Tuesday 31 July 2012

ZALIM..!! Sepasang Suami Isteri Dera Anak Hingga Pengsan

SR hanya share sekadar renungan..!


ALLAH HUAKHBAR..!! ADA JUGA MANUSIA YG BERHATI BINATANG, SANGGUP BUAT ANAK DARAH DAGING SENDIRI MACAM INI..

LINK => Era Pasca

Sepasang suami isteri dari Bandar Sri Permaisuri, Cheras, di sini, bukan saja sanggup mendera anak mereka hingga pengsan, malah turut membiarkan anaknya itu yang berusia empat tahun bersendirian di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), pagi kelmarin.

Bagaimanapun, kanak-kanak lelaki itu yang menunggu rawatan di unit kecemasan gagal diselamatkan doktor dan disahkan meninggal dunia pada jam 6.15 pagi.

Sumber polis berkata, dalam kejadian itu, sepasang suami isteri yang tinggal berdekatan PPUKM menghantar seorang kanak-kanak lelaki dipercayai anak mereka ke unit kecemasan.

“Beberapa minit kemudian, ibu bapa kanak-kanak itu keluar sebelum menaiki sebuah kereta yang sedia menunggu mereka di pekarangan PPUKM dan melarikan diri,” katanya.

Doktor yang merawat mangsa membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan.

Sila share menunjukan anda benci kekejaman terhadap kanak-kanak.

Non Muslim Bicara Fahamkan HUDUD, Muslim Pulak Yang Tak Faham HUDUD


Tidakkah kita merasa malu mengaku seorang muslim, sekiranya kita sendiri orang muslim yang mempertikaikan kesahihan hukum ALLAH SWT?.. SR rasa amat kesal sekali bila mana orang Islam itu sendiri tidak menyakini HUDUD. SR bisa memerhatikan sahaja dan hanya mampu mengikuti perbahasan sesama muslim membicarakan HUDUD pada satu ruangan halaman rakan Facebook SR.. Kelu, tanpa dapat berkata-kata.


Kenapa SR rasa kesal?.. Sebabnya ialah, bila mana muslim itu sendiri mempersoalkan hukum Allah SWT yakni HUDUD, “Jika jenayah itu dilakukan bersama oleh orang Islam dan bukan Islam apabila tertangkap dan terbukti bersalah maka orang Islam itu akan hilang tangan dan orang kafir itu akan akan merengkok dalam penjara untuk beberapa tahun melalui undang-undang sivil. Nah, dimana keadilan Islam?”, kata Zulkefli Mohamad..

Seorang non muslim, Mark Kok Wah pulak telah memberikan pandangannya tentang Hudud seolah-olah dia lebih tahu daripada orang muslim, katanya;

“Jika Hukum Hudud kata jangan mencuri nanti tangan jadi kudung, maka baik jangan mencuri. Simple, right? Dah ada niat nak mencuri, bila dah kena tangkap baru rasa tak adil sebab kawan kamu yang bukan Islam mendapat hukuman sivil? Jangan buat dosa dan fitnah kan lebih baik? Selamat berpuasa dan minta maaf jika hujah peribadi saya tidak sedap didengari mereka”.

PELIK BIN AJAIB..!! Non Muslim lebih berkeyakinan dengan keadilan dan kesesuaian Hukum Hudud dari Orang Muslim.. Apakah ini yang dikatakan 'Dunia Akhir Zaman'..?? 


Sunday 29 July 2012

Mesej Awal Kepada Najib, Sabah Bukan Fixed Deposit UMNO/BN


29 Julai 2012 : Kehadiran ribuan rakyat Sabah semasa pengisytiharan gerakan Angkatan Perubahan Sabah atau Sabah Reform Front bertemakan ‘Hala Tuju Perjuangan Politik’ adalah petanda dan mesej awal kepada Datuk Seri Najib bahwa Sabah bukanlah ‘Fixed Deposit’ UMNO Barisan Nasional.

Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Bumburing kelmarin telah mengumumkan keluar parti itu. UPKO adalah merupakan satu daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) Sabah. Beliau turut mengumumkan penubuhan Angkatan Perubahan Sabah.

Pengumuman itu dibuat dalam satu majlis yang dihadiri oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Tuaran, Sabah kelmarin. Bumburing berkata beliau bersama beberapa pemimpin akar umbi UPKO yang lain telah menyerahkan surat peletakan jawatan itu kepada ibu pejabat parti berkenaan minggu lepas setelah mengambil kira semua faktor, "Saya dengan ini mengumumkan keluar BN", katanya.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sesi jelajah ceramah (Merdeka Rakyat) dan lawatannya ke Sabah itu juga telah mengumumkan kepada seluruh rakyat di negeri ini, khususnya kepada seluruh rakyat Malaysia dalam ucapannya dengan berkata;

"Tuaran telah membuat kejutan awal. Datuk Najib jangan bimbang lepas pilihan raya nanti, kami akan angkat kamu sebagai Ketua Pembangkang Parlimen!"..

Di akhir ucapan beliau, DS Anwar bersama-sama ribuan rakyat yang hadir telah menyanyikan sebaris lagu untuk meraikan Datuk Wilfred Bumburing dengan senikatanya; “Madu di tangan kanan mu, PAKATAN.. Racun di tangan kiri mu, BN.. Aku da tahu, mana satu pilihanku”, sambil disahut dengan tepukan gemuruh..


Saturday 28 July 2012

Dicerca dan dihina hanya kerana tinggalkan UMNO : Janang Gayuh buat UMNO seperti 'Kera Kena Belacan'

Yang Dipertua (PBBS) Janang Gayuh, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin, hampir di setiap sudut dilontarkan berbagai tohmahan buruk terhadap beliau. 'Janang Gayuh' dicerca, dimaki dan dihina sebegitu rupa oleh puak-puak UMNO hanya kerana tinggalkan UMNO/BN. Lajim dikatakan akan menyertai Pakatan Rakyat.

