Friday 30 December 2011

68% Penduduk Sabah di Bawah Paras Garis Kemiskinan : Jais Asri

Paras Garis Kemiskinan (PGK) Sabah ialah rakyat yang berpendapatan RM960.00 sebulan. Lebih kurang 68% penduduk Sabah berada di bawah PGK, kata En. Jais Asri, Penolong Pengarah Kanan, Unit Bantuan Sosial, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am, pada satu Majlis Sejenak Bersama Media di Ming Garden Hotel & Residences, Kota Kinabalu.

Seramai 720 ribu orang penerima bantuan dan tertinggi di Malaysia. 278 ribu orang daripada 3 juta penduduk Sabah berusia 60 tahun dan ke atas, 47 ribu daripadanya adalah penerima bantuan. JPKA menerima 20 kes sehari secara purata di 31 daerah atau 620 orang sehari. Hanya 3 ribu yang dapat diproses dalam masa sebulan. Kekurangan kakitangan adalah salah satu factor dan punca kelewatan, Utusan Borneo – 30 Dis 2011.

Sabah adalah sebuah negeri yang paling kaya, jika dihitung dari hasil buminya di Malaysia. Menurut statistic yang diberikan oleh JPKA itu, ia sudah jelas dan terang sekali menceritakan segala-segalanya kepada rakyat Sabah. Tapi, masih ada rakyat Sabah yang tidak sedar-sedar lagi akan kerakusan dan nafsu buas segelintir pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang rakyat beri amanah kepada mereka untuk mengurus tadbir negeri ini.

Bagaimana pemimpin-pemimpin UMNO/BN begitu angkuh dan bongkak sekali, konon merekalah yang paling berkeupayaan dan berkemampuan mentadbir negeri Sabah?. Tiada yang terbaik selain UMNO dan Barisan Nasional, walhal semakin hari semakin terhakis dan dikikis hasil bumi negeri ini.

Mari kita susuri data dan fakta rakyat miskin di negeri ini yang hidup dimamah kedaifan dan hampir putus harapan menatang kerajaan sekarang, kerana melihat kenyataan demi kenyataan tentang kehebatan dan kesejahteraan sebahagian pemimpinnya. Rakyat yang menikmati hidup sebagai warganegara dan pribumi dengan kelebihan berada di negeri yang kaya dan kemewahan ini, hanya mampu menanti dan menunggu setiap masa disisipkan peruntukkan tanpa perancangan.

Orang miskin merasa dirinya tersisih berada ditengah-tengah kemewahan ini. Pertanyaan rutin dalam hatinya, “Siapakah yang peduli kami?”. Tiada yang peduli. Kerajaan dan pemimpinnya memang ada yang peduli, tapi ada yang hanya sebagai volunteer mencari keuntungan dengan menggunakan data-data kemiskinan. Mereka  hanya  mengejar projek melalui program  pembasmian kemiskinan yang nyata  kurang memberi manfaat  secara nyata bagi rakyat miskin yang benar-benar memerlukan.

Siapa yang mampu mengawal emosinya, mengendalikan akalnya dan menimbang segalanya dengan adil dan benar, maka ia akan mudah melihat keadilan dan kebenaran, mengetahui petunjuk dan memutuskan sesuatu dengan adil dan benar. Renungkanlah nasib ANDA di bawah pentadbiran kerajaan UMNO (BARISAN NASIONAL).

2 comments:

  1. Rupanya kita negeri paling banyak menerima bantuan di Malaysia iaitu sebanyak 72,000 orang. Kita punya banyak sumber hasil seperti minyak dan gas, kayu balak, kelapa sawit, getah, koko dan lain-lain berbanding negeri lain.
    Pihak kerajaan kena buat kajian terperinci mengapa ia terjadi dan mencari jalan untuk mengatasinya. Jangan hanya pemimpin kita yang kaya raya denag rumah dan kereta besar dan cara hidup mewah sedang rakyat miskin dan memjadi papa.
    Kita rakyat kena sedar dan minta para pemimpin untuk ubah dan bantu kita bagaimana menambah pendapatan bukan hanya sogok wang semasa Pilihanraya. Kita mahu sumber pendapatan beterusan.

    ReplyDelete
  2. Lebih jahat kerajaan hari ini dari penjajah British yg menjadikan North Borneo "Crown Colony" pada 1947!!!

    ReplyDelete