Thursday 24 July 2014

Bina Jalan Guna Dana Sendiri Walaupun Ada Kelulusan Pada RMK7

Bukti kemasukan UMNO ke Sabah yang tidak membawa apa-apa perubahan dan kemajuan pada infrastrukturnya.. Janji banyak, tapi hingga kini masih belum dilangsaikan.. Kenapa perlu lagi beri sokongan kepada parti pemerintah yang kerjanya hanya menipu dan membohongi rakyat ini?..

KOTA KINABALU: Setelah menunggu lebih daripada 10 tahun untuk jalan berturap yang dijanjikan dan akhirnya sia-sia, penduduk tujuh komuniti terpencil luar bandar di sini akhirnya memutuskan untuk membina jalan dengan dana yang dikumpul mereka sendiri.

Maklin Masiu yang bercakap bagi pihak penduduk kampung berkata bahawa projek menaiktaraf jalan ke kampung-kampung yang terjejas telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh pada tahun 1999 tetapi projek itu telah ditinggalkan selepas hanya beberapa kilometer dibina.

Namun demikian, usaha penduduk meneruskan pembinaan jalan tersebut mengalami kesukaran setelah dua minggu ia bermula, kekurangan tenaga kerja dan masalah kekangan wang mulai terasa.

“Kemajuan kerja adalah lebih perlahan daripada apa yang direncanakan kerana kekangan kewangan. Ini kerana kita bergantung sepenuhnya kepada hasil kutipan dari pintu ke pintu untuk wang diesel,” katanya.

Beliau merayu kepada rakyat yang prihatin untuk menyumbang ke arah membantu penduduk di tujuh buah kampung ini bagi mendapatkan ‘jalan impian’ mereka.

Menurut beliau, penduduk kampung daripada Kampung Mandamai, Kampung Konon, Kampung Perupok, Kampung Dowokon, Kampung Pinapak, Kampung Maliau Pusat dan Kampung Maliau Layung telah menubuhkan jawatankuasa dan memulakan kutipan dana dari pintu ke pintu untuk pembinaan jalan itu.

Penduduk kampung dari tujuh komuniti luar bandar yang kebanyakannya petani, telah menyumbangkan apa mereka miliki kepada dana untuk pembinaan jalan raya berkenaan. Mereka juga bernasib baik kerana menerima bantuan daripada penyumbang-penyumbang yang menyediakan mesin dan peralatan untuk membantu pembinaan jalan raya.

Berjalan kaki atau guna pengangkutan sungai.

Pada masa ini, beliau berkata dana yang terkumpul sekarang hanya cukup untuk tiga kampung iaitu Mandamai, Konon dan Perupok, walaupun rancangan sedang dibuat untuk mengutip lebih dana untuk melanjutkan projek ini yang dianggarkan sekitar RM 80,000.

Apabila pembinaan jalan selesai, Maklin berkata ia akan memberi manfaat kepada 3,500 orang daripada masyarakat Kimaragang, Sonsogon dan Rungusdan Tombonuo yang kini terpaksa berjalan kaki atau menggunakan pengangkutan sungai untuk mendapatkan bekalan dari Pitas.

“Pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pitas II juga akan mendapat manfaat daripada jalan yang dibina dan ia juga akan dapat menyediakan penduduk kampung dengan akses yang lebih baik untuk ke klinik kesihatan dan hospital,” kata Maklin.

p/s: Jika anda mahu menderma sila salurkan di BSN 1210029853254064 - Maklin Masiau.(HP: 019-8325591)..