Puak-puak UMNO ini mendakwa, tindakan Lajim meninggalkan UMNO adalah satu tindakan paling biadap, jahat, kotor serta keji dan inilah tindakan yang paling tidak bermaruah serta beradab dalam sejarah politik tanahair yang dipamerkan oleh beliau sekaligus membuktikan bahawa beliaulah pembelot parti yang paling hina kalau mahu dibandingkan dengan beberapa nama sebelum ini. Kalau puak-puak UMNO memaki orang, hebat sungguh! sebab mereka di didik begitu.

Tohmahan itu ditimbulkan bilamana teka-teki yang selama ini menjadi tanda tanya kepada penyokong Lajim sendiri dan UMNO Barisan Nasional telah terjawab. Menurut maklumat yang diberikan, Lazim telah pun menghantar jemputan kepada rakan-rakan beliau untuk hadir ke 'Majlis Berbuka Puasa' di rumah kediamannya di Beaufort, Sabah. Turut hadir ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 29 Julai 2012.

Kenapa puak-puak UMNO begitu takut dan marah sangat dengan 'Janang Gayuh' yang keluar daripada UMNO..?? Puak ini juga yang sendirinya bagi jawaban bahawa, konon Lajim keluar daripada UMNO adalah kerana keyakinan beliau sendiri yang UMNO dan Barisan Nasional akan kalah dalam PRU13 nanti bukan sahaja di Sabah, malahan diseluruh Malaysia.

Puak-puak ini tak tahu dan faham agaknya, sebab telah dibutakan oleh gula-gula UMNO/BN yang perkara itu ada kebenaranya. UMNO dan Barisan Nasional ini akan kalah, takkan itu pun di bagitahu. Janang Gayuh Lajim ini lebih banyak tahu daripada puak-puak ini. Sejauh mana kekuatan UMNO/BN menghadapi PRU13?. Lajim tahulah sebab beliau adalah orang terpenting parti dalam kerajaan UMNO/BN sebelum ini. Faham sudah kamu wahai puak-puak UMNO?. Bangunlah kamu dari lamunan 'Najib Tepati Janji' yang kamu tatang seharian itu. Siapa Najib @ Rosmah, semua janji mereka itu adalah retorik semata-mata..


Puak-puak UMNO Barisan Nasional semacam tidak mahu menerima hakikat kekalahan pulak. Sekiranya mereka terima hakikat kekalahan, sudah tentu mereka memahami dasar-dasar dan perlembagaan negara ini yang mengamalkan demokrasi. Setiap rakyat ada hak dan pilihan sendiri, sekiranya mereka fikir Pakatan Rakyat itulah yang terbaik dan memang pun terbukti terbaik berbanding Barisan Nasional sebelum ini. Apa salahnya dan di mana silapnya mereka buat pilihan sendiri..?? Lima tahun saja, bukan lama pun. Tak elok tukar balik, bukan susah pun. Kalau berkira sangat dengan 5 tahun, cubalah bandingkan dengan 55 tahun UMNO memerintah Malaysia..??

Puak ini menganggap pemimpin-pemimpin Barisan Nasional itu semacam Tuhan yang perlu di sujud serta di minta ampun dan maaf. Apakah Najib dan Musa Aman itu langsung tidak pernah melakukan dosa pada Tuhan yang mereka sembah dan tidak pernah bersalah terhadap setiap rakyat mereka pimpin..??
Cuba tuan-tuan baca kenyataan puak UMNO di bawah ini.. WOW!!! Betapa ceteknya mentaliti mereka sehinggakan Lajim diminta untuk sujud dan disuruh minta ampun kepada Najib dan Musa sekiranya ingin kembali kepada UMNO/BN yang akan rakyat kuburkan sedikit masa lagi. Satu sen yang Najib Razak dan Musa Aman makan itu adalah DUIT RAKYAT!!! Kalau bukan rakyat, siapa Najib dan Musa..?? Rakyat perlu bangkit sekarang dan, TUKARRR!!!.. 'Daripada Ketuanan Melayu Kepada Ketuanan Rakyat'.
 Surat Jemputan Majlis Janang Gayuh..

Wednesday 25 July 2012

TG Nik Aziz Ulas Isu Syurga - Neraka

 Siri 1

 Siri 2

 

Siri 3

Siri 4

 Siri 5

 Siri 6

Siri 7

Siri 8

Siri 9

Siri 10

Friday 20 July 2012

LEBIH SETENGAH ABAD UMNO MEMIMPIN KERAJAAN, APA YANG DIA BUAT UNTUK MELAYU?


55 tahun, atau lebih setengah abad usia UMNO memimpin kerajaan Malaysia sebagai peneraju kuasa politik di negara ini. Pelbagai dasar telah dirancang dan dilaksanakan, namun Melayu dan Bumiputera masih juga ketinggalan dalam bidang ekonomi. Malahan, Melayu dan Bumiputra di Sabah dan Sarawak terkial-kial atau tercari-cari di manakah arah tuju ekonomi yang mantap dan mampan, serta merata ke segenap arah pola kehidupan mereka.

Majoriti masyarakat Melayu dan Bumiputra di negara ini masih lagi mengekalkan bentuk ekonomi tradisional yang sinonim dengan ekonomi sara diri, 'kais pagi, makan pagi'. Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah dasar dan asas utama serta gagasan yang diperkenalkan oleh Tun Razak untuk tujuan memperjuangkan ekonomi orang-orang Melayu dan Bumiputera. Namun hakikatnya sehingga kini, hanya 22% sahaja yang berjaya dicapai daripada target sebenar 30%.

Persoalan yang perlu dijawab oleh semua pemimpin-pemimpin UMNO, ke mana perginya rancangan Buku Hijau, dan bagaimana kesudahan cerita Koperasi Rakyat?. Apakah semua itu hanya satu catatan lipatan sejarah dan lagenda yang gagal memperjuangkan ekonomi masyarakat Melayu dan Bumiputra?, yang terus diselubungi kemiskinan.

