempena perhimpunan agung UMNO yang sekarang ini berlangsung di PWTC?. Mahathir berpendapat, akan tercetus rasa tidak puas hati dikalangan ramai pemimpin dan aktivisnya. Persiapan UMNO menjelang PRU13 nanti, tentu sekali timbul banyak masalah yang harus ditangani selain menangkis serangan pembangkang (Pakatan Rakyat).  

Salakan demi salakan, akhirnya Mahathir disergah oleh salah seorang pemimpin UMNO dengan mempersoalkan tindakan mantan Perdana Menteri itu. Pemimpin tersebut telah mengisytiharkan perang terbukanya terhadap Dr Mahathir dan menyarankan bekas Perdana Menteri itu menyertai pembangkang jika ingin terus mengkritik kerajaan.

“Pembangkang tidak menimbulkan sebarang masalah kepada kami. Beliau (Dr Mahathir) yang menimbulkan masalah. Pembangkang kini lemah, tetapi beliau pula yang membangkang” katanya.


“Sekarang duduk dalam parti pun macam pembangkang, lebih baik jadi jantan, keluar dan bangkang kita terus dan senang saya nak hentam. Sekarang kalau nak lawan dia, saya teragak-agak kerana dia bekas Presiden kita (UMNO),” katanya lagi pada sidang akhbar di lobi Parlimen. CUBA ANDA TEKA, SIAPA ORANG INI?.. Sebelum ini ada diwar-warkan.. hehehe..

Mahathir berbeza dengan mantan-mantan Perdana Menteri yang lain, Pak Lah contohnya; Pak Lah diam dan sering dilihat lemah lembut dalam segala tindakan dan teguran yang diajukan terhadap UMNO. Beliau merawati dan memperbaiki UMNO, bukan mengkhianati UMNO. Tidak seperti Mahathir yang sering saja menghentam UMNO dari depan dan belakang. 

Apa yang MAHATHIR mahukan lagi setelah bersara dari Perdana Menteri Malaysia?. Sewajarnya beliau memperbetulkan masalah dalaman UMNO tanpa diketahui umum terutama pihak musuh, atau beliau itu ‘musuh dalam selimut’ UMNO?. Bila kita imbas kembali sejarah UMNO, era Perdana Menteri siapa UMNO merundum jatuh kedudukkan geraf sokongan rakyat terhadapnya?.. Timbulkan persoalan ini dibenak fikiran anda, dan jawab sendiri.. hehehe..  

Monday 28 November 2011

Sewajarnya Shahrizat jelaskan sahaja (isu NFC) pada Perhimpunan Agung UMNO minggu ini kepada ahli.


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menegaskan beliau tidak ada kena-mengena dengan isu berkaitan Perbadanan Fidlot Nasional (NFC). Beliau katanya tidak akan menggunakan Perhimpunan Agung UMNO minggu ini untuk menjawab sebarang isu yang dibangkitkan berkaitan NFC.

Sampai bila Shahrizat menjelaskannya kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya dan ahli-ahli UMNO amnya?. Sewajarnya Shahrizat jelaskan sahaja (isu NFC) agar tidak timbul banyak persoalan dibenak fikiran kalangan ahli dan perwakilan.

"Saya tidak akan jawab. Kalau nak bertanya mengenai NFC, tanyalah kepada orang NFC. Saya hanya akan tumpukan pada Pergerakan Wanita UMNO,” katanya pada sidang media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011. Kata tidak berkaitan, siapa disebalik NFC?.

Alahaiii.. Begitukah cara penjelasan Shahrizat, sedang suaminya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail menjadi Pengerusi Eksekutifnya. Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya yang diikuti dakwaan Pakatan Rakyat wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta kepada NFC. Aduhaiii Mak Menteri Wanita Najib ini, kalah-kalah lelaki lagi. Jawab saja la, apa susah.

Pemimpin veteran bekas Setiausaha Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Selamat Saad berkata “orang dulu” menjual nasi lemak dan hasilnya disalur kepada tabung perjalanan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ke London bagi merundingkan kemerdekaan negara. "Kami bekerja dengan semangat yang satu iaitu berkorban untuk parti demi negara” katanya lagi kepada Bernama baru-baru ini.

Pemimpin veteran berusia 76 tahun itu berpandangan, suasana UMNO sekarang sudah jauh berubah kerana selain wujud puak-puak, parti tersebut juga dianggotai mereka yang meletakkan kepentingan diri melebihi perjuangan parti. Justeru, beliau mengharapkan perhimpunan agung yang bakal berlangsung minggu ini dapat mengembalikan kekuatan semangat “nasi merdeka” demi masa depan UMNO sendiri. Tapi sayang seribu kali sayang, Shahrizat tidak menyambut baik harapan pemimpin veteran UMNO itu.

Bagaimanapun Shahrizat berkata, beliau tidak akan menghalang mana-mana perwakilan untuk berbahas isu berkenaan NFC pada perhimpunan agung sayap itu Rabu ini. Apa guna anggota perwakilan mengomel, kalau Mak Menteri tak mahu jawab. Diharap Ahli Parlimen Kinabatangan sendiri yang menyuarakan isu ini kepada Shahrizat. Bila nasi sudah jadi bubur, baru mungkin Shahrizat perjelaskan, begitukah?.

Seorang lagi anggota pemimpin veteran UMNO Datuk Mohd Zain Hamzah, yang mahu pemimpin menangani isu puak dalam parti ini. “Dulu ahli UMNO memikirkan perjuangan untuk memerdekakan negara tapi sekarang negara dah merdeka. Ada yang hanya memburu peluang melalui parti”, katanya ketika ditemui di kediamannya oleh Bernama.

Pemimpin-pemimpin veteran itu menjelaskan, sekarang wujudnya unsur puak yang menyebabkan ada calon ditolak kerana bukan dari puaknya. Pada peringkat awal kemerdekaan dikalangan pemimpin dan ahli tidak mementingkan wang ringgit dan peluang menjadi pemimpin digunakan untuk berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara.

