There was an error in this gadget

Sunday, 8 January 2012

Lautan Manusia di Kg Pandan, Kuala Lumpur Mendengar Amanat Terakhir DSAI.

"Saya tidak akan lari mendapatkan perlindungan di luar negara meskipun ditawarkan berbuat demikian oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayyib Erdogan dan negara-negara Arab lain" - Datuk Seri Anwar Ibrahim

Sebutan kes sodomi II DSAI akan diumumkan hari ini, sama ada beliau dihukum bersalah dan dipenjarakan atau dihukum bersalah tetapi diberi ikat jamin. Kedua-dua hukuman itu akan menghalang beliau dari menyertai  PRU13.

Najib dan isterinya bergegas berlepas ke Afrika Selatan, apa motif suami isteri ini ke luar negara?. Kenapa mereka tidak menyaksikan sendiri keputusan hukuman terhadap DSAI yang bakal diumumkan oleh
Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah. Bukankah ini pengecut namanya?, Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia sewajarnya berhadapan dengan realiti yang dia lakukan terhadap DSAI.

Kenapa Datuk Seri Anwar Ibrahim digeruni dan sering menjadi tumpuan media dalam negara dan dunia luar?. Mungkinkah atas sebab-sebab ini:
  • DSAI pernah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan suatu ketika dahulu?.
  • Kes yang beliau hadapi tidak relevan di mata dunia dan rakyat Malaysia?.
  • Mengancam kedudukkan pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang leka dengan kehidupan mewah seperti berlakunya kepada Mohd Khir Toyo setelah gagal mempertahankan Selangor?.
  • DSAI tahu segala kerakusan, ketirisan, rasuah dan salahguna kuasa pemimpin-pemimpin besar UMNO/BN yang memamah duit rakyat?.
Atau!! seperti gambar di bawah ini yang diwar-warkan grand finale DSAI, sekarang ini berada di Kg. Pandan, Kuala Lumpur. Lautan manusia menunggu dan menanti dengan penuh debaran keputusan yang bakal DSAI terima.

Kebangkitan rakyat tidak boleh dihalang lagi, walau apa cara sekali pun yang kuasa pemerintah UMNO/BN lakukan. Ancaman dan sekatan bukan lagi medan tempur dan senjata UMNO/BN menghalang kemaraan rakyat membendung kezaliman.

Lihatlah ke mana perginya dua orang suami isteri ini?

No comments:

Post a Comment