Ditambah lagi dengan kehidupan rakyat yang semakin dibebani dengan harga barangan keperluan asas yang kian meningkat dari tahun ke setahun. Hasil-hasil jualan pertanian yang menjadi sumber utama masyarakat Melayu dan bumiputera seperti padi tidak berganjak, harga masih lagi ditakuk lama, RM0.75 sen. Dan, nelayan-nelayan pesisir pantai juga telah jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan masyarakat lain khususnya di negeri Sabah ini.

Fenomena ini makin berterusan sehingga menghampiri untuk mencecah waktu ke tahun sasaran wawasan 2020. Apakah rakyat masih tidak sedar dan dapat menghitung hari-hari kemerdekaan?. 55 tahun telah meninggalkan tarikh keramat kemerdekaan negara kita, hanya tiga orang Melayu yang tercatat dalam 'Malaysia Book of Records' terkaya daripada 12 orang paling kaya di Malaysia, yang selebihnya itu ialah kaum Cina dan India. Itu Melayu, Cina dan India, bagaimana dengan kaum-kaum lain?.

Mengikut statistik terbaru yang dikeluarkan oleh kerajaan tentang 'pegangan ekuiti bumiputera' (sumber) dalam pasaran modal kini mencecah 22% berbanding sasaran 30%. Bumiputera adalah penduduk majoriti Malaysia tetapi ketinggalan dalam bidang ekonomi. Majoriti pegangan ekuiti 22% adalah dari agensi bumiputera yang diuruskan oleh kerajaan seperti PNB dan Tabung Haji. Jika diharapkan pegangan individu, entah berapa peratuslah agaknya.

Ertinya, Bumiputera bukanlah pemilik sebenar terhadap ekuiti 22% itu, tetapi dimiliki oleh syarikat separa kerajaan seperti PNB dan Tabunghaji. Pelaburlah yang mendapat keuntungan sepenuhnya, rakyat hanya dapat mengharapkan hasil cukai yang belum tentu sampai kepada mereka.

Ia amat berbeda sekali dengan syarikat-syarikat bukan Bumiputera yang berjaya mengurus tadbir sebuah syarikat individu sehingga memiliki harta berbilion ringgit. Misalnya Robert Kuok, yang memiliki RM50.04 bilion, T. Ananda Krishnan, dan beberapa lagi tokoh-tokoh koprat bukan dikalangan Melayu dan Bumiputera.

Senarai tokoh-tokoh ahli perniagaan terkaya di Malaysia

BIL
INDIVIDU/SYARIKAT
BANGSA
NILAI HARTA (RM/BILION)
1.
Robert Kuok
Cina
50.04
2.
T. Ananda Krishnan
India
45.78
3.
The Hong Piow
Cina
12.77
4.
Lee Shin Cheng
Cina
12.74
5.
Lim Kok Thay
Cina
10.89
6.
Quek Leng Chan
Cina
10.75
7.
Syed Mokhtar Albukhary
Melayu
8.84
8.
Puan Sri Lee Kim Hua
Cina
7.43
9.
Tan Sri Tiong Hiew King
Cina
4.77
10.
Ong Bee Seng
Cina
3.98
11.
Azman Hashim
Melayu
3.93
12.
Mokhzani Mahathir
Melayu
1.6 


Melihat data di atas, maka jelas kepada kita sebagai masyarakat Melayu dan Bumiputera bahawa segala dasar-dasar dan perancangan kerajaan UMNO/BN selama 55 tahun memerintah gagal meletakkan penguasaan Melayu dan Bumiputera terhadap ekonomi. Melayu hanya menikmati kehidupan sekadar boleh hidup dan tidaklah meminta-minta. Sedangkan sasaran awal adalah melahirkan seberapa ramai masyarakat Melayu dan Bumiputera yang berjaya dalam bidang ekonomi.

Kita juga perlu sedar bahwa, Masyarakat Melayu dan Bumiputera itu adalah penduduk yang paling ramai bilangannya dalam kuasa belian di negara ini. Potensi yang ada pada masyarakat Melayu dan Bumiputera itugagal dimanafaatkan dan tidak dapat diurus tadbir dengan baik. Kaum bukan Bumiputera dilihat lebih berjaya mengurus ekonomi mereka sendiri.

Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, Tan Sri Azman Hashim dan Datuk Mokhzani adalah usahawan Melayu yang tersenarai di kalangan kelompok usahawan Cina dan India paling kaya di Malaysia. TS Syed Mokhtar Albukhary adalah usahawan yang kekal sebagai individu Melayu paling kaya dengan jumlah aset RM6.01 billion (2010) kepada RM8.84 billion (2011) dan meningkat kepada RM9.53 Billion pada tahun 2012.

SR pernah difahamkan. Ada juga orang Melayu dan Bumiputera yang kaya raya di Malaysia ini, tetapi tidak dapat disenaraikan kerana tidak memiliki satu pun jenis perniagaan yang boleh ditunjukkan. Nak tahu..?? Carilah sendiri, semua atas angin.. on the table..

Beberapa contoh syarikat-syarikat agensi yang dikendalikan oleh kerajaan atas dasar Bumiputera dan bukan dimiliki oleh seorang Bumiputera yang mempunyai nilai aset berbilion ringgit Malaysia;
1. Permodalan Nasional Berhad (PNB)
2. Lembaga Tabung Haji
3. Felda
4. Felcra
5. Risda
6. Petronas
7. KWSP
Syarikat-syarikat ini telah dikuasai oleh sebahagian golongan-golongan tertentu yang terdiri daripada ahli-alhi politik dikalangan pemimpin UMNO/BN, yang berselindung disebalik jawatan Pengerusi Eksekutif, Pengerusi Lembaga Pengarah atau dalam bentuk pelbagai jawatan demi kepentingan peribadi. Berbeda sekali dengan bukan Bumiputera, yang membangunkan sebuah syarikat hinggalah berjaya sepenuhnya.

