Monday 6 October 2014

Beberapa Orang Perdana Menteri Janji Jawatan Ketua Menteri Kepada Pa Min

Politik adalah kemahiran dalam permainan bagi mengasah bakat untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti dalam menghimpunkan kekuatan. Politik juga merupakan ilmu bagi menguasai suatu tujuan kekuasaan untuk mencapai matlamat tertentu.

Politik dan kenegaraan tidak dapat dipisahkan, bagai aur dengan tebing. Manusia akan meghadapi masalah bila sampai ketahap menentukan arah atau halatuju serta tujuan aliran politik dan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa sesebuah negara itu ditentukan oleh ahli-ahli politik. Tujuan atau matlamat yang baik akan menjamin keadaan dan percaturan yang baik .

'Kenyataan Politik' dan 'Janji Politik' adalah antara seni dan kemahiran yang terkandung dalam politik, ianya merupakan satu strategi. Dunia politik tidak dibatasi oleh sempadan 'geography' atau sempadan peta, serta tidak pula dikhususkan pada satu-satu bangsa, kebangsaan dan Negara. Maka itu, pengamal politik perlu mengetahui dan memahami segala dasar politik setiap masa dan tempat.

Dalam politik, mengungkap 'JANJI' itu adalah penyedap rasa dan tidak dapat dielakkan dan telah dinyatakan lebih awal di atas bahwa, ianya merupakan seni dan kemahiran. Saya Ready merasakan dengan kematangan yang ada padanya, Pa Min (TS Pandikar Amin Hj Mulia) juga tentu dapat merasakan bahawa beberapa orang Perdana Menteri yang menjanjikan beliau jawatan Ketua Menteri itu adalah satu seni dan kemahiran berpolitik.

Oleh hal demikian, kita sebagai rakyat marhaen jangan mudah terperdaya dengan janji-janji politik yang ditaburkan. Jika politik itu merupakan ilmu, gunakanlah ilmu itu sebaik munkin supaya kita tidak mudah terpengaruh dan sesat dihujung jalan..


Sunday 5 October 2014

Mampukah USNO (Baru) Singkirkan UMNO (Baru) di Sabah?

Nama USNO dan UMNO hanya dibezakan dengan sebutan melalui huruf 'S' dan 'M'..(Small n Medium)

'S' merujuk kepada 'Sabah', manakala 'M' merujuk kepada 'Malaya'.. Buang 'S' dan 'M', yang tinggal 'U-NO' (You? No!).. Atau, dalam bahasa 'Bajau Samah' (salah satu etnik di Sabah), 'U NO' membawa maksud 'Dia la itu'..

Sejarah USNO dan UMNO tidak jauh bezanya, pernah diterajui awal oleh dua orang pemimpin tersohor yang masing-masing berjuang menuntut pembebasan sehingga tercapainya kemerdekaan.. Kedua parti politik ini juga pernah dibatalkan, namun berjaya dihidupkan semula.. Kini dengan jenama baru iaitu 'USNO (Baru)' dan 'UMNO (Baru)'..

UMNO dibatalkan dalam zaman Mahathir, begitu juga USNO terhapusnya dalam rekod sejarah politik Sabah pada zaman Mahathir.. Nama-nama seperti Tengku Abdul Rahman dan Tun Mustapha sudah tidak asing kepada rakyat Sabah khususnya dan Malaysia amnya..

Kenapa 'USNO (Baru)' dihidupkan semula di Sabah?.. Ianya menjadi satu titik persoalan kepada Saya Ready.. 
  • Apakah kerana slogan 'Hidup UMNO'?
  • Adakah UMNO gagal membawa aspirasi yang dikehendaki oleh rakyat Sabah?
  • Atau, UMNO mahu menjadikan Sabah sebagai tanah jajahan yang sama taraf dengan negeri-negeri di Semananjung Tanah Melayu?
Saya Ready sengaja tak nak mengulas kronologi ini, cuma hanya timbulkan beberapa persoalan supaya pembaca dapat berfikir dan menilai dengan sendirinya.. Kerana semua faham, dalam situasi atau susana politik masa kini, pelbagai andaian atau persepsi buruk dilontaran terhadap pentadbiran kerajaan UMNO Barisan Nasional di Sabah.. KENAPA?..

Sehingga berlakunya polemik membawa Sabah keluar dari Malaysia yang digarap oleh tangan-tangan ghaib.. Isu ini terlalu kompleks dibahaskan, dalam konteks gabungan 'Persekutuan Malaysia'.. Perdebatan demi perdebatan dirungkaikan, semua mahu menang.. Masing-masing kemukakan fakta dan alasan untuk santapan rakyat bagi menarik perhatian mereka.. 

Dengan gagasan baru ini, mampukah USNO (Baru) meyingkirkan UMNO (Baru) di Sabah?.. Menilai lebih awal itu adalah tidak adil, Saya Ready hanya mampu berkata.. TUNGGU DAN LIHAT!!.. Adakah rakyat Sabah mahu membuat perubahan atau mahu merelakan keadaan seperti yang ada sekarang ini?..


Haji Dulli Tiaseh
Presiden USNO (Baru)
USNO (Baru) mengajak 'HAYAT PERDANA USNO BARU SUPREME COUNCILS AND DIVISIONAL HEADS', dan penghuni alam maya ini serta penduduk Sabah amnya, kawan-kawan dan sahabat handai, ingin mengajak sama untuk kita merenung dan menjiwai, apakah 'Ultra Perjuangan' yang dimiliki harus diperjuangankan terhadap negara kita tercinta ini.

Bersesuaian dengan 'Rahmat' kemunculan dan kewujudan semula parti USNO (Baru), yang mana pernah dan telah menempah sejarah 'Nikmat' kepada semua penduduk Sabah tidak mengira apa bangsa atau agama yang pernah menikmatinya. Maka saya selaku Presiden USNO (Baru) tidak keterlaluan mengajak, marilah kita semua sama berkorban masa, harta, tenaga, buah fikiran dan kepercayaan yang jitu ke arah 'Satu Perjuangan' untuk menjadikan Sabah ini dapat dipastikan mewujudkan yang pasti: Ada KESAMARATAAN (Equality) pengagihan dalam semua bentuk Hak (Rights) agihan daripada sumber hasil kekayaan negara ini yang tidak samarata hingga kepada bentuk elaun guru-guru Sabah dan Semananjung, harga barang yang tinggi, tangga gaji buruh yang tidak samarata sedangkan harga barang di Sabah jauh lebih mahal daripada disemananjung. Hak untuk bersuara dalam pengagihan peluang pekerjaan dan peluang untuk menjawat jawatan Pegawai Tinggi dari agihan orang Sabah masih ditahap yang rendah dalam kerajaan, projek-projek kerajaan, perniagaan, perusahaan yang menjurus kepada pembangunan insan untuk melistarikan hidup rakyat Bumiputra Sabah.

Saya mengajak sama untuk baca serta fikirkan dan jika perlu, ayuh kita jalankan tugas untuk menegur kerajaan negeri, bersesuaian dengan pendirian USNO (Baru) untuk berdiri ditengah yang TIDAK menyebelahi Kerajaan mahupun Pembangkang.

"Macamana semua ini bisa terjadi secara berleluasa?, kita lemah dalam kuasa politik yang tidak bisa bercakap sumbang kepada kerajaan. Kelemahan ini diambil kesempatan dalam kesempitan oleh mereka yang mengaut kekayaan. Kita tidak berdaya membuat kawalan yang ketat, dibuat seolah-olah negara ini sudah hilang pedoman dan longgar segala peraturan. Lemah dalam mentafsir perundangan yang ada seperti tiada penghuni atau kita tiada dalam negara ini untuk mengawalselia apa yang ada, sehingga hasil masyul kekayaan negara ini diterokai dan dibolosi".

Kita biarkan minyak mentah dan hutan belantara kita yang tebal dengan "virgin forests" diterokai dan dinodai. Kita tak cakap apapun, ' Au no buli memboros/membohos atau nya uun no soro kan bani bertutur'. Kenapa dan mengapa?. Kita TIDAK diberi KESAMARATAAN dari segi pengagihan hasil. Ini juga telah menjadi isu panas disebabkan rakyat marah Si Petugas ADUN dan MP tidak menjalankan kewajibannya yang sepatutnya diangkat dan dicanang diperingkat atasan di DEWAN Negeri dan NEGARA. Tanggungjawab ini BUKAN TERLEPAS PANDANG tetapi DILEPASKAN PANDANGAN yang seharusnya dilaksanakan. Mereka gagal dan rakyat perlukan PEMBAHARUAN.

Kita tidak diberi kesamarataan dalam segi pengagihan hasil. HASIL dari semua sudut hasil 'you just name it'.
Apa lagi kalau cerita mengenai hasil cukai jangan ceritalah, panjang ceritanya, itupun sudah terlepas pandang. Pada hal terlalu banyak SUMBANGAN TETAP yang boleh diperolehi darinya.

Oleh itu kepada semua pejuang dan yang bakal menyertai perjuangan ini, mari kita berganding bahu untuk menyedarkan mereka yang terlupa untuk bangun semula ATAU kembalilah semula kepangkal jalan untuk mencintai negara sendiri. DAN kepada diri saya dan kawan-kawan serta sahabat handai seperjuangan, saya mengajak dan menyeru supaya kita tempah sedalam-dalamnya apa yang harus kita bawa untuk diperjuangkan. Salah satu daripadanya ialah untuk membetulkan dan membela "KEBENARAN" dalam segala kepahitan yang kita lalui dan perolehi selama 22 tahun lebih USNO terkubur. Dan JANGAN LUPA, MENERUSKAN PERJALANAN PERJUANGAN ASAL USNO YANG MASIH JAUH KEHADAPAN. Dengan tekad semangat yang kuat, USNO (Baru) yang diberi 'Rahmat dan Nikmat' ini akan terus menerus meluruh kehadapan bagi menjayakan GOAL yang di ciptaNya. Dan, kita semua ini adalahlah Pewaris Bangsa untuk meneruskannya.. Ins sha Allah..

HAJI DULLI TIASEH


Mohd Zakaria Ilyas
Tahniah kerana dapat mendaftar semula USNO Parti Keramat Negeri Sabah. Ketika saya baru berjinak-jinak dengan Politilk pada tahun 1962, saya pernah dengar suara lantang Tun Mustapha "USNO PARTI BUMIPUTRA SABAH BERBILANG KAUM. KITA TENTANG HABIS-HABISAN RACIAL PARTI KERANA JIKA KITA MEMENTINGKAN BANGSA SENDIRI SAJA PASTI SABAH AKAN HILANG KUASA DAN MERTABATNYA". USNO telah mempertahankan ideologi ini mula pada 23 haribulan Disember 1962 hingga ke tahun 1975.

Kekuatan Sabah melalui Parti USNO telah membuat Kuala Lumpur takut dan telah mencari berbagai jalan menjatuhkan Kerajaan USNO, Tun Razak membantu Tun Fuad Stephens seorang pemimpin Sabah yang racist. Ingatkah kita bahawa dalam tahun 1962 Donald Stephen yang pada ketika itu "HUGUAN SIOU KADAZAN" telah menubuhkan Parti Kebangsaan Kadazan yang telah membelakangkan bangsa Dusun dan Murut menyebabkan Datuk GS Sundang menubuh PMO sebuah Parti mirip kepada perjuangan USNO ketika itu. 

Donald Stephen telah menyedari bahawa PMO besar kemungkinan akan lebih kuat, lalu memaksa GS Sundang bergabung dalam UPKO kononnya untuk memperkasakan kedudukan Dusun, Kadazan dan Murut. Donald Stephen membubarkan Parti UPKO dan masuk USNO dengan missi jahat yang tersirat di hatinya mahu menumbangkan Kerajaan USNO yang semakin kuat dan perkasa ketika itu. Tun Fuad telah bersekongkol dengan Tun Razak menjatuhkan USNO. Tun Razak telah meluluskan Pendaftaran Parti BERJAYA yang telah berjaya mengalahkan USNO dalam Pilihanraya Umum 1976. 

Tun Razak membantu Berjaya dengan meletakan syarat, "SHARE MINYAK 20% YANG DIMINTA OLEH USNO YANG DIPERSETUJUINYA DIBATALKAN, DAN MAHU BERJAYA MENERIMA 5% SAHAJA. PEMIMPIN-PEMIMPIN BERJAYA YANG OTAK UDANG TELAH MENANDATANGANI PERSETUJUAN DENGAN MENERIMA 5%".

PERJUANGAN USNO MULA TERBANTUT KERANA KERAJAAN KUALA LUMPUR TIDAK LAGI MEMPERDULIKAN SUARA USNO. KEMUDIAN TIMBUL LAGI SATU PARTI BERSIFAT RACIST DAN RELIGIOUS PARTI YANG DIPIMPIN OLEH HUGUAN SIOU, TS PAIRIN KITINGAN YANG TELAH MENUMBANGKAN KERAJAAN BERJAYA. USNO HAMPIR2 MEMENANGI PILIHANRAYA 1985. PBS PARTI YANG BERLANDASKAN BANGSA DAN UGAMA ITU MENDAPAT TENTANGAN DARIPADA KUALA LUMPUR SEHINGGA PBS KELUAR DARI BARISAN NASIONAL 1994. 


KITA HAYATI BETAPA PINTARNYA KUALA LUMPUR MENIPU USNO PADA 1990 SUPAYA MEMBENARKAN UMNO MASUK KE SABAH DAN DIJANJIKAN TUN MUSTAPHA KETUA UMNO SABAH MERANGKAP KETUA MENTERI. KEBIMBANGAN MAHATHIR MEMUNCAK KERANA USNO SUDAH MEMENANGI SEMULA KUASA POLITIK DI SABAH LALU MEMINTA TUN MUSTAPHA MEMBUBARKAN USNO SEBELUM IA DILANTIK KETUA MENTERI.

SETELAH BERJAYA MEMBUBARKAN USNO DAN UMNO MASUK KESABAH, Tun Sakaran Dandai pemimpin yang sangat lemah pula yang dilantik Ketua Menteri Sabah. Ingatlah wahai RAKYAT SABAH, Parti-parti yang telah merosakkan USNO semuanya sudah mati dan mana-mana Parti dan Pemimpin yang masih hidup sudah menjadi anjing-anjing Kuala Lumpur. Setelah Tun Mustapha meninggal pemimpin-pemimpin USNO yang telah menyedari kesilapan pemimpin-pemimpin USNO pada masa lalu telah memohon mendaftar kembali Parti USNO tetapi ditentang keras oleh UMNO.

Syukurlah dengan kepimpinan, ketabahan dan kegigihan seorang Pemimpin, TUAN HAJI DULI TIASEH bersama dengan beberapa pemimpin yang lain telah berjaya mendaftarkan kembali USNO pada 28hb September, 2013 iaitu 22 tahun USNO terkubur.

Saya ingin mengajak semua rakyat Sabah supaya kembali menyokong Perjuangan USNO untuk mengembalikan semua hak-hak Rakyat dan Negeri Sabah yang telah hilang diambil oleh Kuala Lumpur.

Untuk menjayakan missi USNO ini "KAMI BARISAN PEMIMPIN BARU USNO" mengajak dan meminta semua Pemimpin-pemimpin Bumiputra Sabah menyokong, menyumbangkan idea-idea yang bernas dan boleh membantu USNO untuk mencapai matalamatnya.

Suarakan pandangan kamu dengan lantang tanpa segan silu. Beritahu kami apa yang harus kami buat untuk memperjuangkan nasib anda. Kami akan berjuang bersendirian tanpa bergabung dengan mana-mana Parti yang lain samaada Barisan Nasional atau parti-parti lain di luar Barisan Nasional.

WADAH PERJUANGAN PEMIMPIN-PEMIMPIN BARU USNO IALAH MEMBERI KHIDMAT, MENGEMBALIKAN KEBEBASAN, KESAMARATAAN, HAK-HAK, LIBERTI, KEMAKMURAN DAN KESELAMATAN RAKYAT DAN NEGERI SABAH. MOGA DENGAN SOKONGAN PADU RAKYAT DAPAT KITA MEREALISASIKAN WADAH PERJUANGAN INI".

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN RAKYAT SABAH.

Mohd Zakaria Ilyas



Nota : Kenyataan dua pemimpin di atas dikutip dari wall akaun facebook Haji Dulli Tiaseh, Presiden USNO (Baru)..

Thursday 24 July 2014

Bina Jalan Guna Dana Sendiri Walaupun Ada Kelulusan Pada RMK7

Bukti kemasukan UMNO ke Sabah yang tidak membawa apa-apa perubahan dan kemajuan pada infrastrukturnya.. Janji banyak, tapi hingga kini masih belum dilangsaikan.. Kenapa perlu lagi beri sokongan kepada parti pemerintah yang kerjanya hanya menipu dan membohongi rakyat ini?..

