Monday 9 January 2012

UMNO : Ada Golongan Yang Menjadi 'Gunting Dalam Lipatan'

Sebelum ini Tun Mahathir banyak membidas pentadbiran DS Najib, setelah agenda beliau berjaya menjatuhkan Tun Abdullah dari tahtanya sebagai Perdana Menteri. Bukan saja Mahathir, malah banyak lagi dikalangan pemimpin UMNO yang mendakwa Najib berjalan keseorangan ditemani oleh isterinya Rosmah Mansur menjelajah negara untuk memperbaiki politik beliau dan parti UMNO khususnya yang sudah tidak diberi keyakinan lagi oleh rakyat.

Tun Dr Mahathir selama ini beranggapan, orang Melayu sudah kritikal terhadap UMNO dengan berkata; “Ini adalah soal impression bahawa UMNO dipimpin oleh orang yang korup dan orang yang berkelayakan tidak dibenarkan masuk untuk memegang jawatan. Ini adalah benar, malah kita hendak mencari pemimpin dalam UMNO sekarang pun susah. Di Selangor begitu ramai orang Melayu tapi hendak cari pemimpin cukup susah”.

Nazri Aziz pula telah melahirkan kekecewaan kepada Mahathir kerana melanggar segala janji dengan kerajaan sekarang dan nasihat yang pernah dia berikan kepada pemimpin UMNO lain sebelum melepaskan jawatan kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. “Saya tidak faham, dulu bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO kita menangis cakap Melayu mudah lupa. Sekarang siapa lupa? Melayu lupa atau dia lupa? Dia yang nasihat dulu sayanglah parti, jangan sokong dia secara peribadi tetapi sokong sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Sekarang duduk dalam parti pun macam pembangkang, lebih baik jadi jantan, keluar dan bangkang kita terus dan senang saya nak hentam", katanya lagi.

Isu NFC Datuk Shahrizat, dalam dewan rakyat sudah ada pemimpin-pemimpin UMNO yang mempertikaikan kewibawaan Najib melantik Shahrizat sebagai menteri penuh yang hanya menjadi liabiliti UMNO. Jika Najib bersandarkan alasan bahwa Shahrizat perlu dipertahankan kerana itu adalah imej parti sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia, maka tidak adillah bagi sayap kanan UMNO Khairy Jamaluddin yang langsung tidak diberi peranan dalam kabinet Najib. Apakah Khairy akan dilantik untuk menganggotai kabinet Najib sekiranya dilakukan rombakan dalam jangka masa terdekat ini?.

Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu, Khairy Jamaluddin berkata, “Perasaan dengki sesama ahli UMNO sebenarnya masih wujud dan ini sangat berbeza dengan pembangkang kerana mereka cukup bersatu hati seperti dalam isu video seks Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun ada bukti dalam bentuk video”. Bersatu sebab kes itu masih dibicarakan dalam mahkamah. Maka itu, wajarlah dipertahankan sebab pembuktian pun amat diragui sekali. Beliau mengambil contoh dalam isu fidlot yang dihadapi oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil apabila ada ahli UMNO seolah-olah gembira dan lepas tangan dengan isu yang dihadapi oleh Ketua Wanita UMNO tersebut. Tapi dalam hal ini, Shahrizat pula memberi ancaman pada pepimpin UMNO lain, beliau akan dedahkan mana-mana pemimpin yang bermasalah.

MP Gua Musang, Ku Li juga mempertikaikan tidak ada kebebasan bersuara dalam pentadbiran Najib selama ini sehinggakan beliau mengambil alternatif untuk menubuhkan AMANAH. Rasanya banyak lagi pemimpin-pemimpin UMNO yang menjadi 'Gunting Dalam Lipatan' dan 'hipokrit' seperti yang didakwa oleh pengiat laman sosial FB Nilson Ang, dalam kumpulan terbuka Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee. UMNO sudah tidak relevan lagi..

No comments:

Post a Comment