Sunday 24 June 2012

Amanat Rafizi Kepada Generasi Muda : Menumbangkan UMNO/BN Amat Penting Untuk Masa Depan Negara Daripada Jawatan

Kerajaan Selangor telah bergolak, antara sebabnya ialah berikutan Ketua Eksekutif, Penasihat Ekonomi Selangor saudara Rafizi Ramli yang meletakkan jawatan dari tanggungjawabnya di Pejabat Menteri Besar Selangor. Itulah dakwaan yang diperkatakan oleh media-media longkang UMNO/BN sebelum ini.

Apakah UMNO/BN sudah ketandusan idea?. Boleh dikatakan setiap hari menyerang 'Pakatan Rakyat' yang semakin hari semakin kukuh dan kian mendapat sokongan rakyat berbilang kaum dan bangsa di Negara ini. Bila bankrap idea, UMNO/BN sudah tidak peduli lagi walaupun kenyataan-kenyataan mereka itu bernada pembohongan. Hanya isu-isu peribadi pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang mereka suapkan setiap masa pada minda rakyat. Itulah modal mereka, lain tak ada.

Lihat saja bagaimana perletakan jawatan Rafizi itu dimomok-momokkan oleh media longkang UMNO/BN. Akhirnya mereka terkantoi, bila mana Rafizi sendiri telah menjelaskan keadaan atau fenomena yang berlaku sebenarnya kenapa beliau letak jawatan. Menurut Rafizi, menumbangkan kerajaan UMNO/BN itu adalah yang lebih penting untuk masa depan negara. Inilah agenda utama Rafizi.

Kepemimpinan dan kewibawaan Rafizi yang mula mendapat tempat dihati masyarakat dan para generasi muda masa kini, adalah satu titik tolak atau kayu ukur terhadap ketelusan dan kemampuan beliau untuk membawa anak muda kepada kegemilangan generasi ini. Rafizi telah memberi dua amanat kepada generasi muda, antaranya ialah:-
  1. Teruskan soal PTPTN dan pendidikan percuma.
  2. Tekan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat supaya harga kereta diturunkan.
Untuk lebih jelas, apa sebenarnya perjuangan Rafizi Ramli. Sila Klik YouTube di bawah ini..


Nak baca lagi kenyataan akhbar Rafizi?. Silakan! ada di bawah ini, SR sediakan.

<<<<<<<<<<<<<<<<><><><><><><><><><><><><><><>>>>>>>>>>>>>>>

Keputusan peribadi saya untuk menarik diri dari jawatan di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor telah diperbesarkan oleh media Umno bahawa kononnya ia petanda wujud keretakan di dalam pentadbiran Kerajaan Selangor yang ditunjangi KEADILAN.

Saya telah menjelaskan seawal minggu lepas bahawa ia keputusan peribadi yang telah lama saya rancang demi menumpukan perhatian sepenuhnya kepada usaha KEADILAN dan Pakatan Rakyat menumbangkan Umno/Barisan Nasional.

Saya mula-mula menyatakan hasrat untuk menarik diri dari pentadbiran Kerajaan Selangor dalam bulan Oktober 2011 semasa KEADILAN mula menumpukan perhatian serius membongkarkan penyelewengan NFC. Memandangkan tarikh pilihanraya umum belum jelas ketika itu, saya diminta menangguhkan hasrat itu.

Kini, pembubaran Dewan Rakyat perlulah dibuat dalam tempoh kurang dari satu tahun. Dengan kepastian ini, saya yakin masa dan tenaga saya lebih baik ditumpukan kepada usaha merancang kempen KEADILAN dan menyusun strategi menghadapi pilihanraya.

Apatah lagi apabila pentadbiran Kerajaan Selangor di bawah kepimpinan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim adalah utuh dan telah mempamerkan pencapaian cemerlang setakat ini.

Oleh yang demikian, saya sekali lagi menegaskan bahawa perletakan jawatan ini adalah satu tindakan biasa yang juga dilandaskan pada asas moral kerana seorang ahli politik tidak wajar dibayar gaji dari wang rakyat apabila tumpuannya cenderong kepada aktiviti politik partinya.

Malang sekali, konsep kebertanggungjawaban sebegini tidak wujud di dalam Umno/Barisan Nasional.

Saban hari, Umno/Barisan Nasional menggunakan jawatan dan kemudahan kerajaan yang ditanggung oleh rakyat untuk membayar pimpinan dan aktivis mereka; sedangkan keseluruhan masa digunakan untuk berkempen politik bagi parti mereka.

Contoh penyelewengan wang rakyat sebegini ialah kehadiran lantikan politik di jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan sedangkan mereka bertugas untuk Umno/Barisan Nasional.

Malah, sebuah jabatan khas iaitu JASA ditubuhkan semata-mata untuk membayar gaji pimpinan dan aktivis Umno/Barisan Nasional yang kemudiannya digunakan sepenuhnya untuk berkempen politik.

Sudah menjadi budaya Umno/Barisan Nasional bahawa seorang pemimpin berebutkan jawatan politik untuk mendapat tempat di dalam kerajaan dan menikmati habuan lumayan sedang mereka tiada sumbangan kepada kerajaan.

Oleh sebab itulah, Umno/Barisan Nasional cepat-cepat memutar belitkan tindakan saya menarik diri dari Kerajaan Selangor kerana mereka berfikiran budaya politik di dalam KEADILAN sama seperti yang diamalkan mereka.

KEADILAN adalah sebuah parti reformasi. Budaya politik kami berbeza dan saya cukup tidak selesa menerima gaji dari tabung rakyat apabila tumpuan saya lebih kepada kerja politik. Selain mahu menumpukan sepenuhnya kepada usaha menumbangkan Umno/Barisan Nasional, saya juga mahu terus kekal dengan perjuangan reformasi yang memisahkan kerja politik dari dana rakyat.

Rakyat akan dapat menghakimi sendiri putar belit Umno/Barisan Nasional ini apabila saya makin lantang membongkarkan rasuah dan penyelewengan mereka.

Hari ini bermula siri pendedahan besar berhubung Projek LRT Ampang yang melibatkan Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri.

Esok saya akan mula duduk berbincang dengan Cik Faekah Hussin untuk meneliti semula fail-fail penyelewengan yang berlaku di Selangor semasa pentadbiran Umno dahulu, sebagai menyahut seruan pimpinan Umno agar saya membongkarkan penyelewengan yang berlaku di Selangor.

Oleh kerana penyelewengan yang berlaku hanyalah semasa Umno memerintah, maka senanglah saya menumpukan sepenuh perhatian menyiasat penyelewengan ini seperti yang diminta mereka.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
25 JUN 2012
.

Friday 22 June 2012

Kuda Bajau Digunakan Untuk Perjudian Lumba Kuda di Tambalang, Tuaran Selain Dari Tujuan Tradisi dan Adat Resam

Daerah Kota Belud adalah sebuah daerah yang banyak mencipta sejarah. Dalam arena politik, masyarakat Kota Belud memiliki pemimpin-pemimpin berkaliber malah digeruni oleh masyarakat luar di daerah ini. Apa tidaknya, Kota Belud telah melahirkan pemimpin-pemimpin yang banyak menjawat jawatan tinggi dalam parti dan kerajaan, seperti Tuan Yang Terutama (TYT), Ketua Menteri, Menteri, Pembantu Menteri, Menteri Persekutuan dan Speaker Dewan. Daerah ini jugalah yang pertama menerima kemasukkan UMNO di Sabah, sehinggakan mendapat gelaran ‘Anak Sulung UMNO’.

Pekan ะšota ะ’elud juga amat sinonim dengan panggilan ‘Pekan Koboi’. Sesiapa sahaja pelancung yang mengunjungi Pekan Kota Belud, pertama yang mereka hadapi dan lihat ialah mercu tanda ‘replika kuda’ yang menjadi simbol tradisi dan adat resam masyarakat Kota Belud.

‘Kuda Bajau’ suatu ketika dahulu digunakan di daerah ini sebagai kenderaan dan tujuan peperangan menentang penjajah. Selain itu juga, ia digunakan untuk menyambut orang-orang kenamaan. Sekarang hanya jadi penghias adat resam tradisi nenek moyang terdahulu bagi tujuan-tujuan majlis kebesaran seperti perkahwinan dan sebagainya.

Baiklah! Kita tinggalkan sejarah itu seketika, mengenai adat resam dan tradisi masyarakat Kota Belud. SR pun tak berapa arif tentang adat piadat ini. Apa yang SR mahu fokuskan di sini ialah, kuda sememangnya banyak memberikan manafaat terutama sekali jika ia digunakan untuk tujuan perniagaan. Di Tuaran contohnya, sebuah pusat pelancungan telah menggunakan kuda sebagai tarikan pelancung.

Tapi, apa pula ceritanya ini? Petang tadi SR mendapat SMS dari seorang kawan (nama mahu dirahsiakan), konon ada pemimpin UMNO di Kota Belud menjalankan perniagaan memelihara kuda untuk tujuan lumba kuda setiap kali hujung minggu di Tambalang, Tuaran. BETULKAH BERITA INI??..

Jika betul, apa yang perlu dilakukan? Apakah masyarakat Kota Belud masih ingin mempertahankan pemimpin seumpama itu?. Jika tidak benar, adalah lebih molek sekali sebagai selaku Ketua Bahagian, Pemuda Bahagian, Wanita dan Puteri UMNO Kota Belud tampil untuk menafikan perkara tersebut.

Jangan ada pemimpin yang boleh menconteng arang ke muka pemimpin-pemimpin seperti yang SR maksudkan di atas. Ia boleh menjatuhkan imej pemimpin-pemimpin kita yang berjiwa rakyat.. Kerana nila setitik, rosak susu sebelangga.. wallahualam..

Thursday 14 June 2012

Pengamal Media Berbicara : BONGKAR!!! Rekod Keganasan UMNO/BN?


Hampir sebulan media UMNO mendendangkan isu Bersih 3.0 dengan mendakwa kononnya Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa perhimpunan itu adalah haram.

Pendakwaan itu telah disangkal oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim semasa persidangan yang berlangsung di Dewan Rakyat petang kelmarin. Mashitah menjelaskan bahawa ianya bukan fatwa, sebaliknya nasihat sahaja.

Penjelasan Mashitah itu adalah sebagai jawapan balas kepada ucapan penangguhan oleh Ahli Parlimen Kuala Kedah Ahmad Kassim yang mendakwa fatwa tersebut telah membawa kekeliruan kepada rakyat. Ahmad Kassim dalam ucapannya juga mendakwa fatwa pengharaman Bersih 3.0 itu juga bertentangan dengan konsep amar makruf nahi mungkar. Beliau turut membawa pandangan ulamak antarabangsa seperti Dr. Wahbah Az Zuhaili dan Dr.Yusuf Al Qaradawi yang berpandangan sebaliknya. Sumber - (Harakah Daily).


Bukan itu sahaja, malahan media dan puak-puak pro UMNO telah mendakwa bahwa perhinpunan Bersih 3.0 itu adalah satu perhimpunan yang ganas dan bertujuan ingin menjatuhkan kerajaan UMNO (Barisan Nasional).

Dakwaan itu juga telah disangkal keras oleh seorang pengamal media suatu ketika dahulu, iaitu saudara Johari Ismail. Beliau sewaktu memberi komen di pemuka laman social facebook posting saudara Musli Oli mendakwa dan mengatakan bahawa, yang memiliki rekod dan mampu membawa keganasan ‘civil disturbance’ adalah kerajaan UMNO (Barisan Nasional) yang menerajui pemerintahan di kala ini. Menurut beliau, perkara ini terbukti sekitar tahun 1980an apabila pembangkang Parti Bersatu Sabah (PBS) menawan kerajaan negeri dari parti Berjaya yang diterajui oleh Harris Salleh.

Ketika itu menurut Johari, berjuta ringgit tunai disalurkan ke Sabah dari Semenanjung Malaysia untuk timbulkan keadaan huru-hara demonstrasi jalanan yang ganas, malah pengeboman dengan tujuan ingin menakut-nakutkan kepimpinan Kerajaan Negeri PBS Huguan Siou Pairin Kitingan. Yang untung dalam operasi gelap ‘regime change’ ini yang didalangi oleh UMNO (BN) dari Semenanjung adalah penduduk kawasan setinggan Kg. Ice Box di Tawau dan Pulau Gaya di Kota Kinabalu yang rata-rata terdiri dari pendatang tanpa izin Islam Suluk, Mindanao dan Maguindanao dari Filipina.

