Tuesday 29 November 2011

Dr Mahathir Umpama Menyalak Bukit


Mahathir sebelum ini membidas pemimpin-pemimpin UMNO di bawah pentadbiran Pak Lah dan Najib, "Di kalangan pemimpin UMNO tidak banyak yang berkalibar, mereka dikaitkan dengan rasuah seperti (semasa) bertanding untuk Ahli Majlis Tertinggi," katanya.

Dr Mahathir beranggapan orang Melayu sudah kritikal terhadap UMNO, ini adalah soal impression bahawa UMNO dipimpin oleh orang yang korup dan orang yang berkelayakan tidak dibenarkan masuk untuk memegang jawatan. Ini adalah benar, malah kita hendak mencari pemimpin dalam UUMNO sekarang pun susah. Di Selangor begitu ramai orang Melayu tapi hendak cari pemimpin cukup susah.

Sebelum ini, Mahathir melihat segala kekalutan dalaman yang berlaku terhadap UMNO adalah berpunca daripada kelemahan pengantinya Abdullah Ahmad Badawi. "UMNO sudah menjadi rosak teruk apabila Abdullah mengambil alih. Ini kerana beliau mengutamakan keluarganya dan macam-macam lagi pertuduhan rasuah. Lepas itu orang tahu tentang penglibatan menantunya" katanya lagi.

Era Najib Tun Razak pula, Mahathir turut menyindir Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO sekarang ini dengan berkata, "UMNO memerlukan banyak masa supaya ia boleh diperkuatkan. Tapi beliau (Najib) pun sibuk dan tidak mempunyai masa yang cukup. Pemimpin-pemimpin UMNO yang lain pula belum ada kredibiliti dan masih baru".

Pandangan sinis Mahathir itu sebenarnya, beliau tidak senang dengan kegemaran Najib yang sering kali melancong keluar negara. Mahathir dilihat lebih mempercayai Muhyiddin Yassin daripada Najib Tun Razak. Mahathir terus memperlekeh kemampuan pemimpin-pemimpin UMNO, termasuk para Menteri dan Ketua Bahagian, yang disifatkannya gagal menjawab serangan pembangkang khususnya mengenai rasuah dan kronisme. 

Terbaru isu Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Abdul Jalil (NFC) yang gagal dijawab oleh pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO selain Khairy Jamaluddin sahaja yang mempertahankannya. Apa pula kaitan Khairy dengan NFC?.

Terkini, Mahathir mengeluarkan pula kenyataan yang diwar-warkan oleh media massa pro UMNO/BN bahawa Najib sekarang berada dilandasan yang betul untuk mengembalikan sokongan rakyat khususnya orang Melayu terhadap UMNO dan Barisan Nasional. Sebenarnya kenyataan Mahathir itu lain daripada yang lain, apa yang tersirat tidak seperti yang tersurat. 

Bagaimana anda mentafsirkan wawancara  Mahathir di Mingguan Malaysia, Ahad lalu, sempena perhimpunan agung UMNO yang sekarang ini berlangsung di PWTC?. Mahathir berpendapat, akan tercetus rasa tidak puas hati dikalangan ramai pemimpin dan aktivisnya. Persiapan UMNO menjelang PRU13 nanti, tentu sekali timbul banyak masalah yang harus ditangani selain menangkis serangan pembangkang (Pakatan Rakyat).  

Salakan demi salakan, akhirnya Mahathir disergah oleh salah seorang pemimpin UMNO dengan mempersoalkan tindakan mantan Perdana Menteri itu. Pemimpin tersebut telah mengisytiharkan perang terbukanya terhadap Dr Mahathir dan menyarankan bekas Perdana Menteri itu menyertai pembangkang jika ingin terus mengkritik kerajaan.

“Pembangkang tidak menimbulkan sebarang masalah kepada kami. Beliau (Dr Mahathir) yang menimbulkan masalah. Pembangkang kini lemah, tetapi beliau pula yang membangkang” katanya.


“Sekarang duduk dalam parti pun macam pembangkang, lebih baik jadi jantan, keluar dan bangkang kita terus dan senang saya nak hentam. Sekarang kalau nak lawan dia, saya teragak-agak kerana dia bekas Presiden kita (UMNO),” katanya lagi pada sidang akhbar di lobi Parlimen. CUBA ANDA TEKA, SIAPA ORANG INI?.. Sebelum ini ada diwar-warkan.. hehehe..

Mahathir berbeza dengan mantan-mantan Perdana Menteri yang lain, Pak Lah contohnya; Pak Lah diam dan sering dilihat lemah lembut dalam segala tindakan dan teguran yang diajukan terhadap UMNO. Beliau merawati dan memperbaiki UMNO, bukan mengkhianati UMNO. Tidak seperti Mahathir yang sering saja menghentam UMNO dari depan dan belakang. 

Apa yang MAHATHIR mahukan lagi setelah bersara dari Perdana Menteri Malaysia?. Sewajarnya beliau memperbetulkan masalah dalaman UMNO tanpa diketahui umum terutama pihak musuh, atau beliau itu ‘musuh dalam selimut’ UMNO?. Bila kita imbas kembali sejarah UMNO, era Perdana Menteri siapa UMNO merundum jatuh kedudukkan geraf sokongan rakyat terhadapnya?.. Timbulkan persoalan ini dibenak fikiran anda, dan jawab sendiri.. hehehe..  

No comments:

Post a Comment