Friday 13 January 2012

Datuk Salleh Mengharapkan PRU13 Diadakan Lebih Awal - Najib Kata, Tidak!

Bernama - Timbalan Ketua Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, UMNO Sabah akan berhempas pulas memberi kemenangan bagi membolehkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memperoleh mandat jelas dalam pilihan raya akan datang untuk terus mentadbir negara.

UMNO Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, sudah bersedia menghadapi pilihan raya umum walaupun jika diadakan secara mengejut, katanya.

Salleh terlalu yakin akan kemenangan UMNO/BN di Sabah, atau beliau terlalu yakin akan dicalonkan oleh Najib dan Musa di mana-mana DUN atau MP di Kota Belud. Bagaimana kalau Salleh tidak dicalonkan, apakah beliau akan pastikan juga kemenangan itu milik UMNO/BN di Kota Belud?.

Salleh, semasa mengulas laporan agensi berita AFP semalam yang memetik Najib sebagai berkata bahawa beliau berharap untuk mengadakan pilihan raya tidak lama lagi.
Bagaimanapun, Najib juga dipetik dalam temu ramahnya dengan Dow Jones Newswires bahawa beliau tidak akan mengadakan pilihan raya umum sehinggalah dapat menunaikan janji yang dibuat baru-baru ini untuk memperkenalkan pembaharuan demokratik.

Salleh mengharapkan pilihanraya akan diadakan lebih awal, tetapi Najib kata tidak selagi janji-janji belum tertunai. Apakah janji-janji yang belum tertunai itu yang dimaksudkan oleh Najib?. Atau, Salleh sengaja tidak mahu tahu, atau Salleh tidak tahu langsung bahwa UMNO/BN ini dalam keadaan tenat sekarang. TPM, Tan Sri Muhyiddin pernah mendakwa bahwa, PRU13 'INI KALI LA' pilihanraya yang benar-benar mencabar kewibawaan UMNO/BN.

No comments:

Post a Comment