Sekarang! alahaiiii.. lebih sudu dari kuah.. kemaruk sangat cari harta nak kaya raya, rakyat di suap dengan nasi goreng Restoran 1Malaysia. Entah rakyat mampu bayar ke tidak?. Sabar saja la ko labuuu..

Khairy Jamaluddin : Wujud Perasaan Dengki Sesama Ahli Dalam UMNO


Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata, “Perasaan dengki sesama ahli UMNO sebenarnya masih wujud dan ini sangat berbeza dengan pembangkang kerana mereka cukup bersatu hati seperti dalam isu video seks Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun ada bukti dalam bentuk video”. Bersatu sebab kes itu masih dibicarakan dalam mahkamah. Maka itu, wajarlah dipertahankan sebab pembuktian pun amat diragui sekali.

Beliau mengambil contoh dalam isu fidlot yang dihadapi oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil apabila ada ahli UMNO seolah-olah gembira dan lepas tangan dengan isu yang dihadapi oleh Ketua Wanita UMNO tersebut. 

Ketika berucap sebagai salah seorang ahli panel pada forum bertajuk Ke Arah Melahirkan Generasi Berintegriti anjuran Kelab UMNO Luar Negara pada 27 November baru-baru ini. Khairy menambah, ahli UMNO perlu meningkatkan semangat setia kawan dan berdiri teguh di belakang ahli atau pemimpin yang diserang secara peribadi oleh pembangkang sebaliknya tidak berlaku apa yang diharapkan. 

UMNO seolah hilang punca dan arah tujuan sebagai sebuah parti yang menjadi tunjang kekuatan dan latar belakang Barisan Nasional. Dikalangan pemimpin dan ahli-ahlinya tidak menunjukkan tanda-tanda bersatu, malah mereka bertelagah sesama sendiri. Segelintir penganalisis politik di Negara ini menyifatkan, ianya satu petanda buruk kepada UMNO. Kelemahan dan kecelaruan parti ini semakin menghala kepada kejatuhannya.  

Ketua Program Sains Politik Pusat Pengajian Sejarah Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Madya Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff  berpandangan, beberapa isu yang dimainkan oleh pihak UMNO/BN menyerang Kerajaan Negeri Pembangkang tidak menjejaskan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.

Nak menyatukan rakyat susahlah beb! Dalam UMNO pun tak bersatu, apa lagi nak satukan rakyat. Rakyat sudah rasa bosan dengan lakonan dan lawak pemimpin-pemimpin UMNO/BN sekarang.. alahaiii, susah la kalau macam ni.. PRU13 da dekat tu.. hehehe..

Saturday 26 November 2011

Salam Maal Hijrah - 1 Muharam 1433H

HIJRAH ITU SATU PENGORBANAN

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman




 



Friday 25 November 2011

ARTIS DAN GEJALA SOSIAL : UMNO sukar lepaskan, bagai isi dengan kuku.


Setelah selesai Najib sempurnakan amanatnya dalam pelancaran slogan baru Barisan Nasional (BN), 'BN Pilihan Orang Muda' kepada Pemuda dan Puteri UMNO 2011 khusus untuk menarik sokongan golongan muda kepada parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 20 November 2011 lalu. Maka, semua pengarah segala pengarah UMNO pun mengarahkan pelakonnya buat lakonan.  

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyambut baik katanya, slogan berkenaan akan digunakan oleh sayap muda parti termasuk Pemuda dan Puteri UMN0 untuk meraih undi golongan muda pada pilihan raya umum ke-13.

Najib menyarankan, perkembangan teknologi maklumat yang maju kehadapan termasuk penggunaan media social perlu dimanfaatkan khusus untuk mendekati golongan muda yang mempunyai dan aspirasinya tersendiri dalam menyuarakan pandangan mereka terhadap pelbagai isu yang berlaku di persekitaran.

Media Sosial 1Malaysia mendokong objektif menggabungkan penggiat media sosial dari seluruh negara dibawah satu bumbung untuk berinteraksi dan bertukar-tukar pandangan mengenai senario politik semasa.

“Bagaimanapun, jika ianya digunakan ke jalan yang salah ia tetap akan memberikan kesan negative kepada golongan ini”, kata Najib sewaktu perjumpaan dengan dua sayap utama UMNO, Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra baru-baru ini.  

Sementara itu, Pengerusi Sekretariat ‘BN Youth Music’, Jamawi Jaafar berkata Pemuda BN akan terus menggunakan pendekatan menepati citarasa golongan muda bagi memastikan sayap itu tidak ketinggalan dalam persedaran zaman. 

Objektif Media Sosial 1Malaysia kata Najib, ialah mewujudkan satu wacana untuk mengintegrasikan perjuangan menentang kepalsuan dan pembohongan pembangkang. Dan ia juga menghasilkan satu resolusi yang akan membentuk dasar perjuangan di arena media sosial bagi penggiat-penggiat yang prihatin dan berjiwa patriotik.

Baru-baru ini Pergerakan Pemuda UMNO dan Barisan Nasional bersama-sama dikalangan artis tempatan dalam menjayakan program BN Youth Music 2011.

Satu program untuk mendekati golongan remaja. Antara objektif program ini adalah untuk mencungkil bakat anak-anak muda serta merancakkan lagi perkembangan seni tanah air.

Remaja di Malaysia sememangnya begitu ramai yang meminati bidang seni dan ada diantaranya yang bukan menjadikan ia sebagai hobi malah sebagai satu bidang kerjaya.

Untuk keterangan lanjut mengenainya anda juga boleh melayari laman web rasmi di www.bnyouthmusic.com

Usaha yang dilakukan oleh pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) menganjurkan Program ‘BN Youth Music’ mendapat pujian daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


INIKAH CARA PENDEKATAN YANG NAJIB MAKSUDKAN?
Menepati Citarasa Orang Muda Agar Tidak Ketinggalan Zaman
Kononnn!!!














