Monday 7 November 2011

Apakah gagasan dan matlamat USBO?


USBO adalah badan bukan kerajaan (NGO). Apakah pertubuhan ini hanya sebagai alat politikus untuk memacu (mencapai) keuntungan atau kepentingan peribadi golongan tertentu?. SR sengaja timbulkan persoalan itu untuk difikirkan bersama.

Menurut kenyataan Presidennya Datuk Seri Salleh Said Keruak pada tahun lalu melalui media massa Bernama, Persatuan Bajau Sabah Bersatu (USBO) muncul sebagai badan bukan kerajaan (NGO) pertama di negara ini yang mengumumkan hasrat untuk menyertai Barisan Nasional (BN) sebagai ahli gabungan.

USBO dipimpin oleh golongan politikus berbagai etnik (kaum) di Sabah. Persoalannya lagi; kenapa USBO diheret kekancah politik?. Bagaimana pimpinan tertinggi USBO melihat keadaan senario politik Negara mutakhir ini?. Apakah semua individu etnik itu bersedia menerima ideologi mereka?. Atau, ianya ditubuhkan sebagai parti tempatan untuk persediaan menggantikan penguasaan UMNO di Sabah?. Fikirlah sendiri..

Sebagai satu badan bebas (NGO), Datuk Salleh tidak seharusnya meletakkan USBO untuk membuat pilihan (sokongan) awal pada mana-mana fahaman parti politik di Negara ini. Sekiranya Datuk Salleh beranggapan bahawa USBO adalah satu badan parti politik, apakah USBO sudah didaftarkan untuk melayakkan pertubuhan itu bertanding pada setiap pilihan raya di Negara ini. Apakah tujuan dan matlamat USBO ditubuhkan?.

Difahamkan juga, USBO majoritinya diterajui atau dikepalai oleh politikus-politikus tercicir (tidak dapat bertanding) pada PRU 12 yang lalu. Apakah benar, USBO diwujudkan bagi tujuan dan hanya sebagai alat untuk menyaingi kekuasaan politik Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman?. Kini, Presiden USBO itu begitu akrab dengan Ketua Menteri Sabah. Bagaimana pula kedudukan Tan Sri Pandikar dan Datuk Shafie Apdal?.. Gimik atau Polemik!!

Sama-sama kita lihat dan nantikan game politikus-politikus ini.. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua..


RUJUKAN: ARKIB – 30/11/2010

USBO umum hasrat sertai BN sebagai ahli gabungan

30/11/2010 5:07pm

KOTA KINABALU 30 Nov. - Persatuan Bajau Sabah Bersatu (USBO) muncul sebagai badan bukan kerajaan (NGO) pertama di negara ini yang mengumumkan hasrat untuk menyertai Barisan Nasional (BN) sebagai ahli gabungan.

Sambil menyambut baik keputusan Dewan Tertinggi BN untuk membuka pintu kepada keahlian secara terus oleh individu dan persatuan, Presiden USBO, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, USBO sentiasa memberi sokongan atau bersikap pro-BN selama ini.

"Ini adalah peluang keemasan buat kami dalam USBO. Kami berpendapat bahawa sebagai sebuah NGO, masanya sudah tiba untuk memformalkan sokongan berterusan kami kepada gagasan ini dengan menyertainya sebagai ahli gabungan.

"Kami mahu membantu memperkukuhkan gagasan ini dalam apa jua cara yang boleh dan menarik lebih banyak orang, terutamanya belia, untuk menyertai Barisan Nasional yang memerintah,” katanya di sini hari ini. – Bernama

No comments:

Post a Comment