Saturday 10 December 2011

Debat royalti, otonomi dan 20 perkara Sabah: Musli cabar Rahman Dahlan.



Yang di-Pertua Perkasa Sabah, Saudara Musli Oli yang baru-baru ini telah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), mencabar Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan untuk berdebat berkenaan isu-isu yang melibatkan hak-hak Sabah seperti royalty, otonomi dan 20 perkara.

“Isunya ialah ‘central government’ yang tidak dipenuhi janjinya seperti termaktub dalam memo 20 Perkara yang Britian luluskan dalam parlimennnya dan dijadikan perjanjian Malaysia pada 7 Julai 1963 di London. Kita bukan benci Malaya (Semenanjung Malaysia) tetapi, kita hanya menuntut hak kita dan PKR berjanji pulihkan hak Sabah. UMNO tidak pernah berjanji perkara ini”, katanya, dirujuk dalam wall ruangan laman sosial facebook beliau.

Saudara Musli mencabar Datuk Rahman, ekoran kenyataannya menerusi wall @mpkotabelud yang tertulis seperti berikut; “Saya pelik juga, dia bilang UMNO itu parti ‘Malaya’ dan menjajah Sabah. Jadi PKR dari mana? Planet Of The Apes? Confirm salah masuk parti ni”. Siapakah yang Datuk Rahman maksudkan, tentu sekali saudara Musli yang salah masuk parti. 

Di wall @mpkotabelud juga terpapar menyatakan, 'Ahli Parlimen Kota Belud, Abd Rahman Dahlan dilihat sebagai wakil rakyat UMNO yang berani untuk ‘engage’ penyokong lawan di media sosial dalam hampir semua isu!'. Jika benar kenyataan ini maka, Rahman tiada alasan lagi untuk menolak cabaran debat yang dianjurkan oleh saudara Musli.

“Dia (Rahman) boleh membuat pilihan atau tentukan di mana tempat, tarikh dan masa di Kota Belud, Kota Kinabalu atau di Kuala Lumpur”, kata Musli dengan tegas.

Sebagai rakyat Sabah SR bangga, dengan hasrat saudara Musli yang telah memperjelaskan perjuangannya selama ini kenapa beliau menyertai PKR. Pejuangan beliau sekarang jelas, iaitu ingin mempertahankan hak-hak Sabah berhubung isu royalty, otonomi dan 20 perkara. Beliau memiliki asas yang kukuh tentang isu berkenaan.

Manakala Datuk Rahman pula dilihat, lebih mempertahankan penguasaan UMNO di Sabah yang selama ini gagal membangunkan dan mengembalikan hak-hak negeri ini selama berkuasa. 

Wakil-wakil rakyat UMNO di Sabah sebelum ini dan sekarang hanya seperti lembu di cucuk hidung. Isu-isu seumpama yang diperjuangkan oleh saudara Musli Oli seharusnya menjadi agenda utama kepada mereka, sebaliknya tidak berlaku. Malah, Sabah semakin jadi papa kedana antara negeri termiskin di Malaysia.  

Jika kita tuntas secara menyeluruh, saudara Musli tentu sekali akan berhadapan dengan pencatur politik di Negara ini. Namun demikian, Musli dibelakangnya adalah rakyat yang mahukan hak-hak Sabah dikembalikan seperti mana peraturan yang temaktub dalam pembentukan Malaysia 1963. 

Sebagai rakyat marhaen, SR menyokong perjuangan saudara Musli Oli. Perjuangan beliau amat jelas sekali, selama ini dituduh sebagai utusan Datuk Salleh dan hanya sekadar mencari kepentingan peribadi. Tidak salah beliau mendapatkan haknya, SR melihat perjuangan Musli berjalan dengan sehala bersama-sama kepentingan sejagat, rakyat Sabah khususnya. 

Yang lain bagaimana? Hanya berapi-api bercakap di kedai kopi, tak ubah seperti melukut di tepi gantang. Sampai bila ingin jadi YES BOS!

1 comment:

  1. Kedai Kopipun boleh menjadi tempat perdebatan. Yang penting kupasan dapat diterima seorang dua yang akan bawa isu tersebut menjaja pada setiap kedai kopi yang ia singgahi....

    ReplyDelete