Monday 2 January 2012

Lajim Menyelam, Timbul Buntutnya

Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin yang didakwa akan keluar dalam UMNO telah melahirkan rasa kecewanya apabila ucapannya di majlis Rumah Terbuka Krismas Bekas Wakil Rakyat Kuala Penyu Datuk John Ghani sempana rumah terbuka Krismas pada jumaat lepas diekplotasikan oleh pihak-pihak tertentu sebagai ucapan menghentam kerajaan.

SR juga sebelum ini telah mengulas peristiwa tersebut, bila mana beberapa kenyataan rakan FB menyebut kononnnya Lajim memburuk-burukkan imej parti UMNO dan kerajaan BN. SR merasa pelik bin ajaib juga bila mana Lajim menafikan bahawa beliau hanya sekadar  bersuara untuk mewakili rakyat dan apa juga masalah yang disampaikan untuk pengetahuan dan perhatian kerajaan khususnya yang membabitkan jabatan serta agensi kerajaan yang terlibat.

Lajim mendakwa bahawa kehadirannya pada program John Ghani itu hanya sebagai jemputan, katanya, “Perlu saya perjelaskan, saya hadir atas jemputan dan sememangnya setiap tahun saya hadir ke majlis rumah terbuka beliau (John Ghani) sebagai kawan dalam konsep kekeluargaan bukannya majlis politik, saya diberikan penghormatan berucap sebagai Ahli Parlimen dan dimana kebanyakan yang hadir rakyat yang menyokong kerajaan”.

Lajim menjelaskan dalam ucapannya, beliau hanya mengharapkan kerajaan dapat menangani segara isu bekalan air yang sekian lama berlarutan ke daerah itu yang saban hari menjadi rungutan rakyat.  Menurutnya lagi, beliau tidak tahu dari sudut mana ucapannya itu menghentam kerajaan dan telah diekplotasikan. Lajim kena perlu ingat sejarah dan kenapa tidak catatkan sahaja setiap detik sejarah perjuangan sendiri membela rakyat Beaufort? Agak-agaklah berapa tahun sudah menjadi wakil rakyat Beaufort sampai sekarang masalah air tidak dapat diselesaikan?. Biar betul pak Lajim..

Kenyataan penafian itu menimbulkan kekeliruan dan persoalan banyak pihak, kenapa Lajim hadir semasa berlangsungnya majlis politik Pakatan Rakyat yang dihadiri oleh jemputan khas John Ghani iaitu mantan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin? Kenapa beliau tidak datang di hari lain sahaja sebelum atau selepas majlis itu jika ingin menjaga hubungan kekeluargaan? Apakah Lajim tidak tahu kedudukkan John Ghani dalam politik mutakhir ini? Dan, kenapa beliau berucap jika hanya sekadar jemputan? Atau, Apakah Lajim tidak berani menyuarakan tuntutan rakyat tersebut di dewan rakyat atau di hadapan PM, Najib Razak?.

Sdr Musli Oli yang turut sama berucap di majlis berkenaan hanya bisa melahirkan kekesalan kerana apa yang Lajim maksudkan itu ialah beliau sendiri. Apa pun kata Musli, Sebagai MP BN, Lajim minta kerajaan UMNO/BN tangani bekalan air. Yang kenal Lajim, mereka itulah penilai yang adil. Saya tidak akan dedahkan perbincangan peribadi saya dengan Lajim dalam FB. Tapi saya tahu apa sebenarnya berlaku, Salam perjuangan!, katanya lagi.

INI KALI LAAA!!!

2 comments:

  1. saya suka dan menyokong orang kerajaan menegur kelemehan dalam penyampaian dan pelaksanaan projek kerajaan..apa salahnya ? tukar baju pun saya sokong,apa salahnya ? kan hari hari semua orang tukar baju kalau sudah kotor ?tapi kalau tk ada baju lain yang bagus..cuci je lah (refresh) baru pakai balik...hehehe..tiada salahkan ?

    ReplyDelete
  2. menegur krajaan 1Msia mmang x salah bro.. itulah sebenar2nya pemimpin.. klu sering tukar baju ini, lama2 sampai org x kenal juga.. tapi, jika baju tu berjenama terhangat di pasaran bukan jenama tiruan tentu skali akan dpt sambutan..

    ReplyDelete