Sunday 4 December 2011

TAHNIAH : Abu Aslam Tokoh Abdul Rahman bin Auf Peringkat Negeri Sabah.


Satu riwayat diceritakan, Abdul Rahman Bin Auf menangis tersedu-sedu dan bila beliau ditanya, “Mengapakah engkau menangis hai Ibnu Auf?”. Lalu ia menjawab, “Nabi telah wafat, sedangkan baginda dan keluarganya tidak pernah kenyang oleh roti gandum”.

Tuan Haji Akriah (Abu aslam) telah dipilih sebagai Tokoh Ma’al Hijrah peringkat negeri Sabah 1433 Hijrah. Beliau yang dinobatkan Tokoh Abdul Rahman bin Auf, menerima Warkah Penghargaan dari Kerajaan Negeri, wang tunai RM5,000, pakej penginapan 3 hari 2 malam di Hotel Perkasa serta hadiah lain.

Anak kelahiran Kampung Tamau, Kota Belud ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Tamau, Kota Belud dan Sekolah Menengah Agama Limauan, Kota Kinabalu, sebelum melanjutkan pengajian peringkat Sarjana Muda di Universiti Sains Malaysia dalam bidang kursus Farmasi. 

Dalam sidang media KLIK DI SINI, semasa di universiti lagi semangat beliau untuk berniaga sendiri berkobar-kobar, dan kebetulan pula penglibatan masyarakat Islam di negeri Sabah khususnya di sekitar Bandar Kota Kinabalu kurang menyertai perniagaan bidang Farmasi, katanya.

Beliau yang juga Bendahari Persatuan Graduan Iranun Sabah (PAGISA), memiliki penampilan yang amat sederhana. SR merakamkan ucap tahniah kepada Abu Aslam di atas penganugerahan ini. 


1 comment: