Saturday 28 January 2012

Apa Kata Rakyat? : Tentang 4 Pemimpin Di Kota Belud


Saya Ready pernah diajukan soalan dalam laman sosial facebook kumpulan TMX - GAGASAN POLITIK SABAH;  Soalanya; Apa pandangan SR tentang 4 pemimpin di Kota Belud?. Jawaban SR mudah saja, bagi peluang dengan orang baru. Alasan, simple; Pengundi sekarang rata-rata pengundi (majority) adalah orang muda.

Leel Areel ba ni kali lah... apa pandangan ko tentang 4 pemimpin di KB tu bro... kita ubah tajuk sikit...



Saya Ready pendpt saya secara jujur tntng 4 pemimpin itu, DARD lebih menyerlah.. DARD lebih berani mengutarakan kehendak rakyat, wlupun ada ubi disebalik batas.. tapi saya x suka dia sbb, dia pemimpin BN.. lain la nnti klu dia PR.. ehmmm.. apa pun pembangunan seimbang adalah keutamaan pd rakyat.. bg saya D.Salleh dan Tan Sri, rehat dulu.. bg peluang pd org baru..

Namun demikian, ada seorang sahabat sebagai penyokong dan pendokong UMNO Kota Belud bagi respond serta pandangan dengan menghantar SMS kepada SR; katanya;-

Ada 4 pemimpin berpengaruh sekarang ini di Kota Belud, katanya 3 daripadanya Wakil Rakyat (YB), 1 lagi menjawat jawatan taraf menteri di Sabah dan Speaker  DUN. Sahabat ini bagi alasan dan pandangan yang ringkas tapi menarik, antaranya;

Datuk Salleh – Pemimpin ini paling lama berkuasa atas nama bangsa Bajau, dulu PSBB sekarang ini USBO. Banyak jawatan sudah diduduki, termasuk Ketua Menteri Sabah. Namun katanya, kemampuan dan kebolehan ada pada pemimpin ini, tetapi nawaitu atau niat beliau bukan untuk bangsa Bajau dan masyarakat Kota Belud. Ada tersirat dari yang tersurat dalam agenda beliau, tambahnya lagi.

Datuk Musbah – Masih keliru hingga kini walau sudah 2 penggal menjadi Wakil Rakyat sekarang ini. Bila sembang dengan rakyat, bukan cerita atau tanya apa masalah rakyat. Asyik-asyik cerita kekayaannya dan bagaimana beliau berjaya dalam perniagaan. Sebagai Wakil Rakyat, boleh beliau berniaga? Itu persoalan yang sahabat ini timbulkan.

Datu Japlin – Niatnya besar untuk menaiktaraf kehidupan rakyat dan ingin memartabatkan bangsanya, tetapi kemampuan beliau terbatas. Akhirnya dia saja yang kaya raya.

Datuk Rahman – Sahabat ini kata, peduli apa pemimpin ini dengan bangsanya di Kota Belud, dia orang Tuaran. Lagi pun pemimpin ini konon telah mendakwa bahwa kemenangannya bukan sokongan Iranun dan Bajau, kalau bukan orang bukit yang bagi sokongan, tentu beliau sudah kalah pada PRU12 yang lalu.

Kenyataan ini hanyalah semata-mata pandangan atau pendapat dari persoalan yang ditimbulkan. Suara rakyat itu penting untuk mengubah dan merubah keadaan yang mereka fikir perlu diperbaiki. Terima kasih.

38 comments:

  1. setiap pemimpin ada kelebihan dan kekurangan mereka sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana-mana pemimpin pun, pasti ada yang suka dan ada yang tidak suka terhadap mereka. namun yang penting tugas dilaksanakan dengan baik.

      Delete
  2. kita kena pndai menilai pemimpin mana yang dirasakan terbaik.

    ReplyDelete
  3. Pendapat saya mcm si antap. Setiappemimpin ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. So kita kenalah bijak membuat pilihan.

    ReplyDelete
  4. Saya yakin setiap individu mempunya citarasa yang berbeza so agak sukar utk memutuskan siapa yang terbaik dianatar 4 pemimpin itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap orang ada pandangan sendiri tentang pemimpin mereka. jika pemimpin melakukan tugas dengan baik mereka pasti terus disokong.

      Delete
  5. So better kita nantikan saja apa yang akan berlaku next GE nanti.