KOTA KINABALU: Setelah menunggu lebih daripada 10 tahun untuk jalan berturap yang dijanjikan dan akhirnya sia-sia, penduduk tujuh komuniti terpencil luar bandar di sini akhirnya memutuskan untuk membina jalan dengan dana yang dikumpul mereka sendiri.

Maklin Masiu yang bercakap bagi pihak penduduk kampung berkata bahawa projek menaiktaraf jalan ke kampung-kampung yang terjejas telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh pada tahun 1999 tetapi projek itu telah ditinggalkan selepas hanya beberapa kilometer dibina.

Namun demikian, usaha penduduk meneruskan pembinaan jalan tersebut mengalami kesukaran setelah dua minggu ia bermula, kekurangan tenaga kerja dan masalah kekangan wang mulai terasa.

“Kemajuan kerja adalah lebih perlahan daripada apa yang direncanakan kerana kekangan kewangan. Ini kerana kita bergantung sepenuhnya kepada hasil kutipan dari pintu ke pintu untuk wang diesel,” katanya.

Beliau merayu kepada rakyat yang prihatin untuk menyumbang ke arah membantu penduduk di tujuh buah kampung ini bagi mendapatkan ‘jalan impian’ mereka.

Menurut beliau, penduduk kampung daripada Kampung Mandamai, Kampung Konon, Kampung Perupok, Kampung Dowokon, Kampung Pinapak, Kampung Maliau Pusat dan Kampung Maliau Layung telah menubuhkan jawatankuasa dan memulakan kutipan dana dari pintu ke pintu untuk pembinaan jalan itu.

Penduduk kampung dari tujuh komuniti luar bandar yang kebanyakannya petani, telah menyumbangkan apa mereka miliki kepada dana untuk pembinaan jalan raya berkenaan. Mereka juga bernasib baik kerana menerima bantuan daripada penyumbang-penyumbang yang menyediakan mesin dan peralatan untuk membantu pembinaan jalan raya.

Berjalan kaki atau guna pengangkutan sungai.

Pada masa ini, beliau berkata dana yang terkumpul sekarang hanya cukup untuk tiga kampung iaitu Mandamai, Konon dan Perupok, walaupun rancangan sedang dibuat untuk mengutip lebih dana untuk melanjutkan projek ini yang dianggarkan sekitar RM 80,000.

Apabila pembinaan jalan selesai, Maklin berkata ia akan memberi manfaat kepada 3,500 orang daripada masyarakat Kimaragang, Sonsogon dan Rungusdan Tombonuo yang kini terpaksa berjalan kaki atau menggunakan pengangkutan sungai untuk mendapatkan bekalan dari Pitas.

“Pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pitas II juga akan mendapat manfaat daripada jalan yang dibina dan ia juga akan dapat menyediakan penduduk kampung dengan akses yang lebih baik untuk ke klinik kesihatan dan hospital,” kata Maklin.

p/s: Jika anda mahu menderma sila salurkan di BSN 1210029853254064 - Maklin Masiau.(HP: 019-8325591)..

Monday 7 April 2014

Bendera Israel Berkibar di Malaysia : Apa Hubungan Malaysia - Israel?


Hubungan Malaysia - Israel adalah merupakan isu yang sensitif bagi umat Islam di Malaysia. Malaysia dan kebanyakan negara Islam tidak mengiktiraf negara Israel dan tidak mengadakan hubungan dengan Israel.

Negara Israel ditubuhkan pada 1947 sedangkan Malaysia ditubuhkan pada 1963. Kedua-dua negara ini adalah bekas tanah jajahan British. British menguasai Mesir (1914), Terusan Suez dan Baitul Maqdis pada 11 Disember 1917.

Jabatan Imigresen Malaysia telah menetapkan negara Israel haram dilawati oleh rakyat Malaysia. Ini kerana Malaysia tidak mengiktiraf negara terbabit.

Sebelum ini, negara-negara lain seperti China juga dilarang untuk dilawati kerana China menyokong perjuangan Parti Komunis Malaya. Korea Utara dan Afrika Selatan juga termasuk 92 negara yang dilarang. tetapi kini hanya tinggal Israel sahaja.

