There was an error in this gadget

Saturday, 28 January 2012

PELIK TAPI BENAR : Pelajar Jual 'Baucar Buku 1Malaysia' Boleh Dihukum Penjara dan Sebat

Mari kita perhatikan betul-betul, bila jerung terlanggar pukat jerut, bilis-bilis juga yang jadi mangsa. Ada orang mendakwa peristiwa ini, 'PELIK TAPI BENAR'. 

Hukuman yang dikenakan oleh kerajaan kepada pelajar Universiti yang menjual 'Baucar Buku 1Malaysia' bernilai RM200 yang diberikan secara 'IKHLAS' baru-baru ini boleh dikenakan hukuman 'SEBAT' dan 'PENJARA TIDAK LEBIH 5 TAHUN'.

Sedangkan seorang bekas menteri yang disabitkan dengan rasuah sehingga berjuta-juta ringgit bukan tiga posen, katanya. Hanya dikenakan hukuman penjara tidak lebih 12 bulan sahaja.

Kita perhatikan kronologi di bawah ini:-










WAHHH!!! Hebatkan?.. Bukan itu saja, portal 'Organisasi Kerajaan' ini juga tidak menafikan malahan, penjara, denda dan sebat adalah hukuman yang paling sesuai kepada pelajar yang menjual 'Baucar Buku 1Malaysia' itu. Tahap gaban punya hukuman yerrrr??..



Jabatan Penerangan Malaysia Takkan nak bagi hukuman sampai macam tu? Penjara, denda dan sebat kira sesuai la tu.
Semalam pada pukul 3.03 ptg ·

    Pasal hukuman itu berat sangat?. Sedangkan 'Organisasi Kerajaan' ini kata, terpulang kepada pelajar sama ada membeli buku atau sebaliknya. Pilihan di tangan masing-masing, sebaik-baiknya manfaatkan pemberian baucar tersebut. 

    Kalau pemberian itu 'IKHLAS', kenapa di hukum?. Kata terpulang kepada pelajar nak buat apa.. Apa ni?



    Jabatan Penerangan Malaysia Kerajaan sudah memberi.. terpulang kepada mereka sendiri sama ada membeli buku yang berfaedah atau sebaliknya. Pilihan di tangan masing2. Sebaik2nya, manfaatkan pemberian baucar tersebut. 
    Semalam pada pukul 3.15 ptg ·

    Aduh! Aduh! Aduh!.. Rupa-rupanya baucar ini hanya laku di kedai-kedai tertentu pulak, kedai siapa?. Mesti ada udang disebalik mee goreng mamak 'Restoran1Malaysia'..



    Jabatan Penerangan Malaysia baucar ini hanya laku di kedai2 yang menyertai perlaksanaan inisiatif ini.
    Semalam pada pukul 3.30 ptg · 1
     
     
    Apa sudah jadi dengan negara kita sekarang ini. Kategori mana kita letakkan kerajaan UMNO (Barisan Nasional) ini. Bukan saja 'Gila Kuasa', malahan bertambah-tambah penyakit 'Gila Babi' mereka. 
     
    Kalau nak link dan bukti, klik saja Jabatan Penerangan Malaysia, kecuali mereka remove.
     

    17 comments:

    1. Para pelajar sepatutnya memanfaatkan baucar RM200 tersebut untuk melengkapkan diri dengan alat tulis dan buku rujukan, kenapa nak menjual baucar tersebut untuk wang?

      ReplyDelete
      Replies
      1. Perhaps that particular student was in financial difficulties. Only he or she knows what is the real motivation behind it.

        Delete
    2. Ikut suka hati pelajar yang menerima baucar tersebut sama ada hendak membeli ataupun tidak.

      ReplyDelete
      Replies
      1. namun baucer itu memang untuk membeli buku2 yang diperlukan. tak boleh gunakan ikut suka hati saja termasuklah menukarkannya dengan wang tunai.

        Delete
    3. Hopefully the JPM can give a clear justification to their wall post regarding this matter.

      ReplyDelete
    4. baucr tersebut mmg harus digunakan dgn baik, ia bukan untuk dijual.

      ReplyDelete
    5. tapi tidak wajar juga mengenakan hukuman yang begitu berat semata-mata menjual baucer tersebut.

      ReplyDelete
    6. Baucer tu diberi kepada pelajar2 jadi gunakan sebaik mungkin bukan menjual baucer tersebut.

      ReplyDelete
    7. "Sedangkan seorang bekas menteri yang disabitkan dengan rasuah sehingga berjuta-juta ringgit bukan tiga posen, katanya. Hanya dikenakan hukuman penjara tidak lebih 12 bulan sahaja".

      Saya Ready, Senaraikan nama2 bekas menteri tu dan kesalahan apa, melibatkan berapa banyak RM dan berapa bulan/tahun hukuman???

      Saya mahu tengok tu fakta.

      ReplyDelete
      Replies
      1. Kris Jr.. tlg baca balik kenyataan itu, x kan pemahaman kamu x baik bro.. apa maksud 'katanya'?.. katanya itu, mungkin jg khir toyo bro.. atau, ada lagi menteri lain dlm fikirannya.. ko faham ke ini atau tidak ooo, Kris Jr?..

        cuba perhatikan soalan kamu skali lg, mcm ada yg x betul d situ.. org kata seorg bekas menteri, tapi kamu minta senarai nama2 bekas menteri.. apa ni?, lex saja kamu bro..

        Delete
      2. Khir Toyo. dia kena penjara 1 tahun dan hakim mengarahkan tanah dan banglo dia dilucuthak.

        Delete
    8. memang sudah dijangka bantuan2/baucer2 yang diberikan oleh kerajaan pasti tidak lengang dengan isu yang akan timbul.

      ReplyDelete
    9. Bikin confuse betul. Mana satu yang betul ni. Guna baucar itu untuk kebaikanlah. Sendiri mahu ingat.

      ReplyDelete
    10. "Sedangkan seorang bekas menteri yang disabitkan dengan rasuah sehingga berjuta-juta ringgit bukan tiga posen, katanya. Hanya dikenakan hukuman penjara tidak lebih 12 bulan sahaja"

      Memang pelik bin ajaib sistem pengadilan di M'sia ni. Makin ramailah yang akan terlibat dengan rasuah jutaan ringgit sebab hukuman macam tu saja.

      ReplyDelete
    11. Tapi seharusnya pelajar perlulah mengunakan bantuan itu sebaiknya. Mengenai menjual itu rasanya tidak akan dapat dan laku. Kerana perlu ada pemilik baucer itu sendiri untuk membelinya.

      ReplyDelete
    12. tujuan utama baucer itu bukan untuk dijual kepada pihak lain.. itu yang perlu diketahui oleh rakyat yang tidak bersetuju dengan hukuman ini..

      ReplyDelete
    13. bukan buku sahaja sebagai rujukan pelajar miskin.... alatan tulis juga perlu dibeli

      ReplyDelete