There was an error in this gadget

Monday, 22 October 2012

Debat mengenai isu-isu Sabah : Musli Oli sahut cabaran Rahman Dahlan



MP Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan dikatakan berdolak dalih untuk ingin berdebat dengan Lim Kit Siang, berbagai alasan diberikan oleh Rahman seolah-olah mempersalahan pihak SB (PDRM). Rahman mendakwa, pihak SB telah menasihatkan beliau agar tidak berdebat dengan Lim Kit Siang.

Kelmarin menurut sumber ini sewaktu berucap di suatu majlis, Rahman tidak akan dengar lagi cakap SB dan beliau sudah pun bersedia untuk berdebat dengan pihak pembangkang.

“Sekarang saya tidak lagi takut debat dengan sesiapa sahaja, Lim Kit Siang, Musli atau siapa sahaja”, kata Rahman.

Penerangan PKR Sabah, Musli Oli dengan ini mencabar dan menyahut cabaran MP Kota Belud itu untuk berdebat mengenai isu-isu Sabah.

Ezam Ahmad @ Squad 169, satu nama kumpulan yang dibentuk oleh Rahman di Kota Belud suatu ketika dahulu di laman FB Musli Oli itu berkata, semuanya bisa diatur.

Ansari Abdullah juga mendakwa di laman berkenaan, UMNO ini sememangnya pengecut! Dulu Pesuruhjaya PAS Sabah arwah Dr Datu’ Bandira cabar Nazri Aziz debat di Balai Raya Taun Gusi, namun Nazri tidak berani datang dan gunakan alasan yang sama.

Musli Oli berkata, “Saya tidak pasti, tapi apa yang saya faham nasihat SB untuk tidak debat dengan Lim Kit Siang merupakan 'rahsia kerajaan' yang sepatutnya tidak didedahkan Dato Rahman Dahlan kepada umum. Apakah mesej dari kenyataan Rahman? PDRM terlibat dengan politik! Begitukah?”.

Musli juga mendakwa, Rahman telah memperlekah dan mempersenda anggota Polis. Rahman memberikan salam kepada anggota itu seperti dalam ucapanya; "Naaa itu pun Polis.. Assalmualaikum Polis".

Menurut Ezam Ahmad @ Squad 169, salam itu adalah salam hormat dan secara kebetulan peronda lalu. Ezam tidak menafikan tentang dakwaan Musli, malahan beliau lebih mengatakan bahwa itu adalah ‘BUDI BAHASA BUDAYA KITA’.

Sebagai seorang yang matang dalam politik tanahair dan penulis buku, Musli telah membetulkan persepsi Ezam Ahmad @ Squad 169. Katanya, “Jika kereta peronda lalu, mungkin ayat yang wajar keluar dari mulut Setiusaha BN Sabah ialah ‘Kita berterima kasih kepada PDRM yang sentiasa menjaga keselamatan rakyat walau di mana juga kita adakan majlis’ bukan ayat ‘Asalamualaikum Polis’ sedangkan dia tahu pemandu kereta peronda itu tidak dengar salamnya!”.

Dulu Musli Oli pernah cabar Rahman Dahlan berdebat, sekarang ini adalah cabaran debat kali kedua. Apakah Rahman Dahlan beri alasan yang sama bahwa SB tidak suruh?.. hahahaha.. jangan kantoi lagi MP ku..


7 comments:

  1. Sahut sajalah cabaran tu. Berdebat dengan berhemah. Bukan simpan dalam hati etc.

    ReplyDelete
  2. Apa kaitan SB dalam hal debat-berdebat ni? Adakah debat seperti ini akan timbulkan kekecohan? Apa masyarakat kita belum terbuka mindanya untuk melihat satu2 perkara dari perspektif yang berbeza?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau debat pun bukan boleh buka kes balik. lagi SPRM dan ICAC pun sudah menjalankan siasatan.

      Delete
  3. Perlukah debat mengenai kes yang sudah tutup.

    ReplyDelete
  4. sikit2 debat, lepas debat, apa hasil? gitu-gitu sajalah.

    ReplyDelete
  5. debat itu buka minda.. rakyat akan dpt menilai mana satu pemimpin yg mereka pilih bg menjamin masa depan mereka sendiri.. 5 tahun bukan masa yg singkat menunggu peralihan kepimpinan..

    ReplyDelete
  6. Debat hanya buang masa sahaja.

    ReplyDelete