Tekanan ketenteraan dan politik dikenakan kepada negara Islam yang kuat seperti Iraq, Iran, Arab Saudi, Mesir, Jordan, Indonesia, Pakistan, Bangladesh, Malaysia dan lain-lain. Israel bagaikan wilayah Amerika Syarikat itu sendiri atau proksi Amerika di Asia Barat.

Negara-negara Islam melalui OIC dan PBB mengemukakan pelbagai usul berhubung Israel dan Palestin tetapi sentiasa ditangguhkan atau diveto oleh Amerika Syarikat. Kebanyakan negara Islam yang kuat mengambil sikap pro Amerika dan bertelagah sesama sendiri dalam OIC.

Pada 10 September 1982, dalam Perhimpunan Agung UMNO ke-33, Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau dan setiausaha politiknya menjadi ahli dan penyokong gerakan sulit Yahudi/Israel iaitu Freemason. Freemason adalah kelab elit rahsia di banyak negara bagi menentukan kelangsungan dan kewujudan negara Israel. Ada dakwaan mengatakan ahli Freemason menjadi pekerja sukarela pilihan raya UMNO sejak 1974 lagi. Freemason mula didaftarkan di Malaysia di bawah Akta Pertubuhan 1966. Pada tahun 1977 Freemason mempunyai 55 lodges (komuniti) dan 2984 ahli.

Pada 25 Oktober 1978 di Dewan Rakyat, Perdana Menteri Malaysia, Hussein Onn menjelaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak berhasrat mengharamkan pertubuhan Freemason. Walaupun mengakui Freemason bercanggah dengan aqidah Islam dan ramai golongan elit berpengaruh menyertainya. Jawapan ini diberikan berikutan soalan daripada Nik Abdul Aziz Nik Mat, wakil parti PAS dari Pengkalan Chepa, Kelantan.

Pada Mei 1994, Parlimen Malaysia meluluskan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel dan Afrika Selatan.

Tahun 1967, import Israel dari Malaysia meningkat lebih sekali ganda dari 272,000 dolar US dalam tahun 1966 kepada 565,000 dolar US tahun 1967. Dalam waktu yang sama eksport Israel ke Malaysia bertambah dari 1.1 juta dolar US kepada 1.7 juta dolar US.

Pada 21 Februari 2012, Datuk Mukhriz Mahathir selaku Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, menjelaskan bahawa kerajaan tidak melarang perdagangan antara syarikat swasta negara ini dengan ahli-ahli perniagaan Israel. Kapal-kapal yang dimiliki oleh Israel juga dibenarkan berlabuh di pelabuhan di Malaysia untuk tujuan perdagangan tetapi dengan syarat bahawa anak kapal yang memegang pasport Israel dilarang daripada mendarat.

Saham 31 % Pantai Holding Berhad telah dijual kepada Parkways Holdings Limited iaitu syarikat milik pelobi Zionis bernama Richard C Blum. Pantai mempunyai 6 buah hospital swasta di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Cheras, Klang, Ipoh, Pulau Pinang dan Batu Pahat.

Syarikat MITV milik Israel di Singapura memenangi lesen penyediaan 3G di Malaysia. MITV mengalahkan syarikat lain yang lebih layak seperti DiGi. 5 % saham Telekom Malaysia dijual kepada Temasek Holdings. Sistem keselamatan dan ketenteraan Singapura adalah kembar Siam dengan ketenteraan Israel.

Konvoi Malaysia turut terlibat dalam Viva Palestina pergi ke Gaza pada 2009. Datin Seri Rosmah Mansur telah menghubungi Susan Mubarak di Mesir bagi membebaskan peserta Viva Palestin dari Malaysia.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mahfuz Omar mempertikaikan kewajaran Datuk Seri Najib Tun Razak melantik firma konsultan komunikasi APCO Worldwide untuk mempromosikan nama dan jenama Malaysia. Anwar mahu Najib menjelaskan kaitan antara 1Malaysia dengan One Israel. Tuduhan Anwar itu boleh menyebabkan Anwar digantung selama setahun kerana memfitnah.

Pada 1 Mac 2012, Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Luar Malaysia telah menyiarkan surat yang ditulis oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada tiga Perdana Menteri Israel iaitu Yitzhak Rabin pada tahun 1993; Benjamin Netanyahu pada tahun 1997; dan Ehud Barak pada tahun 1999. Kandungan surat boleh dirujuk di laman arkib berita Utusan Malaysia. (Sumber lain : Konspirasi Dr. Mahathir - Yahudi)..