Apa yang jelas dan sedia pun kita ketahui sebelum ini bahwa, para pemimpin UMNO berjenamakan 'Melayu' telah mengambil kesempatan sepenuhnya terhadap peluang-peluang ekonomi yang mereka rancang sendiri untuk membantu orang Melayu dengan menggunakan kroni bukan Melayu untuk mengabui mata orang-orang Melayu agar mereka tak kelihatan memihak kepada bukan Melayu. Lihatlah bagaimana Tun Dr. Mahathir lindungi Eric Chia, yang begitu mudah sekali terlepas dalam kes kerugian Perwaja.

Ada mata tu pandang-pandang la.. kalau tak nampak di malam gelap gelita, pakai la lampu picit.. habis bateri jangan susah hati sebab ada BULAN..hehehe..

KERETA NASIONAL 'PROTON PREVE' TAK BERKUALITI..!! Sudahlah Mahal, Dimalukan Lagi

Kita kekadangnya terlalu bangga dengan apa yang kita perolehi, walhal tak sehebat mana pun. Sebagai rakyat yang cintakan negara ini, saya cukup bangga dengan sebahagian kejayaan Malaysia, terutama sekali penyertaan negara dalam industri automotif.

Sejak penubuhan Proton pada tahun 1985, Malaysia telah berjaya membangunkan keupayaan industri automotif yang bersepadu merangkumi rekaan tempatan dan keupayaan rekabentuk, operasi pengeluaran berskala penuh dan penyertaan tempatan yang meluas dalam pembekalan komponen.

Kerajaan sebelum ini percaya bahawa, Dasar Automotif Nasional akan menjadi langkah utama dalam memacu transformasi sektor automotif tempatan kepada sektor yang mapan, kompetitif dan berdaya tahan, untuk faedah semua perserta industri, pengguna dan ekonomi Malaysia.

Namun akhirnya, kereta nasional 'Proton Preve' (Buatan Malaysia) yang dikatakan produk terbaik Proton setakat ini, telah dimalukan oleh rakyat Malaysia sendiri. Seorang mekanik di pusat servis Proton, dengan sendirinya mengakui bahwa produk keluaran baru 'Proton Preve' memang tidak berkualiti.

Sewaktu SR melayari laman sosial facebook, terbaca satu kenyataan yang sewajarnya diberikan perhatian oleh pihak Proton dan kerajaan Malaysia khususnya. Menurut Hazrul Syazwan, atas rasa tanggungjawabnya terhadap produk kebanggaan rakyat ini, beliau telah membuat tinjauan sendiri dan menceritakan keadaan sebenar.


SR sempat kongsikan kenyataan Hazrul Syazwan seperti berikut di bawah, untuk tatapan kita semua rakyat Malaysia:-

16hb Julai


Saya terlihat gambar ini (gambar di atas) yang dikongsi oleh seorang sahabat FB saya, maka saya rasa bertanggungjawab menceritakan apa yang saya sendiri tengok, perhati dan kecewa, sebab saya tidak mahu lebih ramai yang kecewa disebabkan pelaburan yang sangat merugikan. Kerana harga kereta ini agak mahal.

Ya, memang betul, benar dan tepat tanpa sebarang keraguan bahawa Proton Preve memang TIADA KUALITI. Kerana saya sendiri tengok ahli keluarga saya yang telah membelinya, tidak sampai seminggu, saya ulang, TIDAK SAMPAI SEMINGGU, minyak hitamnya bocor sehingga basah timing belt dan sangat2 berisiko tinggi jika kerosakan itu tidak dikesan lebih awal kerana jika timing belt yang dibasahi dengan minyak hitam itu putus ketika memandu maka pasti lebih banyak kerosakan teruk akan berlaku [ini menurut kata mekanik di pusat servis Proton sendiri].

Manakala, kepala gear tangan selalu tercabut, ianya plastik, dan SETELAH DIGANTI DENGAN YANG BARU, perkara sama tetap berulang, ianya masih tercabut walaupun kita sudah terlalu lembut menolaknya setiap kali menukar gear. Dan selepas memandu, untuk menukar kepada gear P sebelum enjin dimatikan, kerap kali tersekat, puas dicuba namun masih tidak berjaya, sehingga ada ketikanya perlu masuk ke gear Reverse dahulu dan menggerakkan kereta ke belakang sedikit, maka barulah gear boleh ditukar kepada Parking. Masalah gear ini sudah dirujuk ke pusat servis, namun tidak lama selepas itu ianya berulang semula.

Dan saya kenal sangat sikap pemilik kereta ini, ianya memang prihatin soal keretanya dan beliau seorang yang berhemah, namun ANDA PERLU INGAT, berhemah macam mana pun anda, jika anda diberi seekor kuda yang sudah tempang, lututnya bengkak, matanya buta sebelah dan bermacam masalah kesihatan yang lain, kuda itu tetap memberi anda banyak masalah, bukannya kepantasan dan kepuasan.
Oleh: Hazrul Syazwan

Manakala sebelum ini, menurut kenyataan Pengarah Urusan Kumpulan PROTON Holdings Bhd, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata nama baru model itu, yang sebelum ini dikenali dengan nama kod P3-21A bermaksud bukti atau sudah terbukti kepada dunia bahawa PROTON mampu mengeluar kereta yang memenuhi spesifikasi ketat global.
“Kami mahu menjadi pembuat kereta global dengan penampilan global, pemikiran global dan yang nyata memerlukan nama yang menunjukkan tahap syarikat itu hari ini dan ke mana arah tujunya di peringkat dunia. “Oleh itu, kami memilih nama PREVE, yang juga untuk mengetengahkan syarikat itu selepas 27 tahun berada dalam industri automotif,” katanya ketika sidang media.
Media juga diberikan peluang untuk menguji pandu kereta baru itu sejauh 156 kilometer. Syed Zainal Abidin berkata PREVE mampu menjana keuntungan yang lebih tinggi dengan julat harga antara RM62,000-RM75,000, bergantung kepada versi.

PROTON memberi perhatian terhadap ciri keselamatan termasuk mengukuhkan badan kereta, kelajuan dan penggunaan minyak, aksesori selain sistem pengendalian dalam membangunkan kereta global.

