There was an error in this gadget

Sunday, 24 June 2012

Amanat Rafizi Kepada Generasi Muda : Menumbangkan UMNO/BN Amat Penting Untuk Masa Depan Negara Daripada Jawatan

Kerajaan Selangor telah bergolak, antara sebabnya ialah berikutan Ketua Eksekutif, Penasihat Ekonomi Selangor saudara Rafizi Ramli yang meletakkan jawatan dari tanggungjawabnya di Pejabat Menteri Besar Selangor. Itulah dakwaan yang diperkatakan oleh media-media longkang UMNO/BN sebelum ini.

Apakah UMNO/BN sudah ketandusan idea?. Boleh dikatakan setiap hari menyerang 'Pakatan Rakyat' yang semakin hari semakin kukuh dan kian mendapat sokongan rakyat berbilang kaum dan bangsa di Negara ini. Bila bankrap idea, UMNO/BN sudah tidak peduli lagi walaupun kenyataan-kenyataan mereka itu bernada pembohongan. Hanya isu-isu peribadi pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang mereka suapkan setiap masa pada minda rakyat. Itulah modal mereka, lain tak ada.

Lihat saja bagaimana perletakan jawatan Rafizi itu dimomok-momokkan oleh media longkang UMNO/BN. Akhirnya mereka terkantoi, bila mana Rafizi sendiri telah menjelaskan keadaan atau fenomena yang berlaku sebenarnya kenapa beliau letak jawatan. Menurut Rafizi, menumbangkan kerajaan UMNO/BN itu adalah yang lebih penting untuk masa depan negara. Inilah agenda utama Rafizi.

Kepemimpinan dan kewibawaan Rafizi yang mula mendapat tempat dihati masyarakat dan para generasi muda masa kini, adalah satu titik tolak atau kayu ukur terhadap ketelusan dan kemampuan beliau untuk membawa anak muda kepada kegemilangan generasi ini. Rafizi telah memberi dua amanat kepada generasi muda, antaranya ialah:-
  1. Teruskan soal PTPTN dan pendidikan percuma.
  2. Tekan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat supaya harga kereta diturunkan.
Untuk lebih jelas, apa sebenarnya perjuangan Rafizi Ramli. Sila Klik YouTube di bawah ini..


Nak baca lagi kenyataan akhbar Rafizi?. Silakan! ada di bawah ini, SR sediakan.

<<<<<<<<<<<<<<<<><><><><><><><><><><><><><><>>>>>>>>>>>>>>>

Keputusan peribadi saya untuk menarik diri dari jawatan di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor telah diperbesarkan oleh media Umno bahawa kononnya ia petanda wujud keretakan di dalam pentadbiran Kerajaan Selangor yang ditunjangi KEADILAN.

Saya telah menjelaskan seawal minggu lepas bahawa ia keputusan peribadi yang telah lama saya rancang demi menumpukan perhatian sepenuhnya kepada usaha KEADILAN dan Pakatan Rakyat menumbangkan Umno/Barisan Nasional.

Saya mula-mula menyatakan hasrat untuk menarik diri dari pentadbiran Kerajaan Selangor dalam bulan Oktober 2011 semasa KEADILAN mula menumpukan perhatian serius membongkarkan penyelewengan NFC. Memandangkan tarikh pilihanraya umum belum jelas ketika itu, saya diminta menangguhkan hasrat itu.

Kini, pembubaran Dewan Rakyat perlulah dibuat dalam tempoh kurang dari satu tahun. Dengan kepastian ini, saya yakin masa dan tenaga saya lebih baik ditumpukan kepada usaha merancang kempen KEADILAN dan menyusun strategi menghadapi pilihanraya.

Apatah lagi apabila pentadbiran Kerajaan Selangor di bawah kepimpinan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim adalah utuh dan telah mempamerkan pencapaian cemerlang setakat ini.

Oleh yang demikian, saya sekali lagi menegaskan bahawa perletakan jawatan ini adalah satu tindakan biasa yang juga dilandaskan pada asas moral kerana seorang ahli politik tidak wajar dibayar gaji dari wang rakyat apabila tumpuannya cenderong kepada aktiviti politik partinya.

Malang sekali, konsep kebertanggungjawaban sebegini tidak wujud di dalam Umno/Barisan Nasional.

Saban hari, Umno/Barisan Nasional menggunakan jawatan dan kemudahan kerajaan yang ditanggung oleh rakyat untuk membayar pimpinan dan aktivis mereka; sedangkan keseluruhan masa digunakan untuk berkempen politik bagi parti mereka.

Contoh penyelewengan wang rakyat sebegini ialah kehadiran lantikan politik di jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan sedangkan mereka bertugas untuk Umno/Barisan Nasional.

Malah, sebuah jabatan khas iaitu JASA ditubuhkan semata-mata untuk membayar gaji pimpinan dan aktivis Umno/Barisan Nasional yang kemudiannya digunakan sepenuhnya untuk berkempen politik.

Sudah menjadi budaya Umno/Barisan Nasional bahawa seorang pemimpin berebutkan jawatan politik untuk mendapat tempat di dalam kerajaan dan menikmati habuan lumayan sedang mereka tiada sumbangan kepada kerajaan.

Oleh sebab itulah, Umno/Barisan Nasional cepat-cepat memutar belitkan tindakan saya menarik diri dari Kerajaan Selangor kerana mereka berfikiran budaya politik di dalam KEADILAN sama seperti yang diamalkan mereka.

KEADILAN adalah sebuah parti reformasi. Budaya politik kami berbeza dan saya cukup tidak selesa menerima gaji dari tabung rakyat apabila tumpuan saya lebih kepada kerja politik. Selain mahu menumpukan sepenuhnya kepada usaha menumbangkan Umno/Barisan Nasional, saya juga mahu terus kekal dengan perjuangan reformasi yang memisahkan kerja politik dari dana rakyat.

Rakyat akan dapat menghakimi sendiri putar belit Umno/Barisan Nasional ini apabila saya makin lantang membongkarkan rasuah dan penyelewengan mereka.

Hari ini bermula siri pendedahan besar berhubung Projek LRT Ampang yang melibatkan Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri.

Esok saya akan mula duduk berbincang dengan Cik Faekah Hussin untuk meneliti semula fail-fail penyelewengan yang berlaku di Selangor semasa pentadbiran Umno dahulu, sebagai menyahut seruan pimpinan Umno agar saya membongkarkan penyelewengan yang berlaku di Selangor.

Oleh kerana penyelewengan yang berlaku hanyalah semasa Umno memerintah, maka senanglah saya menumpukan sepenuh perhatian menyiasat penyelewengan ini seperti yang diminta mereka.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
25 JUN 2012
.

20 comments:

  1. kita tgklah adakah mereka berjaya nak menumbangkan UMNO.

    ReplyDelete
  2. Generasi muda perlu pandai menilai dan memilih pihak mana yang patut mereka sokong demi untuk masa depan negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The younger generation of voters will be the main determinant during the next general elections.

      http://sabah-go-green.blogspot.com/

      Delete
    2. Kadang-kadang risau juga dengan penilaian orang muda ni kerana mudah dipengaruhi oleh emosi.

      Delete
  3. It's all up to the people to judge, in the next general elections, we will see the people's choice.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Usah perbesarkan isu yang remeh.

    ReplyDelete
  5. Rafizi adalah anak muda yg berperanan dan bertngjwg penuh membongkar kes NFC dan rumah agam Khir Toyo.. semua kes2 tersebut dapat dibuktikan.. inilah pemimpin muda yg kita harap2kan menjadi peneraju kepimpinan negara di masa akan dtg..

    ReplyDelete
  6. sekarang ini juga, bermula siri pendedahan besar Rafizi berhubung Projek LRT Ampang yang melibatkan Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri, bernilai RM960 juta..

    ReplyDelete
  7. Berita mengenai Rafizi keluar dari jawatan Awan kerana pasti takut disiasat seperti Faekah Husin.

    ReplyDelete
  8. Nasihat yang berguna kepada semua. Tapi menumbangkan UMNO itu perlukan masa juga dan mungkin juga tidak tercapai.

    ReplyDelete
  9. Penyelewengan PKR Selangor ke atas aset Talam Corporation. Selangor yang didakwa terbabit dalam penyelewengan bernilai hampir RM1 bilion dan ia dikatakan dibuat dengan berselindung di sebalik pelan ‘menyelamatkan’ Talam Corporation Bhd yang dibebani hutang, 2 tahun lalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penyelewengan didakwa berlaku dalam 2 bentuk iaitu membabitkan pembelian ‘penuh tanda tanya’ ke atas aset Talam berjumlah RM676 juta serta ‘misteri’ ke mana peruntukan RM392 juta yang diluluskan pada 2009 bagi menyelesaikan hutang syarikat itu dibelanjakan. PKR Selangor belum menjelaskan hutang milik Talam ke atas beberapa buah syarikat meskipun bajet sudah diluluskan

      Delete
  10. eh.. dalam kenyataan awal dia, dia cakap mahu berehat..

    ReplyDelete
  11. The opposition is devoid of ideas and are only playing up on the sentiment of the people in Sabah by raising issues that are already part of the struggle of the Barisan Nasional (BN) parties, said Science, Technology and Innovation Minister Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ongkili said the rights of the people were important but “have always been championed by the Barisan Nasional parties especially Parti Bersatu Sabah (PBS) as the basis of our existence as a political party”.

      Delete
    2. He also said PBS would not compromise on what is important to the people, including on the 20-point memorandum to safeguard the interests, rights and autonomy of the people of Sabah during the formation of Malaysia.

      Delete
  12. The opposition was clueless as to what they wanted to do for the country whereas the BN was clear in its goals and strategies as “being championed under the leadership of the Prime Minister to set the direction for the country’s growth as a developed nation.

    ReplyDelete
  13. The transformation programmes are real and concrete steps and the adoption of the strategies is the way forward for the country. On the contrary the opposition are harping on old issues.

    ReplyDelete
  14. Until now they have not unveiled anything especially for Sabah and Sarawak and they are only talking about rights and to stir the sentiment of the people.

    ReplyDelete
  15. The people should be wise in choosing a government. A good government is that which pays attention to the people’s needs and interests and at the same time focuses on the developmental progress of its people in every aspect.

    ReplyDelete