Saturday 31 December 2011

Hadiah Rejim UMNO Kepada Mahasiswa di Ambang 2012

Presiden PMIUM, Safwan Anang dan Amar Rasyidi yang cedera parah dibelasah oleh anggota Polis berserta 17 sahabat lain telah ditahan di Balai Polis Tg Malim semasa perhimpunan aman di UPSI semalam adalah antara hadiah rejim UMNO kepada mahasiswa di ambang 2012. UMNO/BN semangkin sukar dalam kepayahan menyusur arus deras gelombang besar tsunami kebangkitan rakyat.

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebelum ini telah menulis sebuah warkah buat anggota Polis di Raja Malaysia (PDRM) pada 26 Julai 2011 yang laluagar melaksanakan tanggungjawab dengan penuh beramanah, jujur dan beretika. Warkah ini amat bertepatan sekali dengan tindakan anggota Polis terhadap golongan mahasiswa yang membuat perhimpunan aman di UPSI pada hujung tahun 2011 yang mana menghabiskan sisa-sisa usianya untuk melangkah ke tahun baru 2012. 

Antara petikan dalam warkah itu yang SR boleh kongsi di sini ialah, rakyat awam bukan sahaja mahukan keadilan yang ditafsirkan oleh pihak anggota Polis, tetapi keadilan yang dapat difahami oleh semua pihak. Bukan sahaja adil dari segi bicaranya, tetapi hendaklah kelihatannya juga adil dalam tindakan. Semoga Allah merahmati anggota Polis dengan tugas yang dijalankan. Diberikan rezeki yang halal. Bebas dari kezaliman dan rasuah. Kami akan bersama menyanjungi saudara! Selamat bertugas!. 

Seterusnya KLIK => Warkah Buat Saudaraku Anggota Polis : Minda Tajdid

Allah telah berfirman dengan maksudnya:
“Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang ketika itu terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar), mereka terburu-buru (menyahut panggilan) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata yang tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas)”. (Surah Ibrahim 42-43). 


UMNO Parti Perkauman Yang Berpaksikan Ketuanan Melayu : Dato' Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin

Di ambang tahun 2012, mantan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin, memukau masyarakat sekitar daerah Kota Belud yang menutup tirai tahun 2011, dalam sesi ceramahnya di Majlis Ceramah Pakatan Rakyat di Kg. Tamau, Kota Belud yang berakhir dengan penuh dramatic pada detik 12 tengah malam.

Antara isu yang dimuatkan dalam ceramahnya ialah, UMNO adalah parti perkauman dicipta oleh penjajah British yang wujud dalam diri mereka itu sikap Hidup Melayu dan berpaksikan Ketuanan Melayu. 

Adakah di zaman Rasulullah s.a.w., Baginda dan umat Islam ketika itu melaung-laungkan Hidup Bangsa Arab dan Ketuanan Arab? Adakah juga Rasulullah s.a.w. mengajar umat di dunia ini atau disebutkan dalam kitab suci Al-Quran perjuangan itu berlandaskan bangsa atau kaum?, antara persoalan yang beliau bangkitkan dalam kotak minda rakyat.

DS Nijar juga menjelaskan kepada rakyat antara isu kotor yang dimainkan oleh UMNO/BN sekarang ini ialah, jika sekiranya Pakatan rakyat memerintah Negara, orang Cina akan monopoli penguasaan, PAS dan PKR akan jadi boneka DAP. Ini adalah pembohongan yang dicanang oleh UMNO/BN kepada rakyat, katanya lagi.

Turut sama memberikan ceramah ialah sdr Musli Oli. Beliau menegaskan, transformasi sebenarnya bukan mengalahkan UMNO, transformasi sebenar itu ialah meninggalkan UMNO dan menguburkan UMNO. Kita bukan menentang bangsa Melayu, kita sebenarnya menentang bangsawan Melayu yang banyak mengikis hak rakyat.

Sewaktu menemui Tan Sri Pandikar kerana menghormati beliau sebagai orang lama dalam politik dan sahabat yang sama-sama berjuang dulu di zaman USNO untuk menyatakan hasratnya keluar UMNO dan menyertai Pakatan Rakyat. TS Pandikar bertanyakan sdr Musli, bagaimana ekonomi beliau nanti menghadapi perjuangan menentang kezaliman UMNO/BN kelak?. Musli jawab, saya memilih perjuangan ini atas sebab, biar saya mati dalam perjuangan sekarang yang saya pilih, kerana sampai bila-bila pun jasa dan pengorbanan kita akan dikenang sepanjang zaman. Tidak seperti matinya seorang jutawan dan bangsawan yang hasilnya belum tentu menjanjikan sesuatu kedamaian di alam berzakh nanti.

Antara lain yang memberi ceramah ialah Pesuruhjaya PAS Sabah, MP Kota Kinabalu dan beberapa saaf pimpinan Pakatan Rakyat. Isu-isu yang dirungkai adalah isu tanah yang ketara tidak dapat diselesaikan oleh kerajaan UMNO/BN di Sabah. UMNO/BN banyak mengeluarkan janji kosong, namun semua janji-janji itu hanya sebagai perencah penyedap kempen-kempen UMNO/BN untuk menghadapi PRU13 nanti.

Friday 30 December 2011

Suara Pakatan Bergema di Kuala Penyu : DS Lajim Mengkutuk Kerajaan BN

Rakyat terpukau dengan ucapan Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang memekik "Ni Kali La!!, satu slogan popular di Sabah kini yang diperkenalkan oleh sdr Musli Oli. Begitu juga VP PKR, Surindran yang menyentuh otonomi Sabah dan 20 perkara. 

Suara Pakatan Bergema di Kuala Penyu, ribuan manusia di majlis Pakatan Rakyat Datuk John Ghani di Kg Batu Linting. Datuk Seri Lajim Haji Ukin, Timbalan Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO turut hadir dan berucap mengutuk kerajaan UMNO/BN, menurut sumber yang SR petik di laman sosial FB sdr Musli Oli yang sama-sama memberikan ucapan dalam majlis ceramah tersebut.

Ada yang merasa pelik juga bila sdr Musli Oli memberitahu, Datuk Seri Lajim pun turut sama dalam ceramah berkenaan, sedangkan ianya majlis Pakatan Rakyat malahan beliau adalah seorang exco Majlis Tertinggi UMNO dan Pembantu Menteri Persekutuan lagi. Apa pun katanya, ‘Ini kali Larrr!!..

Datuk Seri Lajim hadir dan berucap mengkutuk kerajaan Barisan Nasional dan antara isunya ialah paip yang tiada air. MP banyak kali minta, tapi tiada dan langsung tidak diberikan perhatian serta keutamaan.

Antara isu lain ialah, Sabah selama 48 tahun pasca merdeka, menyeberangi Kuala Penyu terpaksa bergantung dengan feri yang hidup segan mati tak mahu. Tetapi, Penang sudah dua jambatan dibina kerana kononnya negeri itu ada hasil minyak dan gas asli. Kenapa Sabah mudah ditipu yer?.