Sumber : Bernama Malaysia - April 4, 2012

Sumber lain yang boleh juga dijadikan rujukan KLIK => Preve Review? Enjin Bocor & GPS Rosak Selepas Sebulan? Apa Kata Pemilik Sebenar Proton Preve?

Thursday 19 July 2012

Pok Yo Cerai Mok Yam Bukan Alasan Perbezaan Fahaman Politik

Media pro UMNO/BN pernah melaporkan penceraian di antara Pak Yo dengan Mok Yam atau nama sebenarnya Che Hasnah Che Ahmad, 61 kerana fahaman politik.

Selepas Harakahdaily, Sinar Harian menemubual sendiri Yahya Ibrahim (Pok Yo) 78, bagi mengetahui kesah sebenar, kata Pok Yo kepada Sinar Harian.

"Saya berkahwin dengannya, ketika dia masih lagi aktif dalam politik, maka tidak timbul perbezaan fahaman, sehingga berlakunya perceraian ini".

Di bawah ini temubual antara media dan Pok Yo.

Bolehkah Pok Yo terangkan apa sebenarnya berlaku?

Yahya: Saya kesal kerana bekas isteri saya (Che Hasnah Che Ahmad, 61, atau dikenali sebagai Mok Yam), mengaitkan perpisahan ini dengan perbezaan politik.

Dalilnya, saya berkahwin dengannya, ketika dia masih lagi aktif dalam politik, maka tidak timbul perbezaan fahaman, sehingga berlakunya perceraian ini.

Saya ceraikan dia dengan talak satu, kerana sikapnya yang tidak taat, meninggi suara, tidak bertanggung jawab dan bercakap guna emosi.

Mok Yam terkeliru apabila saya menyuruh dia ikut ajaran Islam, tetapi disalah anggap sebagai ikut fahaman politik. Saya tegaskan agar dia ikut ajaran Nabi, malah tidak mengaitkan langsung nama-nama ahli politik di Kelantan.

Baru-baru ini, Mok Yam menafikan dia pernah minta diceraikan dengan talak tiga.


Yahya: Saya juga ada saksi, ketika kami bergaduh mengenai isu ini, malah saksi itu juga adalah seorang lelaki, baligh, berakal dan memahami setiap tutur kata Mok Yam.

Sesat adalah satu kesalahan besar, tetapi apa yang dilakukan oleh Mok Yam sehingga didakwa sesat?

Yahya: Saya kata dia sesat, bukan disebabkannya pergi ceramah (Datuk) Dr Hasan Ali (bekas Naib Presiden Pas) atau kerana memakai baju merah, tetapi sikapnya yang terlalu menyimpang dengan ajaran Nabi. Ia bukanlah setakat solat lima waktu, memakai tudung dan mengaji al-Quran, tetapi perbuatan lain, juga dikira sebagai amalan, dan tidak terhad dalam satu perkara sahaja. Paling mengecewakan saya, apabila dia memburuk-burukkan seorang ulama, dan terkilan kerana tidak dapat membentuk isteri yang solehah.

Memandangkan usia semakin lanjut, lama berkahwin dan Islam sendiri tidak sukakan penceraian, tiada ada jalan lain selain cerai?

Yahya:
Selama ini, saya cuba pelbagai cara untuk membentuknya sebagai seorang isteri solehah, namun selepas semua usaha saya tidak berjaya, saya yakin perkahwinan ini tidak akan berjaya sekiranya tiada persefahaman lagi. Puas saya beri dia masa untuk berfikir dan berubah, namun dia tetap melihat nasihat saya dari sudut politik.

Adakah masih ada sifat sayang yang memungkinkan boleh bersatu kembali?


Yahya: Saya mengucap syukur sekiranya dia berubah sikap, dengan menjalankan apa yang disuruh agama dan meninggalkan apa yang dilarang.

Saya masih sayangkannya, tetapi tidak akan meneruskan silaturahim sebagai sepasang suami isteri. Apa yang ditakdirkan, sudah ditentukan Ilahi.

KETAHUILAH BAHAWA, FITNAH ITU LEBIH KEJAM DARIPADA MEMBUNUH..!!
SUMBER => Cerai: Dengar sendiri dari mulut Pok Yo

Wednesday 18 July 2012

Sayu : Tun Mahathir Dilabel Barangan Berjenama DIKTATOR

Sayu hati Saya Ready bila terbaca coretan Pak Tun.. Di akhir coretan, Pak Tun ada bertanyakan pada setiap pelawat blognya, katanya "Saya ingin tahu daripada pelawat ke blog saya tentang apakah yang saya telah lakukan semasa saya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang menjadi bukti bahawa saya adalah seorang diktator"..

Siapalah juga Saya Ready ini Pak Tun, yang boleh memberikan jawaban yang mengatakan Pak Tun adalah seorang DIKTATOR.. Nama saja ready tapi belum ready lagilah, Pak Tun.. 

Beginilah Pak Tun, saya pun tak kuasa untuk memberikan hujah dan pendapat di sini dari persoalan yang Pak Tun bangkitkan itu.. Pak Tun rujuklah sendiri link ini sebagai jawaban.. KLIK => (Tun Mahathir tidak perlu gundah gulana kerana beliau tidak pernah bersalah)

Jangan lupa juga Pak Tun, bacalah sekali komen-komen mereka di sana.. Manalah tau sedikit sebanyak dapat menjawab persoalan yang Pak Tun kemukakan itu..

Tak larat saya bawa komen-komen mereka itu Pak Tun, cuma ini saja antara komen yang sempat saya kongsikan kat sini seperti berikut di bawah:-

Anonymous said...
 
Bak kata perpatah, ‘masakan bangkai gajah boleh ditutupi dengan nyiru’.

Mahathir sendiri yang telah mewariskan pimpinan negara yang mana semua sistem pentadbiran demokrasi telah diruntuh dan dikorbankan oleh beliau.

Segala institusi di dalam negara kita telah dibinasakan oleh Mahathir. Kehakiman, perundangan, polis, institusi raja-raja dan banyak yang lain sudah diranapkan oleh Mahathir.

Oleh kerana Mahathir masih tidak 'bersara', Umno dan BN kini menghadapi krisis keyakinan yang paling teruk.

Keruntuhan moral demokrasi dan tatacara kepimpinan negara telah dilakukan oleh Mahathir dan masalah-masalah yang kita lihat sekarang tidak akan dapat diperbetulkan lagi oleh pemimpin-pemimpin yang telah terbentuk dengan acuan Mahathir.

Semua yang berada di dalam barisan kepimpinan hari ini adalah dari acuan yang sama dan tidak ada seorang pun di kalangan ahli-ahli Jemaah Kabinet dan MT UMNO Baru akan berjaya melakukan pembaharuan dalam politik negara kita.

Mahathirlah yang perlu dipersalahkan kerana acuan kepimpinan hari ini adalah acuan beliau sendiri.

Mahathir sendiri yang mengalihkan paradigma sistem kepimpinan negara dan kerajaan telah banyak menyebabkan kerosakan daripada kebaikan.

Di bawah ini adalah coretan Pak Tun..

DIKTATOR
Jul18 2012 Written by chedet @ Tun Dr Mahathir

1. Gelaran, seperti label untuk barangan berjenama, sukar untuk dikikis. Berasas atau tidak, gelaran kekal sepanjang hayat. Oleh itu gelaran amat berguna dalam politik, terutama gelaran yang memburuk musuh. Buatlah apa pun, musuh pihak yang bergelar tidak akan hentikan mengguna gelaran.

2. Sebagai Perdana Menteri dahulu saya diberi banyak gelaran. Mahazalim, Firaun, diktator adalah antara gelaran yang dicipta oleh musuh politik saya.

3. Apabila saya ditemuramah sekarang, walaupun oleh orang yang tidak bermusuh dengan saya, soalan-soalan mereka ternampak yang mereka agak percaya bahawa gelaran terutama gelaran diktator yang diberi kepada saya adalah tepat dan berasas kepada kepercayaan bahawa saya adalah seorang diktator.

4. Apakah yang saya lakukan yang menyamakan sifat dan perbuatan seorang diktator.

5. Sekarang kita sedang melihat kejatuhan beberapa ketua negara yang dicap sebagai diktator. Hosni Mubarak umpamanya dituduh membunuh beribu ahli Muslim brotherhood. Dia juga dikatakan telah mengumpul harta kekayaan bernilai 70 billion dolar Amerika.

6. Semasa saya berada di Kaherah di zaman Mubarak untuk bermesyuarat, apabila Presiden Mubarak bermotor dari istananya ke tempat persidangan, jalan yang dilalui olehnya dikosongkan dan askar bersenjata lengkap berderet sepanjang jalan. Di atas bumbung bangunan terdapat askar ‘sharp-shooter’ yang bersenjata untuk menembak sesiapa yang disyaki cuba menyerang rombongan Presiden.

7. Istana Presiden dikelilingi tembok tinggi dan askar bersenjata berada di sekililing sepanjang masa.

8. Musuh Mubarak tidak dibenar berpolitik, sering ditangkap, dikurung tanpa dibicara dan dihilangkan.

9. Selama 30 tahun Mubarak menjadi Presiden, pemilihan bagi jawatan ini tidak pernah ditandingi oleh orang lain. 99% daripada undi didapati oleh Mubarak.

10. Tidak ada kebebasan bersuara atau akhbar bebas. Tidak ada pilihanraya untuk ahli dewan. Siapa sahaja boleh dilantik oleh Mubarak untuk menjadi menteri. Mereka juga boleh dibuang bila-bila sahaja.

11. Ada lagi diktator yang dikenali umum. Hitler mendirikan pemerintahan kuku besi Nazi di Jerman. Enam juta Yahudi dibunuh dalam kamar gas. Yang tidak dibunuh, disiksa sehingga ramai yang mati.

12. Benito Mussolini, Ferdinand Marcos, Presiden Rumania Nicolae Ceauşescu yang dibunuh, dan ramai lagi yang dicap sebagai diktator. Demikian juga Gadaffi dan Saddam Hussein.

13. Saya ingin tahu daripada pelawat ke blog saya tentang apakah yang saya telah lakukan semasa saya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang menjadi bukti bahawa saya adalah seorang diktator.

Monday 9 July 2012

Artikel Terhangat : Tabiat Rosmah Tak Pakai Tudung Di Dewan Rakyat

Layan beb..!! Sikap hipokrit pemimpin-pemimpin UMNO/BN akhirnya membawa padah dan malu kepada Najib Razak, Pedana Menteri Malaysia. Seterusnya, baca info di bawah ini... malas sudah nak ulas...

SHAH ALAM 9 Julai : Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali menempelak Adun Taman Templer, Datuk Seri Subahan Kamal berhubung isu wanita tanpa tudung.


Ia berikutan Adun BN mencetuskan isu pemimpin wanita Pakatan Rakyat yang bukan Islam tidak memakai tudung menyertai majlis senamrobik dalam kawasan masjid.

Subahan dan seorang lagi Adun BN mempertikai kenapa Pakatan membenarkan pemimpin itu tidak memakai tudung dalam kawasan masjid.

Azmin berkata, soal wanita bukan Islam tidak memakai tudung tidak berbangkit langsung kerana mereka bukan Islam.

“Yang perlu dipersoal oleh Adun BN adalah isteri Perdana Menteri yang beragama Islam dan tidak bertudung itu yang patut dipersoal dahulu,” kata Azmin mendapat tepukan meja bergemuruh dalam sidang itu hari ini..

Sunday 8 July 2012

Artis Dianggap Sebagai Penghibur, Keluar Berjuang Menentang Kezaliman ISA

Allahyarham Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee telah menyampaikan mesej setiap karyanya dengan berani kepada masyarakat contonhya, Semerah Padi (hudud), Hang Tuah (Sultan yang zalim), Anakku Sazali (anak yang terlalu dimanjakan) dan berbagai lagi filem-filem beliau yang mempunyai mesej berbentuk pengajaran.

