Tuesday 8 May 2012

Salam TG Nik Aziz Kepada Majlis Fatwa Kebangsaan

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir Mohamad ketika berucap pada program Bicara Negarawan bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad bertajuk “Cabaran Umat Islam Masakini: Persepsi dan Realiti” di Terangganu khamis lalu berkata, “Rakyat di Negara ini perlu lebih rasional agar tidak terus diperbodohkan dan diperalatkan oleh pemimpin pembangkang yang tergamak menghalalkan demonstrasi ganas demi kepentingan dan cita-cita mereka untuk merebut kuasa”.

Katanya lagi, jika rakyat terus menerus terpedaya dengan usaha pembangkang itu, beliau menjelaskan mereka (rakyat) sebenarnya turut sama bersubahat kerana perbuatan sedemikian bercanggah dengan ajaran agama. “saya harap rakyat tidak mudah diperalatkan oleh orang lain,” tambahnya dan menekankan perbuatan keji seperti rusuhan bercanggah dengan ajaran agama.

Sebaik kenyataan itu, Majlis Fatwa Kebangsaan telah memfatwakan bahwa BERSIH 3.0 adalah HARAM kerana dengan niat ingin menumbangkan kerajaan yang sah melalui himpunan. Sedangkan BERSIH hanya menyenaraikan tuntutan pilihanraya bersih dan adil. Sedangkan menuntut pilihanraya yang bersih dan adil itu adalah wajib.

Lalu Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang didakwa kapir oleh sesetengah pihak telah memberi salam hormatnya kepada Majlis Fatwa Kebangsaan dengan katanya, “Jangan berjalan sebelah kaki, nanti pincang mengatur langkah”.

“Andai himpunan di Gua Musang dan RTC, Kota Baharu ketika kedatangan Perdana Menteri baru-baru ini ke Kelantan dihalang dan disembur dengan air, tidak mustahil ia turut menjadi huru-hara”, kata TG Nik Aziz lagi.

Menteri Besar Kelantan itu juga mendakwa, sekiranya BERSIH berhimpun dianggap haram, apa pulak hukum perhimpunan Presiden UMNO di Gua Musang dan RTC baru-baru ini yang jelas bertujuan mengajak rakyat menukar atau menumbangkan kerajaan Kelantan?.

Najib Razak yang meraung bagai singa kelaparan ketika itu di Gua Musang juga berkata bahawa himpunan BERSIH 3.0 itu adalah bertujuan ingin menumbangkan kerajaan UMNO Barisan Nasional. Najib seolah seperti seekor salmon yang menongkah arus deras menuju kehabitatnya. Beliau tidak mampu mengikut arus, kerana takut akan hanyut ke muara di bawa arus dan akhirnya lemas sendiri.

Ekoran daripada himpunan BERSIH 3.0 itu, berbagai-bagai imej keaiban pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dipaparkan oleh manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab. Antaranya Anwar dan Azmin Ali, terutama sekali Ambiga termasuk TG Nik Aziz yang terkena percikan tohmahan.  

Jika benar Azmin derhaka dengan ibunya, bagaimana pula kita lihat Marina Mahathir yang jelas bersekongkol dengan Ambiga kepala BERSIH yang di fatwakan haram, menurut Majlis Fatwa Kebangsaan?.

Apakah Marina tidak derhaka dengan kedua orang tuanya kerana ingkar dengan arahan bapanya yang jelas-jelas melibatkan diri dalam himpunan haram. Justeru itu, apa pula kata Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah terhadap anak mereka bernama Marina binti Mahathir?.

5 comments:

  1. Rasanya rakyat sendiri tahu macam mana membuat penilaian yang terbaik mengenai isu ini.

    ReplyDelete
  2. rakyat sendiri nampak bagaimana perhimpunan bersih berlangsung, jadi nilailah sendiri ia wajar atau tidak.

    ReplyDelete
  3. Thankfully the Bersih 3.0 rallly in KK was peaceful and without any unwanted incidents occurred throughout the two-hour gathering despite thousands of supporters showing up.

    It has been proven that without the interference of the police tear gas, and the participant had maintain peace and order. A heartfelt gratitude is long due to the law enforcement as well as authorities here in KK for not interfering with the fundamental rights of Sabahan to voice their concerns and views.

    BERSIH Sabah has the full support of DBKK and the KK PDRM to gather at Padang Merdeka on April 28th.

    A representative of DBKK informed BERSIH Sabah that they are planning a public programme on the same day with positive messaging such as, “Say No To Drugs”. When asked whether BERSIH Sabah and its supporters could attend the
    programme, DBKK affirmed so, and welcomes the public.

    DBKK has accepted the offer by BERSIH Sabah and Himpunan Hijau to carry out “gotong-royong” after the event, as to ensure the place is cleaned. BERSIH Sabah has also offered to promote the DBKK awareness campaign this Saturday, April 28th, and has offered to provide input in their programme, such as Sabahan indigenous dance performances.

    Durin the rally , there was no chaos: Businesses are not affected. In fact coffee shops have more customers. Apart from that, the transportation business also benefited.

    This has proven that chaos was not intended, as and violence is not the way of life of Sabahan: The Sabahans that had participated the event had expressed their worries as well as the concerns relating the issues that has been highlighted in the past few years in a dignified manner. The same can't be said to the participants of similar rally in KL.

    The Sabah authorities have been exemplary in their cooperation, and BERSIH Sabah commends KK PDRM and DBKK for their integrity and support.

    ReplyDelete
  4. Betul juga apa yang dikatakan. Seperti sekarng PAS terpaksa menghalalkan apa yang tidak sepatutnya. Seperti Anwar menyokong Isreal tapi PAS tetap menyokong Anwar. Sedangkan yang kita tahu PAS adalah parti yang 100% menentang Isreal. Apa sudah jadi dengan PAS??

    ReplyDelete
  5. KOTA BHARU – Beberapa penyokong tegar Pas di kawasan Parlimen in melahirkan rasa kecewa mereka terhadap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana sanggup menaja perhimpunan ganas, Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

    Malah perbuatan ganas penyokong pakatan pembangkang dan peserta Bersih membelasah polis pada perhimpunan itu menjadi perbualan hangat penyokong-penyokong tegar terbabit di kedai kopi di bandar ini.

    Bagi mereka tindakan itu tidak akan berlaku sekiranya pemimpin pembangkang seperti Nik Aziz dan Anwar Ibrahim tidak mengapi-apikan serta menaja orang ramai untuk berkelakuan sedemikian.

    Awang Lah, 60, ketika ditemui khabarkotabharu.com melahirkan rasa kecewanya terhadap Nik Aziz kerana sanggup melakukan apa sahaja termasuk mencederakan anggota penguatkuasa demi mencapai cita-cita politik mereka.

    “Apa yang kita dapat daripada perhimpunan ini, Islam sama Islam bergaduh, rakyat bertelagah, untuk apa semua ini. Kita hanya mahukan kehidupan yang aman.

    “Benar kita berpolitik tetapi bukan sampai kita mengadaikan keamanan negara, kita mahukan kehidupan yang aman, kita tidak mahu menjadi seperti Mesir dan negara-negara lain yang sehingga hari ini tidak aman,” katanya.

    Sementera itu, seorang lagi penyokong setia Pas, Mohamad Yusof berkata, negara ini telah dibina dengan baik dan tidak perlu dihancurkan semata-mata untuk mencapai kepentingan politik.

    “Berkempen dalam pilihan raya, saya percaya rakyat akan dapat menilai baik buruk perjuangan kita (Pas), lihat di Kelantan kita sudah memerintah selama 20 tahun.

    “Merusuh seperti ini akan hanya merugikan parti (Pas), rakyat akan merasa benci kerana kita menimbukkan kekacauan dengan memusnahkan harta benda mereka.

    “Saya menyeru kepada Tok Guru (Nik Aziz) supaya berhenti beri wang untuk musnahkan negara lebih baik wang itu digunakan untuk menyelesaikan masalah air di negeri ini,” katanya.

    Tambahnya, menimbulkan huru hara adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan tidak selari sama sekali dengan perjuangan Pas.

    Read more: http://www.khabarkotabharu.com/penyokong-pas-kecewa-nik-aziz-taja-rusuhan-bersih/#ixzz1vqbRntCG

    ReplyDelete