Mereka diupah untuk menjadi pendemonstran jalanan dan membuat serta meletupkan bom di banyak tempat di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan beberapa bandar-bandar utama lain di Sabah. Siri pengeboman ini telah membuat beberapa orang cedera dan kemusnahan harta benda. Sebagai petugas berita Bernama masa itu, Johari telah ditukar secara ‘short notice’ dari ibupejabat Kuala Lumpur ke pejabat cawangan Pantai Timur Sabah di Wisma Sakilan Sandakan bagi memantau untuk melaporkan senario huru-hara yang telah terlebih dahulu dirancang oleh kepimpinan Mahathir di Kuala Lumpur ketika itu.

“Seperti biasa, segala ‘kerja kotor’ yang mereka harapkan saya lakukan bagi pihak Kerajaan di Kuala Lumpur, lain jadinya pula. Saya sebaliknya telah mendedahkan terdapatnya tempat perlindungan sementara anggota gerila Moro yang sedang berperang menentang kerajaan Presiden Corazon Aquino di Filipina, di Pulau Jempiras yang terletak berdekatan pekan Sandakan. Tempat perlindungan gerila Moro ini mendapat perlindungan sulit dari Kerajaan di Kuala Lumpur walaupun antara Malaysia dan Filipina adalah rakan kongsi ASEAN dan punyai hubungan diplomatik akrab. Malah ada antara gerila Moro sakit dan cedera mendapat rawatan di Hospital Duchess of Kent Sandakan, sebuah hopsital milik Kementerian Kesihatan Malaysia".  katanya lagi.


Siapa Johari Ismail?, yang begitu berani sekali mendedahkan fenomena kronologi berlaku keganasan di Sabah suatu ketika dahulu. Sewaktu SR menghubungi beliau, rupanya sejak tahun 1980 hingga 1996, Johari pernah berkhidmat sebagai wartawan sepenuh masa di akhbar harian bahasa Inggeris The National Echo (kini tidak lagi diterbitkan), The New Straits Times, The Star, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama, sebuah badan berkanun di bawah Kementeriian Penerangan, Komunikasi dan Mulitmedia), dan akhbar mingguan The Cambodia Times (di Phnom Penh, Kemboja).

Johari Ismail pernah memenangi Anugerah Kewartawanan Kebangsaan Institut Akhbar Malaysia (Malaysia Press Institute MPI) bagi tahun 1988 di Hilton, Petaling Jaya yang disampaikan oleh Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir a/l Mohamad Iskandar Kutty. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Johor, Abdul Ghani Othman.

Menurut Johari dengan katanya, “Semua itu hanya tinggal kenangan apabila menyedari dan meyakini bahawa sejak akhir-akhir ini saya adalah semata-mata seorang ‘propagandist bergerak’ bagi suatu rejim pemerintah licik yang telah bertahun-tahun mengkhianati hak dan kepentingan rakyat berbilang kaum di negara ini”.

Pengamatan SR, Johari Ismail adalah seorang yang sungguh berkarisma dan memiliki prinsip yang teguh, malah mudah berkongsi ilmu dan maklumat. Apa yang menarik perhatian SR lagi ialah, bila saudara Johari Ismail memberitahu nama sebenar Tun Dr Mahathir sebelum memegang jawatan Perdana Menteri (PM). Mahathir telah menukar namanya dalam kad pengenalannya dari ‘a/l’ kepada ‘bin’ ketika beliau menjadi PM dahulu, untuk tujuan ‘fit in’ dengan orang-orang melayu yang bakal ditunggang demi menegakkan legasi megalomanis (gila besar) beliau. Menurut Johari lagi, sejak itu dan hingga kini legasi penipuan mantan PM itu diteruskan oleh anak didiknya iaitu, Najib Razak dan Muhyiddin Yassin.


Pekung dan keburukkan serta aktiviti UMNO (BN) sudah tidak dapat diselimutkan lagi. Apa yang terjadi, tindak-tanduk dan perbuatan mereka kian menjadi-jadi ketika ini, UMNO (BN) telah menguasai media dan agensi-agensi kerajaan yang ada. Di mana sebelum ini pun, Setiausaha UMNO Bandar Tun Razak Zaharin Mohd Yasin juga telah mendedahkan di dalam laman sosial facebook beliau dengan mengatakan dan mengesahkan bahawa anggota Polis telah membuat penyamaran sebagai peserta demo aman Bersih sebelum Bersih 3.0. Tujuan mereka ialah semata-mata membuat provokasi untuk menimbulkan huru-hara dalam Himpunan Aman Duduk Bersih 3.0 di Ibu Negara.

Kata Zaharin, “Polis dah lebih cerdik dari dulu. Dia bagikan anggotanya dua pasukan, satu pakai uniform dan satu pasukan lagi pakai baju bersih. Tergelak saya jumpa seorang kawan yang masih polis, pegawai lagi dari Pahang. Pakai baju kuning dan terpekik ayat reformasi. Saya tak tegur dia pun, tapi bila tengok di lengan dia ada getah warna kuning. Dan, saya jumpa banyak yang pakai getah yang sama. Saya rasa terjaminlah dalam kumpulan pencacai yang tidak tahu apa benda ini”.

Menurut Zaharin lagi, tidak kurang dua ribu anggota polis ada dalam kumpulan bersih. Yang menafikan mereka pun puak polis pakai t-shirt bersih untuk rempoh sekatan polis, yang baling objek pun beliau rasa adalah anggota polis.

“Macam mereka buat latihan demontrasi kat polis depoh.. Hehehe puak-puak PAS bodoh ni ikut nyer”, lawak Zaharin..


Paku Dulang Paku Serpih,
BN Berkata Terlebih-Lebih,

UMNO Bilang Tidak Tersisih,
Saban Hari Busuk Terlondeh.

Tuesday 12 June 2012

Mampukah Rakyat Transformasikan Kepimpinan Negara?

Sejak berdekad lamanya, masyarakat kita sering didodoi dengan senikata lagu kesejahteraan yang berpaksikan material dan duniawi. Dikalangan pemimpin-pemimpin yang menerajui kepimpinan Negara kita masa kini mendodoikan senikata itu dengan suara yang merdu menyebabkan kita terlena dalam buaian.

Masyarakat kita umpama bayi yang menangis hanya didodoikan dibuaian sehinggakan tidur lena mendengar nada lagu yang sangat merdu. Sedar-sedar lagi kita masih di situ tanpa berganjak, kerana kita hanya berada dibuaian yang dilambung setinggi manapun tetap berpaut pada tali gantungan. Itulah analogi yang dapat digambarkan tentang aspirasi kehidupan kita selama ini.

Kini, adalah era perubahan yang memerlukan penampilan pimpinan yang mampu menanganinya. Dalam era inilah, pemimpin seharusnya sedar dan mampu memperolahi maklumat-maklumat yang tepat dan cukup ke arah perubahan. Pimpinan sewajarnya mempunyai kekuatan intelektual dan daya fikir yang tajam untuk menganalisis sesuatu. Justeru itu, mereka mampu menggariskan sesuatu matlamat yang jelas. Dan yang amat penting sekali, mereka menginsafi kepemimpinan sebagai taklif (amanah dan tanggungjawab), bukannya tasyrif (kemegahan dan kebesaran).

Peter F Drucker mengatakan, “the leader sees leadership as responsibility rather than as rank and privilege”. Beliau membezakan antara leader (pemimpin) dan misleader (penyesat). Menurut Drucker, pemimpin ialah yang mempunyai perjuangan yang unggul, memahami fungsi kepimpinan dan tidak takut atau cemburu dengan kekuatan rakan-rakan dan orang-orang bawahannya. Kejayaan rakan-rakan itu tidak dirasai sebagai satu ancaman, sebaliknya menjadi kejayaannya jua. Misleader atau penyesat pula, sering merasa tergugat dengan kejayaan rakan-rakan atau orang-orang bawahannya. Justeru itu, ia sentiasa memperlekeh atau merendah-rendahkan mereka – (The New Realities, Harpers and Row publisher, New York 1990).

Era globalisasi yang kian mencabar ini juga  merupakan era yang sengit dengan persaingan. Dalam dunia ini, akan wujud dua kelompok masyarakat iaitu ‘menang dan kalah’. Di mana masyarakat kita mahu berada?, tentu sekali ingin berada dipihak yang menang. Untuk memenuhi kehendak kemenangan itu, kita memerlukan transformasi jiwa dan minda. Untuk mentrasformasikan masyarakat, kita memerlukan pemimpin yang mampu merubah keadaan umat, mengilap bakat dan mengembangkan potensinya, menyemarakkan nilai-nilai agama di dalam masyarakat kita.