 Anak kecil ini dihidangkan dengan budaya restu UMNO/BN

Datuk Seri Harussani hanya bisa memerhatikan

 Apa sudah jadi dengan 'Himpun Sejuta Umat Selamatkan Akidah Umat Islam'?


SANTAPAN!!! HEHEHEHE 

WANG RAKYAT : UMNO jangan berlagak 'HERO'


Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan  Sabah, Datuk Seri Musa Aman ketika menggulung perbahasan pada hari terakhir Persidangan Dewan Undangan Negeri 24 November 2011 lalu mengakui bahawa setiap bajet yang dikeluarkan itu adalah ‘duit rakyat’.

“Suka saya ingatkan parti-parti pembangkang bahawa bajet 2012 yang terbesar dalam sejarah negeri Sabah ini bukanlah gula-gula pilihan raya, tetapi ia adalah ‘wang rakyat’ yang diamanahkan kepada kita untuk diurus dan dibelanjakan sebaiknya dan secekap mungkin bagi kesejahteraan rakyat”, katanya. Betul ke ni pak CM?.

Musa sudah mengakui bahawa duit yang UMNO/BN pegang itu adalah 'duit rakyat'. Jangan lagi dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO/BN ungkapkan senikata lagu selalu penyedap telinga bahawa ‘rakyat perlu berterima kasih kepada kerajaan UMNO/BN’ sebab duit yang mereka urus tadbir itu adalah 'duit rakyat'. Rakyat yang beri mereka amanah dan tanggungjawab itu untuk mentadbir Negara ini. Bukan seperti yang dilaporan oleh Ketua Audit Negara baru-baru ini, banyak berlaku ketirisan dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO/BN. Rakyat mati kutu tidak tahu, jika tiada yang bagitahu. Serupa gula-gula jugalah tu pak CM.

Ahli Dewan Undangan Negeri Balung Datuk Syed Abas Syed Ali semasa membahas Bajet 2012 juga berkata, terlalu banyak program membasmi kemiskinan dilakukan kementerian menerusi jabatan dan agensinya. Usaha membasmi kemiskinan di negeri ini mampu mencapai keberkesanan jika sikap untuk menjadi ‘HERO’ diketepikan.

“Program itu pula dilakukan secara berasingan dan tidak dilakukan secara bersama dan semua berlumba-lumba untuk menjadi HERO”, katanya ketika membahaskan Bajet 2012 pada Sidang Dewan Undangan Negeri.

Menurutnya lagi, program yang disalurkan oleh kementerian dari Kerajaan Pusat sama ada dari jabatan atau agensinya wajar disalurkan kepada kementerian yang dibentuk oleh Kerajaan Negeri. Sabah adalah antara negeri termiskin di Malaysia, walaupun negeri ini kaya dengan hasil buminya.

Katanya, Sabah amat berbeza dengan negeri-negeri lain. Datuk Syed Abas memberitahu, akibat terlalu banyak program dilaksanakaan menerusi pelbagai jabatan dan agensi, ianya telah menimbulkan banyak kelemahan sehingga sasaran yang diharapkan tidak mencapai matlamat yang diharapkan.

Pemimpin-pemimpin UMNO/BN Sabah seharusnya menyedari situasi ini. Mereka terlalu banyak bergantung dengan keputusan Kerajaan Persekutuan sehinggakan kuasa dan hak Sabah kian lama semakin terhakis. Akhirnya rakyat yang menjadi mangsa, apa yang rakyat impikan supaya nasib mereka terbela tidak kesampaian.

Mari kita susuri data dan fakta rakyat miskin di negeri ini yang hidup dimamah kedaifan dan hampir putus harapan menatang kerajaan sekarang ini, kerana melihat kenyataan demi kenyataan tentang kehebatan dan kesejahteraan sebahagian pemimpinnya. Rakyat yang menikmati hidup sebagai warganegara dan pribumi dengan kelebihan berada di negeri yang kaya dan kemewahan ini, hanya mampu menanti dan menunggu setiap masa disisipkan peruntukkan tanpa perancangan.

Orang miskin merasa dirinya tersisih berada ditengah-tengah kemewahan ini. Pertanyaan rutin dalam hatinya, “Siapakah yang peduli kami?”. Tiada yang peduli. Kerajaan dan pemimpinnya memang ada yang peduli, tapi ada yang hanya sebagai volunteer mencari keuntungan dengan menggunakan data-data kemiskinan. Mereka  hanya  mengejar projek melalui program  pembasmian kemiskinan yang nyata  kurang memberi manfaat  secara nyata bagi rakyat miskin yang benar-benar memerlukan. Magsukul saja ba kamu c oto.. alahaiiii.. cubaaannn..

UMNO TERUS GAH ATAU LENYAP : Hishamuddin Hussein



UMNO (Baru) yang mendapat jolokan panggilan ‘parti keramat’ ini semakin hari semakin haru biru atau akan tamat riwayatnya pada PRU13 nanti. Dari luar hari-hari UMNO dihentam dan tidak terkecuali masalah dalaman parti itu, pemimpin-pemimpin UMNO sendiri yang menimbulkan kecelaruan. Apakah UMNO akan terus GAH atau REBAH?.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menasihatkan 3.4 juta ahli UMNO bagi menghadapi gelombang politik yang semakin mencabar kewibawaan parti, yang menjadi tonggak bangsa Melayu ini. BERSATU atau LENYAP! Itu peringatan beliau.

Di bawah adalah petikan sesi soal jawab Hishammuddin yang diadakan semalam sempena Perhimpunan Agung UMNO yang bermula Selasa ini. KLIK

Memandangkan kemungkinan besar Perhimpunan Agung UMNO kali ini adalah yang terakhir sebelum kita menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), apakah mesej yang hendak disampaikan kepada setiap ahli perwakilan, lebih-lebih lagi PRU kali ini boleh dianggap yang paling sengit bakal ditempuhi BN dan UMNO?.
 