Sdr Musli Juga telah mengingatkan sejarah bagaimana UMNO mula bertapak di Sabah dan seterusnya memerintah negeri ini, kerana DS Lajim menyertai UMNO pada tahun 1994. Apakah akan terjadi kalau Lajim keluar?, katanya lagi.

Ada pengkritik berpendapat, kalau DS Lajim keluar sekali pun, ia masih tidak memberikan apa-apa kesan terhadap UMNO/BN kerana pengundi hantu sedang menunggu untuk menanda kertas undi yang dikatakan senjata ampuh UMNO/BN.

Namun demikian, petanda awal angin perubahan tsunami PRU13 bertiup kencang di kepulauan Borneo kini. Selepas DS Lajim, siapa lagi agaknya pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang turut serta menjejaki langkah beliau. Dengar-dengar khabar, Datuk Ghafur Salleh, Tan Sri Pandikar dan beberapa lagi pemimpin UMNO/BN.. 

INI KALI LA KAMU UMNO/BN!!! Air tenang jangan disangka tiada itu Bujang Senang..

68% Penduduk Sabah di Bawah Paras Garis Kemiskinan : Jais Asri

Paras Garis Kemiskinan (PGK) Sabah ialah rakyat yang berpendapatan RM960.00 sebulan. Lebih kurang 68% penduduk Sabah berada di bawah PGK, kata En. Jais Asri, Penolong Pengarah Kanan, Unit Bantuan Sosial, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am, pada satu Majlis Sejenak Bersama Media di Ming Garden Hotel & Residences, Kota Kinabalu.

Seramai 720 ribu orang penerima bantuan dan tertinggi di Malaysia. 278 ribu orang daripada 3 juta penduduk Sabah berusia 60 tahun dan ke atas, 47 ribu daripadanya adalah penerima bantuan. JPKA menerima 20 kes sehari secara purata di 31 daerah atau 620 orang sehari. Hanya 3 ribu yang dapat diproses dalam masa sebulan. Kekurangan kakitangan adalah salah satu factor dan punca kelewatan, Utusan Borneo – 30 Dis 2011.

Sabah adalah sebuah negeri yang paling kaya, jika dihitung dari hasil buminya di Malaysia. Menurut statistic yang diberikan oleh JPKA itu, ia sudah jelas dan terang sekali menceritakan segala-segalanya kepada rakyat Sabah. Tapi, masih ada rakyat Sabah yang tidak sedar-sedar lagi akan kerakusan dan nafsu buas segelintir pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang rakyat beri amanah kepada mereka untuk mengurus tadbir negeri ini.

Bagaimana pemimpin-pemimpin UMNO/BN begitu angkuh dan bongkak sekali, konon merekalah yang paling berkeupayaan dan berkemampuan mentadbir negeri Sabah?. Tiada yang terbaik selain UMNO dan Barisan Nasional, walhal semakin hari semakin terhakis dan dikikis hasil bumi negeri ini.

Mari kita susuri data dan fakta rakyat miskin di negeri ini yang hidup dimamah kedaifan dan hampir putus harapan menatang kerajaan sekarang, kerana melihat kenyataan demi kenyataan tentang kehebatan dan kesejahteraan sebahagian pemimpinnya. Rakyat yang menikmati hidup sebagai warganegara dan pribumi dengan kelebihan berada di negeri yang kaya dan kemewahan ini, hanya mampu menanti dan menunggu setiap masa disisipkan peruntukkan tanpa perancangan.

Orang miskin merasa dirinya tersisih berada ditengah-tengah kemewahan ini. Pertanyaan rutin dalam hatinya, “Siapakah yang peduli kami?”. Tiada yang peduli. Kerajaan dan pemimpinnya memang ada yang peduli, tapi ada yang hanya sebagai volunteer mencari keuntungan dengan menggunakan data-data kemiskinan. Mereka  hanya  mengejar projek melalui program  pembasmian kemiskinan yang nyata  kurang memberi manfaat  secara nyata bagi rakyat miskin yang benar-benar memerlukan.

Siapa yang mampu mengawal emosinya, mengendalikan akalnya dan menimbang segalanya dengan adil dan benar, maka ia akan mudah melihat keadilan dan kebenaran, mengetahui petunjuk dan memutuskan sesuatu dengan adil dan benar. Renungkanlah nasib ANDA di bawah pentadbiran kerajaan UMNO (BARISAN NASIONAL).

Monday 26 December 2011

Malaysia Masih Bayar Ufti Kepada Kerajaan Sulu Sebanyak RM5,300 : Sultan Sulu, Tuanku Datu Mudarasulail Kiram

The Chief claimant to the throne Sultan of Sulu Tuanku Datu Mudarasulail Kiram says there is no need to talk about or lay claim to Sabah but to concentrate on developing Sulu..

Masalah Bekalan Elektrik di Pulau Banggi, Kudat, Sabah Masih Berlanjutan : Mohd Junied

Dengan siapa mereka mengadu?. Baca dan renungkanlah keluhan hati dan perasaan rakyat di Pulau Banggi, Kudat yang diwakili oleh anak muda bernama Mohd Junied. Beliau menagih belas ihsan, semoga ada pihak-pihak yang bisa mendengar dan mengambil tindakan penyelesaian, kalau tidak 100%, 50% pun jadilah, yang penting ada perubahan dari hari ke sehari, katanya dengan penuh harapan.

Siapa yang mampu mengawal emosinya, mengendalikan akalnya dan menimbang segalanya dengan adil dan benar, maka ia akan mudah melihat keadilan dan kebenaran, mengetahui petunjuk dan memutuskan sesuatu dengan adil dan benar..  



Kepada siapa harus kami mengadu?

Masalah bekalan elektrik di Pulau Banggi, Kudat, Sabah, masih berlanjutan.

Masalah bekalan eletrik yang sering kali terputus telah menyebabkan seribu masalah dan hampir RM100,000 kerugian dihadapi oleh ribuan penduduk Pulau Banggi.

Antara masalah ‘biasa’ yang pasti dihadapi penduduk pulau banggi bilamana bekalan elektrik terputus adalah seperti suasana panas di dalam rumah, kegelapan di malam hari, terdedah kepada gigitan nyamuk "denggi", keselamatan harta benda dan maruah diri juga terganggu, kerja tertangguh di pejabat dan banyak lagi "common problem" akan terjadi akibat daripada masalah ini yang sering berlaku, sekali sekala mungkin kami masih mampu bertahan menghadapinya, tapi dalam tempoh yang agak lama sehingga 21 hari (3-4 minggu), siapa yang boleh tahan?.

Dari sudut mata pandang penduduk yang menjalankan perniagaan pula, banyak kerugian terpaksa dipikul. Pengusaha restoran, kedai runcit, dan ramai lagi yang menjadi mangsa. Barangan seperti peti ais, frezer, ice cube machine, telivision dan yang sewaktu dengannya hampir kesemuanya rosak akibat masalah bekalan elektrik. Kos membaikinya pula adalah terlalu tinggi dek kerana mesin-mesin tersebut terpaksa dihantar ke Bandar kudat menggunakan kapal laut. Upah yang dibayar kepada tenaga mahir pun tidak kurang mahalnya. kadang-kadang kos kesemuanya sampai mencecah harga sebuah freezer atau peti ais yang baru.

