Wednesday 21 March 2012

Amalan Kerajaan Pesekutuan (Federalism) Membantutkan Penubuhan RCI : Datuk Ronald Kiandee

Rakyat Sabah rata-ratanya kecewa dengan kegagalan DS Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan RCI (Royal Commission of Inquiry) atau Suruhanjaya Siasatan diRaja bagi menangani isu pendatang tanpa izin (Pati) di Sabah. Ramai yang mengharapkan penubuhan RCI dapat dan berjaya dibentuk untuk menangani isu Pati di Sabah dan juga seluruh Malaysia, tetapi Najib seolah-olah melihat perkara ini tidak serius.

Datuk Ronald Kiandee, MP Beluran merangkap Timbalan Speaker Dewan Rakyat Malaysia telah memberi respond semalam dalam laman social FCB kumpulan terbuka yang ditubuhkannya dengan berkata, “Kita kena check dengan Kerajaan Persekutuan, tapi itulah masalah dalam kerajaan yang mengamalkan system persekutuan (federalism). Isu keselamatan Pati pembentukkan RCI mesti diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan, kerana ianya bukan di bawah kuasa Kerajaan Negeri”.

“Memang ramai ahli parlimen kerajaan dan pembangkang membawa isu Pati RCI ini dalam perbahasan-perbahasan mereka. Sebenarnya hanya kerajaan saja yang berkuasa untuk tentukan pembentukan RCI bukan ahli-ahli parlimen. Sedang usul untuk bentuk ‘parliament select committee’ pun harus datang dari kerajaan”, katanya lagi

Beliau menambah, “Semua orang Sabah tidak menerima Pati, dikalangan semua wakil rakyat pun sedemikian. Dua belas tahun saya di parlimen memang setiap wakil kerajaan dan pembangkang Sabah suarakan isu ini. Pembangkang Semenanjung cuma mula bercakap tentang Pati Sabah secara serius konon hanya selepas pilihanraya 2008 lalu”.

Ronald Kiandee melihat semua itu hanya sebagai kekuatan politik mereka. Beliau mengakui bahwa pati adalah isu Sabah, penyelesaian berkesan harus diambil oleh kerajaan. RCI adalah antara pendekatannya yang penting dalam RCI itu bukanlah pada penubuhannya tetapi perlaksanaan setiap cadangan yang dikemukakan kelak, tambah beliau lagi.

Pada Ronald, RCI tidak perlu dijadikan isu politik, kerana ianya isu yang sama diperjuangkan oleh penbangkang dan kerajaan. Menurut beliau lagi, sekarang ini pun tidak kurang pendedahan pemilikan kad diri dikalangan pati. Banyak sudah teguran dan cadangan yang dibuat oleh wakil-wakil rakyat dan orang awam Sabah terhadap isu ini.

“Saya seringkali bagi tahu pengundi-pengundi saya di Beluran untuk tentukan lebih ramai orang Sabah pegang jawatan diperingkat persekutuan sama ada jadi menteri atau jadi pegawai tinggi untuk gubal dasar Kerajaan Persekutuan yang akan memihak kepada negeri kita. Setakat jadi pengarah di peringkat negeri tidak cukup untuk mengubah semua ini”, katanya.

Justeru itu, Datuk Ronald telah timbulkan satu persoalan, “Hmm! perlukah kerajaan tunggu RCI untuk mengambil tindakan?”. Kerajaan apakah yang dimaksudkan oleh Ronald, kenapa Najib gagal menangani isu ini dan sama ada dakwaan menteri-menteri di Sabah bahawa Kabinet hanya membuat janji kosong tanpa ada asas yang kukuh?.

Saturday 17 March 2012

Borneo Menggugat : Najib Anti dan Bertopengkan Demokrasi berfahaman Monarki

DS Najib Tun Razak sekali lagi menipu rakyat dengan mengingatkan mereka supaya tidak menggadai masa depan menyokong pembangkang. Kenyataan ini dipetik dari laporan Bernama media pro BN yang jelas membuktikan bahwa beliau sendiri adalah anti demokrasi. Najib seolah-olah lupa bahwa Barisan Nasional juga adalah pembangkang di negeri-negeri terajuan Pakatan Rakyat seperti Kelantan, Penang, Selangor dan Kedah.

Najib keluar temberangnya dengan berkata, kononnya BN sudah melakukan pelbagai perkara untuk kesejahteraan rakyat termasuk menyalurkan pelbagai bantuan yang mampu mengurus tadbir negara dengan cekap dan berkesan. Kalau benarlah kenyataan Najib itu, apa hal Sabah dan Kelantan negeri yang kaya dengan penghasilan emas hitamnya dilautan boleh melahirkan lagi rakyat termiskin di Malaysia jika Negara diurus tadbir dengan cekap dan berkesan?.
  
Najib berkata lagi, "Tidak boleh pakai cerita pembangkang ini sebab mereka tidak mempunyai kemampuan untuk urus tadbir negara kita dengan baik. Sehari dua ini pun sudah nampak bercelaru. Jadi tak usah dengar kalau mereka (pembangkang) datang. Dengar, tapi masuk telinga kanan, keluar telinga kiri". Lawak tahap gaban Najib.

Najib yang membuat lawatan kerja sehari ke Perak itu, negeri (Kerajaan TKO) kelahiran pemimpin katak berkata, kerajaannya dapat mengurangkan jumlah hutang dan menambah hasil negara, meskipun pelbagai bantuan disalurkan kepada rakyat. Dari mana pula Najib dapat duit itu dengan begitu banyak, mengatakan dapat mengurangkan jumlah hutang malah dapat lagi menambah hasil Negara?. SR berpendapat, duit itu datangnya dari hasil kutipan daripada rakyat, zakat dan sebagainya. Cukai sana cukai sini, naik sana naik sini. Akhirnya rakyat yang merana diri, padan muka rakyat.
  
Sehubungan itu Najib mengakui dengan katanya, inilah sebab kita dapat mengurus tadbir negara dengan baik, menguruskan perjalanan ekonomi negara dengan cekap. Menentukan ekonomi negara dapat terus berkembang, hasil negara bertambah, apabila kita capai kejayaan sedemikian kita pulangkan hasil kekayaan itu balik kepada rakyat. Berapalah rakyat dapat, dan pemimpin-pemimpin UMNO dapat berapa pulak?. Dana 250juta yang diberikan kepada suami Shahrizat itu adalah duit rakyat, Najib jangan cakap temberang.

"Adakah itu menjadi kita sebagai kerajaan tidak bertanggungjawab? Tentunya jika kita kembalikan hasil negara kepada rakyat, ianya bermakna kerajaan mendahulukan rakyat. Seperti mana yang saya janjikan selama ini (dimana) selama tiga tahun gagasan tersebut (1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan) kita praktikkan," katanya. Rakyat dapat 500ringgit pemimpin songlap 250juta, belum lagi masuk majlis tunang sana majlis kahwin sini. Betullah slogan itu, kaburkan mata rakyat dahulu.
  
Najib menambah lagi, jika pembangkang menuduh kerajaan BN tidak bertanggungjawab, tuduhan itu tidak benar. Sebuah kerajaan yang tidak bertanggungjawab adalah kerajaan yang menghabiskan wang negara, dan pada masa menambah hutang negara semata-mata untuk meraih sokongan rakyat. Pembangkang ada bukti, kata itu tuduhan lagi?. Najib! Najib..
  
Terakhir sekali menurut sumber ini, Najib berkata "Sudah nak dekat pilihan raya, kita baru nak beri bantuan semata-mata nak dapatkan undi tanpa uruskan ekonomi negara dengan baik. Itu namanya kerajaan tidak bertanggungjawab dan tidak fikir masa depan negara". Inilah lawak Najib paling kelakar sekali dalam 1Malaysia dari merdeka sampai sekarang.

Atau, betullah sepertimana dakwaan Borneo Menggugat, pengamal laman social FCB dalam ruangan ‘Jom Belasah Media Longkang’ dengan mengatakan, Najib adalah ANTI DEMOKRASI DAN PENGANUT FAHAMAN MONARKI YANG BERTOPENGKAN DEMOKRASI. Sumber KLIK


Friday 9 March 2012

Kolot : Rahman Dahlan Dakwa Undi PAS Itu Rasuah Politik Besar Mengalahkan BR1M.