“Kita perlu sampaikan mesej kepada setiap perwakilan bahawa UMNO mesti bersatu sekarang ini. Bersatu atau terus lenyap. UMNO adalah faktor penyatuan masyarakat Melayu di negara ini. Bukan saja penyatuan di kalangan ahli UMNO, malah penyatuan kepada seluruh umat Melayu".  

Adakah Datuk Seri menyatakan UMNO tidak bersatu?.

“Kita perlu memperkukuhkan perpaduan di kalangan kita. Sebelum ini, perselisihan dalaman parti mampu kita bendung kerana UMNO ketika itu amat kuat. Tetapi dalam masa yang begitu mencabar sekarang ini, sedikit konflik dalaman boleh mengancam parti serta menjejaskan peluang UMNO untuk memenangi PRU-13. Maka sebab itu UMNO tiada pilihan selain perlu serta-merta tangani budaya perselisihan ini dan berdiri teguh dalam sebuah parti yang benar-benar kukuh. Ingin saya menyeru sekali lagi, bersatu kita sebelum parti menghadapi masa depan yang kelam”.

Sebelum ini Datuk Seri Nazri Aziz mengisytiharkan perang terbukanya dengan Dr Mahathir dan menyarankan bekas Perdana Menteri itu menyertai pembangkang jika ingin terus mengkritik kerajaan.

“Pembangkang tidak menimbulkan sebarang masalah kepada kami. Beliau (Dr Mahathir) yang menimbulkan masalah. Pembangkang kini lemah, tetapi beliau pula yang membangkang”.

“Sekarang duduk dalam parti pun macam pembangkang, lebih baik jadi jantan, keluar dan bangkang kita terus dan senang saya nak hentam. Sekarang kalau nak lawan dia, saya teragak-agak kerana dia bekas presiden kita (UMNO),” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen”.

di atas adalah kenyataan sidang media yang diadakan bagi menjawab kritikan terbaru Dr Mahathir terhadap kerajaan pada majlis dialog anjuran gabungan badan bukan kerajaan (NGO) dan Rakan Media Alternatif di Kelab Century Paradise, Taman Melawati, Sabtu lalu.

Serangan terhadap UMNO/BN bukan sahaja pada parti pembangkang, malah dikalangan pimpinan UMNO/BN itu sendiri. Bagaimana UMNO/BN menghadapi PRU13 nanti jika masalah dalaman pun mereka tidak dapat selesaikan. Alahaiiii..

Wednesday 23 November 2011

Puteri UMNO Pemuas Nafsu Segelintir Pemimpin UMNO.


Difahamkan pemimpin-pemimpin UMNO sering dikaitkan dengan skandal memperalatkan Puteri UMNO sebagai pemuas nafsu serakah mereka. Ini merujuk kepada beberapa kenyataan pemimpin-pemimpin Puteri UMNO menurut satu SUMBER : Tranungkite Online.

Exco Puteri UMNO Datin Ismalina menasihatkan – “Mana-mana pemimpin UMNO agar tidak menjadikan gadis-gadis Puteri UMNO sebagai tempat untuk melampiaskan Nafsu serakah demi menawarkan sebarang penajaan ke atas sesuatu pertandingan atau jawatan kepada Puteri UMNO ke dalam Parti...”.
 

Naib Ketua Puteri UMNO iaitu YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin mengingatkan – “Ahli-ahli Puteri agar tidak menjadikan "batang tubuh" mereka sebagai modal untuk mendapatkn mana-mana jawatan dalam Parti".
 

Penolong Setiausaha Puteri UMNO Bibi Sharliza Bt Mohd Khalid pula berkata – "Budaya politik seks harus di tangani dengan segera sebelum ianya menjadi lebih parah".

 Gambar di bawah ini adalah budaya BN, siapa yang boleh nafikan? 

Jika mahu tonton dan mahu tahu siapa tetamunya, layan klip video ini.. hehe

Isu ini amat merisaukan masyarakat umat Islam seluruh Negara kerana pemimpin-pemimpin yang memegang level parti Melayu (UMNO) diberi kepercayaan untuk menjaga maruah Melayu Islam dicemarkan sendiri oleh mereka yang bernafsu buaya. 

Terbaru, satu isu yang diwar-warkan dan hangat diperkatakan, seorang ahli Parlimen BN Sabah terlibat sama dalam adegan berkenaan. Kes ini dipaparkan sendiri oleh kawan rapat YB tersebut.

Tanya sama itu pokok kenapa ia goyang, jawab pokok sebab ada angin yang goncang. Hehehe..

Nazri Aziz : Bidas Mahathir Mudah Lupa.

Tun Mahathir tak ubah seperti ayam berkokok diluar gelanggang. Sedang lawannya berada di dalam dan luar gelanggang. Terbaru, Nazri isytihar perang terhadap Dr Mahathir dan membidas negarawan itu bersikap mudah lupa : Oleh Wan Hazmir Bakar dan Sazarina Shahrim
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz (gambar), semalam mempersoalkan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang sanggup merendahkan kedudukannya sebagai bekas Presiden Umno untuk bersekongkol dengan pembangkang yang pernah menggelarnya Firaun.

Sehubungan itu, beliau mengisytiharkan perang terbukanya dengan Dr Mahathir dan menyarankan bekas Perdana Menteri itu menyertai pembangkang jika ingin terus mengkritik kerajaan.

“Pembangkang tidak menimbulkan sebarang masalah kepada kami. Beliau (Dr Mahathir) yang menimbulkan masalah. Pembangkang kini lemah, tetapi beliau pula yang membangkang.

