Monday 28 November 2011

Sewajarnya Shahrizat jelaskan sahaja (isu NFC) pada Perhimpunan Agung UMNO minggu ini kepada ahli.


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menegaskan beliau tidak ada kena-mengena dengan isu berkaitan Perbadanan Fidlot Nasional (NFC). Beliau katanya tidak akan menggunakan Perhimpunan Agung UMNO minggu ini untuk menjawab sebarang isu yang dibangkitkan berkaitan NFC.

Sampai bila Shahrizat menjelaskannya kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya dan ahli-ahli UMNO amnya?. Sewajarnya Shahrizat jelaskan sahaja (isu NFC) agar tidak timbul banyak persoalan dibenak fikiran kalangan ahli dan perwakilan.

"Saya tidak akan jawab. Kalau nak bertanya mengenai NFC, tanyalah kepada orang NFC. Saya hanya akan tumpukan pada Pergerakan Wanita UMNO,” katanya pada sidang media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011. Kata tidak berkaitan, siapa disebalik NFC?.

Alahaiii.. Begitukah cara penjelasan Shahrizat, sedang suaminya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail menjadi Pengerusi Eksekutifnya. Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya yang diikuti dakwaan Pakatan Rakyat wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta kepada NFC. Aduhaiii Mak Menteri Wanita Najib ini, kalah-kalah lelaki lagi. Jawab saja la, apa susah.

Pemimpin veteran bekas Setiausaha Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Selamat Saad berkata “orang dulu” menjual nasi lemak dan hasilnya disalur kepada tabung perjalanan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ke London bagi merundingkan kemerdekaan negara. "Kami bekerja dengan semangat yang satu iaitu berkorban untuk parti demi negara” katanya lagi kepada Bernama baru-baru ini.

Pemimpin veteran berusia 76 tahun itu berpandangan, suasana UMNO sekarang sudah jauh berubah kerana selain wujud puak-puak, parti tersebut juga dianggotai mereka yang meletakkan kepentingan diri melebihi perjuangan parti. Justeru, beliau mengharapkan perhimpunan agung yang bakal berlangsung minggu ini dapat mengembalikan kekuatan semangat “nasi merdeka” demi masa depan UMNO sendiri. Tapi sayang seribu kali sayang, Shahrizat tidak menyambut baik harapan pemimpin veteran UMNO itu.

Bagaimanapun Shahrizat berkata, beliau tidak akan menghalang mana-mana perwakilan untuk berbahas isu berkenaan NFC pada perhimpunan agung sayap itu Rabu ini. Apa guna anggota perwakilan mengomel, kalau Mak Menteri tak mahu jawab. Diharap Ahli Parlimen Kinabatangan sendiri yang menyuarakan isu ini kepada Shahrizat. Bila nasi sudah jadi bubur, baru mungkin Shahrizat perjelaskan, begitukah?.

Seorang lagi anggota pemimpin veteran UMNO Datuk Mohd Zain Hamzah, yang mahu pemimpin menangani isu puak dalam parti ini. “Dulu ahli UMNO memikirkan perjuangan untuk memerdekakan negara tapi sekarang negara dah merdeka. Ada yang hanya memburu peluang melalui parti”, katanya ketika ditemui di kediamannya oleh Bernama.

Pemimpin-pemimpin veteran itu menjelaskan, sekarang wujudnya unsur puak yang menyebabkan ada calon ditolak kerana bukan dari puaknya. Pada peringkat awal kemerdekaan dikalangan pemimpin dan ahli tidak mementingkan wang ringgit dan peluang menjadi pemimpin digunakan untuk berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara.

Sekarang! alahaiiii.. lebih sudu dari kuah.. kemaruk sangat cari harta nak kaya raya, rakyat di suap dengan nasi goreng Restoran 1Malaysia. Entah rakyat mampu bayar ke tidak?. Sabar saja la ko labuuu..

No comments:

Post a Comment