Wednesday 7 November 2012

Srikandi PKR Sabah, Munirah Majilis : Kemiskinan di Sabah dalam diskusi REPDEM Jawa Barat, Indonesia

Berbagai-bagai program sudah dilaksanakan untuk membasmi kemiskinan seperti Agropolitan, MESEJ, Program Peningkatan Ekonomi Setempat (PPES) dan banyak lagi program lain untuk meningkatkan taraf kehidupan penduduk miskin dan miskin tegar di Sabah. Kadar kemiskinan di Sabah hanya berganjak 4.5% menurun daripada 24.2% dari tahun 2004 hinggalah tahun 2009.

Isnin 24/9/12, sebuah portal media dari negara jiran telah menyiarkan satu diskusi mingguan yang dinamakan  organisasi Relawan Perjuangan Demokrasi (REPDEM) Jawa Barat yang berlangsung di Bandung, Indonesia.

Antara intipati dalam diskusi ini menyatakan bahwa pemerintah Malaysia iaitu UMNO Barisan Nasional dinilai tidak berupaya dalam memperbaiki kesejahteraan warga Malaysia di wilayah Sabah, jika dibandingkan dengan wilayah Malaysia lainnya di Semenanjung seperti Kuala Lumpur, Penang, Johor Baharu, dan sebagainya. Dikatakan kemiskinan di Sabah sangat memprihatinkan.

Salah seorang pendiskusi yang dijemput ialah ahli politik muda Sabah iaitu Ketua Srikandi Parti Keadilan Rakyat Sabah, Isnaraissah Munirah Majilis. Menurut Munirah, kemiskinan pada sebahagian daerah di Sabah adalah mirip dengan kemiskinan di daerah-daerah ketinggalan jauh yang ada di Indonesia.

Munirah juga ada menyatakan, warga setempat di Sabah selama ini terlalu amat mengharapkan agar kerajaan UMNO Barisan Nasional akan mampu membuat hidup rakyat di Sabah menjadi lebih baik. Namun, perubahan nasib yang terus ditunggu-tunggu itu, tidak juga kunjung tiba.

Diskusi ini adalah merupakan acara rutin REPDEM Jawa Barat. Pembicara yang diundang sama dalam diskusi berkenaan selain Munirah ialah seorang wakil dari Filipina. Menurut Ketua REPDEM Diah Pitaloka, diskusi tersebut adalah wadah pendidikan politik yang terbuka bagi seluruh kaum muda di Jawa Barat

Sumber : Kondisi Kemiskinan di Sabah Lebih Parah Daripada Wilayah di Semenanjung Malaysia

Tuesday 6 November 2012

Akan bakal muncul hudud versi UMNO yang dipersetujui Soi Lek

Hudud jenis apa yang dimaksudkan oleh Chua Soi Lek? Beliau mendakwa bahwa selama ini Enakmen Hudud yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat itu adalah hudud versi PAS.

Merujuk kepada kenyataan Presiden MCA baru-baru ini, beliau kononya telah berbincang dengan Ustaz Fathul Bari daripada Pertubuhan Ilmuwan Malaysia. Setelah diberi penerangan dengan jelas oleh UFB mengenai hukum hudud berdasarkan sumber-sumber Islam yang sebenar. Katanya, MCA tiada masalah untuk menerimanya.

Saya Ready merakamkan berbanyak terima kasih kepada Ustaz Fathul Bari kerana dapat memberikan penjelasan dan penerangan perkara sebenar tentang hudud kepada Soi Lek. Sebagai umat Islam yang hidup bermasyarakat di negara ini, SR rasa gembira bila hudud tidak lagi dipersendakan atau dipermainkan oleh umat Islam mahupun bukan Islam.

Walaupun Saya Ready menyatakan bahwa akan muncul hudud versi UMNO, bukan bermakna SR tidak setuju. Hudud yang dijelaskan oleh Ustaz Fathul Bari itu adalah hudud sebenar, SR amat percaya dengan kebolehan dan ilmu yang ada pada UFB.

SR juga sangat berkeyakinan bahawa UMNO/BN akan melaksanakan hudud jika mereka menang PRU13 nanti. Maka itu sebelum PRU13 membuka tirainya, Najib dan Soi Lek kenalah bagi pengumuman secara rasmi tentang hudud yang bakal dilaksanakan di Malaysia kelak.. hehehe


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my (Kami hanya tentang hudud versi PAS)

Sunday 4 November 2012

Status facebook Saya Ready tidak dapat dikemaskini

Bermula dari petang kelmarin sehinggalah sekarang, tiap kali kami post kenyataan dalam wall akaun FCB Saya Ready atau memberi komen mana-mana kumpulan yang disertai. Paparan ini yang dikeluarkan, 'Maaf. status anda tidak dapat dikemaskini. Sila cuba lagi'..

Kami dari group ready.net memohon bantuan dan kerjasama kepada sesiapa sahaja rakan FCB Saya Ready. Bagaimanakah caranya untuk menyelasaikan masalah ini?.

Sekian, terima kasih
ready group.net (Saya Ready)