“Sekarang duduk dalam parti pun macam pembangkang, lebih baik jadi jantan, keluar dan bangkang kita terus dan senang saya nak hentam. Sekarang kalau nak lawan dia, saya teragak-agak kerana dia bekas presiden kita (Umno),” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen.

Sidang media itu diadakan bagi menjawab kritikan terbaru Dr Mahathir terhadap kerajaan pada majlis dialog anjuran gabungan badan bukan kerajaan (NGO) dan Rakan Media Alternatif di Kelab Century Paradise, Taman Melawati, Sabtu lalu.

Hadir sama pada majlis itu ialah empat pemimpin kanan Pas – Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa; Naib Presiden, Datuk Husam Musa; Ketua Pemuda, Salahuddin Ayub dan Ahli Jawatankuasa Pusat Mahfuz Omar.

Turut hadir ialah Bendahari Parti Keadilan, Rahman Osman, Ketua Penerangan DAP, Ronnie Liu, bekas menteri pusat dan bekas Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Megat Junid Megat Ayob dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Tengku Tan Sri Mahaleel Ariff.

Nazri berkata, beliau hairan Kenapa Dr Mahathir sanggup berkongsi platform dengan orang sama yang pernah menyerang dan menggelarnya Firaun serta mahu menghancurkan Umno.

“Malah, Dr Mahathir memperlekehkan Islam Hadhari di depan pemimpin Pas. Menyerang Islam Hadhari adalah taktik murahan untuk menarik sokongan Pas,” katanya.

Beliau berkata, Umno bagaimanapun tidak terlintas untuk membuang bekas presidennya dan percaya desas-desus itu dimulakan Dr Mahathir sendiri selepas menyedari tindakannya menghentam kerajaan sebagai kesalahan besar.

“Saya fikir beliau sedar apa yang dilakukannya adalah dosa besar dan dia tunggu masa untuk dibuang. Kita dalam Umno tidak langsung terfikir nak buang dia, agaknya dia makan cili, dia rasa pedas. Kalau nak keluar pun tak halang,” katanya.

Nazri berkata, beliau kecewa kerana Dr Mahathir melanggar segala janji dengan kerajaan sekarang dan nasihat yang pernah diberikannya kepada pemimpin Umno lain sebelum melepaskan jawatan kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Saya tidak faham, dulu bekas Perdana Menteri dan Presiden Umno kita menangis cakap Melayu mudah lupa. Sekarang siapa lupa? Melayu lupa atau dia lupa? Dia yang nasihat dulu sayanglah parti, jangan sokong dia secara peribadi tetapi sokong sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno.

“Dulu dia kata ikut Presiden, sekarang dia marah Datuk Seri Najib Razak sebab ikut apa saja yang Presiden cakap. Dulu apabila Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Musa (Tun Musa Hitam) lawan dia, dia buang, dia marah. Sekarang bila Datuk Seri Najib sokong Pak Lah dia marah.

“Nampaknya dia dulu tak ikhlas. Saya fikir air mata yang keluar dulu palsu saja,” katanya merujuk peristiwa Dr Mahathir menangis ketika mengumumkan hasratnya untuk meletak jawatan.

Nazri juga menjelaskan, Abdullah tidak akan menjawab persoalan yang dibangkitkan Dr Mahathir kerana menjaga adab ketimuran, lebih-lebih lagi perkara berkenaan sudah dijawab menteri atau pengurusan syarikat berkaitan.

Sebaliknya, katanya, beliau akan sentiasa menjawab segala kritikan bekas Perdana Menteri itu terhadap kerajaan supaya rakyat mengetahui perkara sebenar.

“Bukan Perdana Menteri yang kena jawab, menteri berkenaan kena jawab. Kalau Proton, pengurusan Protonlah jawab. Ini berbeza dengan Tun dulu, dia jawab semua. Dia ada kecenderungan diktator, sebab itu dia jawab semua tetapi Perdana Menteri amalkan sikap liberal dan beri kepercayaan kepada Menteri atau pentadbiran syarikat jawab,” katanya.

Beliau turut mempertahankan Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, yang didakwa menjadi sasaran Dr Mahathir.

“Saya tidak boleh menerima hanya kerana beliau (Dr Mahathir) marahkan seorang yang muda, dia sanggup membakar seluruh parti. Tidak ada apa yang tidak kena dengan dia (Khairy).

“Orang berusia 81 tahun nak bergaduh dengan orang muda berusia 31 tahun, carilah lawan lain yang sesuai,” katanya sambil menyanggah dakwaan beliau dan menteri lain mengikut telunjuk Khairy.


Dipetik dari: Berita Harian Online

NGO's Sabah bak merestui kezaliman UMNO/BN (Ayam Mati) : Himpunan 50,000 rakyat Sabah 4 Februari tajaan Tabah.



NGO's Sabah seperti USBO, UBF dan selainnya menunggu kapal karam baru hendak bertindak, apa lagi dengan pemimpin-pemimpin kerajaan UMNO/BN melihat ini sebagai satu perjuangan. Apa mereka lihat isu tanah itu tidak pentingkah untuk diperjuangkan?. Sabah Tanah Airku, lagu yang sering dilaungkan. Namun, hanya sekadar hiburan dan penyedap telinga kepada mereka. Ayam mati!!!

Bagi tahun 2010 sahaja daripada 92 aduan diterima di Sabah, Suhakam hanya mampu menyelesaikan dua kes sahaja isu tanah kerana keengganan kerajaan negeri dan agensi terbabit memberi kerjasama yang sepatutnya.

Tabah yang merupakan NGO dibawah Lajnah Pembangunan Tanah & Wilayah PAS Pusat membuat ketetapan itu dalam bengkel tahunan Tabah pada 20 November lalu di Pejabat PAS Kawasan Putatan bersama pimpinan masyarakat pelbagai kaum yang terlibat dengan isu rampasan tanah.  