Seni yang diperjuangkan oleh TS P. Ramlee amat berbeza sekali dengan mesej yang di bawa atau disampaikan oleh karyawan-karyawan kita di kala ini. Kebanyakkan karyawan sekarang ini lebih mengutamakan keuntungan dan kekayaan dari menyampaikan mesej berbentuk pendidikan masyarakat. Namun jika kita perhatikan pun, filem-filem TS P. Ramlee juga yang tidak lapuk ditelan zaman, sampai sekarang masih lagi diminati oleh setiap lapisan masyarakat dari umur usia muda sehinggalah seusia tuanya.

Apa pun, perkembangan dunia artis sekarang sudah berubah wajah. Ada artis yang selama ini kita anggap hanya sebagai penghibur dilayar-layar perak dan pentas, kini telah mula mendekatkan diri mereka kepada masyarakat. Turun berjuang dan membela mana-mana masyarakat yang dizalimi, TAHNIAH!!

Terbaru, tiga orang artis terkenal antara sebilangan rakyat yang menyertai demontrasi untuk mendesak kerajaan UMNO BN membebaskan 45 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Kamunting, hari ini.

Mereka ialah Arbaiyah Abdul Manan atau terkenal dengan nama Abby Abadi, Hairie Othman dan Man Raja Lawak, selain 200 lagi rakyat lain termasuk pemimpin Pakatan Rakyat.

Bukankah ISA itu telah dimansuhkan..? Selanjutnya klik info di bawah ini..




Artis berhimpun di Kem Kamunting desak pembebasan tahanan ISA

PERAK 8 JULAI: Tiga artis terkenal antara sebilangan rakyat yang menyertai demontrasi mendesak kerajaan Umno BN membebaskan 45 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Kamunting di sini, hari…
Jul 8 2012 / / Read More »

Friday 6 July 2012

Selemah-lemah Pak Lah, lemah lagi Najib : UMNO perlu keluar dari ‘KEPOMPONG’ yang dibina oleh Mahathir.

Menarik artikel ini, hanya sekadar berkongsi dengan Minda Fakir semasa SR melayari laman sosial facebook ruangan kumpulan terbuka 'Malaysia Under Conspiracy' bertarikh 06 July 2012.

Orang-orang UMNO wajib baca, dan fikir semasak-masaknya. Siapakah sebenarnya 'duri dalam daging' di dalam UMNO?.


Ia sebuah artikel bekas Semangat 46 dan AJK Umno Bahagian Kuala Pilah abang kepada Kamaruzaman Kamdias Bekas Exco Pemuda Umno Pusat iaitu, Aspan Alias.

Posted by Aspan Alias

If you want to break anything let UMNO do it. If you want to make it worst get UMNO to fix it back.


Terlalu banyak spekulasi tentang pilihanraya umum yang telah tertangguh sebegitu lama. Najib akhirnya merupakan satu-satunya PM dalam sejarah negara yang tidak memanggil pilihanraya untuk mendapatkan mandat dan ‘endorsement’ tentang kepimpinannya. Sekali gus Najib merupakan seorang PM yang paling lemah dalam sejarah negara merdeka kita.

Selemah-lemah Pak Lah, beliau berani memanggil pilihanraya dalam tempoh lima bulan untuk mendapatkan ‘endorsement’ rakyat dan beliau telah mendapat meraih 90% sokongan dalam Dewan Legislatif semasa pilihanraya yang ke11 yang lalu. Peratusan itu hampir sama dengan pilihanraya 1955 dalam mana Perikatan hanya kalah satu kerusi di Pulau Pinang yang ditandingi oleh Sulaiman Palestin.


Mandat yang ada pada hari ini merupakan mandat Pak Lah. Baik buruknya Pak Lah mempunyai kredibiliti yang lebih baik dari Najib sekarang ini. Pak Lah seorang yang berani memanggil pilihanraya walau pun beliau dalam ‘tidur’. Setidak-tidaknya Pak Lah dapat mempertahankan kuasa BN walaupun kehilangan kemenangan tradisi 2/3 di Dewan Parlimen.


Sesungguhnya tindakan Najib menangguhkan pilihanraya merupakan tindakan yang betul. Kenapa betul? Jika dipanggil sekarang pun UMNO/BN akan tewas, jika dipanggil setelah penggal ini tamat pun UMNO/BN akan kalah. Beliau tahu itu. UMNO/BN sememangnya tidak lagi mempunyai formula baik untuk mempertahankan kuasanya kerana persepsi rakyat yang UMNO/BN itu parti yang sudah luntur sudah menjadi stigma dan melekat dalam pemikiran rakyat khususnya dari yang muda-muda.


UMNO Baru tidak mungkin boleh bertahan kerana untuk memperkuatkan kubu pertahanan UMNO, ia berkehendakan pengorbanan semua barisan kepimpinan yang adalah dalam Majlis Tertinggi parti dan kerajaan. Caranya ialah dengan Najib, Muhyiddin serta semua pimpinan pusat berhenti dan mencari seorang pemimpin lain untuk membawa UMNO untuk perubahan. Walaupun ia boleh dilakukan sekarang tetapi pimpinan pada hari ini mempunyai ‘lubang-lubang’ yang besar yang sulit untuk ditutupi oleh sesiapa.