    ReplyDelete
  6. Namun buat masa sekarang rakyat mempunyai peluang dan kuasa utk buat pilihan. Jadi pastikan peluang itu tidak disia-siakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..pilihan terletak ditangan rakyat untuk memilih mana yang terbaik untuk mereka.

      Delete
  7. Jom tepuk dada tanya selera:) Pastikan takda penyesalan dikemudian hari:P

    ReplyDelete
  8. everyone has their own opinion on the leaders in KB.

    ReplyDelete
  9. Judge the leaders wisely. Don't assume that leader is bad or lousy when flaws are seen in them.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Most important is the contributions that has been made by the leader for the society in that area.

      Delete
  10. Remember, no one is perfect even the leaders are not perfect.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hard to tell which leader is genuinely with his struggle for rakyat.

      Delete
  11. Rakyat KB perlulah membuat pemilihan yang terbaik supaya masa depan KB terjamin.

    ReplyDelete
  12. Parti yang bertanding juga perlulah meletakkan calon yang bukan sahaja winnable, tapi mampu melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap rakyat.

    ReplyDelete
  13. Saya percaya rakyat tahu bagaimana untuk menilai antara baik dan buruk

    ReplyDelete
  14. hoped the people of Sabah would not be easily duped by the opposition’s promises

    ReplyDelete
  15. Each has their own strength as well as weaknesses...

    ReplyDelete
  16. The choice is really up to the people really

    ReplyDelete
  17. ya, bagi peluang kepada muka2 baru untuk bertanding pada PRU. saya pun teringin nak tahu siapa pilihan pengundi2 sekarang yang rata2nya adalah orang muda. pasti mereka ni mahukan sesuatu yang baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat mahukan perubahan. Banyak yang mahukan muka2 baru. Agak menarik juga PRU13 ini nanti. Tidak sabar mahu tahu calon2 yang akan bertanding.

      Delete
  18. empat pemimpin yang telah dinyatakan tu semuanya telah dinyatakan kelebihan dan kekurangan mereka. rasanya bagi orang KB bukan sukar sangat untuk menilai mereka dengan lebih tepat bila pemilihan dibuat. semoga dapat membuat keputusan yang terbaik nanti demi untuk kesejahteraan orang2 KB.

    ReplyDelete
  19. Setiap pemimpin ada kekuatan dan kelemahan mereka sendiri.

    ReplyDelete
  20. Pilihlah calon yang benar-benar mampu memberikan yang terbaik untuk penduduk Kota Belud itu sendiri. Kerana pemilihan calon yang terbaik ada perlu bagi meneruskan kejayaan pada Pru sebelumnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi pihak2 yang bakal bertanding pada pru13 nanti haruslah memilih calon mereka dengan berhati-hati dan boleh menang...kalau asyik muka lama saja dicalonkan, pembangunan di KB juga akan menjadi agenda lama..tiada yang baru..

      Delete
  21. Kota Belud merupakan kawasan yang dari mula hingga sekarang sangat aktif dengan dunia politik. Banyak pemimpin yang berkebolehan dikawasan tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapakah yang akan dicalonkan pada pru13 nanti?

      Delete
  22. Selagi penduduk mendapat apa yang mereka perlukan selagi itu calon itu tetap menjadi pilihan penduduk.

    ReplyDelete
  23. bukan mudah mahu tentukan mana satu calon yang terbaik.. bagus tanya sendiri penduduk di KB tentang siapa yang mereka lebih suka untuk menjadi pemimpin di daerah itu..

    ReplyDelete
  24. Kota Belud ada ramai pemimpin hebat, jadi pasti mereka dpt bangunkan lagi KB.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KB memang ramai melahirkan pemimpin-pemimin yang dikenali dan berpengaruh..yang penting usaha untuk membangunkan KB perlu terus dibuat.

      Delete
  25. Masing-masing ada ciri-cirinya.

    ReplyDelete
  26. Rakyat KB pasti akan buat penilaian dan mengundi calon yang betul berbakat.

    ReplyDelete
  27. Pemimpin yang mengutamakan rakyat pasti menjadi calon keutamaan rakyat juga.

    ReplyDelete
  28. Pasti satu saingan hebat do PRU akan datang.

    ReplyDelete
  29. No perfect leader that can please everyone.. but ideal leader.

    ReplyDelete