Cerita selanjutnya Klik di sini : Himpunan 50,000 rakyat Sabah 4 Februari

Kerajaan Pusat Salur RM35.6 Juta Kepada Sekolah Agama Kelantan : Bagaimana SAR di Sabah?


Kerajaan Persekutuan menyalurkan RM35.6 juta kepada 79 sekolah agama di Kelantan, termasuk RM25.1 juta yang sudah dibelanjakan untuk projek menaik taraf infrastruktur dan pembinaan bangunan baru sekolah.

Daripada bantuan RM10.5 juta itu, 51 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) menerima RM140,000 setiap sekolah, 22 Sekolah Agama Rakyat (SAR) mendapat RM100,000 setiap sekolah dan enam Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) mendapat RM200,000 setiap sekolah. 

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengambil kesempatan sempena lawatannya ke Kelantan pada 23 November 2011 lalu untuk menyerahkan peruntukan RM10.5 juta kepada sekolah-sekolah berkenaan pada majlis perjumpaan bersama 1,000 warga pendidik sekolah agama di sini, hari ini.

Dalam ucapannya, Muhyiddin berkata, “Kerajaan pusat amat mementingkan pembangunan Islam kerana ia membantu pembangunan modal insan yang seimbang. Kerajaan pusat tidak pernah meminggirkan Islam dalam pembangunan negara kerana Islam menuntut umatnya supaya menjadi maju. Islam tidak mahu umatnya hidup dalam kemunduran". Betulkah ini?.

SAR adalah sekolah persendirian yang menawarkan pendidikan formal dan sepenuh masa di peringkat rendah dan menengah dalam bidang agama Islam. SAR tertakluk di bawah Enakmen Negeri dan perlu berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri. Seksyen 52 Akta Pendidikan 1996 membenarkan Menteri Pendidikan menghulurkan sumbangan kepada mana-mana institusi agama Islam walaupun persendirian.

Di Sabah prestasi pelajaran SAR amat menyedihkan sekali akibat pentadbiran sekolah yang lemah, kualiti guru yang rendah dan prasarana yang daif. Guru-guru tidak mempunyai kelayakan ikhtisas perguruan di mana tidak memiliki ijazah, dan hanya mempunyai sijil Sekolah Menengah Agama atau SPM atau Empat Thanawi sahaja. Manakala bangunan yang daif, bilik darjahnya yang kecil, perpustakaan tiada, dan banyak lagi kemudahan tambahan yang tidak terdapat di sekolah berkenaan.

Prasarana dan kemudahan di kebanyakan SAR di Sabah adalah uzur dan daif, dibina bersesak-sesak serta tidak akur kepada piawai kesihatan dan keselamatan. SAR pada masa dahulu berpegang teguh kepada prinsip bahawa pendidikan harus bebas daripada politik dan pengaruhnya supaya matlamat pendidikan tidak terjejas. Untuk mencapai matlamat dan jika ingin melahirkan masyarakat yang berilmu ketuhanan serta insan berguna, kerajaan yang ada sekarang ini sewajarnya peka dan tahu hal tersebut. Tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan Negara harus dititikberatkan. 

Realitinya sekarang, keadaan itu belum banyak berubah. Pada ke seluruhannya, Sekolah Agama Rakyat di Sabah masih dalam keadaan asal ketika ia mula dibina dengan muridnya 100% adalah beragama Islam. Bagaimana pemimpin-pemimpin Sabah khasnya dan Persekutuan amnya melihat keadaan ini semua?. Sabah yang banyak menyumbang kemenangan UMNO/BN, hanya dilihat sebagai apa?. ‘Fixed Deposit’ sajakah???.. Alahaiiii..

Pemimpin-pimimpin UMNO jangan berlagak sebagai pembela kepada Melayu Islam dan SAR jika memahami hasrat dan kehendak umat Islam keseluruhannya. Jangan juga membisu dan pekak terhadap segala rintihan dan keluhan masyarakat Islam.

Sumber : Klik Di Sini

Monday 21 November 2011

BANTUAN RM100 SETIAP MURID : ‘Tiada Motif Politik’ Kata Salleh


Setelah SR mengikuti portal blog Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said, KLIK DI SINI. Apa yang timbul dan jadi persoalan  di benak fikiran SR ialah, betulkah kenyataan Salleh ini?.

“Pemberian bantuan tunai RM100 bagi setiap murid menerusi Bajet 2012 tiada motif politik, sebaliknya ia bermatlamat meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan pembelajaran kepada anak-anak”, kata Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said.

Salleh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah dan Ketua Umno Bahagian Kota Belud berkata kehadiran pemimpin politik parti pemerintah dalam majlis penyerahan bantuan tersebut bukan bermaksud untuk berpolitik atau kepentingan kepartian. Inilah persoalan yang menjadi tanda tanya.

Jika tiada motif politik, kenapa Salleh serahkan Bantuan Persekolahan Program RM100 1Murid SK Pekan, Kota Belud di Dewan Masyarakat Kota Belud pada 20 november 2011 baru-baru ini?. Atas kapasiti apa beliau menyerahkan bantuan berkenaan?.

Kedudukkan Salleh dalam program tersebut bukan kepentingan politikkah?. Apa yang jelas beliau memegang jawatan parti sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah dan Ketua Bahagian Umno Kota Belud. Apa yang Salleh maksudkan dan masyarakat fikirkan, tentu sekali tak ubah seperti ‘menyelam sambil minum air’.

Sebelum ini pun TPM, Tan Sri Muhyiddin Yasin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Naib Presiden PAS, Haji Mahfuz Omar bahawa tiada orang politik yang terlibat dalam pengagihan bantuan tersebut. Hanya pihak sekolah sahaja yang diberi amanah untuk melaksanakan tanggunjawab terhadap penyerahan Bantuan Persekolahan RM100 kepada setiap pelajar.

