There was an error in this gadget

Thursday, 8 December 2011

Siapakah Kerajaan ‘TAIK’ Dalam Novel 'SHIT' Shahnon Ahmad


Profesor Emeritus Dato' Haji Shahnon Ahmad telah menulis beberapa buah buku. Buku yang paling popular ialah novel Shit (1999). Sesetengah pihak menyatakan novel tersebut merujuk kepada kerajaan Barisan Nasional (BN), parti komponen utamanya, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Terdapat beberapa cubaan oleh kerajaan untuk mengharamkan buku tersebut serta menarik balik gelaran Sasterawan Negara daripada Shahnon. Perdana Menteri ketika itu ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pelbagai reaksi dan tanggapan masyarakat  pembaca, ada yang pro dan juga yang kontra. Bagi yang kontra meminta novel ‘SHIT’ diharamkan, ketara dalam beberapa laporan akhbar tempatan. Antaranya termasuklah berita “KDN Diminta Haramkan Novel Terbaru Shahnon” (Utusan  Malaysia, 21 April 1999). Tajuk-tajuk berita dan laporan akhbar tempatan secara  tidak langsung menunjukkan kehangatan kontroversi yang dicetuskan oleh novel ‘SHIT’ ke atas minda pembaca sehingga meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkannya.

Dato’ Shahnon dalam novelnya itu seakan-akan menceritakan kerajaan ‘TAIK’. Olahan sistem pencernaan secara kreativiti dengan bentuk gaya bahasa dan penceritaannya menarik sekali pada mereka yang pro terhadap novel berkenaan. Olahan-olahan tersebut seakan-akan telah muncul dalam politik di Negara ini. Bila mana minda dan intergriti manusia mutakhir ini dipengaruhi dengan rasa hasad dengki dan rasa tidak puas hati kepada pihak lain.

Kehangatan politik di Negara kini semakin memuncak, ditambah lagi dengan bahang ketibaan PRU13. Pelbagai kemunculan reaksi dan tingkah laku politikus, nilai dan ketamadunan sebagai seorang manusia hampir pupus. Bila mana, deligasi UMNO Pulau Pinang yang hangat sekarang ini diperkataan di laman-laman social, diberitakan menyerahkan empat hadiah seakan ‘Tahi Manusia’ yang dibungkus seperti kek kepada kakitangan kerajaan di Komtar, George Town, yang menempatkan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang

SR berkongsi maklumat dengan satu blog yang telah mewar-warkan fenomena ini. KLIK

Kakitangan kerajaan yang menerima hadiah "tahi manusia" itu dilihat terkedu dengan tindakan "luar batas" dilakukan oleh Deligasi UMNO Pulau Pinang itu.

Kenapalah tergamak begitu sekali mereka, sehingga menghina kakitangan kerajaan yang bekerja dengan kerajaan negeri yang dipilih oleh majoriti rakyat?.

Mohamed Ghani Abd Jiman sebagai jurucakap deligasi UMNO Pulau Pinang berkata: "Orang lain tak boleh bagi hadiah ‘Tahi Manusia’, hadiah ini memang mempunyai nilai sentimental dia kerana dia buat Pulau ini macam ‘pulau tahi". Di manakah nilai sentimentalnya?. 

“Empat ‘Tahi Manusia’ ini DAP yang taja. Sesiapa pun tak perlu tahu dan biar polis siasat. Kalau nak tahu, Guan Eng kena buat laporan polis,” sindir beliau sambil menghina kakitangan kerajaan yang setia berkhidmat dengan kerajaan negeri

Tindakan itu dilihat akan meningkatkan lagi kebencian kakitangan awam kepada UMNO yang sebelum ini mengamalkan ‘politik lucah’ dan kini ‘politik taik’ pula.

Umat Islam dahulu merupakan pemimpin yang didengar kata-katanya dan dipatuhi perintahnya; kekuasaan politik sekian lama berada ditangan umat Islam, setiap laungan disambut dan seruan dijawab oleh seluruh penghuni dunia, kerana mereka yakin akan kejujuran umat Islam.

Lalu, apakah yang mencampakkan umat Islam sehingga membalikkan sejarah kemegahan itu?. Umat Islam berpecah-pecah kerana tingkah laku umat Islam seperti Saba’. Arah dan usaha umat Islam ditentukan oleh umat yang lain, kerana suara mereka di telinga umat Islam lebih menakutkan daripada ngauman serigala.

Kelemahan umat Islamlah menyebabkan orang berani menguasai kita, akhirnya umat Islam diperalat sesuka hati oleh orang-orang jahat. Diperintah oleh orang-orang yang berdosa. Kita memang sudah lemah di mata manusia dan Tuhan, bahkan kita lemah di mata keluarga dan diri kita sendiri.

Kenapalah politik di negara ini semakin kotor dan jijik?. Bukankah Allah s.w.t. telah memilih umat Islam sebagai umat yang terbaik. Renungkanlah diri kita. Kita berada di mana di sisi Allah s.w.t?.. Janganlah bekelakuan dan berfikiran seperti ‘TAIK’..

No comments:

Post a Comment