There was an error in this gadget

Sunday, 8 January 2012

ANWAR BEBAS : Saya Akan Memaafkan Anda Yang Menuduh dan Memfitnah Saya

Alhamdulillah!! Datuk Seri Anwar Ibrahim bebas dari semua pertuduhan liwat dan didapati tidak bersalah seperti mana yang diumumkan oleh Hakim Mahkamah tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur, Mohamad Zabidin Md Diah. Keputusan ini seharusnya disambut dengan doa kesyukuran kemenangan dan kegembiraan, sebaliknya SR lahirkan kekecewaan di sini bila berlakunya satu insiden buruk yang tidak sewajarnya berlaku hasil daripada provokasi yang dilakukan oleh kumpulan PERKASA, menurut sumber 901 LIVE ONLINE - Anwar Ibrahim.

"Saya berazam untuk menyelamatkan Malaysia dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tidak berperikemanusian. Saya rela mati kerana rakyat Malaysia. Hanya dengan menguasai Putrajaya sahajalah segala tipu muslihat mereka dapat kita bongkar kepada umum. Masa itu, anda nilailah sendiri dan saya akan memaafkan anda yang turut menuduh dan memfitnah saya ketika ini kerana saya mengandaikan bahwa anda ‘jahil’ atau ‘tidak tahu’ ketika itu. Saya akan biarkan anda semua berkesempatan bertaubat kepada Allah atas dosa dari kesalahan memfitnah saya, yang disifatkan Allah dan Rasul-Nya sebagai lebih buruk daripada membunuh satu jiwa mukmin" - Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Betapa mulianya hati insan ini, lebih rela membebaskan dan memberikan kemaafan kepada manusia-manusia (musuh-musuh) yang menzalimi, menuduh dan memfitnah beliau. Pesanan DSAI awal pagi tadi dalam ceramah grand finalenya di Kg Pandan, Kuala Lumpur; "Jasad saya mungkin dipenjarakan, tapi jiwa saya tetap merdeka".  

DSAI sempat memberi maklum balas kepada pengunjung 901 Live Online, dengan katanya "In the coming Election, voice of the people will be heard and this corrupt government will be toppled from its pedestals of power".

Allah SWT lebih tahu apa yang manusia tidak tahu. Manusia tidak boleh menghalang setiap yang Allah kehendaki. Begitu juga mutakhir ini, kerajaan UMNO/BN tidak boleh menghalang kebangkitan rakyat membendung kezaliman yang dilakukan.. Takbir!!! Lawan Tetap Lawan!!  

2 comments:

  1. DSAI dibebaskan mungkin masalah teknikal... tetapi tidak semestinya dia tidak melakukan kesalahan itu. Para peguam mesti tahu akan hal2 sedemikian.

    ReplyDelete
  2. DSAI dibebaskan atas faktor keselamatan & keamanan negara..jika beliau dipenjarakan,mungkin akan berlaku pergelutan dan pergaduhan yang tidak dijangkakan.Tuan Hakim bijak mengambil keputusan dan adil dari fitnah2 dikuasai oleh pihak kerajaan.

    ReplyDelete