There was an error in this gadget

Saturday, 27 October 2012

Sebab apa UMNO/BN pisahkan PAS dan DAP?

Kenapa UMNO/BN beria-ia sangat hendak memisahkan kesepakatan yang dibentuk oleh PAS dan DAP dalam gabungan Pakatan Rakyat bersama PKR?

Jawaban yang diberikan oleh penganalisis politik PR sdr WFAUZDIN NS ini rasanya dapat membantu anda untuk mengetahui helah sebenar UMNO/BN yang mereka war-warkan selama ini.

Jawaban => UMNO tahu jika PAS dan DAP berpisah, yang mengalami kerugian besar tentulah PKR. Ini adalah kerana kehilangan DAP tidak banyak menjejaskan PAS kerana PAS akan banyak bertanding di kawasan majo
riti Melayu, manakala DAP akan menumpukan kawasan majoriti Cina atau campuran. Kawasan majoriti Cina atau campuran ini adalah kerusi tumpuan PKR. Ertinya, jika DAP keluar dari PR, maka yg bermasalah adalah PKR yang mungkin terpaksa bertemu DAP untuk melawan BN.

Oleh sebab itu, bagi menghancurkan PKR mereka terpaksa pisahkan DAP dengan PAS terlebih dahulu. Cita-cita mereka paling utama adalah untuk melemahkan PKR kerana apabila PKR sudah lemah, lebih mudah pula mereka berhadapan dengan PAS. Pada mereka, kekuatan yang ada pada ketiga-tiga parti di dalam PR ini amat menggerunkan. PAS kekuatannya terletak pada kehebatan jentera meraka. DAP pula kekuatannya pada kekukuhan kewangan manakala PKR memiliki kekuatan dari segi sokongan serta perang saraf yang hebat.

Justeru itu, satu usaha terancang mesti dibuat sebelum Parlimen dibubarkan. Kesemua kekuatan yang ada pada ketiga-tiga parti di dalam PR ini harus dimusnahkan. Kerja ini lebih mudah dilakukan jika PAS tidak lagi bersama DAP. Oleh itu, kita mesti faham taktik mereka dan jangan mudah terperangkap dengan dakyah UMNO/BN ini. - Oleh WFAUZDIN NS

Oleh hal demikian, akhirnya UMNO/BN masih gagal memecahkan tembok yang dibina kukuh oleh tiga komponen parti ini iaitu PAS, PKR dan DAP sehingga terbentuknya gabungan PAKATAN RAKYAT.

Mutakhir ini, kepala otak pemimpin-pemimpin UMNO/BN semakin bercelaru kerana mereka semangkin kesuntukkan masa untuk menghadapi PRU13 yang mana Najib sehingga kini tidak berani bubarkan parlimen.

UMNO/BN juga gagal mempengaruhi minda rakyat dewasa ini dengan sintimen kaum dan agama yang mereka tiup dan mainkan. MCA yang diketuai oleh Chua Soi Lek berperanan menakut-nakutkan kaum cina dengan penceritaan corak pemerintahan Islam yang mereka dakwa zalim pada non muslim.

Begitu juga dengan UMNO yang seringkali mendendangkan lagu perkauman ala Melayu mereka, kononnya hak-hak orang Melayu akan terhakis sekiranya DAP (PR) menguasai negara ini. UMNO dan MCA ibarat isi dengan kuku, jalan seiring umpama dua sejoli dalam percintaan.. Saling kasih mengasihi.. hehehe..

UMNO/BN SUDAH BANKRAP ISU.. LU PIKIR LA SENDIRI..

4 comments:

  1. ketiga2 parti PR ni mempunyai ideologi berbeza. memang tidak sukar untuk pisahkan mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereka berlainan ideologi, kita tgk berapa lama ia dpt bertahan.

      Delete
  2. Parti berasaskan kaum masih relevan lagi ka sekarang ni?

    ReplyDelete