Negara kita yang sedia diketahui bahawa berkurun lamanya telah mengamalkan berbagai faham dan ideologi serta anutan. Semua agama berkehendakkan kepentingan sejagat dengan kebaikkan, tanpa menimbulkan kemaslahatan. Semua ini dapat dicapai jika pimpinan kita memiliki kepemimpinan yang berteraskan nilai-nilai keilmuan, ketaqwaan, moral yang baik, tidak ada prejudis dan sebagainya. Inilah nilai-nilai yang relevan sepanjang zaman dan mengupayakan kita menghadapi sebarang cabaran di masa hadapan.

Dalam Islam, soal persaingan usia senior atau junior tidak timbul sama sekali. Ketika Saidina Abu Bakar as-Sidek menjadi khalifah, baginda pernah melantik Khalid Ibn Al-Walid menggantikan Abu Ubaiydah Ibn Al-Jarah sebagai ketua tentera. Walaupun ketika itu Khalid lebih muda dari Abu Ubaiydah, tetapi era itu amat memerlukan kemampuan Khalid Ibn Al-Walid untuk mengetuai tentera Islam kerana dekad itu adalah era kebangkitan Islam. Oleh itu kepimpinan kita hendaklah berteraskan kepada kualiti cara kepemimpinan Islam yang berilmu atau memiliki intellectual prowess.

Menggariskan wawasan dan merancangnya dengan teliti adalah keunggulan yang ada kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w ketika merangka setiap gerakannya. Baginda begitu berstrategik dengan menjalankan dakwa secara beransur-ansur dan berperingkat-peringkat. Daripada keluarga, sahabat, masyarakat dan seluruh umat di muka bumi ini. Dalam perjuangan, baginda tidak pernah kehilangan arah dan sama sekali tidak seperti pemimpin lain yang hipokrit, tidak berprinsip, tiada wawasan dan sering kehilangan arah tujuan sebenar kerana tidak mampu merancang dan memandu masyarakat yang ada di bawah pimpinannya.

Lantaran itu, kepimpinan yang ada mutakhir ini di Negara kita haruslah ditransformasikan kerana gagal membimbing masyarakat dalam unsur-unsul nilai yang dikehendaki oleh agama iaitu jujur, adil dan amanah. Pemimpin yang ada kini harus dipertanggungjawabkan kepada yang mampu merancang dan mempunyai wawasan untuk kesejahteraan masyarakat pimpinannya. Bukan merancang untuk kepentingan diri dan kroni-kroninya sahaja semata.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah meluahkan apa yang terbuku dihati beliau  selama ini bahwa UMNO sebagai peneraju pemerintahan Negara sekarang ini ketandusan pemimpin dengan katanya, “UMNO dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk UMNO, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS”.

"Ini akhirnya menyukarkan UMNO mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pilihan raya", tambah Mahathir lagi kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Simposium Budaya Global anjuran Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah, Melaka pada 28 Mac 2012 yang lalu - (Bernama).

Halatuju dan perubahan yang ingin dicapai oleh masyarakat kita perlu diperolehi dengan memenuhi pra-syarat perubahan iaitu perubahan dalaman atau anjakan paradigma dan juga perubahan luaran yang melibatkan rombakan struktur dan strategi kepimpinan yang ada. Sebarang perubahan atau hajatuju itu haruslah dipandu oleh pimpinan yang ada kualiti-kualiti yang islamik dan dinamik.

Dalam konteks ini, John Naisbitt pernah membicarakan kepemimpinan yang memandu halatuju sesuatu masyarakat dengan katanya, “Pemimpin yang berkesan mendapat komitmen dan dokongan dengan penampilan diri sebagai contoh kecemerlangan menerusi sikap yang beretika, terbuka dan memberi kekuatan kepada para pengikut serta mampu menjadi sumber inspirasi kepada masyarakat” - (Sidgwick Jackson, London 1990).

Mampukah kita masyarakat di Malaysia ini yang inginkan perubahan ke arah kecemerlangan untuk membuat transisi kepimpinan yang ada dengan mentransformasikan ia dikertas undi menjelang PRU13 nanti?. Kita masyarakat yang dahagakan khazanah Negara bukan sahaja dari hasilnya, malah pengalinya adalah amat diperlukan sekali agar dapat direalisasikan dan berupaya memenuhi ciri-ciri kegemilangan yang boleh membawa kita ke halatuju yang sebenar dan diredhai oleh Allah s.w.t. Wallahualam..