Monday 16 January 2012

Kunjungan Muhyiddin Yassin Ke Sabah Hanya Sekadar Serah BR1M

Memetik kenyataan BERNAMA 16 Jan yang lalu, Kunjungan TPM, TS Muhyiddin Yassin serta Naib Presiden UMNO, DS Hishammuddin dan DS Mohd. Shafie Apdal sekadar menyerahkan BR1M RM500.00 kepada rakyat Sabah. 

Muhyidin yang diiringi KM Sabah, DS Musa Aman dan Speaker DUN, DS Salleh Said  telah menghadiri majlis makan malam tertutup sebelum mesyuarat itu bermula di Bilik Persidangan, Bangunan Perhubungan UMNO Negeri Sabah. Kunjungan TPM ke Sabah ini juga seolah sekadar lawatan perbincangan menghadapi PRU13 untuk menentukan siapa calon yang bertanding bagi kemenangan UMNO di Sabah.

Tiada pun tanda-tanda perubahan sistem akan dilakukan oleh kerajaan BN di Sabah  sepertimana tuntutan majoriti rakyat negeri ini ke atas kerajaan persekutuan supaya royalti minyak petroleum dinaikkan dari 5% kepada 20%.

Sabah adalah sebuah negeri yang kaya dengan khazanah alamnya, tentu sekali UMNO tidak akan lepaskan ia begitu saja. Segala hasil negeri dan hak rakyat ini akan diratah oleh mereka-mereka yang rakus untuk mengutip kesenangan dan kekayaan masing-masing.
 

KOTA KINABALU 16 Jan. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadiri mesyuarat tertutup bersama Badan Perhubungan UMNO Sabah dan Jawatankuasa Barisan Nasional (BN) Negeri malam ini.

Muhyiddin yang tiba kira-kira pukul 7 malam, diiringi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak untuk menghadiri majlis makan malam tertutup sebelum mesyuarat itu bermula di Bilik Persidangan, Bangunan Perhubungan UMNO Negeri Sabah.

Beliau turut dijangka menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada mereka yang layak. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment