Wednesday 14 December 2011

Bagaimana Cara Diagihkan? : Borang BR1M Tiada Ruangan No Akaun Pemohon

Sebelum ini pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat didakwa telah memainkan isu atau mempolitikkan pengagihan BR1M RM500.00 kepada rakyat yang berpendapatan kasar bulanan RM3,000.00 dan ke bawah.

Bagaimana pula kerajaan UMNO/BN boleh menafikan andaian atau tanggapan Pakatan Rakyat bahawa BR1M tiada agenda politik?

Dari 10 Disember yang lalu, dalam borang yang diedarkan didapati tiada ruangan No. Akaun Pemohon sepertimana cara pengagihan e-Kasih sebelum ini dan, bagaimana cara pengagihan duit rakyat ini dilaksanakan secara adil dan telus?

Apakah ia diagihkan secara TUNAI kepada pemohon yang layak dengan tidak memilih bulu? Polimek yang harus dijawab oleh kerajaan UMNO/BN kerana BR1M termaktub dalam bajet 2012 yang telah diluluskan di dewan rakyat. 

Jika benar tanggapan dan andaian ini diagihkan secara TUNAI maka, bagaimana ia diagihkan, di mana diagihkan, siapa yang mengagihkannya, bila diagihkan dan apa rasionalnya diagihkan secara TUNAI? 

Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat ihsan tanpa menunjuk-nunjuk, serta memberi kesejahteraan kepada seluruh umat tanpa apa-apa yang tersirat disebalik segala pemberian. Islam yang telah menjadi latarbelakang budaya dan cara hidup, amalan demokrasi di Negara ini sewajarnya telus dan tulen untuk memperkasakan ketuanan rakyat. Keadilan ekonomi dan pengagihan kekayaan dapat dilestarikan untuk kemakmuran dan kepentingan rakyat jelata. Sesungguhnya tangan di atas itu lebih baik dari tangan-tangan di bawah.

Allah s.w.t. telah berfirman dalam Surah Al-Nahl ayat 90 – 91 yang maksudnya;

“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya”. (Al-Nahl – 90).

“Dan sempurnakanlah pesanan-pesanan dan perintah-perintah Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu merombak (mencabuli) sumpah kamu sesudah kamu menguatkannya (dengan nama Allah), sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai Penjamin kebaikan kamu; sesungguhnya Allah sedia mengetahui akan apa yang kamu lakukan”. (Al-Nahl – 91).

No comments:

Post a Comment