Saturday 7 January 2012

AMANAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Saya mohon agar rakyat Malaysia bertenang dan dapat meluangkan 10 minit dari masa berharga anda untuk membaca luahan hati saya agar rakyat faham mengapa saya bersungguh-sungguh dan beria sangat ingin merebut Putrajaya.

Jika saya katakan ia bukanlah perjuangan peribadi bagi membela ketidakadilan yang telah berlaku ke atas saya, pastilah ramai yang tidak akan percaya dengannya. Oleh itu, saya mengambil keputusan menulis beberapa fakta agar ia dapat meyakinkan rakyat bahwa saya ikhlas dan jujur memperjuangkan nasib kita semua.

Saya pernah dituduh liwat beberapa tahun lalu dan mahkamah mendapati saya tidak bersalah atau lebih tepat saya tidak melakukan perbuatan terkutuk itu sebagaimana yang didakwa oleh musuh-musuh politik saya. Tidak cukup dengan itu, saya kemudiannya diheret semula ke mahkamah dengan tuduhan lain pula. Kali ini mereka mendakwa saya telah melakukan kesalahan ‘menyalahgunakan kuasa’. Saya akui saya tersilap mempercayai anggota polis yang sering mengiringi saya ketika itu. Saya telah meminta beliau menyiasat siapakah penulis buku ’50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi PM’. Hanya itulah kesalahan yang mereka takrifkan sebagai ‘menyalahgunakan kuasa’ yang akhirnya menyebabkan saya terpaksa meringkuk selama 6 tahun dalam penjara. Bolehkah anda bayangkan perasaan saya dan keluarga ketika itu?

Sebaik keluar dari penjara, setelah 6 tahun menghabiskan sisa-sisa hidup dengan pelbagai amalan keagamaan di dalam sana, saya amat bersyukur akhirnya Tun Mahathir mengaku dalam satu sidang video bahwa beliau memang sengaja mengada-adakan kesalahan saya bagi memastikan kerjaya politik saya berkubur dalam penjara Sg.Buloh. Ramai rakyat yang telah tahu dan pernah menonton video pengakuan Tun Mahathir. 

Anda boleh lihat dan dengar pengakuan Tun Mahathir ke link youtube di bawah ini:

Apabila satu persatu tembelang BN terbongkar, mereka mulai berasa kurang selesa serta risau dan mereka mula mengatur sebuah lagi fitnah bagi ‘menyibukkan’ saya dengan sesuatu yang tidak pernah saya lakukan. Tiba-tiba seorang pemuda mengaku diliwat oleh saya sehari selepas beliau bertemu Dato Seri Mohd Najib di pejabatnya. Saya yang berada 6 tahun dalam penjara seolah tidak pernah belajar bahwa ‘kebebasan’ itu adalah nikmat yang harus saya syukuri. Saya sekali lagi terpaksa berhadapan dengan kemelut yang amat memalukan saya dan keluarga.

Saya ingin bertanya, selama 6 tahun dalam penjara, berapa ramaikah banduan yang telah saya liwat? Mengapa perlu tunggu keluar penjara untuk melakukan perbuatan terkutuk itu? Saya sebenarnya tiada ruang untuk menjelaskan kebenaran ini. Saya dinafikan keadilan. Saya juga turut dinafikan hak bersuara di semua akhbar, stesen TV dan Radio milik BN. Saya tiada tempat yang dapat menjelaskannya secara meluas kepada rakyat jelata. Dimanakah dapat saya kemukakan bukti bahwa saya sungguh tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk itu? Mereka suruh saya buktikan di mahkamah, sedang merekalah yang sebenarnya menguasai mahkamah. Ya benar! Mahkamah kita masih belum bebas. Ia masih terus dikuasai sepenuhnya oleh ‘orang’ yang berkuasa.

Saya menolak untuk bersumpah kerana bukan saya yang sepatutnya bersumpah, tetapi orang yang mendakwa diliwatlah yang sepatutnya bersumpah laknat. Dia telah pun bersumpah dan biarlah Tuhan sahaja yang melaksanakan laknat-Nya ke atas mereka yang bersumpah bohong. Itu bukan lagi dalam kekuasaan saya. LA HAWLA WALA QUWATAILLAH BILLAH. Jangan lupa, beberapa individu yang terbabit memfitnah saya dahulu ada yang telah mati dengan tragis dan ada pula yang masih hidup tetapi mengalami sakit yang aneh. Dan berhubung DNA pula, saya enggan diambil sekali lagi sample DNA kerana mereka telah punyai DNA saya dalam pertuduhan kes liwat yang pertama dahulu. Saya bimbang seandainya mereka mempunyai muslihat jahat terhadap sample DNA terbaru itu nanti. Saya harus lebih berhati-hati.

Andaikata benarlah saya ini ‘kaki liwat’ sebagaimana fitnah mereka, bukankah molek jika ianya saya lakukan di luar Negara. Saya mengajar di sebuah Universiti di Amerika Syarikat, it’s a free country, jika benarlah saya ini kebulur sangat meliwat seseorang, saya boleh melakukannya dengan sesiapa sahaja yang saya ingini di sana. Mengapa harus saya lakukan perbuatan jahat itu di Negara sendiri, di Negara yang mana saya berpolitik, berkeluarga dan mempunyai ribuan kenalan dan sahabat handai. Ia tidak masuk akal dan tidak munasabah. Ia satu fitnah jahat yang amat berat buat saya dan keluarga.

Justeru itu saya berazam untuk menyelamatkan Malaysia dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tidak berperikemanusian itu. Saya rela mati kerana rakyat Malaysia. Hanya dengan menguasai Putrajaya sahajalah segala tipu muslihat mereka dapat kita bongkar kepada umum. Masa itu, anda nilailah sendiri dan saya akan memaafkan anda yang turut menuduh dan memfitnah saya ketika ini kerana saya mengandaikan bahwa anda ‘jahil’ atau ‘tidak tahu’ ketika itu. Saya akan biarkan anda semua berkesempatan bertaubat kepada Allah atas dosa dari kesalahan memfitnah saya, yang disifatkan Allah dan Rasul-Nya sebagai lebih buruk daripada membunuh satu jiwa mukmin.

Berhubung pemilikan harta, setakat ini belum ada bukti bahwa saya memiliki harta atau wang yang luar biasa banyaknya samada dalam mahupun di luar negara. 9 tahun lamanya sebagai Menteri Kewangan Malaysia serta Timbalan Perdana Menteri Malaysia, ramai dari kalangan pemimpin BN yang berpendapat adalah amat bodoh saya tidak menggunakan kesempatan untuk 'membaham' khazanah negara ketika itu. Memang benar ketika itu saya boleh sahaja melakukannya jika mahu, ia adalah dalam bidang kuasa saya sebagai Menteri Kewangan Malaysia, namun hukum Allah dan syariat Islamlah yang telah membendung saya dari melakukan perbuatan khianat seperti itu kepada rakyat Malaysia.

Kami, pemimpin Pakatan Rakyat berjuang dengan menggunakan hasil pendapatan masing-masing dan dari kemelut 'kekurangan dana' ini, akhirnya membawa kepada keluarnya beberapa pemimpin yang 'kononnya' ingin berjuang bersama tetapi rupanya mempunyai hasrat 'berbeza'. Pemimpin Pakatan Rakyat yang bercita-cita jahat untuk meratah khazanah kekayaan negara awal-awal lagi telah 'disingkir' oleh Allah Swt melalui ujian-ujian-Nya. Antara mereka adalah Ezam Nor dan Zulkifli Nordin, sekadar menyebut beberapa nama dari mereka. Syukur Alhamdulillah!

Baiklah, setakat itu sahaja yang dapat saya perjelaskan tentang apa yang telah berlaku kepada saya selama ini. Saya ingin bertanya, apakah anda sebagai rakyat Malaysia sanggup membiarkan orang yang paling bermotif membunuh, menjadi PM? Jika anda sangsi dengan dakwaan saya bahwa mereka, pemimpin-pemimpin BN terpaksa bersekongkol dengan perancang utama satu plot pembunuhan hanya kerana ‘survival’ politik mereka, cuba anda perhatikan fakta-fakta dan bukti-bukti yang dikemukakan.. :
KLIK => PEMBUNUHAN ALTANTUYA - WAJARKAH RAKYAT MENUTUP KES INI?.

Kepada sesiapa yang mampu mengawal emosinya, mengendalikan akalnya dan menimbang segalanya dengan adil dan benar, maka ia akan mudah melihat keadilan dan kebenaran, mengetahui petunjuk dan memutuskan sesuatu dengan adil dan benar..

5 comments:

  1. ciss video cut jer.. ko tak dengar dari awal apa mahathir kata. bodohla

    ReplyDelete
  2. tahu kamu kata gitu.. yg selama ini kamu buat gitu.. ada kami kesah?.. ada mahathir nafikan semua itu?.. sapa yg bodoh sebenarnya?

    ReplyDelete
  3. Subhanallah.. Org yg mmpunyai akal pasti dpt brfikir dgn waras, Allah mmandg kita smua.. Pasti keadilan akan trtegak jua.. Allah Maha Mengetahui..!

    ReplyDelete
  4. sy bukan pnyokong kerajaan or pembangkang sbb sy sndri xtau spe sbnarnye yg btol..harap Allah bantu org yg benar..tp cube la tgok video nie..

    http://www.youtube.com/watch?v=OC-JxW2Dp8g&feature=related

    ReplyDelete
  5. Org yang bodoh adalah orang yang membabi buta menerima sesuatu tanpa bukti dan usul periksa. Yang menzalimi org lain. Yang menzalimi tanggungjawabnya. Sy percaya ramai rakyat Malaysia yang dah bukak mata. Minta lah pertolongan Allah supaya pihak yg dizalimi memperoleh kemenangan.

    ReplyDelete