Tuesday 8 November 2011

Parti BERSEKUTU kini SPF: Pemimpin-Pemimpin UMNO/BN Yang Terkandas Akan Mewarnai Politik Sabah.


Barisan Rakyat Sabah Bersekutu atau Federated Sabah People's Front atau Parti BERSEKUTU merupakan parti politik ditubuhkan di Sabah, Malaysia. Bersekutu telah ditubuhkan oleh bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Salleh bersama para penyokongnya pada 1998.

Datuk Harris mendakwa bahawa rakyat Sabah masih mahukan beliau memimpin semula negeri Sabah bagi menangani pelbagai permasalahan yang gagal diselesaian oleh Barisan Nasional (BN).

Beliau amat optimis untuk menggulingkan kerajaan BN negeri lantas mengambil keputusan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Sabah 1999 di mana Parti Bersekutu menentang BN dan Parti Bersatu Sabah (PBS) di kesemua 48 kawasan Dewan Undangan Negeri Sabah. 

Malangnya dalam PRU Sabah 1999, bukan sahaja Parti Bersekutu tewas di kesemua 48 kawasan yang ditandinginya malah calon-calon Bersekutu telah kehilangan wang pertaruhan mereka. Dan, bermula di situlah politik Datuk Harris tenggelam begitu sahaja hingga sekarang.

Seterusnya, apa yang berlaku selepas itu?. Menurut SUMBER: Kota Kinabalu, 15 Disember 2010 tahun lalu — Sebuah parti politik baru, Front Party Sabah People (SPF), telah ditubuhkan – Bernama.

En. Berman Angkap selaku presiden lebih kurang 20 tahun menerajui Parti Barisan Rakyat Sabah Bersekutu (Bersekutu) telah mengumumkan untuk membubaran parti itu. Pada 8 Disember 2010 yang lalu Parti Barisan Rakyat Sabah (SPF) telah mendapat kelulusan dari Pendaftar Pertubuhan Syarikat (ROS) untuk mengantikan Bersekutu.

Parti ini dikatakan mempunyai aspirasi dan perjuangan untuk memenuhi hasrat orang Sabah yang mahukan hak-hak State dikembalikan. Bersekutu dan SPF adalah pertubuhan yang sama, dan hanya dijenamakan semula.

PRU 13 sedikit masa lagi akan dikumandangkan, hanya menunggu bila Datuk Seri Najib akan memalu gong pembubaran. SPF tentu sekali akan menyertai rentak tari budaya Sabah untuk mewarnai politik negeri ini.

Desas desus bunyi gendang kedengaran, antara pemimpin yang berhasrat menyertai SPF ialah Tan Sri Pandikar, Lajim Ukin, Osu Sukam, John Ghani dan beberapa lagi pemimpin ternama Sabah. Jika sumber ini benar, maka amatlah menarik sekali rentak sumazau politik negeri Sabah pada PRU 13 nanti. 

United Borneo Front (UBF), yang telah pun mengadakan roadshow di Tambunan tahun lalu yang diterajui oleh Dr.Jeffrey, Seorang pemimpin yang masih belum mendapat 'jodoh'. Juga akan turut sama mewarnai politik Sabah walaupun ianya hanya sebuah badan NGO. Amat menarik sekali, kerana ianya lebih kepada agenda Borneo dan pertubuhan bukan kerajaan yang memperjuangkan hak-hak Bumiputera Sabah yang semakin terhakis. 

Sebuah lagi badan bukan kerajaan iaitu Persatuan Bajau Sabah Bersatu (USBO) sebagai NGO pertama di negara ini yang mengumumkan untuk menyertai Barisan Nasional (BN) sebagai ahli gabungan, menurut kenyataan Presidennya Datuk Seri Salleh Said Keruak pada tahun lalu melalui media massa – Bernama.

Bagaimana UMNO/BN melihat senario politik Sabah masa kini. Apakah Sabah boleh dikatakan lagi sebagai ‘fixed deposit’ Barisan Nasional (BN)?. Perkataan ‘Fixed Deposit’ itu adalah satu perkataan yang menghina penduduk (masyarakat) Sabah. Seolah-olah masyarakat dan pemimpin Sabah hilang tamadun dan akal fikiran yang hanya ikut telunjuk pimpinan Kerajaan Persekutuan UMNO/BN, seperti lembu dicucuk hidung.

Kita tunggu dan lihat sahaja apa akan berlaku di PRU 13 yang akan menjelma tiba.. Kita tengokkk siapa yang kenaaa!!

No comments:

Post a Comment