MP Kota Belud merangkap Setiausaha Barisan Nasional Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan telah menjelaskan mengenai komennya semasa program BICARA RAKYAT: POLITIK BARU ANTARA KEBENARAN DAN TANGGUNGJAWAB dengan mengatakan rasuah terbesar di negara ini ialah apabila pemimpin PAS menyatakan mengundi PAS akan masuk Syurga. Persoalan itu dibangkitkan semula oleh penganlisis politik, blogger Kelapa Mawar dalam laman sosial FCB beliau (KLIK).

Alasan Rahman, persoalan itu timbul ekoran daripada lanjutan pertanyaan penonton yang meminta penjelasan mengenai kenyataan pembangkang bahawa pemberian BR1M itu satu rasuah politik. Rahman memberikan jawaban mengatakan bahwa, kalau nak bercakap pasal rasuah politik, yang terbesar sekali ialah memberi jaminan syurga kepada orang yang mengundi PAS. Itu rasuah politik besar mengalahkan BR1M.

Rahman Dahlan tidak dapat membezakan antara memberi rasuah politik dengan memberi imbuhan seperti BR1M, dan mengajak manusia ke jalan Allah menuju ke syurga sebagai ganjaran yang sudah Allah s.w.t. janjikan. Apakah mengajak manusia ke jalan Allah itu satu rasuah?. Dan, apakah Rahman Dahlan tidak tahu bahwa memberi rasuah itu haram dan paling Allah s.w.t. benci?. Rahman Dahlan sebenarnya terikut-ikut rentak dengan kenyataan puak-puak UMNO lain yang mengatakan konon TG Nik Aziz mengatakan kalau undi PAS masuk syurga, tanpa mendalami makna yang tersirat dari kenyataan Mursyidul Am PAS itu. Kalau kita tanya soalan kepada Rahman Dahlan, bolehkah Allah s.w.t. itu dirasuah?.

Sedangkan sebelum penjelasan Rahman Dahlan di atas, Pengarah SIRIM Sabah Tuan Haji Khairan telah pun menjelaskannya lebih awal tentang kenyataan TG Nik Aziz  tersebut. Pada pandangan Tuan Haji Khairan mengenai perkara itu, memang ada terdapat pemimpin PAS menyatakan bahawa kalau mengundi PAS boleh masuk syurga. Tetapi syarat-syarat tertentu bukan semata-mata undi PAS terus masuk syurga. Perkataan undi PAS boleh masuk syurga disalah tafsirkan untuk tujuan-tujuan tertentu, katanya.

Menurut Haji Khairan, apa yang menjadi kemusykilan di sini ialah petikan perkataan 'kalau mengundi PAS boleh masuk syurga', tetapi ayat sebelum dan selepas tidak diungkapkan dengan jelas oleh orang yang mendakwa sedemikian. Haji Khairan memohon Rahman Dahlan rujuk semula ceramah-ceramah Mursyidul Am PAS itu dan memperhalusi semua ungkapannya.

Namun demikian, Haji Khairan tidak menafikan bahwa pemimpin tertinggi PAS itu memang ada menyatakan, sekiranya seseorg itu mengundi PAS dengan niat mendaulatkan Islam dan selepas itu tidak melakukan sebarang dosa. InsyaAllah katanya, ia boleh menjadi pasport ke syurga. Syarat-syarat inilah yang selalunya dipadamkan maka jadilah momokan dan ejekan oleh orang-orang tertentu 'kalau undi PAS masuk syurga', tambah beliau.

Menurut Haji Khairan lagi, pemimpin-pemimpin PAS ketika ini adalah terdiri dari golongan ilmuan agama, apabila mereka mengeluarkan perkataan, mereka mempunyai sandaran sama ada dari Al Quran, Hadith Nabi s.a.w. atau pun Ijma' Ulama. Bukan sebarangan melepaskan fatwa tanpa rujukan.