Kalau hendak bagi pun, tak payahlah diwar-warkan jika ikhlas. Semua orang tahu, bukankah duit yang diagihkan itu adalah Bajet 2012?. Kenapa pula diagihkan pada tahun 2011?. Tentulah sekali perkara ini tidak salah kiranya kerajaan UMNO/BN nak bagi juga. Tapi, setiap hari dan detik waktu, pemimpin-pemimpin dan media perdana pro UMNO/BN mengulas bahawa peberian RM100 kepada setiap pelajar itu adalah tanda keperihatinan kerajaan terhadap rakyat. Alahaiii!!! Gergaji serampang dua mata..

Sunday 20 November 2011

MILIK SIAPA? : Saluran 4 menjadi rebutan antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah menyempurnakan amanat semasa pelancarkan slogan baru Barisan Nasional (BN), 'BN Pilihan Orang Muda' kepada Pemuda dan Puteri UMNO 2011 khusus untuk menarik sokongan golongan muda kepada parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 20 November 2011. 

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, slogan berkenaan akan digunakan oleh sayap muda parti termasuk Pemuda dan Puteri UMN0 untuk meraih undi golongan muda pada pilihan raya umum ke-13.

Perlu diingat, golongan inilah yang majoritinya membantah isu Aziz Bari yang diambil tindakkan baru-baru ini. Dan, golongan ini jugalah yang gagal membayar pinjaman PTPTN yang diwar-warkan untuk disaman, sekarang hanya tidak boleh ke luar negara. Paling jelas sekali, golongan ini yang paling banyak menganggur. Jika hendak dilakarkan, terlalu banyak penentangan orang muda terhadap kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh konon parti keramat ini iaitu UMNO. Golongan muda adalah penghias PRU13 akan datang yang sudah tentu berada di ‘Saluran 4’.

Golongan muda terdahulu tak sama dengan golongan muda sekarang. Orang muda dulu bolehlah diumpan dengan gula-gula, sekarang jauh panggang dari api. Kenapa baru sekarang perkara ini disedari oleh UMNO/BN. Rupanya selama negara merdeka, kerajaan Barisan Nasional sengaja tidak mahu ambil tahu dan perhatian perkara tersebut. Buktinya, kenapa baru sekarang dilancarkan slogan itu jika mereka betul-betul ambil perhatian?. Setelah golongan muda mula tampak menunujukkan belang penentangan dengan kerakusan dan ketirisan kepimpinan UMNO/BN.

Mesej yang di bawa oleh Pakatan Rakyat semakin hari semakin difahami oleh golongan muda, yang di lihat menyebelahi pihak mereka. Mereka mula berani mengeluarkan suara dan protes tentang tindak tanduk dan keburukkan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional yang akhir-akhir ini bercelaru pentadbirannya. Dalam UMNO/BN itu sendiri sudah berpuak-puak dan tidak wujud perpaduan dan pesefahaman dikalangan pemimpin dan ahlinya. Penyakit telah menular dan sukar untuk diubati, malah virus protes penentangan semua golongan juga telah melanda politik UMNO/BN. Sama-sama kita tunggu dan lihat kesudahan episode cerita ini menjelangnya PRU13 nanti, siapa yang kena?.   

POLITIK 'DSSK' DAN 'TSPA' : Benarkah Dua Tokoh Ini Mengamalkan Dasar Pecah Dan Perintah Di Kota Belud?


Strategi ‘Devide and Rule’ atau ‘Pecah dan Perintah’ bukanlah sesuatu yang baru digunakan di zaman moden ini. Jika menyusuri sejarah, strategi ini bukan hanya bermula setelah Machiavelli membincangkannya dalam The Art of War, kemungkinan telah diaplikasikan sejak manusia mula bersengketa secara berkumpulan. Pemerintah Rom, Ceaser, dikatakan telah menggunakan strategi ini untuk menghadapi dan menguasai kaum Yahudi.

Di masa zaman Rasulullah s.a.w, strategi ini juga digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk melemahkan keutuhan umat Islam. Satu peristiwa yang dinukilkan sendiri oleh al-Quran berkaitan perkara ini ialah tindakan kaum Yahudi melaga-lagakan kaum `Aus dan Khazraj. Hasutan kaum Yahudi ini telah hampir-hampir mencetuskan peperangan di kalangan kedua-dua kabilah itu sehinggalah Rasulullah s.a.w dengan pantas telah berjaya memadamkan api sintimen  yang disemarakkan. Rasulullah s.a.w sebagai seorang Rasul menerima wahyu dan sebagai seorang pemimpin yang bijaksana cepat-cepat mencium strategi pecah dan perintah pihak musuh ini, lalu persengketaan itu dapat diselesaikan.

Kaum Ansar dari kalangan kabilah `Aus dan Khazraj adalah tunjang kekukuhan negara Madinah pada ketika itu. Merekalah yang telah memberi kesanggupan yang tidak berbelah bahagi membela Rasulullah s.a.w dan menolong saudara mereka dari kalangan Muhajirin. Menyedari perkara tersebut kaum Yahudi dan golongan munafik melihat bahawa tidak ada strategi lain untuk melemahkan negara yang diperintah oleh Rasulullah s.a.w selain daripada melemahkan kaum Ansar.

Maaf terlebih dahulu SR ungkapkan pada seluruh masyarakat umat Islam daerah Kota Belud khususnya, Sabah amnya. Suatu ketika dulu, Bajau dan Iranun juga tak ubah seperti kaum ‘Aus dan Khazraj. Pertentangan antara ‘Aus dan Khazraj telah membawa kepada perang Bu’ath yang telah mengorbankan banyak jiwa. Kedua-dua kaum ini amat memerlukan seorang tokoh yang berwibawa untuk menyelesaikan masalah perselisihan di antara mereka. Perbalahan ini telah melemahkan kuasa politik dan ekonomi mereka sendiri di Madinah ketika itu.

Namun, pertelagahan tradisi antara sesama dua kaum ini dapat disatukan setelah wakil kedua belah pihak bertemu dengan Rasulullah s.a.w di Makkah, baginda berjaya menyatukan dua kaum ini mejadi satu ummah. Penyatuan yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w ialah berasaskan kepada keimanan, ketaqwaan dan persaudaraan tanpa melihat kepada keturunan, bangsa dan warna kulit. Rasulullah juga telah menjelaskan bahawa semua jenis persengketaan dan perselisihan adalah terhapus setelah mereka menganut Islam dan menjadikan Islam itu sebagai cara hidup. Tiada sesiapa pun sesudah itu boleh menuntut bela atau menuntut hutang.

Nah!!! Bila kita imbas kembali tentang sejarah suku kaum Bajau dan Iranun suatu ketika dahulu, bukankah juga seperti apa yang telah berlaku dengan kaum ‘Aus dan Khazraj?. Masing-masing ingin menegakkan identiti kaum tanpa mengira fahaman. Bajau dengan Bajaunya, begitu juga Iranun dengan Iranunnya. Kaum-kaum ini sebenarnya tidak menyedari bahawa, dasar pecah dan perintah peninggalan penjajah British meresap pada jiwa dan pemikiran mereka ketika itu.

Penjajah British sengaja memisahkan kaum-kaum di negara ini bagi mengelakkan dan menyekat sebarang usaha penyatuan yang membawa risiko penentangan terhadap penjajahan. Walaupun mereka telah pergi dan Negara ini merdeka, namun budaya dan ideology penjajah masih subur dan segar pada jiwa dan pemikiran bukan sahaja masyarakat Kota Belud ketika itu malah seluruh masyarakat di Malaysia. Strategi penjajah perlu mengekalkan penduduk peribumi di kampung-kampung serta mengekalkan aktiviti pertanian mereka ketika itu bagi memastikan bekalan makanan penduduk tidak terjejas. 

Jurang perbezaan ekonomi dan sosial kalangan kaum di Malaysia sering dikatakan akibat dasar pecah dan perintah atau ‘devide and rule’ oleh penjajah British. Keadaan ini memungkinkan supaya mereka mudah membawa masuk pekerja asing bagi mengelakkan penduduk pribumi meninggalkan aktiviti pertanian. 

Ekoran daripada itu, penduduk pribumi dibiarkan di kawasan pedalaman untuk mengerjakan sektor pertanian tradisional. Manakala kaum Cina ditempatkan di bandar dan perindustrian bagi menjalankan aktiviti perniagaan dan perlombongan. Kaum India ditempatkan di estet untuk mengerjakan ladang-ladang British. 

Oleh kerana penempatan dan kawasan tumpuan mereka adalah berbeza, maka tidak wujud interaksi antara tiga kaum utama ini. Melalui dasar ini British telah melahirkan perasaan prasangka dan memperkukuh keperibadian setiap kumpulan etnik yang terus menjarakkan jurang perpaduan antara kaum. 

Segelintir pengkritik politik di daerah Kota Belud musim ini, dasar inilah yang di bawa oleh dua orang tokoh politik yang berjaya menempatkan politik mereka dipersada Nasional iaitu Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said dan Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia. Dua tokoh ini telah mendapat pendidikan secular dan masing-masing telah menamatkan pengajian di Universiti.  DSSK berbekalkan ilmu ‘Sains Politik’ manakala, TSPA telah menjadi ‘Peguam’.

Dengan kemunculan beberapa cendikiawan dan agamawan, akhirnya lanskap politik Kota Belud semakin berubah dan beransur pulih dari dasar ini tanpa bernaung pada kekuatan kuasa ekonomi dan kedudukan jawatan (pangkat) yang melangit. Golongan-golongan ini berhasrat besar untuk memulihkan keadaan berkenaan, namun ada sahaja halangan daripada golongan-golongan yang masih mengamalkan prinsip dasar pecah dan perintah peninggalan penjajah itu. 

Hakikatnya, harus kita sedari juga bahawa sekarang keadaan sudah berubah. Jurang perbezaan pendapatan dan tahap pendidikan antara semua kaum dan kawasan (bandar dan luar bandar) semakin meningkat. Namun, ada yang masih mengharapkan huluran belas kasihan (sumbangan) dari pihak-pihak tertentu yang dikatakan tidak menitikberatkan atau mengambilkira kedudukan kaumnya sendiri. Kaum lain seperti Cina contohnya, lebih menjadi keutamaan kepada mereka untuk diberi peluang dan mendapat tempat dihati mereka. 

Ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah berpunca daripada isu kemiskinan. Didapati bahawa orang Bajau dan Iranun lebih banyak menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. Didapati juga orang Bajau dan Iranun masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik. 

Sewajarnya pemimpin-pemimpin kelahiran Kota Belud merancang satu program jangka panjang yang berjalan secara berterusan untuk membantu masyarakat di daerah ini. Apa yang kita lihat hanya rancangan-rancangan pembangunan menerusi strategi serampang dua mata. Program-program yang dijalankan pun hidup segan mati tak mahu. 

SR amat menghormati kewibawaan Wakil Rakyat Tempasuk, Datuk Haji Musbah walaupun beliau pernah diolok-olok pemimpin yang tiada pendidikan. Usahanya menempatkan Jelapang Padi di Kota Belud adalah satu usaha yang harus dipuji, walaupun seperti yang dimaklumkan kepada SR banyak berlaku kecacatan dengan projek berkenaan. Namun, usaha itu sangat murni sekali.

Maaf sekali lagi kepada yang tersinggung dengan artikel SR ini. Siapa yang mampu mengawal emosinya, mengendalikan akalnya dan menimbang segalanya dengan adil dan benar, maka ia akan mudah melihat keadilan dan kebenaran, mengetahui petunjuk dan memutuskan sesuatu dengan adil dan benar.

Wallahu’alam..