Tuesday 6 December 2011

Isu Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) Kampung Rampayan, Kerajaan Tidak Terbabit : Musa Aman Putar Belit Menipu Rakyat


SR ingin merungkai kembali isu tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) Kampung Rampayan, Kota Belud yang selama ini diperjuangkan oleh sekumpulan penentang yang lebih dikenali sebagai jawatankuasa bertindak ‘Tuntutan Tanah Warisan Rampayan’ (TTWR). Kumpulan ini diketuai oleh Srikandi TTWR, Puan Bahiwata Amin Haji Mulia adik kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia. 

Menurut Musa Aman, kes ini kononnya hanyalah isu yang ditimbulkan oleh pembangkang untuk meraih sokongan rakyat. Musa telah menafikan bahawa, tanah adat terbabit adalah isu pihak yang tidak bertanggungjawab kerana menuduh pihak kerajaan ‘menggadai’ 480 hektar tanah NCR kepada syarikat swasta bagi perancangan membina hotel bertaraf lima bintang. Yang jelas mereka (pembangkang) mahu menipu, katanya. 

Jika betul Musa Aman telah membuat kenyataan tersebut maka, siapakah yang beliau maksudkan penipu itu?. Pembangkang ke atau kumpulan TTWR yang penipu atau dia sendiri penipu?. Bagaimana Musa begitu mudah sekali untuk menafikan kenyataan ahli Parlimen Kota Belud, yang telah memberikan penjelasan mengenai apa yang didakwa oleh TTWR tersebut dalam portal blognya mpkotabelud.blogspot bertarikh  9 Ogos 2011 yang lalu.

Datuk Abdul Rahman telah menyangkal dakwaan kononnya beliau terbabit dalam perebutan tanah warisan (adat) di kawasannya. Ada penduduk Kampung Rampayan Ulu/Laut menuduh beliau "menggadai" 1,200 ekar tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) kepada sebuah syarikat swasta selepas berjanji membantu mereka menyelesaikan isu berkenaan.

Selepas itu, satu kenyataan berani daripada Datuk Abdul Rahman telah memeranjatkan semua pihak terutama sekali jawatankuasa TTWR. Di dada akhbar arus perdana beliau memberikan kenyataan secara terbuka bahawa tanah tersebut bukan tanah warisan (adat), ia adalah tanah kerajaan. Maknanya, jawatankuasa TTWR tiada hak terhadap tanah berkenaan. Ini bererti, tanah tersebut sekarang dalam proses kelulusan. Bagaimana Musa begitu senang sekali memperbodoh-bodohkan rakyat.  
 
Menurut wakil Jawatankuasa bertindak Akim Salleh dalam Free Malaysia Today bahawa Kinsa Mewah Sdn Bhd, telah  mengambil tanah di Kampung Rampayan Ulu/Laut seluas 1,200 hektar dengan sokongan MP Kota Belud. Menurut Akim yang di petik dari rontogdaily.com bertarikh 7 Ogos 2011 yang lalu. Mereka telah menerima surat daripada SUHAKAM bahawa siasatan akan dilakukan bagi mempertahankan hak penduduk Kampung Rampayan.
Rujukan : Petikan dalam Blog MIK atau, KLIK DI SINI
Ditanya mengenai isu-isu yang dijangka dimainkan pembangkang pada PRU13, Musa berkata, antaranya mungkin soal royalti minyak di Sabah dan isu tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).
Pernah pegawai negeri di Sabah didakwa kononnya terbabit dalam perebutan tanah adat di Kampung Rampayan Ulu, Kota Belud. Dikatakan ada pihak tidak bertanggungjawab telah menuduh pihak kerajaan ‘menggadai’ 480 hektar tanah NCR kepada syarikat swasta bagi perancangan membina hotel bertaraf lima bintang. Yang jelas mereka (pembangkang) mahu menipu. [Rencana Utusan Online]
Betullah pihak kerajaan tidak terbabit, tapi siapa yang meluluskannya kepada Syarikat Swasta berkenaan (Kinsa Mewah Sdn Bhd)?. Dan, siapa yang boleh membatalkan permohonan tanah tersebut kalau bukan kerajaan?. Musa kena jawab ini.

Menurut Musa lagi dalam blog ini, pelbagai usaha pembasmian kemiskinan secara agresif dan skim bantuan kepada rakyat telah dijalankan. Program yang dilaksanakan merangkumi pelbagai aspek sosio ekonomi antaranya projek di bawah Koridor Pembangunan Sabah (SDC), Agropolitan dan projek Mini Estet Sejahtera (Mesej). Ia bertujuan meningkatkan pendapatan rakyat miskin dan memperbaiki taraf hidup mereka.

Yang peliknya! Dalam indeks kemiskinan, Sabah antara negeri paling miskin di Malaysia, kenapa?. Musa kena juga jawab yang ini, supaya rakyat dapat memahami apa yang telah berlaku sebenarnya. Kata-kata manis sering saja diungkapkan, yang jelas rakyat makin muak dengan janji palsu dan lakonan pemimpin-pemimpin UMNO/BN sekarang.

No comments:

Post a Comment