Suara Pengundi Kawasan P176 Kimanis Sabah Bergema Menolak Anifah Aman Sebagai Calon PRU13

Beberapa kumpulan pengundi kawasan Kimanis, Sabah sebulat suara menolak kepimpinan Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman supaya tidak dicalonkan balik pada PRU13 akan datang di kawasan P176 Kimanis.

Mereka memohon kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar memberi peluang kepada anak tempatan Kimanis sebagai calon pada PRU13 nanti. Kumpulan ini melaungkan slogan ‘Suara rakyat didengari, kerusi UMNO disayangi’.

Antara isu yang dibangkitkan oleh kumpulan ini, salah satunya ialah isu pengangguran. Namun demikian, ada juga yang menyangkal bahwa, Dermaga Pertonas yang ada di Kimanis sekarang ini adalah atas daya usaha Anifah Aman sendiri untuk tujuan Kemajuan Wilayah Kimanis. Apakah benar Anifah gagal menangani isu penggangguran di kawasannya?.


SR dapati menurut sumber yang dipetik dari lama sosial FCB Membakut Jaya, jika tidak ada perubahan calon di kawasan Parlimen Kimanis, mereka akan memindahkan undi kepada pembangkang sebagai protes keputusan kepemimpinan UMNO Pusat. Ada yang sanggup mengatakan, protes itu hanya sekadar menunjukkan kekuasaan ‘rakyat’ lebih kuat dari mereka.

Kumpulan ini juga menyatakan bahwa, mereka tidak akan menyesal dengan tindakkan menolak pemimpin yang bukan penduduk asal kawasan itu. Apa yang penting pada mereka ialah, anak jati Kimanis sendiri sebagai calon pada PRU13 nanti. Mereka rasa puas hati dan gembira sekiranya melihat anak jati Kimanis sendiri dicalonkan di kawasan mereka.

Apakah kawasan Kimanis kurang mendapat perhatian dari Anifah Aman. Atau, Anifah sendiri memang tidak disenangi kewujudannya di kawasan itu?. Sama-samalah kita tunggu dan lihat kesudahan polimek Menteri Luar Malaysia ini pada menjelangnya PRU13 nanti.

Thursday 8 March 2012

Budaya Subsidi vs Kais Pagi Makan Pagi, Kais Petang Makan Petang : Allahyarham Dr. Haji Datu’ Bandira


Terkenang pula cerita seloka bekas Pesuruhjaya PAS Sabah, Allahyarham Dr. Haji Datu’ Bandira Haji Datu’ Alang secara tiba-tiba. Dengan tidak sengaja, wajah fotonya terpapar di skrin computer saya.

Kisah ini menceritakan kehidupan dua generasi haiwan peliharaan, yang mengisahkan perjalanan hidup ‘Ayam Kampung’ dan ‘Ayam Karan’.

Pada mulanya, Ayam Kampung akan dibinakan reban oleh si tuan untuk mereka tempat berteduh. Si ayam betina, akan cari tempat yang selamat membuat sarang untuk menyimpan telur jika tuannya gagal menyediakan sarang bagi menetaskan generasinya supaya tidak pupus.

Si ayam jantan pula seringkali mengipas-ngipaskan sayap dengan jerit pekik yang nyaring lagak pahlawan, keris sedia terhunus di kaki. Jika paluan atau terjahan hebat, tuannya tentu sekali gembira menjadikan ia pahlawan di gelanggang (ayam sabung). Jika ia menang, habuannya berbagai vitamin disajikan. Jika pula ia tersungkur, keris si tuan pula akan menjelar lehernya.

Si tuan Ayam Kampung setiap pagi akan membuka pintu reban. Generasi ini akan keluar cari makan untuk meneruskan kehidupan tanpa bantuan tuan mereka. Kais pagi makan pagi kais petang makan petang, beitulah rutin harian mereka. Bila datang waktu senja, sedia kala ayam kampung akan balik ke tempat tinggal seperti yang diajar oleh tuan mereka tanpa dipandu oleh siapa-siapa.

