Wednesday 4 January 2012

Apa Punya Otak UMNO/BN Ini : Taib Mahmud Dibiarkan Bermaharajalela, TG Nik Aziz Disuruh Bersara

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat diberikan kepercayaan untuk memimpin kerajaan Kelantan lebih 20 tahun semenjak 1990. Dengan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, PAS berjaya melaksanakan tanggungjawabnya untuk menegakkan hukum Allah yang berada dalam bidang kuasanya walaupun bukan keseluruhan, Nabi s.a.w. sendiri pun waktu zamannya tidak dapat mentarbiah seluruh manusia.

Sepanjang Tuan Guru Nik Abdul Aziz menerajui Kelantan, gerakan dakwah PAS berkembang dengan lebih tersusun melalui pendekatan haraki dan dalam masa yang sama PAS terus membina jambatan dakwah dengan non-Muslim sehingga terbentuk Majlis Perundingan Cina (CCC). 

Di sudut yang lain, pendekatan PAS telah disambut oleh kerajaan dengan melaksanakan juzuk tertentu daripada Islam seperti Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam, Dasar Bersih, Cekap dan Amanah serta penubuhan Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa dan lain-lain. 

Paling ketara sekali dilihat dengan kewibawaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz ialah kedudukkan beliau yang tidak pandai berubah, konsisten dalam dakwahnya menegakkan Islam. Apatah lagi mengejar kedudukkan dunia, beliau terhindar dari perkara-perkara jijik seperti penyalahgunaan kuasa, rasuah, ketirisan wang rakyat dan sebagainya berbentuk kezaliman yang mendatangkan kemurkaan Allah S.W.T. Layakkah seperti Awang Adek, Mustapha Muhammad, Ibrahim Ali dan pemimpin-pemimpin lain UMNO untuk menggantikan TG Nik Abdul Aziz mengepalai kerajaan negeri Kelantan?.

Apa yang SR mahu bawa di sini ialah perbandingan kepimpinan, di antara pemimpin-pemimpin UMNO (Barisan Nasional) dan pemimpin- pemimpin PAS. Cuba kita lihat, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang menjawat Ketua Menteri Sarawak lebih daripada 30 tahun lamanya. Ketua Menteri paling berkuasa dan paling lama dalam sejarah politik Negara sejak Malaya bergabung dengan Sabah dan Sarawak.

Dalam laman web Sarawak-Report, pernah mengeluarkan dakwaan Taib Mahmud dan anggota keluarganya memiliki hartanah bernilai lebih RM320 juta di Kanada. Ia termasuk kompleks mewah Preston Square dengan menara kaca kembar yang menyediakan ruang pejabat dan kompleks membeli-belah mewah di wilayah komersial bernilai tinggi di pusat Bandar Ottawa.

Sementara itu, kekayaan Taib Mahmud di Malaysia sahaja dilaporkan sebanyak RM4.6 bilion, melalui pemilikkan asset koporat di 14 buah syarikat. Maklumat itu didedahkan oleh sebuah NGO berpengkalan di Switzerland, Dana Bruno Manser (BMF) yang berkempen menentang rasuah di Sarawak. BMF juga mendakwa Taib berserta 4 orang anaknya, 8 adik beradik dan sepupu pertamanya, Abdul Hamed Sepawi memiliki kepentingan dalam 332 syarikat-syarikat di Malaysia.

BMF telah mengeluarkan senarai 49 firma milik Ketua Menteri Sarawak itu di seluruh dunia. Senarai itu termasuk 13 syarikat di Malaysia, 10 di Australia, 9 di Kanada, 7 di Hong Kong, 4 di Amerika Syarikat, 3 di British Virgin Island, 1 di Pulau Jersey dan 2 lagi di United Kingdom. Antara syarikat Malaysia yang disenaraikan termasuk Borsarmulu Resort Sdn Bhd, Cahya Mata Sarawak Sdn Bhd yang terkenal dengan jolokan ‘Chief Minister’s Sons’, K&N Kenanga, Kumpulan Parabena Sdn Bhd,, Sarawak Energy Bhd, Naim Holdings dan Kumpulan Ta Ann.

Sesetengah syarikat berkenaan dimiliki kerajaan negeri dan projek yang disokong kerajaan negeri seperti Royal Mulu Resort dan empangan Murum. Sebahagian besar firma yang disenaraikan itu membabitkan syarikat yang terbabit dalam perniagaan hartanah, termasuk Sakti International Corporation Incorprated yang berpengkalan di Amerika Syarikat.

Banyak lagi fakta-fakta yang di bawa oleh BMF sebagai bukti untuk mendakwa keluarga Taib dalam kempen-kempen  mereka di peringkat nasional dan antarabangsa . Pelbagai NGO juga telah melakukan seumpama kempen BMF bagi mengheret Ketua Menteri Sarawak ini dan keluarganya kemuka pengadilan. Bagaimana pun, laporan demi laporan tidak mendapat respons yang baik di peringkat badan berkuasa.

Terbaru, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sendiri tidak mahu menjawab persoalan mengenai dakwaan-dakwaan dan siasatan ke atas Taib Mahmud. Pegawai Kanan SPRM, Azmi Mohd sendiri enggan mengulas berhubung status siasatan terhadap dakwaan rasuah Taib termasuk dalam konsesi pembalakan. Pegawai SPRM itu tidak mahu ditanya mengenai persoalan tersebut dalam forum anjuran badan pemerhati Transparency International-Malaysia (TI-M) untuk membincangkan amalan rasuah dalam pengurusan hutan dan pembangunan mampan 15 Disember 2011 lalu - Sumber Harakah keluaran 23-25 Disember 2011 (Edisi Jumaat).

Itu kisah Taib Mahmud, bagaimana pula dengan kisah menteri-menteri UMNO/BN yang lain terutama sekali Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman bersama kroni-kroninya?. UMNO mendakwa TG Nik Aziz menerajui negeri Kelantan terlalu lama dan wajar bersara untuk membuka peluang kepada orang lain. Apakah kepimpinan PAS sama dengan kepimpinan UMNO?. Ada akal, pakai!! Fikirkan dengan hati yang terbuka tanpa dipengaruhi dan diselaputi nafsu..

No comments:

Post a Comment