Wednesday 4 January 2012

Selepas 9 Januari 2012, Najib Akan Rombak Kabinet Untuk Memulihkan Kepercayaan Rakyat Terhadap UMNO

Selepas 9 Januari 2012, berakhirnya polimek sodomi 2 kes fitnah liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Najib dijangka akan merombak kabinetnya bagi cubaan meraih sokongan rakyat. Bolehkah Najib mengembalikan keyakinan dan sokongan rakyat terhadap UMNO? Itu persoalannya.

DS Najib dikatakan akan membersihkan atau memulihkan kemelut yang melanda kepimpinan UMNO/BN. Pelbagai kontroversi di bawah kepimpinan beliau seperti isu penyelewengan NFC, penyenaraian syarikat FELDA ke Bursa Saham, penipuan dan rasuah membabitkan projek mega pembangunan Iskandar di Johor, dan berbagai lagi kes-kes terpapar di akhir-akhir ini yang perlu Najib dan pemimpin-pemimpin UMNO/BN kena jelaskan kepada rakyat.

Sehubungan dengan itu juga, kes yang melibatkan bekas Menteri Besar negeri Selangor, DS Mohammad Khir Toyo yang dihukum penjara atas tuduhan rasuah. Amat sukar buat Najib untuk menjelaskannya bagi meraih sokongan rakyat terhadap UMNO dalam jangka masa yang terdekat ini, menjelangnya PRU13 nanti.

Dikhabarkan lagi, Najib juga tidak akan membubarkan Parlimen dan DUN di awal tahun ini selagi pemulihan tidak dijalankan. Pemerhati politik menjangkakan, Najib akan menbubarkan Parlimen dan DUN pada tahun hadapan 2013. Banyak yang memberi andaian jika Najib bubarkan juga, UMNO/BN akan menghadapi masalah besar dengan situasi yang ada sekarang. Terlalu rumit sekali menangkis serangan pihak pembangkang (PR) dengan isu-isu yang mereka bangkitkan ketika ini.

Sesiapa yang membersihkan najis, siap bersih tentu sekali orang itu akan berbau najis. Lebih parah lagi kalau orang yang membersihkan najis itu bergelombang dengan najis, tentu sekali semua akan terpalit dengan najis.
Terbitkan Catatan

No comments:

Post a Comment