Sunday 8 January 2012

PAS Pecat Hasan Ali Berkuat Kuasa Serta Merta : Kenapa?


Dalam sidang media Dr Hasan Ali, beliau telah menjelaskan kenapa dia menyertai PAS hampir 15 tahun yang lampau. Beliau kononnya tergamit dan tertarik dengan dasar-dasar PAS atas tiga sebab;

  • PAS menegakkan masyarakat yang bertamadun dan sebuah negara Islam yang berlandaskan Al-Quran, Sunnah Rasulullah s.a.w, Ijma' Ulama' dan Qias.
  • PAS adalah parti yang dicari-cari selama ini kerana di dalamnya terdapat pimpinan Ulama', sebab Hasan Ali berpendidikkan sekular. Beliau sertai PAS kerana ingin mendapatkan bimbingan dalam apa-apa hal terutamanya politik yang bersifat dinamik.
  • Akhlak yang ditunjukkan oleh para pimpinan terdahulu seperti TG Haji Fadzil Noor, TG Nik Abdul Aziz dan TG Haji Abdul Hadi Awang yang memberi layanan baik, bertanggungjawab dan telus.
    Jika sekiranya Hasan Ali mengakui kepimpinan ulama seperti TG Nik Abdul Aziz dan TG Haji Abdul Hadi Awang yang masih lagi memimpin PAS sehingga kini, kenapa beliau terlalu banyak berceloteh diluar pengetahuan pucuk pimpinan dengan membuat kenyataan sendiri di media pro kerajaan UMNO/BN yang juga banyak menimbulkan kontroversi tanpa merujuk dahulu pucuk pimpinan PAS Pusat, apa motif beliau?. Kononnya PAS sekarang ini telah lari dari landasan perjuangan, dan bukankah ini sudah melanggar etika dan peraturan parti. Apakah Hasan Ali tidak tahu?. SR telah mengemukakan beberapa persoalan di sini yang perlu anda jawab sendiri;
    • Apakah Hasan sedar atau tidak dengan kenyataan-kenyataan yang beliau lontarkan?.
    • Setelah TG Datuk Haji Fadzil Noor balik ke rahmatullah, apakah juga perlembagaan yang terdahulu semasa beliau mula-mula menyertai PAS di bawah pimpinan Datuk Fadzil diubah atau sebaliknya?. 
    • Dua tokoh yang Hasan Ali sebut-sebutkan sebagai pemimpin terbaik iaitu TG Nik Abdul Aziz dan TG Haji Abdul Hadi yang sekarang ini masih lagi memimpin PAS, bagaimana beliau tergamak mengatakan bahwa perjuangan PAS sudah lari dari landasan perjuangan?.
    • Apakah hanya dengan kekalahan Hasan Ali bertanding sebagai Naib Presiden PAS semasa muktamar yang lalu, beliau terus mempertikaikan kewibawaan PAS?. 
    • Kenapa selama Hasan Ali berada dalam teraju kepimpinan PAS, beliau tidak mengemukakan pandangan-pandangan sedemikian?.
    • Atau, Hasan Ali hanya menjaga periuk nasinya sendiri seperti mana keluarnya pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang lain kerana mendapat tawaran istimewa?.
    Jika benar Hasan Ali menghormati dan menggagumi kepimpinan seperti TG Nik Abdul Aziz dan TG Haji Abdul Hadi, beliau tidak sepatutnya bercakap diluar pengetahuan pucuk pimpinan. Maka itu, selayaknyalah Hasan Ali dipecat dari ahli PAS, kerana Hasan hanya dilihat sebagai liabiliti sepanjang masa parti, biar beliau bercakap diluar sana dan terjun dengan labu-labunya.

    Keputusan memecat Hasan Ali dibuat oleh Jawatankuasa PAS Pusat yang dipimpin oleh Presiden PAS merangkap Ahli Dewan Ulama' PAS, dengan merujuk kepada perlembagaan dan undang-undang berdasarkan Fasal 82(9) yang dibuat dan digubal oleh ulama'-ulama' dalam Dewan Ulama' PAS. KLIK=>PAS pecat Hasan Ali berkuat kuasa serta merta

    No comments:

    Post a Comment