Saturday 3 December 2011

Yang di-Pertua Perkasa Sabah Menyertai Pakatan Rakyat : Musli Oli


KOTA BELUD, SABAH: Sempena program perjumpaan bersama rakyat Datuk Seri Anuar Ibrahim kelmarin dengan masyarakat Kota Belud di dewan Serbaguna Chung Hwa, Yang di-Pertua Perkasa Sabah Saudara Musli Oli yang juga seorang ahli blogger terkenal tanahair, yang banyak menulis dan menerbitkan buku-buku politik di negara ini telah mengistiharkan diri untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Saudara Musli Oli adalah anak jati Kota Belud yang memiliki pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam dunia politik. Menurut beliau, penyertaan ke dalam Pakatan Rakyat kelmarin, itu dibuat atas dasar kesedaran dan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah.

“Prinsip perjuangan asal saya tidak berubah tetapi bahtera yang saya ikuti dahulu tidak sampai kepada matlamat asal perjuangan, seperti mana  kehendak majority rakyat. Maka saya berhijrah kerana perjuangan dan prinsip untuk kepentingan semua pihak terutamanya rakyat sekitar daerah Kota Belud khususnya dan Sabah amnya”, katanya lagi.

SR berpandangan, beliau berjuang bersama Pakatan Rakyat adalah untuk menentang penyelewangan, salah guna kuasa, rasuah dan sebagainya yang sudah menjadi barah dalam pentadbiran kerajaan UMNO/Barisan Nasional.

Sebagai rakan perjuangan, SR melahirkan rasa syukur dan terharu di atas pendirian saudara Musli Oli menyertai Pakatan Rakyat. Sebelum ini, SR pernah berdebat dengan beliau di laman social Facebook, bermula di situlah SR mengeruni beliau. Beliau pantas menjawab semua persoalan yang dibangkitkan dengan berbekalkan kepekaan maklumat dan ilmu pengetahuan yang ada pada beliau. 

Sebagai seorang professional dengan pengalaman yang luas dalam dunia politik, beliau tentu sekali akan mewarnai politik Sabah menjelangnya PRU13 nanti. Welcome to Pakatan Rakyat abang MO..

1 comment:

  1. tahniah abang MO..doa mengiringi langkah perjuangan ini..moga diberkati Illahi..Ini kali lah!

    ReplyDelete