Friday 20 January 2012

Terima Kasih Saiful : Kerana Tindakan Anda! Rakyat Bertambah Benci Dengan UMNO.

Pada 9 Januari 2012 yang lalu, jutaan rakyat di Negara telah menanti dengan penuh debaran keputusan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakimannya yang mendapati tidak ada bukti yang menyokong keterangan Saiful mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat terhadapnya.

Hari ini, pejabat Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Ketua Pembangkang itu daripada pertuduhan tersebut. Rayuan itu difailkan pada jam 4.30 petang tadi di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Saiful menerusi portal blognya “mohdsaifulbukhari.blogspot.com” mendakwa telah menghantar surat rasmi kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail meminta beliau memfailkan notis rayuannya. Surat itu dihantar melalui peguamnya Tetuan Zamri Idrus & Co. Menurut Saiful, dia hanya menuntut haknya sebagai warganegara Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan "di mana setiap aduan itu berhak didengar dan diadili sehingga ke peringkat Mahkamah Tertinggi”.

Dari sebutan kes sehinggalah berakhirnya keputusan ‘Sodomi II’ 9 Januari lalu, majority rakyat di Negara ini meragui dakwan Saiful itu terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setelah diketahui umum bahwa Datuk Seri Anwar tidak terbabit dengan kes tersebut oleh Mahkamah Tinggi, ada yang menzahirkan bahwa dakwaan Saiful itu hanyalah fitnah semata-mata yang dirancang dan terancang.

Media-media pro kerajaan (UMNO/BN) juga telah mangakui akan ketelusan badan kehakiman di Negara ini setelah mendengar keputusan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakimannya. Fikiran rakyat semakin hari semakin matang untuk membuat penilaian.  

Bila rakyat sudah matang berfikir, apakah rayuan Saiful ini dilihat boleh menjatuhkan imej Ketua Pembangkang itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim?. Bagi pandangan SR dan beberapa dakwaan penganalisis politik, akan berlaku lagi satu lonjakkan sokongan rakyat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat khususnya.

Walaupun sebutan kes berlaku di Mahkamah Rayuan, rakyat sudah lali dengan lakonan pengarah dan pelakon disebalik tabir filem ‘Sodomi II’. ‘Sodomi I’ telah membuktikan yang Datuk Seri Anwar tidak bersalah, orang percaya. Dan, keputusan ‘Sodomi II’ oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah juga didapati Datuk Seri Anwar tidak bersalah, jutaan rakyat di Negara ini menyambut dengan nada gembira dan bersyukur beliau terlepas dari fitnah yang dirancang dan terancang itu.

Apa pun! terima kasihlah kepada Mohd Saiful kerana tindakannya membuatkan rakyat makin bertambah benci dan menjauhkan diri dari UMNO. Pakatan Rakyat makin menghampiri Putera Jaya, menjayakan agendanya membersihkan pemimpin-pemimpin yang selama ini bergelombang dengan rasuah dan salah guna kuasa. Selamat Maju Jaya Saiful..

No comments:

Post a Comment