Saya selalu memberikan kritikan ini semasa bergiat dalam parti itu tiga puluh tahun dahulu. Kita telah memohon kepada kepimpinan semasa itu Dr Mahathir Mohamad supaya mengenepikan pemimpin-pemimpin yang tidak elok kerana semasa itu belum seramai ini pemimpin yang tidak berkelakuan baik. UMNO lalai dan tidak mahu melakukan pembersihan awal, kerana Dr Mahathir lebih mementingkan untuk berkuasa lama-lama. Asalkan mereka memberikan sokongan kepada beliau, mereka (pemimpin-pemimpin tidak berguna) masih kekal dalam barisan pimpinan beliau (Mahathir)


Kalau Mahathir jujur dengan negara dan parti, pertamanya kita tidak akan mendapat pemimpin seperti Pak Lah untuk memimpin kita dan juga Najib untuk menggantikan Pak Lah. Sekarang berani kah kita memberikan mandat kepada Muhyiddin jika Najib berhenti dan bersara? Tanyalah orang ramai yang jujur memberikan pandangan. Kita akan mendapat jawapan yang jika Muhyiddin mengambil alih keadaan akan lebih teruk lagi.


Mahathir telah menukar ‘mould’ kepimpinan negara. Sesiapa sahaja yang datang dari ‘mould’ yang sama tidak akan mampu membawa perubahan. Jika UMNO Baru berani bertindak parti itu mesti berani untuk mencari seorang pemimpin lain dari UMNO Baru yang tidak dibentuk oleh ‘mould’ yang dibina oleh Mahathir. Tetapi jika kita memberikan pandangan seperti itu penyokong UMNO akan marah kerana mereka juga adalah dari ‘mould’ yang sama.


Justeru itu, UMNO Baru tidak mungkin berjaya mempertahankan kerusi yang sedia ada, jauh sekali untuk menambah dan merampas kembali dari yang dimenangi oleh pembangkang sebelum ini. Rakyat sudah merasa jelak dengan UMNO Baru dan perangainya. Itulah sebabnya yang muda-muda memilih untuk menyertai Pakatan Rakyat kerana mereka tahu nasib mereka lebih baik dari berada dalam UMNO/BN,


Orang ramai tahu tidak ada parti yang ‘perfect’ tetapi UMNO dan BN terlalu lemah dan tidak berkualiti lagi. Itu sebabnya saya selalu sangat berkata. ‘the worst of Pakatan Rakyat is lot better than the best of BN’.


BN sepatutnya memahami kehendak rakyat tetapi pimpinan mereka tidak dapat langsung mengawal diri mereka untuk mengelak dari melakukan perkara-perkara yang dibenci rakyat. Pimpinan BN sudah begitu ketagih dengan salahguna kuasa dan mengambil semua kesempatan untuk mengelirukan rakyat bagi kepentingan peribadi mereka.


Pimpinan UMNO/BN terlalu ketinggalan zaman kerana mereka tidak menyedari yang rakyat sedang memerhatikan setiap gelagat mereka dan mereka telah jauh kehadapan dalam pemikiran mereka. Pimpinan UMNO/BN masih lagi menyanyikan lagu-lagu lama yang berlirikkan ungkitan dan mengenang jasa, isu yang sudah basi dan tidak dapat diterima oleh rakyat lagi. Masakan rakyat mahu menyokong orang yang berjasa semasa dahulu jika orang itu bertindak merogol dan memunah ranahkan kita.


Bagi rakyat, sudah nampak jelas yang mereka telah mengambil keputusan. UMNO/BN perlu duduk dibelakang buat lima tahun ini. Perbaiki parti dan kembali berjuang selepas segala yang buruk itu sudah tiada lagi dalam UMNO/BN.


Tetapi pula, saya pernah berkata yang UMNO/BN diibaratkan seperti ayam daging. Apabila keluar sahaja dari reban ia tidak dapat menempuh kehidupan lagi. Ayam-ayam itu akan mati kerana selalunya mereka disuapkan makanan tidak berhenti-henti. PAS dan DAP pula di ibaratkan sebagai ayam kampung, sudah biasa untuk mencari makanan sendiri.


Bagi UMNO/BN, satu-satunya peluang untuk menjadi parti yang relevan, ia perlu mencari kepimpinan baru yang tidak terbentuk dalam ‘mould’ yang dibina oleh Dr Mahathir. Selagi pimpinan dari ‘mould’ yang ada pada hari ini seperti Najib, Muhyiddin dan lain-lain UMNO/BN akan menjadi sejarah yang sangat enak dibaca oleh generasi yang akan datang.


Kita mesti ingat, yang dialami oleh UMNO sekarang ialah krisis keyakinan yang terlalu buruk dan tidak mungkin barisan yang mengalami krisis ini akan berjaya membawa apa-apa perubahan dan transforsi.


Ingat kata-kata saya ini; ‘If you want to break anything give the job to UMNO. If you want to make it worst, get UMNO to fix it back”
..

Posted by Aspan Alias 

Sunday 1 July 2012

Selamatkan Lynas : Najib Menerima Amaran Dari MP Hulu Langat

Mengikut Menteri Lombong dan Petroleum Kerajaan Australia, mereka tidak akan bertanggungjawab dan menerima segala sisa toksik LAMP (Lynas Advance Material Plant) oleh kilang Lynas di Gebeng, Pahang menurut sumber dari Harakah Keluaran 25-28 Jun 2012.

Ertinya di situ, Kerajaan Australia sengaja mahu Malaysia ini hancur dan membiarkan rakyat di negara ini merana seumur hidup menanggung derita radiasi nadir bumi yang terpaksa ditelan, walaupun yang dihadapi itu ialah satu kemusnahan.

Dr Che Rosli pernah berkata sebagai peringatan kepada Najib dan kuncu-kuncunya, “Saya hanya mengatakan sampel daripada Mountwealth mempunyai tahap radiasi yang rendah tapi bukan bermakna saya buat persetujuan bahawa Lynas itu selamat”.

Ekoran daripada kenyataan itu, Perdana Menteri Najib Razak atau mana-mana pihak diberi amaran agar tidak lagi menggunakan nama Dr Che Rosli Che Mat (Ahli Parlimen Hulu Langat) dalam sebarang kenyataan berkaitan pembinaan projek kilang memproses nadir bumi, Lynas di Gebeng, Pahang.

Selepas amaran itu, apa lagi modal Najib dan puak-puak yang ingin mempertahankan Lynas? Rasainnn loooooo…