Tuesday 10 January 2012

Musa Aman Nafikan Kenyataan Rahman Dahlan Isu Tanah (NCR) Di Rampayan

Isu tanah tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) Kampung Rampayan Ulu/Laut seluas 480 hektar (lebih kurang 1,200 ekar) tiada kesudahannya. Penduduk Rampayan janganlah mengharapkan sesuatu yang sudah tentu bukan hak kamu. Maafkan SR sekiranya kenyataan ini agak keterlaluan.

Apa alasan SR berkata demikian? Cuba lihat kenyataan-kenyataan dua orang pemimpin Sabah ini yang berdolak-dalih menuding jari di antara satu sama lain;

Setiausaha Barisan Nasional Negeri Sabah, Abdul Rahman Dahlan mendakwa ada syarikat pada awalnya ingin melaksanakan projek membina hotel bertaraf lima bintang di Tuaran, berikutan jaraknya yang lebih hampir dengan Kota Kinabalu.

Bagaimanapun kata Rahman, kerajaan negeri Sabah mengarahkan pembangunan itu dilaksanakan di Kota Belud sebagai usaha melonjakkan ekonomi daerah tersebut, beliau tidak mengetahui mengenai perancangan itu sehingga dimaklumkan oleh Ketua Menteri, YAB Datuk Musa Hj Aman.

Manakala Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Musa Aman pula telah menafikan dakwaan Rahman Dahlan itu bahwa konon ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan menipu malah menuduh kerajaan 'mengadai' 480 hektar tanah NCR kepada syarikat swasta (Kinsa Mewah Sdn Bhd), kenyataan ini semasa beliau ditanya mengenai isu-isu yang dijangka akan dimainkan oleh pembangkang pada PRU13, beliau berkata;

"Antaranya mungkin soal royalti minyak di Sabah dan isu tanah Hak Adat Bumiputera (NCR). Pernah pegawai negeri di Sabah didakwa kononnya terbabit dalam perebutan tanah adat di Kampung Rampayan Ulu, Kota Belud. Dikatakan ada pihak tidak bertanggungjawab telah menuduh pihak kerajaan ‘menggadai’ 480 hektar tanah NCR kepada syarikat swasta bagi perancangan membina hotel bertaraf lima bintang. Yang jelas mereka (pembangkang) mahu menipu" [Rencana Utusan Online] - Rujukan : Petikan dalam Blog MIK atau, KLIK DI SINI


Mana yang betul ini? Yang betulnya, rakyat dibutakan dengan maklumat seperti mana paparan ini. Lihat dan teliti baik-baik siapa yang tipu siapa ini. Pembohongan demi pembohongan berterusan.

Mari kita lihat pula bagaimana kenyataan Ahli Parlimen Kota Belud, Abdul Rahman Dahlan merangkap Setiausaha Barisan Nasional Negeri Sabah dalam portal blognya mpkotabelud.blogspot bertarikh 9 Ogos 2011 yang menyangkal dakwaan Musa Aman itu semata-mata menipu rakyat.

Tiada Rampasan Tanah di Kota Belud, kata Ahli Parlimen Kota Belud
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kota Belud, Abdul Rahman Dahlan, menyangkal dakwaan kononnya beliau terbabit dalam perebutan tanah adat di kawasannya.
 
Ada penduduk Kampung Rampayan Ulu menuduh Rahman "menggadai" 1,200 ekar tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) kepada syarikat swasta selepas berjanji membantu mereka menyelesaikan isu berkenaan.

Tanah berkenaan merangkumi kawasan pantai yang akan menjadi lokasi perancangan membina hotel bertaraf lima bintang syarikat terbabit sebagai sebahagian daripada projek pelancongan.

Menurut Rahman, awalnya syarikat itu mahu melaksanakan projek terbabit di Tuaran, berikutan jaraknya yang lebih hampir dengan Kota Kinabalu.

Bagaimanapun, kerajaan negeri Sabah mengarahkan pembangunan itu dilaksanakan di Kota Belud sebagai usaha melonjakkan ekonomi daerah tersebut.


Rahman berkata, beliau tidak mengetahui mengenai perancangan itu sehingga dimaklumkan oleh Ketua Menteri, YAB Datuk Musa Hj Aman.


Episod yang akan menyusul, 'Isu Perbezaan Antara Projek Empangan Tambatuon Dengan Pengambilan Tanah Warisan Rampayan - Cara Kerajaan Menanganinya'. 

No comments:

Post a Comment