Selain itu, dari segi sistem pembayaran bil elektrik di Pulau Bangi ini juga berbeza berbanding dibandar, dan perbezaan itu sangat membebani penduduk pulau ini. Bil elektrik hanya diperolehi paling cepat 3 bulan sekali dan kadang-kadang sehingga 6 bulan sekali. Seorang nelayan yang berpendapatan RM300 sebulan mungkin mampu untuk membayar bil elektrik bulanan yang purata penggunaannya hanya RM50 sebulan sahaja. Tetapi mampukah penduduk tadi membayar bil yang diberikan selepas 3 bulan iaitu RM150 atau lebih, (separuh daripada pendapatan), dan jumlah itu hendaklah dibayar dengan kadar segera sebelum bekalan elektrik diputuskan. Bayangkan pula bil untuk 6 bulan iaitu RM300, inilah yang dihadapi oleh penduduk di Pulau Banggi.

Lanjutan daripada itu, saya juga dimaklumkan bahawa kadar bil setiap Watt adalah berbeza mengikut jumlah terkumpul penggunaan. Contohnya 100 unit pertama berkadar RM 0.175 perunit iaitu RM17.50, dan 100 unit yang seterusnya RM0.185 perunit iaitu RM18.50 dan 300 unit dan seterusnya RM0.330 perunit.

Kesimpulanya, kadar ini akan terus meningkat mengikut jumlah unit yang terkumpul. Bayangkan berapa jumlah unit penggunaan elektrik untuk tempoh 3 bulan, jumlah bayarannya sudah pasti lebih tinggi daripada bil yang dikeluarkan sebulan sekali. Sistem ini adalah tidak adil dan sangat membebani ribuan penduduk Pulau Banggi yang puratanya berpendapatan lebih kurang RM350 sahaja sebulan. Bagaimana pula dengan status subsidi RM20 yang kerajaan berikan?

Kami penduduk Pulau Banggi, Kudat, Sabah sangat-sangat mengharapkan pihak-pihak terbabit seperti, SESB, Wakil Rakyat Parlimen dan DUN N1, Pejabat Daerah, JKKK dan pihak lain berkaitan dapat mengambil tindakan "SEGERA" untuk mengatasi konflik ini agar kami tidak lagi terus dibebani. Sekian, terima kasih.

Sodomi '2' : Tidak Jejaskan Sokongan Rakyat Terhadap Anwar

SR ada buat sedikit analisis atau kajian untuk meneliti pendapat serta pandangan beberapa orang ramai terutama sekali rakan-rakan laman social FB dan portal blog mengenai kes sodomi ‘2’ Datuk Seri Anwar Ibrahim atas dakwaan kes liwat ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan yang akan diputuskan pada 9 Januari 2012 tahun depan. Apa yang SR dapati, Anwar bakal dipenjarakan walaupun mereka mengakui, Anwar tidak bersalah.

Pendapat dan pandangan yang berbeza-beza, masa depan politik Anwar dikatakan sukar untuk diramalkan. Mereka tidak gembira hanya kerana kes liwat DSAI diumumkan bersalah pada tarikh tersebut. Apa yang penting bagi mereka, semua kena terima hakikat bahawa setiap manusia yang hidup di dunia ini ada jalan dan nasibnya yang tersendiri. Takdir seseorang itu ditentukan oleh Tuhan.

Pendapat lain, ada dua kemungkinan akan berlaku, katanya; Anwar didapati bersalah dan dipenjarakan demi survival politik individu untuk menyelamatkan kepentingan pihak-pihak tertentu walaupun imej kehakiman tercalar di mata dunia. Kedua, Datuk Seri Najib Razak tidak akan biarkan musuh politiknya terlepas begitu saja untuk menjelajah tanah air ini bagi memperjelaskan agenda Buku Jingga dan menuju ke Putera Jaya.

Modus operandi yang dikemukakan oleh kedua belah pihak antara Anwar dan Saiful juga menimbulkan berbagai polimek dikalangan masyarakat di Negara ini. Negara luar sekalipun tidak terkecuali memantau perjalanan politik yang berlaku di Malaysia, terutamanya Negara pelabur.

Secara peribadi, SR mempunyai pandangan yang berlainan dari rakan lain. Walaupun DSAI terlepas atau disabitkan bersalah dari dakwaan tersebut, sokongan ke atas beliau tidak akan berubah malahan bertambah atas ehsan keaiban yang beliau terima. SR berpendapat sebegitu kerana, sodomi ‘1’ telah menjelaskan semuanya. Anwar masih diterima oleh semua golongan lapisan masyarakat dan semakin mendapat sokongan, salah satu buktinya ialah bila beliau bertanding di Permatang Pauh.

Salah seorang pengiat FB, Hamdan Awg Antau berpendapat, Anwar umpama sebiji bola bila dihentak-hentak ke tempat keras pasti terus melantun, semakin dihentak semakin melantun tinggi demikian juga bila mana kita tekan sekuat munkin ke dalam air dan lepaskannya semakin terus meloncat ke atas. Justeru itu katanya, apalagi kalau seperti manusia yang sentiasa tertekan dan ditekan akan mencari jalan untuk tidak terus ditekan, hati-hati dengan manusia zaman mutakhir ini, dunia cuma di hujung jari tidak seperti di awal pra kemerdekaan.

Begitu juga pandangan saudara N A Rahman Rahman, Anwar ibarat bidalan hasil dari anjakan paradigma "Sesejuk air dipergunungan, sedingin air ditelaga, sehangat air di sungai dan air laut TETAP masin" renung-renungkanlah, katanya.

Fahmi Al-Edrus berpendapat sebaliknya, biarkanlah mereka bedua itu menjalani perbicaraan. Mahkamah dunia akan jatuhkan hukuman, mahkamah Allah S.W.T pula akan membuka segalanya pembohongan dan muslihat. Kita sepatutnya mendoakan keduanya, semoga mendapat keampunan dan keredhaan Allah S.W.T. Lagipun keduanya muslim dan apa yang pastinya sedikit sebanyak isu mereka ini samada benar atau tidak, telah meletakkan agama Islam begitu rendah di mata agama lain kerana keduanya mempunyai pegangan agama yang baik, tapi dibicarakan atas perkara yang sangat jijik. Semuanya akan berakhir dan kita tidak berhak meletakkan mereka dikedudukan apa selepas ini, wallahu a'lam.

Keputusan sodomi ‘2’ yang bakal diumumkan pada tarikh berkenaan tentu sekali sedikit sebanyak merubah suasana dan lanskap politik tanah air. Semuanya terjawab bila menjelangnya PRU13 nanti, rakyat akan menceritakan segala-galanya.