Semua sumber ini dipetik dari Wikipedia

 

Semalam kita telah dikejutkan dengan satu paparan di media sosial facebook.. Bendera Israel berkibar disebuah pusat pelancungan (RAINTREE BEACH RESORT) di Tuaran, Sabah. Namun, atas desakan dan kecaman PAS negeri Sabah, bendera itu berjaya diturunkan.. Kita mengandaikan bahwa ada warga Israel yang menjadi pelabur di resort berkenaan.. Bendera berjaya diturunkan.. Sahamnya bagaimana?..

Selama ini kita dihidangan dengan berbagai maklumat tentang agen Yahudi.. Masing-masing menuding jari, SIAPA AGEN YAHUDI?.. Rupanya kita telah lalai dan alpa.. Bermungkinan negara kita ini juga adalah penyumbang kepada kekuatan ekonomi Yahudi..

Munkin kita lalai dan alpa seketika, tapi adakah kita mahu lalai dan alpa selama-lamanya?.. Mohon kepada pihak penguasa, bertindaklah sebelum nasi menjadi bubur.. Atau, sudah jadi bubur punnnnnnn.. huhuhu

Sdr Hamid Ismail, Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Sabah
 
 

Wednesday 29 January 2014

AGROPOLITAN KOTA BELUD : Projek Tenusu Yang Lesu

Sebelum ini SR minta jawaban kepada ADUN Tempasuk, Musbah Jamli yang dipaparkan dalam wall laman sosial Facebook Saya Ready mengenai Projek Jelapang Padi Kota Belud.. Sehingga kini belum ada respond daripada beliau.. KENAPA?..

Antaranya ialah;
  1. Siapa kontraktor projek ini?
  2. Berapa bajet awal sebenar projek ini?
  3. Bilakah projek Jelapang Padi itu bermula dan bila akan siap serta sepatutnya disiapkan?
  4. Berapa keluasan sudah dilaksanakan dan mana kawasan-kawasan terlibat di Kota Belud..
  5. Kenapa berlaku diskriminasi? di Tempasuk projek ini dimulakan, Usukan yang terima padahnya yang sering berlaku banjir kilat hasil daripada penutupan sungai.
Dalam satu laman web Utusan Online melaporkan.. Menurut Musa, Sabah menyaksikan kira-kira 35,000 hektar kawasan penanaman padi di seluruh negeri Sabah. Katanya, daripada jumlah itu sebanyak 10,000 hektar adalah di Kota Belud yang akan dijadikan sebagai Jelapang Padi baru Negara.. Artikel Penuh Baca: http://www.utusan.com. - Jelapang Padi Kota Belud

Manakala menurut portal rasmi Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani keluasan itu hanyalah 5,000 hektar sahaja spertimana yang dilaporkan..

Saya Ready rasa bangga bila mana Daerah Kota Belud dalam usaha dijadikan Jelapang Padi Negara dengan peruntukkan sebanyak RM338 juta. Persoalan yang timbul di sini ialah, mana peginya lagi bajet 5,000 hektar?

Setakat ini saja untuk isu Jelapang Padi Kota Belud
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Mari kita beralih topik kepada isu lain pulak, iaitu Projek Lembu Tenusu Agropolitan Kota Belud..  Mohon kepada MP Kota Belud, Rahman Dahlan jelaskan, kerana beliau adalah orang yang bertanggungjawab membawa projek ini ke Daerah Kota Belud.. Apa yang sedang berlaku sebenarnya projek ini tiba-tiba senyap seketika?

Sampai bilakah drama ini akan berakhir hanya kerana ingin mengaut keuntungan berlebihan bagi beberapa kerat manusia dengan menggunakan rakyat sebagai sandaran serta alasan untuk mengkayakan diri dan kroni..

Biarlah gambar-gambar ini berbicara..











Siapa yang mampu mengawal emosinya, mengendalikan akalnya dan menimbang segalanya dengan adil dan benar, maka ia akan mudah melihat keadilan dan kebenaran, mengetahui petunjuk dan memutuskan sesuatu dengan adil dan benar <SR>