Tuesday 15 November 2011

UMNO : Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.


UMNO yang diasaskan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan dulu berjuang atas prinsip agama Islam dan bangsa Melayu, tetapi kini UMNO semakin kabur dalam perjuangan parti yang di bawa oleh pemimpin-pemimpin yang kian rakus mengkhianati kepercayaan majority rakyatnya (Melayu).

Sebelum ini, perjuangan UMNO dilihat konsisten dan selari dalam perjuangannya menegakkan Islam dan bangsa Melayu di era penubuhan awal hinggalah pertengahan usia parti ini. Kini sudah berubah sehingga ahlinya sendiri menjadi keliru. Baru-baru ini Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) melahirkan kekesalannya terhadap kepimpinan Najib dengan protesnya menubuhkan Angkatan Amanah Merdeka (Amanah).

Umat Islam dan bangsa Melayu di Malaysia juga tertanya-tanya dengan hala tuju parti itu dalam perjuangan Islam dan bangsa Melayu. Yang jelas kita ketahui sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyatakan sokongan beliau tentang pelaksanaan hudud di Kelantan. Namun demikian, hal itu disangkal keras oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa hudud tidak akan dilaksanakan. Mana kesepakatan mereka?, itu persoalannya.

UMNO sanggup membuang agama, semata-mata mahu mendapatkan sokongan rakan sekutunya (non Muslim) terutama sekali MCA yang terang-terang menghina hukum Allah. Pemimpin-pemimpin UMNO sering saja mengkritik PAS, konon DAP dengan tegas menolak hudud dan Negara Islam jelmaan PAS. Jangan heran dengan DAP sebab mereka itu siapa, yang mengherankan ini ialah dalam UMNO itu siapa?. Mereka sebenarnya tidak faham atau pura-pura tidak faham bahwa PAS dengan pendirian teguh untuk menegakkan hukum Allah dan Negara Islam (Berkebajikan). Ini amat jelas sekali termaktub dalam perlembagaan PAS. Bagaimana pula dengan perlembagaan UMNO?. 

Seperkara lagi UMNO seolah bersetuju dengan maksiat, apabila media pro UMNO/BN banyak menayangkan perkara-perkara mungkar sebagai tatapan umum. Meraka menampakkan belang yang bertopengkan Melayu Islam sebagai agenda perjuangan, tetapi hakikatnya bersetuju dengan maksiat yang dilakukan. Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. UMNO (baru) jelas tidak berpegang kepada prinsip Islam dan perjuangan asal penubuhan UMNO. 

Seharusnya tidak timbul tohmahan UMNO kepada pembangkang, sebab mereka memerintah negara masa kini. Sepatutnya mereka cari dari sudut mana kelemahan mereka, kenapa majoriti rakyat (Melayu) tidak yakin sudah dengan UMNO. Pemimpin-pemimpin UMNO sewajarnya memperbetulkan setiap keadaan dan kelemahan. Sebaliknya ini tidak terjadi, penafian demi penafian terus berlaku dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO walau perkara mungkar itu jelas terhidang di depan mata.

Perjuangan UMNO kini mula menyimpang jauh dari landasan sebenar, pemimpin-pemimpin UMNO terlalu memikirkan keduniaan dan kebendaan. Terbaru isu membabitkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhubung Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang hangat diperdebatkan. Sehinggakan anggota Parlimen (BN) Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin mengesa supaya Shahrizat meletakkan jawatan berikutan pembabitan ahli keluarganya dalam isu NFC tersebut.

Terlalu banyak jenayah Umno kepada bangsa Melayu, Islam, tanah dan Raja-Raja Melayu kalau hendak dilakarkan, cukup sebagai bukti UMNO mengkhianati bangsa dan orang-orang Melayu. Perjuangan UMNO untuk membela Melayu hanya topeng semata-mata bagi mengkayakan beberapa kerat pemimpinnya sedangkan orang Melayu keseluruhannya tertinggal jauh daripada bangsa lain.

Kejujuran adalah merupakan salah satu hal pokok dari sudut keterbukaan atau transparensi. Dalam hal masyarakat, ini sangat mendukung tentang perkembangan masyarakat ke arah yang lebih demokratik kerana kejujuran itu akan mensuramkan (melemahkan) titik-titik korupsi dan manipulasi di kalangan budaya masyarakat adat sendiri.

Untuk mengwujudkan idealisme tersebut, kearifan atau kebijaksanaan dari pemerintah sangat diperlukan. Dengan kebijaksanaan ini, maka akan wujud bibit-bibit mendominasikan kepentingan rakyat dan pembinaan modal insan untuk merealisasikan system yang benar-benar telus.

UMNO janganlah terlalu angkuh dan sombong dengan kuasa yang ada ditangan mereka. Kuasa itu adalah amanah dan tanggungjawab yang harus dipikul untuk dilaksanakan. Amanah itu jelas dari rakyat, kepada rakyat dan untuk rakyat yang Allah anugerahkan kepada mereka. Sekelip mata Allah akan tarik kuasa itu jika ada pendustaan, kerana setiap manusia itu juga telah mendapat anugerah dari Allah s.w.t. iaitu AKAL.

Jangan ada slogan lagi “TIADA YANG TERBAIK SELAIN UMNO DAN BARISAN NASIONAL”. Semua pembangunan dibuat itu adalah tanggungjawab yang wajib pada tiap-tiap pemerintah yang memegang amanah untuk dilaksanakan. Jangan juga pemerintah seumpama UMNO/BN menagih balik kepada rakyat apa yang mereka berikan kepada rakyat, sebaliknya rakyatlah yang wajar menagih kesemuanya sebab itu janji mereka. Ini soal tanggungjawab pemimpin terhadap kemaslahatan rakyat, pemimpin itu adalah ketua (Amirul Mukminin) yang rakyat pilih. Ia tak ubah seperti ‘Buruk Siku’ namanya jika berlaku seumpama demikian.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Berbuat adillah kerana keadilan itu lebih dekat pada ketakwaan”.  – Surah Al-Ma’idah ayat – 8.

No comments:

Post a Comment