Si tuan senang hati dengan gelagat peliharaannya. Tiba waktu matang, si tuan akan jual dengan harga yang lumayan. Tanpa menyusahkan si tuan, jasa Ayam Kampung kepada tuannya amat bermakna sekali. Ayam Kampung bangga diri dengan cara mereka berdikari. Sekurang-kurangnya dapat membantu dan meringankan beban kehidupan tuan mereka.

Manakala kisah kehidupan si Ayam Karan pula, si tuan terpaksa menyediakan modal yang besar. Dijaga dengan baik, disediakan tempat tinggal yang selesa, dan berbagai kemudahan lagi akan disediakan kepada mereka. Generasi ini, setiap hari disuapkan makanan. Sehari tak makan, alamat kebuluranlah mereka dan mungkin juga sampai berlakunya kematian.

Ayam Karan cepat membesar, jika dibandingkan dengan Ayam Kampung. Ayam Karan sudah biasa dengan budaya subsidi. Tiada subsidi dari si tuan, mereka tidak boleh hidup dan akan jadi kurus kering. Jika si tuan hidup, mereka pun hidup. Dan, sekiranya tuan mati, mereka pun akan turut sama mati. Begitulah juga seterusnya, kalau tuan mereka bangkrap, mereka juga akan jatuh muflis dan jadi papa kedana.

Si tuan Ayam Karan akan tabur makanan yang berzat-zat setiap hari kepada mereka. Tiba waktu umur matang dengan badan yang besar dan gemuk sehingga jarum timbangan mereng. Si tuan akan cari taukeh untuk memasarkan mereka.

Ayam Karan akan pupus tanpa generasi yang ditinggalkan, mereka semuanya akan dijual. Hasil jualan itu, si tuan akan cari pula generasi lain untuk dibesarkan dan digemukkan sebagai ternakan. Begitulah seterusnya sehinggakan si tuan jadi kaya raya, manakala si Ayam Karan pun mati disembelih oleh si taukeh.

Panjang cerita seloka ini, hanya setakat itu sahaja yang saya dapat kongsikan bersama dari Allahyarham Dr. Haji Datu’ Bandira. Rasanya, semua tahu cara perjalanan kehidupan Ayam Kampung dan Ayam Karan. Cerita ini saya rakam dalam minda sewaktu beliau memberikan ceramah motivasi  sebagai penceramah jemputan khas suatu ketika dahulu.

Dalam isi kandungan cerita ini, ianya tiada kaitan kepada siapa-siapa mahu pun yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia. Ianya hanya sekadar motivasi dan rekaan semata-mata. Semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat ke atas Roh Allahyarham.

AL-FATIHAH
الحمد لله ربّ العالمين  
Al-hamdu lillahi rabbil 'alamin

Ko-Nelayan dan Agensi Lain Hidup Segan Mati Tak Mahu, Sejak Wujudnya LKIM di Sabah

Mari kita rungkai bersama, di manakah silapnya aduan nelayan Beluran ini sehingga meminta Wakil Rakyat mereka Datuk Ronald Kiandee campur tangan.

  • Jaini Ating (Nelayan) : Salam perjuangan DRK (Datuk Ronald kiandee). Seperkara yang ingin saya kongsikan tapi bukan publisiti. Keluhan rakyat dari warga nelayan Beluran untuk perhatian dan tindakan DRK sebagai wakil kami di akar umbi ini. Masaalah saya di pihak kami telah membuat permohonan Dana Transformasi Nelayan (bot fiver engine dalam) permohonan itu bermula 2009 dan telah di luluskan oleh LKIM 2010. LKIM melantik anak syarikat LKIM iaitu MEMS yang berpengkalan di Slipway Kuantan Pahang sebagai pelaksana membuat bot tersebut. Agrement litter telah dibuat pada tahun 2010 antara PNK dengan MEMS dan bayaran telah pun dilunaskan penuh sejumlah RM280,000. Tapi, hingga ke hari ini baying-bayang BOT TN tidak nampak-nampak kemunculannya. Kerajaan melaung- laungkan penghijraan nelayan tradisional ke nelayan moden, 5 tahun yang lalu. Nampak-nampaknya nelayan hampir hilang minat kerana penghijraan itu menelan waktu yang amat berabad (panjang) lamanya sehingga penantian kami ada nelayan yang tidak sempat merasa. Apa itu hijrah?. Tolonglah Datuk panjangkan masaalah ini di pihak Kementerian berkenaan”.     Info - Klik Kumpulan Terbuka FCB Ronald Kiandee
Bila kita perhatikan dasar tranformasi yang diwar-warkan itu, ia amat baik sekali dan boleh melangsaikan kemelut kemiskinan nelayan. Program Bot Transformasi Nelayan merupakan program penghijrahan nelayan kecil- kecilan / tradisional kepada nelayan moden dan komersial ataupun penghijrahan nelayan miskin yang hanya mengharapkan bantuan kerajaan secara berterusan kepada nelayan yang berdikari dan berdaya maju.