Saturday 24 December 2011

Kronologi Hidup Realiti dan Fantasi Anwar Ibrahim

Sodomi 'I' Anuar Ibrahim!! 
Hakim dipecat, antaranya Tun Salleh Abas.. Kenapa???

Mahathir telah mengakui Anuar Ibrahim tidak bersalah, hanya menzaliminya..

2004, Pak Lah telah bebaskan Anwar Ibrahim



Apa hal Mahathir reject Najib, Pak Lah dan Khairy?

Episod Sodomi '2' Anwar bergegar semula di zaman Najib!

Kenapa Saiful jumpa Najib zaman dia TPM?


Apakah Anwar terjerat atau dijerat?


Masa Tun Abdullah Perdana Menteri (2004), mahkamah persekutuan menggugurkan sabitan kes liwat terhadap Anwar sebab itu beliau dibebaskan. Era Najib, kes yang sama dibangkitkan. Paparan dan kronologi yang tiada jauh bezanya. Rakyat boleh berfikir sendiri. TV dan Radio hanya digunakan untuk mendengar lagu kadar hiburan mengusik jiwa, jauh sekali dengar dan tonton berita laporan semasa. Di dada media massa umpama Utusan Meloya bukan lagi sumber bacaan.. Rakyat sudah sedar dari lamunan.. 
  • Saiful bertemu Najib (ketika itu TPM) dan Rosmah pada 24 Jun 2008. Di mahkamah Pegawai Polis juga mengesahkan dan merekod kenyataan Rosmah. Jumpa untuk apa?
  • Selepas bertemu dengan semua musuh politik DSAI. Saiful membuat laporan polis pada 28 Jun 2008 mendakwa kononnya diliwat.
  • Sehari selepas itu saiful bertemu PKK SAC Rodwan Mohd Yusof (waktu itu TPJSJP, sekarang ini KP Melaka) di Hotel Melia KL di bilik no 619. Dia juga menghubungi KPN Musa Hassan melalui telefon. 
  • Dalam kes DSAI tahun1999, Rodwan memainkan peranan meletakkan DNA yang direka-reka pada tilam yang diusung ke mahkamah. Ini disahkan sendiri oleh kenyataan bersumpah Pegawai Polis yang menyiasat kes mata lebam DSAI iaitu Mat Zain Ibrahim. 
  • Pada hari yang sama Saiful ke Pusrawi untuk membuat pemeriksaan. Dr Osman Abdul Hamid setelah membuat ujian mengesahkan Saiful tidak diliwat. Perlu diingat, Dr Osman mencatatkan ada kesan tusukan plastik ke dalam jubur Saiful. 
  • Pada 16 Julai DSAI ditangkap dalam serbuan 15 anggota UTK bertopeng dan bermesingan seolah-olah Datuk seri Anwar seorang pengganas. 
  • Selepas ditangkap DSAI dimasukkan ke dalam lokap, Polis membekalkan DSAI dengan berus gigi, tuala dan air mineral. Pegawai penyiasat DSP Jude Periera kemudian mengambil semula semua barangan tersebut untuk mendapatkan DNA DSAI. 
  • Sampel yang diambil tadi disimpan selama 48 jam sebelum diserah kepada Jabatan Kimia. Satu tindakan yang melanggar peraturan ujian perubatan. 
  • Di dalam mahkamah ahli kimia berkata ada lebih dari 5 DNA di jubur Saiful. Apa ceritanya ini? 
  • Kenapa Dr Osman tidak dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah? 
  • Ketika dalam mahkamah tidak ada seorang pun Doktor atau Pakar Kimia mengesahkan adanya kesan air mani DSAI di badan Saiful.  
  • Keempat-empat Doktor mengesahkan tidak ada kesan tusukan di jubur Saiful.  
  • Dalam mahkamah didedahkan bahawa sampel ujian telah ada ditangan Polis pada 26 Jun sedangkan Saiful hanya diperiksa oleh Doktor pada 28 Jun. Ini menunjukkan sampel ujian telah direka lebih awal.  
  • Kenapa tuan kondo (tempat didakwa berlakunya liwat) tidak dipanggil untuk memberi keterangan? Sedangkan Polis telah menyoal siasat dan mengambil keterangan dari beliau.  
  • Terdapat 5 tetamu lain di kondo tersebut pada hari didakwa berlakunya liwat. Polis jugak mengambil keterangan dari kelima-limanya tetapi mengapa tidak dipanggil memberi keterangan di mahkamah?  
  • Di setiap bilik di kondo tersebut, ada CCTV. Kenapa CCTV tidak di bawa ke mahkamah? 
  • KENAPA??? Kerana kenyataan mereka akan membuktikan DSAI tidak bersalah. Kenyataan mereka dan kebenaran hakiki akan menggagalkan konspirasi jahat kerajaan UMNO/BN yang diketuai oleh Najib bagi memenjarakan Datuk Seri Anwar.
Alkisahnya!! 9 Januari 2012 adalah penentu. Jika DSAI disabitkan dengan pertuduhan, maka Regim Najib akan pasti menghadapi masalah besar. Jika kiranya pula DSAI dibebaskan dari pertuduhan, maka Regim terajuan UMNO ini akan menghadapi masalah yang lebih besar lagi. Lantak!!! kata penyokong Anwar.. Siapa suruh mulakan fitnah ini? Lu pikir laa sendiri. UMNO/BN menempah bala sendiri. Tahniah!! satu saham bagi Pakatan Rakyat. 

Jika DSAI dipenjara, akan ada gelombang reformasi yang lebih besar. Anak-anak yang dulunya masih kecil dalam lingkungan usia 10-15 tahun yang dibesarkan oleh ibubapa zaman reformasi yang menuntut pembebasan DSAI, kini anak-anak itu telah dewasa dalam lingkungan 25-29 tahun dengan semangat reformasi ibubapa mereka. Keadaan ini menambahkan bilangan pejuang reformasi, dan tsunami kali ini akan lebih hebat dari reformasi dahulu pada tahun 1998. Ibubapa yang menyertai reformasi 1998 ketika usia lingkungan 28-33 tahun, kini telah menjangkau usia 40-46 tahun. Dengan kematangan ini, mereka mampu mengegarkan ONE MALAYSIA.. 

Orang tak percaya Anwar liwat..

Friday 23 December 2011

Menteri Polis Diam Bila Polis Tumbuk Budak

Adam Adli, telah menerima ancaman ditumbuk oleh seorang anggota polis bernama Roslan Mokhtar ketika membuat laporan polis terhadap ugutan bunuh yang diterimanya di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman minggu lalu.

Dalam laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Adam menyatakan polis berkenaan cuba menumbuknya di hadapan anggota polis yang lain tanpa dihalang.

“Jadi keterangan hari ini diambil berdasarkan insiden tersebut dan kita akan lihat sama ada anggota polis yang terlibat ini akan ambil tindakan kerana ia begitu jelas bahawa terdapat ugutan dari pihak polis,” kata peguam yang mewakili Adam, Fadiah Nadwar.

