Wednesday 21 December 2011

Sekolah Kebangsaan Tamau, Kota Belud : Janji Tinggal Janji, Bila Mahu Siap?

Masa demi masa, UMNO/BN melaungkan pembangunan infrastruktur. Hari demi hari dihitung, pembangunan mana yang dikatakan satu keutamaan itu. Minggu bersilih ganti putar belit sana sini, makin rakyat tidak mengerti. Dari bulan sabit ke bulan purnama begitu juga ceritanya, cakap tak serupa bikin makin berleluasa. Janji tinggal janji, saban tahun dari 1999 hinggalah 2012 kata bangunan baru SK Tamau boleh digunakan. TAPI!!! BILA???


Bangunan baru SK Tamau, Kota Belud, Sabah dijanjikan akan siap sepatutnya tahun 2009 lagi, tapi ditangguhkan pada tahun 2010. Budak-budak sekolah boleh menggunakan bangunan tersebut, hakikatnya ditangguhkan lagi pada tahun 2011. Begitu juga ceritanya, ditangguhkan lagi ke awal tahun Januari 2012 bangunan ini boleh digunakan oleh guru-guru, kakitangan dan pelajar. Realitinya SR bagi jaminan, bangunan ini tidak akan siap sepenuhnya 100%. Sekiranya bangunan ini digunakan juga oleh pelajar-pelajar SK Tamau pada buka sesi persekolahan awal tahun depan 2012, sudah tentu keselamatan pelajar-pelajar tidak terjamin.

 NAH!!! cuba lihat gambar terbaru di bawah ini atau, sesiapa pemimpin-pemimpin atau puak-puak UMNO/BN yang tidak puas hati dengan paparan ini. Sila! lawati sendiri bangunan SK Tamau, Kota Belud.





Salah siapa ini? Salah rakyat jugakah? 
YA!!! memang salah rakyat kerana salah pilih pemimpin dan parti.. UMNO/BN banyak cakap tak serupa bikin.. Banyak lagi paparan tentang lagenda bangunan SK Tamau ini yang akan dipaparkan nanti.. Tungguuuu!! episod akan datang..

3 comments:

  1. Saya dimaklumkan bahawa ADUN dan MP telah melawat sekolah i ni semalam. Pihak Kontarktor telah memohon masa lanjutan untuk memnyiapkan bangunan ini. Diharap ia benar-benar berlaku atau pihak JKR akan buat penamatan kontrek. Kita tunggu pada Januari depan...Kalau belum juga maka ADUN Tempasuk dan MP kena terus minta JKR tampatkan Kontrek Asal.

    ReplyDelete
  2. aduhai UMNO.. rasanya kamu tak rasa apa yg kami rasa.. sekolah da buka, 2 thn setengah kami terseksa, kami merana, kami rasa terhina, sekolah lain seangkatan SK Tamau sudah dirasa oleh anak2 lain.. bukankah penantian itu penyeksaan wahai UMNO yg banyk menabur janji palsu konon ingin berbakti kpd anak bangsa.. alahaiii, UMNO OH UMNO.. TAIK SAJA TIADA DIMULUT KAMU, TAPI BUSUK MCM BANGKAI..

    ReplyDelete
  3. Komen awal saya telah berlalu setahun lalu Saya Ready. Kini SK Tamau belum boleh digunakan lagi. Hari ini, projek ini yang dumulakan sejak 3.12.2007 telah menjangkau 5 tahun 1 bulan dan 2 hari. Aplah alasan Kementerian Kerja Raya meneganai kelewatan projek ini. Ia sudah lewat 3 tahun 6 bulan 3 hari sedang masa penyiapan ialah 2 tahun 6 bulan. Yb Datuk Rahman Dahlan MP 169 Kota Belud telah berjanji kepada ibubapa pelajar tahun lepas bahawa sekolah ini boleh dipakai bagi sesi persekolahan 2013. Apa sudah jadi dengan janji beliau??

    ReplyDelete