Pada 31 Mei 2010 lalu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar telah melancarkan Perasmian Bot Transformasi di Mini Kompleks Pemasaran Ikan Persatuan Nelayan Kawasan Papar Kampung Laut, Papar, Sabah. Objektif program ini adalah untuk menjadikan sektor perikanan pantai, satu sektor ekonomi yang produktif, berdaya saing, menarik dan menguntungkan melalui pengurusan yang lestari.

Bagi mencapai objektif tersebut, beberapa kaedah pelaksanaan diperkenalkan. Antaranya, mengurangkan bilangan vesel yang tidak produktif, menggantikan vesel kayu yang dilupuskan dan diganti dengan vesel FRP, memperkayakan sumber perikanan di dalam perairan 12 batu nautika, mengamalkan ‘target fishing’ di Ladang Ikan Di Laut dan memberi bantuan pinjaman modal melalui Dana Nelayan kepada pemilik vessel yang berminat untuk bergabung bagi mengusahakan satu vesel.

Kerajaan telah memperuntukan DANA Nelayan sebanyak RM3.718 juta. Bilangan nelayan yang diberikan peruntukkan ialah seramai 94 orang nelayan yang telah dibahagikan kepada 33 buah kumpulan. Di sabah sahaja bagi tahun 2008-2010, 30 orang nelayan telah menjadi sasaran utama transformasi ini dan kerajaan telah meluluskan dana kepada 21 nelayan, manakala 9 lagi adalah sasaran tambahan.

Agensi yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan dasar berkenaan diletakkan di bahu Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Piagam Pelanggan LKIM ialah memberi kelulusan Permohonan Peruntukan Pembangunan yang dikemukakan oleh Persatuan Nelayan dalam tempoh 14 hari bekerja dan menyelesaikan semua aduan dan masalah daripada nelayan dan Persatuan Nelayan dalam tempoh 3 hari bekerja.

Bukan itu sahaja, malah LKIM memberi kelulusan Permohonan Pinjaman Dana Nelayan yang dikemukakan oleh nelayan dan Persatuan Nelayan dalam tempoh 30 hari bekerja serta mempastikan semua peruntukan pembangunan dibelanjakan pada tahun berkenaan. LINK - LKIM

Satu piagam yang baik, tapi kenapa isu di atas itu timbul lagi?. Atau betullah persepsi masyarakat Sabah, sejak kewujudan LKIM di negeri ini semua peranan dan fungsi agensi negeri seperti Kementerian, Jabatan Perikanan dan Ko-Nelayan seolah-olah hidup segan, mati tak mahu.

Monday 5 March 2012

Rutin Harian Lempar Fitnah : Macai-Macai UMNO Kantoi!!

Blogger UMNO/BN seringkali menggunakan taktik kejam untuk menyebarkan fitnah, menipu dan menanam perasaan takut dan kebencian di kalangan orang Melayu dengan menggunakan berbagai cara tohmahan serta cercaan berbentuk sintimen agama dan kaum. Tujuan mereka hanya untuk mempertahankan pemimpin-pemimpin UMNO/BN bagi mengaburi mata rakyat daripada skandal-skandal kewangan dan rasuah yang telah mengakibatkan kehilangan berbilion-bilion ringgit wang rakyat.

Terkini, kerajaan negeri Kelantan menjadi sasaran blogger-blogger upahan UMNO/BN dengan menghebahkan sepucuk surat bebentuk arahan. Kononnya, penyebaran fitnah seumpama ini akan dapat menyakinkan pengundi terutamanya orang-orang Melayu. Tapi malang sekali, kerja-kerja fitnah yang sudah Allah s.w.t. laknat dan benci itu didapati kesahihannya boleh dipertikaikan, malahan ianya satu penipuan dan pembohongan. 

Hadis Rasulullah s.a.w. Diriwayatkan daripada Huzaifah r.a katanya: "Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak masuk Syurga orang yang suka menabur fitnah."

Allah berfirman bermaksud: "Mahukah Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah syaitan-syaitan itu selalu turun? Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa, yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh syaitan-syaitan itu) sedangkan kebanyakan beritanya adalah dusta." (Surah asy-Syuaraa' ayat 221-223)

Allah memberi amaran kepada golongan yang suka berbohong dan berdusta di dalam firman-Nya bermaksud: "Maka nyatalah bahawa tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, dan mendustakan kebenaran sebaik-baik sahaja kebenaran itu disampaikan kepadanya. Bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka jahanam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang kafir?" (Surah az-Zumar ayat 32).

Firman Allah bermaksud: “...fitnah itu besar (dahsyat) dari melakukan pembunuhan...” (Surah al-Baqarah, ayat 217).


Saksikan kesahihan surat yang dihebahkan ini. Bentuk ayat-ayat yang tidak munasabah serta saiz fonts yang berbeza setiap perenggan. Malah, tandatangan yang dibulatkan itu seperti cakar ayam, macam tandatangan budak tadika. Bukan itu saja, 'SEBAGAIMANA' di tulis 'SEBGAIMANA'. Hahaha.. Penipu taik kucing!!


Sunday 4 March 2012

Shahrizat Pasrah – Najib Dilema!! Gugurkan atau Pertahankan?


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil telah menyerahkan nasibnya kepada Perdana Menteri DS Najib Tun Razak mengenai kedudukan beliau sebagai Senator yang dilantik pada 9 April 2009 lalu dan berakhir pada bulan depan.

Ketika ditemui oleh Bernama selepas majlis program kebajikan Rakyat 1Malaysia, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) hari ini, dengan katanya. "Semuanya terpulang kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri".

Mungkin, kenyataan Shahrizat itu sebagai maklum balas daripada laporan sebuah akhbar berbahasa Cina (Sin Chew) yang membuat spekulasi bahawa beliau berkemungkinan tidak dilantik semula sebagai senator apabila penggalnya berakhir pada 8 April ini.

Apapun sebarang tindakan yang diambil oleh Najib ke atas Shahrizat dengan isu National Feedlot Corporation (NFC), yang diterajui oleh suaminya Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail, tentu saja akan mengundang berbagai polimek tentang kewibawaan Najib sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.

Antara persoalan nanti yang akan ditimbulkan ialah, sekiranya Shahrizat digugurkan. Maka, jelaslah bahwa Najib telah silap mencatur kabinetnya selama ini. Dalam sejarah politik UMNO/BN, zaman Najiblah Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang menang dalam pilihanraya dengan mendapat mandat majority rakyat tidak diberikan peranan dalam cabinet kerajaan Malaysia.

Justeru itu, Najib sudah tentu tidak dapat elakkan lagi fenomena ini. Sudah terang lagi bersuluh bahwa kerajaan beliau sekarang diterajui oleh sebahagian pemimpin-pemimpin yang bermasalah seperti yang didakwa sendiri sebelum ini oleh Shahrizat bahwa, bukan beliau sahaja yang bermasalah dalam kerajaan UMNO/BN. 

Dan, jika sekiranya Najib mempertahankan Sahrizat pula dalam kabinetnya, tentu sekali tindakan atau keputusan itu tidak akan disenangi oleh dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO/BN sendiri yang menganggap selama ini Shahrizat adalah liability UMNO/BN.

Nah!! Mana satukah yang Najib mahu pilih?.. Pertahankan Shahrizat ke, atau gugurkan saja Shahrizat dalam kabinetnya?..