Menurut peguam daripada “Lawyer for Liberty” ini lagi, demonstrasi yang dilakukan kumpulan mahasiswa daripada Solidariti Mahasiswa (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) itu tiada sebarang jenayah dilakukan, sebaliknya ini hanyalah satu pelanggaran norma masyarakat yang diterima masyarakat antarabangsa.

Menteri Polis (KDN) Hishamuddin Tun Hussein, terpaku seribu bahasa tanpa tindakan tentang hal demikian. Membendung gejala samseng dikalangan masyarakat kita memang payah dan sukar sekali, kerana anggota keselamatan yang diamanahkan menjaga keselamatan setiap anggota masyarakat itu sendiri yang melakukan perbuatan tersebut. Jangan fikir rakyat di negara ini buta, pekak, bisu dan tidak tahu menilai mana satu kaca dan mana permata. Siappppp!!! Tungguuuu PRU13 nanti.. Biar rakyat yang menghakimi semuanya..

Thursday 22 December 2011

Harap Mafia Dan Gangster Yang Tak Bertamadun Tidak Menguasai Negara : Dr Mohd Asri

Insiden berlaku terhadap gambar Najib yang diturunkan dari tiang bendera oleh seorang mahasiswa UPSI bernama Adam Adli menimbulkan berbagai polemik dikalangan pemimpin-pemimpin dan penyokong UMNO.


 Ekoran daripada fenomena tersebut, Pemuda UMNO PJ dengan angkuh mengeluarkan kenyataan hendak sepak terajang dan ludah muka Adam Adli. Kata-kata ini tidak bertamadun dan memalukan menurut Dr MAZA, dan beliau juga mengharapkan orang muda bangkit menolak puak-puak semacam ini, dalam komennya pada satu laman web Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). KLIK DI SINI.



Selepas itu, ia tidak berakhir di situ saja. Satu lagi delegasi dikalangan pemimpin dan penyokong UMNO dengan begitu lantang menyuarakan bantahan terhadap pihak pentadbiran UPSI. Namun Adam Adli tidak gentar dengan sebarang tindakan dan ancaman daripada pihak-pihak yang menyatakan tindakannya itu salah. Bagi mahasiswa yang menyokong dasar perjuangan pemansuhan Auku, tindakan ini adalah mesej yang hendak disampaikan kepada kerajaan UMNO (Barisan Nasional) di bawah pentadbiran Najib Razak yang selama ini bermain kayu tiga.


 Mari kita lihat perbezaannya!! Para mahasiswa seperti Adam Adli tidak membakar atau menconteng gambar Najib, cuma diturunkan seketika lebih kurang masa 5 minit, selepas itu dinaikkan semula tanpa kecacatan langsung, tidak seperti yang dilaporkan oleh para blogger upahan dan media pro UMNO/BN konon bendera gambar Najib diturunkan dan dipijak-pijak oleh para mahasiswa. Ini satu pembohongan dan adu domba pihak media dan blogger UMNO yang tidak bertanggungjawab dan tiada intergriti langsung.

 NAH!!! CUBA LIHAT GAMBAR DI BAWAH INI.. APAKAH INI SATU TINDAKAN BERTAMADUN ATAU BERAKHLAK MULIA DI SISI UMNO.. ADAKAH PIHAK PEMIMPIN ATAU PENYOKONG PAKATAN RAKYAT BUAT KENYATAAN LUDAH-LUDAH DAN TAMPAR-TAMPAR MUKA LEMBU-LEMBU UMNO INI YANG KENCING GAMBAR PEMIMPIN-PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT TERSEBUT???


Wednesday 21 December 2011

Sekolah Kebangsaan Tamau, Kota Belud : Janji Tinggal Janji, Bila Mahu Siap?

Masa demi masa, UMNO/BN melaungkan pembangunan infrastruktur. Hari demi hari dihitung, pembangunan mana yang dikatakan satu keutamaan itu. Minggu bersilih ganti putar belit sana sini, makin rakyat tidak mengerti. Dari bulan sabit ke bulan purnama begitu juga ceritanya, cakap tak serupa bikin makin berleluasa. Janji tinggal janji, saban tahun dari 1999 hinggalah 2012 kata bangunan baru SK Tamau boleh digunakan. TAPI!!! BILA???


Bangunan baru SK Tamau, Kota Belud, Sabah dijanjikan akan siap sepatutnya tahun 2009 lagi, tapi ditangguhkan pada tahun 2010. Budak-budak sekolah boleh menggunakan bangunan tersebut, hakikatnya ditangguhkan lagi pada tahun 2011. Begitu juga ceritanya, ditangguhkan lagi ke awal tahun Januari 2012 bangunan ini boleh digunakan oleh guru-guru, kakitangan dan pelajar. Realitinya SR bagi jaminan, bangunan ini tidak akan siap sepenuhnya 100%. Sekiranya bangunan ini digunakan juga oleh pelajar-pelajar SK Tamau pada buka sesi persekolahan awal tahun depan 2012, sudah tentu keselamatan pelajar-pelajar tidak terjamin.

 NAH!!! cuba lihat gambar terbaru di bawah ini atau, sesiapa pemimpin-pemimpin atau puak-puak UMNO/BN yang tidak puas hati dengan paparan ini. Sila! lawati sendiri bangunan SK Tamau, Kota Belud.





Salah siapa ini? Salah rakyat jugakah? 
YA!!! memang salah rakyat kerana salah pilih pemimpin dan parti.. UMNO/BN banyak cakap tak serupa bikin.. Banyak lagi paparan tentang lagenda bangunan SK Tamau ini yang akan dipaparkan nanti.. Tungguuuu!! episod akan datang..

Adam Adli Dapat Ugutan Bunuh Dari Gangster UMNO


Jika sekiranya sesuatu berlaku terhadap keselamatan pada diri seorang mahasiswa UPSI yang banyak menimbulkan polimek akhir-akhir ini, siapa yang harus dipertanggungjawabkan?. Kalau pun Adam Adli menyalahi undang-undang atau mana-mana peraturan yang termaktub dalam negara ini, kenapa sampai berlaku ugutan bunuh?. Atau, betul Gangster UMNO ini mengamalkan undang-undang sendiri direstui oleh pihak keselamatan yang telah pun lulus di Dewan Rakyat?.. Alahaiiii..

Mana letak undang-undang dan peraturan yang selama ini diwar-warkan adil, telus, berhemah, bersih, cekap dan amanah?. Kenapa penguatkuasa keselamatan biarkan Gangster UMNO melakukan ugutan seumpama demikian?. Hisyamuddin tak kan pekak, bisu, tuli, atau betullah dia ini hanya layak jadi menteri OKU sahaja. Rakyat makin muak dengan gelagat pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong UMNO sekarang ini.. Ala-ala samseng kampung hulu dusun..

Itu baru gambar Najib diturunkan, belum lagi diri Najib rakyat turunkan dia dari tahtanya di Putera Jaya. Apakah penyokong-penyokong atau gangster UMNO ini sanggup menerima hakikat sedemikian?..






Tuesday 20 December 2011

Iranun Boleh! Ada Bakat Dan Ketokohan, Namun Minda Masih Dijajah

Iranun adalah satu etnik yang tidak asing lagi dalam arena politik di negeri Sabah khasnya dan Malaysia amnya. Iranun tidak ketandusan pemimpin, siapa kata Iranun tidak berjaya menempatkan dirinya dalam arena politik atau mana-mana agensi kerajaan dan swasta. Dalam bidang perniagaan, Iranun sudah memperlihatkan dan menempatkan dirinya setanding dengan kaum-kaum lain yang berjaya dalam perniagaan. 

Orang lama dan baru, golongan profesional dan cendikiawan, petani dan nelayan, koprat atau peniaga, dan pendek kata semua golongan tahap peringkat kedudukkan dalam masyarakat Iranun. Seandainya semua golongan ini dapat berganding bahu dalam bidang apa sekali pun yang diceburi, Iranun tentu boleh bersaing dengan kaum-kaum atau bangsa lain yang telah maju.

SR mengajak saudara dan saudari mangapagari berfikir. Apakah tokoh-tokoh di bawah ini tidak layak membawa matlamat, misi dan visi Iranun ke persada yang lebih tinggi lagi?. Banyak lagi golongan-golongan profesional Iranun tidak tersenarai nun di luar sana yang tidak dapat SR paparkan di sini. Bayangkanlah jika kita seperti lidi, bila diikat tentu sekali susah hendak dipatah-patahkan. 

Jatuh menjatuh, cantas mencantas, buruk memburukkan orang lain, merendah-rendahkan kebolehan sahabat atau rakan dikalangan kita sendiri adalah bukan amalan dan budaya masyarakat Iranun. Ingat bagaimana nenek moyang kita terdahulu, sasaliu'a, tatabang'a, kakalimu'a, pun kiasusahan sangup pangutang it'tabang iran sa mangapagari yan. Imantu?.

Soal ideologi atau fahaman ketepikan. Janji kita dapat menempatkan diri dalam mana-mana bidang yang diceburi. Aturen yan ban su lulung yan. Pun nyakauma den sandungkuan, ayau ban makalipat sakiapunan yan. Pun su dik pakauma, tabangan. Kena ba ban ibpenggeled. Su sapuru gamiten yan su sakababaan, kena ba ebperudsu yan ban. Su sakababaan e tolak yan su sapuru, kena ba engamiten. Pun bu dik mausai agu magisa-isa maka, makaisa bu ambu su Iranun malekeb.

Su antuka agu iring'a Iranun, "Sumadakel pagumanan, su maitu ban pakaitu en".. Na! su iring'a man. Antua e'kiabulusan sa Mangdatu paganai? Kena nigeled sugubang iran sebab da den a'kasugu lumimas sagubang, langgun DATU!!! 


 En. Pinjaman Yasin

 Tan Sri Pandikar Amin

Datuk Almudin Kaida

Tuan Haji Akriah

En. Tadzul Radim

  
 Pn. Bahiwata Hj Mulia

  
 Pn. Hajjah Tunganai Hj Datu Alang

 En. Roslan Hj Mansur

 En. Razak Rakunman

Ir Awang Saleh Makmud

 Ir Datu Jamigul Datu Salin

 En. Milus Hj Abdul Wahab

 En. Rafli Haji Mansur

 Tn. Haji Jamil Atan

 Tn. Haji Khairan

 
 En. Roslin Kasan

 Tn. Haji Zainal Abidin Hj Ahmad

Tn. Haji Awang Laiman Hj Ikin

 Datu Matlan Datu Unjung


SIAPA TOKOH-TOKOH YANG TIDAK TERSENARAI ATAU TERPAPAR DI SINI JANGAN BERKECIL HATI ATAU MARAHKAN SAYA READY PULAK, SILA BERTENANG.. MANGAPAGARI TOLONG SAYA READY JUGA SENARAIKAN MANA-MANA GOLONGAN PROFESIONAL IRANUN YANG BOLEH MEMBANTU MASYARAKAT IRANUN..

BAGI KOMEN DAN CADANGAN.. MAKI-HAMUN SAYA READY PUN TAK APA.. JANJI MANGAPAGARI BAHAGIA HENDAKNYA..

Sunday 18 December 2011

Politik Adu Domba, Politik Bangkrap UMNO : Abdullah Sani

18 Disember 2011, Kota Belud: MP PKR Kuala Langat, YB Abdullah Sani dalam ucapannya pada ceramah umum Pakatan Rakyat semalam di Restoran Rasa Sayang Kota Belud, mengingatkan rakyat Sabah agar berhati-hati dengan api sintimen kaum dan agama yang ditiup kencang oleh pemimpin-pemimpin UMNO/BN.

UMNO/BN sudah ketandusan isu melainkan menjerat pemikiran rakyat dengan mainan politik kotor adu domba mereka, sana sini sintimen ditiup dengan kencang tanpa melihat apa akibat yang terjadi nanti tentang keharmonian dan kejahteraan kaum, katanya.

Bila berdepan orang cina, hudud dimainkan untuk menakut-nakutkan mereka bahawa PAS akan menzalimi orang-orang Cina di Negara ini. Dan, bila berhadapan dengan orang Melayu pula, sekiranya Pakatan Rakyat memerintah, hak orang Melayu akan hilang kerana DAP lebih berkuasa daripada PAS dan PKR dalam Pakatan Rakyat, katanya lagi.

Abdullah Sani melabelkan UMNO adalah parti rasis dan sudah bangkrap isu, sanggup berbuat apa sahaja demi survival politik mereka. Keharmonian dan perpaduan kaum dirobek hingga berlakunya perpecahan kaum dan berlakunya penghinaan agama di Negara ini agar kebencian akan lahir pada minda rakyat majmuk di Negara ini.

Turut sama memberi ceramah ialah Naib Presiden PAS, Haji Mahfuz Omar, Sallahuddin Ayub, Aminuddin Aling, Ustaz hj Awang Laiman, Ansari Abdullah dan Saudara Musli Oli yang popular dengan slogannya ‘Ni Kali La!!’.

Manakala, Sallahuddin Ayub telah memberi harapan dan janji kepada rakyat Sabah. Sekiranya Pakatan Rakyat menerajui pemerintahan Putera Jaya, dalam masa 100 hari, rakyat Sabah akan mendapat hak dengan kenaikkan royalty minyak dari 5% kepada 20%. Sabah juga akan diurus tadbir oleh pemimpin-pemimpin pribumi Sabah sendiri, katanya.

Dato’ Haji Mahfuz Omar juga menasihatkan rakyat di negeri ini supaya tidak terpengaruh dengan politik kotor UMNO/BN dengan menggunakan umpan bajet 2012. Sekarang ini UMNO/BN sibuk mengagihkan duit rakyat BR1M RM500. Jangan sampai rakyat termakan umpan yang di dalamnya ada tersembunyi sebiji kail yang membolehkan rakyat merana seumur hidup jika tertelan sekali. Rakyat hanya mendapat hak dengan nilai RM500 setahun, tapi pemimpin-pemimpin UMNO/BN menelan duit rakyat dengan nilai yang berjuta-juta, tambahnya lagi.

YB Dato' Hj Mahfuz Hj Omar juga telah merasmian Pejabat PAS Kawasan Kota Belud Pada jam 2 petang di Pekan Kota Belud, sambil menyerahkan dana PR kepada YDP PAS Kota Belud, Ustaz Mustakim Aling sambil disaksikan oleh Setiausaha Agung PAS Negeri, Ustaz Hj Awang Laiman Hj Ikin.

Saturday 17 December 2011

Kelembaban Anggota JKKK dan Ketua Kampung : Siapa Yang Harus Dipertanggunjawabkan?

Hakikatnya, komposisi masyarakat desa di Sabah sudah jauh berubah kerana latar pendidikan dan ekonomi yang semakin meningkat. Adalah malang sekali jika latar belakang pendidikan anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Ketua Kampung sendiri yang kurang menyerlah hingga menyebabkan kredibiliti mereka di kaca mata masyarakat kurang diberi perhatian. Lantas itu, anggota-anggota ini bukanlah sumber maklumat yang boleh diberi kredibiliti oleh masyarakat.

Melihat fenomena ini, suatu kriteria yang standard perlu diguna pakai dalam proses pemilihan keanggotaan JKKK dan Ketua Kampung. Kelayakan akademik, pengalaman dan kepakaran seseorang itu perlu dijadikan kayu ukur penilaian kelayakan memegang tanggungjawab tersebut, bukan tangkap muat caranya.

Di sesetengah tempat di Sabah ini, JKKK dan Ketua Kampung sekadar digerakkan oleh individu yang mahu menghabiskan masa lapang mereka atau sebagai pengisi masa persaraan, atau sebagai saluran kedua mengasah bakat kepemimpinan politik. Yang jelas sekali, kebanyakkan anggota dilantik ini terdiri dari ketua-ketua cawangan parti dan yang aktif dalam politik.

JKKK dan Ketua Kampung, pada dasarnya ialah jentera kerajaan yang paling penting di peringkat akar umbi. Anggota ini adalah penggerak pembangunan dan kemajuan sesebuah kampung, walaupun secara praktisnya mereka ini kekal sebagai badan sukarela yang ditadbirkan secara separuh masa.

Sungguhpun tidak dinafikan terdapat beberapa JKKK dan Ketua Kampung yang berjaya mengemudi program pembangunan di kampung-kampung mereka, lantas setiap penduduk tersebut telah menerima kredit atas kejayaan berkenaan. Sebenarnya, masih banyak lagi JKKK dan Ketua Kampung yang lesu mengurus pembangunan di kampung masing-masing, dan tanpa perlu memikul bebanan liability sebagai akibat kelembaban mereka.

Rasanya bukan SR seorang saja yang memikirkan hal ini, mungkin banyak lagi di luar sana mengakuinya bahawa untuk melaksanakan setiap program melalui kerajaan memang suatu tugas yang agak rumit. Tetapi, dengan pendekatan baru dan rombakan dalam JKKK dan Ketua Kampung, setiap program kerajaan itu tentu sekali dapat diurus tadbir secara professional sepenuh masa oleh individu yang berkelayakan. Dengan rombakan seumpama ini sebagai akibatnya, penduduk kehidupan luar Bandar dijangka akan meningkat, sekali gus mengurangkan jurang pendapatan mereka dengan orang lain yang telah maju. 

Secara tuntas, komunikasi antara JKKK dan Ketua Kampung dengan masyarakat masih menjadi halangan utama dalam usaha memasyarakatkan dasar-dasar yang di bawa oleh kerajaan. Halangan ini kemungkinan berpunca daripada ketidakupayaan dua anggota ini menyebarkan maklumat atau boleh juga berpunca daripada kekurangan pengetahuan yang tidak diakui oleh ahli-ahli JKKK dan Ketua Kampung itu sendiri. Keadaan menjadi lebih menekan dan rumit lagi jika cara gaya kepimpinan JKKK dan Ketua Kampung itu lebih bersifat kumpulan eksklusif yang melaksanakan program-program kerana agenda-agenda tertentu.

Bagi menggerakkan JKKK dan Ketua Kampung dalam gerakan yang lebih berupaya dan perkasa, ia memerlukan tindakan dan program perubahan serta reformasi yang drastic. Hakikatnya, kerajaan negeri dan pihak politikus yang mencanangkan mereka-mereka ini seharusnya melatih dan memotivasi anggota JKKK dan Ketua Kampung untuk merealisasikan dan menjayakan setiap program-program kerajaan bagi kesejahteraan dan kemakmuran serta kerharmonian setiap penduduk kampung tanpa terselit sesuatu agenda tertentu. Matlamat kita ialah ingin melahirkan anggota JKKK dan Ketua Kampung yang bertindak secara professional dan telus serta mempunyai akauntabiliti penuh atas semua tindakan mereka. 

Cuba lihat realitinya sekarang ini, SR bukan menuding jari mana-mana pihak atau merendah-rendahkan kebolehan sesiapa. Ada mata tengok-tengok, ada telinga tolong dengar-dengar dan ada akal cuba fikir baik-baik tanpa emosi. Sama-sama kita perbaiki dua anggota ini, jangan sampai orang lain tertawakan kita melihat keadaan dan tanggungjawab dua anggota yang mewakili kampung kita di mana-mana jemputan dan program nun di luar sana.

Sabah Dapat Kouta 4500 Tan Metrik Subsidi Minyak Sawit, Sebahagiannya Disalahgunakan.

Sejak kebelakangan ini, semakin banyak isu-isu yang dipaparkan tentang penyelewengan dan ketirisan yang berlaku di dalam kerajaan UMNO/BN. Lain lagi halnya dengan kritikan keras dari mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir yang sering kali bersuara lantang menyuarakan pandangan terhadap isu-isu krisis dalaman kerajaan di bawah terajuan Najib Razak. Beliau berharap krisis yang melanda dalam kepimpinan Najib ini dapat diselesaikan dengan baik seperti isu NFC, Shahrizat Abdul Jalil contohnya.

Petang semalam, SR telah dihubungi oleh seorang rakan yang beria-ia sungguh memohon kouta pasaran tempatan minyak sawit bersubsidi. Beliau (namanya ingin dirahsiakan) melahirkan rasa dukacitanya dengan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, di bawah kuasa menteri Tan Sri Bernard Dompok yang telah menolak permohonan beliau. Semua syarat telah dipenuhi, katanya.

Sabah mempunyai kouta subsidi minyak sawit sebanyak 4500 tan metric sebulan dalam pasaran tempatan. Dimaklumkan, hanya 1000 lebih tan metric sahaja telah diberikan kepada syarikat-syarikat tertentu, katanya lagi. 

Isu ini agak menarik, lalu SR menyelongkar kes tersebut dengan mendapatkan maklumat dan sumber-sumber tepat dari pihak-pihak yang berkaitan. Apa yang SR dapati antaranya, suatu ketika dahulu Syarikat Alonto telah mendapat kouta 300 tan metrik, tetapi telah menyalahgunakan kouta tersebut dengan memasarkannya ke luar Negara di Filipina. Sedangkan subsidi minyak sawit ini hanya untuk pasaran tempatan sahaja bagi memenuhi keperluan pengguna.

Setelah didapati Syarikat Alonto menyalahgunakannya, maka kouta tersebut telah ditarik balik. Namun, kouta itu telah diberikan pula dengan begitu mudah sekali kepada Syarikat Permata beralamat di Jalan Bundusan, Penampang, Sabah yang dimiliki oleh penama Koh Bong Seng, seorang taukeh cina.

Syarikat Permata tidak mempunyai sebarang peralatan pembungkusan malah memasarkan atau mengedarkannya kepada syarikat-syarikat tertentu, sedangan ia adalah pasaran bagi keperluan pengguna. Bila SR menghubungi PORLA (Palm Oil Registration and Licensing Authority), tindakan seumpama Syarikat Permata ini memang menyalahi undang-undang perlesenan dan peraturan kementerian.

Persoalannya di sini, siapakah taukeh cina tersebut?. Apakah pihak kementerian tidak maklum akan hal berkenaan?. Kenapa syarikat-syarikat berkeupayaan tidak diberi peluang?. Kenapa sering saja berlaku catuan minyak masak di negeri ini?. Kenapa Syarikat Permata begitu mudah sekali mendapatkan kouta tersebut?. Atau, taukeh itu adalah proksi pihak-pihak tertentu. Jawabanya cari sendiri, tepuk dada tanya selera. 

Industri minyak sawit adalah penyumbang besar kepada pembangunan pesat ekonomi negara. Pada tahun 2008 sahaja, Malaysia mengeluarkan 17.7 juta tan metric minyak sawit mentah dan mengeksport keluaran minyak sawit bernilai RM65.2 bilion.

Wednesday 14 December 2011

Bagaimana Cara Diagihkan? : Borang BR1M Tiada Ruangan No Akaun Pemohon

Sebelum ini pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat didakwa telah memainkan isu atau mempolitikkan pengagihan BR1M RM500.00 kepada rakyat yang berpendapatan kasar bulanan RM3,000.00 dan ke bawah.

Bagaimana pula kerajaan UMNO/BN boleh menafikan andaian atau tanggapan Pakatan Rakyat bahawa BR1M tiada agenda politik?

Dari 10 Disember yang lalu, dalam borang yang diedarkan didapati tiada ruangan No. Akaun Pemohon sepertimana cara pengagihan e-Kasih sebelum ini dan, bagaimana cara pengagihan duit rakyat ini dilaksanakan secara adil dan telus?

Apakah ia diagihkan secara TUNAI kepada pemohon yang layak dengan tidak memilih bulu? Polimek yang harus dijawab oleh kerajaan UMNO/BN kerana BR1M termaktub dalam bajet 2012 yang telah diluluskan di dewan rakyat. 

Jika benar tanggapan dan andaian ini diagihkan secara TUNAI maka, bagaimana ia diagihkan, di mana diagihkan, siapa yang mengagihkannya, bila diagihkan dan apa rasionalnya diagihkan secara TUNAI? 

Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat ihsan tanpa menunjuk-nunjuk, serta memberi kesejahteraan kepada seluruh umat tanpa apa-apa yang tersirat disebalik segala pemberian. Islam yang telah menjadi latarbelakang budaya dan cara hidup, amalan demokrasi di Negara ini sewajarnya telus dan tulen untuk memperkasakan ketuanan rakyat. Keadilan ekonomi dan pengagihan kekayaan dapat dilestarikan untuk kemakmuran dan kepentingan rakyat jelata. Sesungguhnya tangan di atas itu lebih baik dari tangan-tangan di bawah.

Allah s.w.t. telah berfirman dalam Surah Al-Nahl ayat 90 – 91 yang maksudnya;

“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya”. (Al-Nahl – 90).

“Dan sempurnakanlah pesanan-pesanan dan perintah-perintah Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu merombak (mencabuli) sumpah kamu sesudah kamu menguatkannya (dengan nama Allah), sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai Penjamin kebaikan kamu; sesungguhnya Allah sedia mengetahui akan apa yang kamu lakukan”. (Al-Nahl – 91).

Tuesday 13 December 2011

3M (Mahathir, Marina, Mukhriz) : Berbeza Watak

Sikap Marina Mahathir, anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap golongan gay yang dizahirkan ekoran tentangan terhadap Seksualiti Merdeka baru-baru ini bukan sesuatu yang mengejutkan. 

Malah, pernyataan sikap Marina menjelaskan satu realiti elit Melayu yang terbina hasil dominasi politik parti etnonasionalis UMNO. Aktivis liberal yang juga pengulas sosio-politik ini dalam penulisannya telah memperlihatkan pandangan yang jauh lebih liberal sejak awal lagi, ketika aktivis liberal lain masih berhati-hati.

Beliau menerbitkan buku himpunan tulisannya In Liberal Doses pada 1998, sekitar masa bermula perjuangan golongan liberal dengan lebih terbuka dan agresif. Sebagai anak pemimpin yang berpengaruh, Marina dengan berani mengutarakan pelbagai pandangan yang jelas sifat liberalnya, termasuk yang menyasarkan parti UMNO terutama sekali pemerintahan Najib berhubung satu skandal pemimpinnya. 

Perbezaan sikap dan pandangan dunia Marina dengan parti bapanya telah kelihatan sejak awal. Mahathir agresif melahirkan sikap anti-Barat, meliputi isu politik hingga kepada perang budaya, tetapi Marina yang berpendirian liberal dan mesra dengan Barat menunjukkan sikap berbeza. Marina, hasil kedudukannya dalam elit kuasa yang dibina dari parti konservatif UMNO, kini dapat menjalani kehidupannya seperti dilihat kini.

Marina memperjuangkan agenda liberal termasuk kebebasan gay dan memperlihatkan sokongan kepada agenda reformasi pilihan raya Bersih 2.0, yang kewujudannya sebahagian besar dapat dikaitkan dengan amalan pemerintah sejak pemerintahan bapanya. 

Watak-watak yang berbeza, Mahathir lebih kepada perwatakan berani dengan membidas kepimpinan dalaman UMNO. Anaknya Marina, membawa watak yang liberal dengan lebih terbuka dan agresif. Manakala Mukhriz anak lelaki Mahathir lebih suka ambil sikap berdiam diri. 

Bagaimana masyarakat melihat imej Tun Mahathir di kala ini, yang sering menjadi rujukan sebahagian dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO. Bolehkah UMNO diselamatkan dari gelombang tsunami? sedang Mahathir di singgahsana tengah syok bersandiwara dengan lakonnya, manakala anaknya Mukhriz adalah pelakon tambahan sebagai pembantu hero filem bertajuk 'UMNO', Najib Razak. Kalau bapa borek, anak mesti rintik.. macam filem hindi ba ini.. hehehe..